Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, October 31, 2008

Exam Final!!!!

Hurm.. Akhirnya berakhir satu penantian yang menyeksakan. Aku telah melepasi satu kertas peperiksaan pagi tadi. Kos Ekonomi yang agak menyeronokkan tetapi penuh dengan muslihat dalam soalan. Hehe... Hurm.. Takda benda la yang hendak disampaikan. Sedih juga la hari ini.. Huhu..

Tuesday, October 28, 2008

Pergaduhan Antara Kami???

Hurm.. Semalam merupakan satu hari yang agak menyedihkan bagi aku. Sebab semalam ak gaduh dengan roomate. Sedihkan?? Kebaikan yang disalah tafsir oleh mereka yang merasakan kebebasan mereka dicerobohi. Huhu... Alangkah sedihnya tatkala melihat mereka yang selalu bersama, bermasam muka hanya kerana salah paham? Hurm.... Apa yang perlu aku lakukan supaya mereka boleh kembali seperti dulu??

Wednesday, October 22, 2008

Kepenatan

Hurm... Lama rasanya aku tak post baru. 13-14/10 aku ada pertandingan hoki antara DPP bagi DPP2 bawah COB kat u aku. 2 tahun gantung stick buat aku betul-betul penat untuk memulakan semula aktiviti bersukan. Penat gila rasa balik dari main hoki. Kesannya, aku mendapat sakit badan yang melampaui batas yang aku boleh untuk tanggung.

18-20/10 aku menjadi penyambut tetamu di Majlis Konvokesyen ke-21 Sidang Kedua di UUM. 1pengalaman yang amat menyeronokan dan memenatkan. Hehe... Penat melayan karenah para ibu bapa graduan yang macam-macam ragamnya. Hehehe... Seronok bila tgk senior sendiri ambik degree kat atas dari Pro-Conselor. Menunggu masa untuk aku juga naik ke atas pentas.

Walaupun minggu2 sebelum nie amat memenatkan, aku harus tabah laluinya. Minggu peperiksaan tingga lagi seminggu. Pening sebab aku masih lagi tak sentuh buku untuk diulangkaji. Aduh.. Tue la.. Enjoy sakan lagi dengan dunia. Hehehe

Thursday, October 09, 2008

Banyaknya yang perlu aku lakukan!!!

Hurm... Hari yang agak memenatkan. Pagi-pagi dah kena pergi serahkan borang perjanjian biasiswa. Dah la ramai, tapi tak teratur. Yang datang awal pun dapat serah borang lambat. Penat gila. Balik dari tu, dapat mesej kena pergi taklimat penyambut tetamu untuk majlis konvokesyen universiti. Pukul 2 baru dapat balik bilik dari pagi pukul 8 keluar bilik. Tanpa rehat dan makan serta kitaran tidur yang telah diganggu, akhirnya kesan dari kesibukan yang melampau, aku mendapat demam dan migrain yang tidak melampau. Padan dengan muka aku kan?? Hehehe...

18-20 Oktober 2008, UUM akan mengadakan konvekesyen untuk bakal-bakal graduan dan aku telah mendaftarkan diri untuk menjadi penyambut tetamu. Bagaimana agaknya majlis kovokesyen yang akan berlaku nanti? Ini kali pertama aku menghadiri majlis sebegini rupa. Huhu...

Uwa.... Asignment untuk carry marks tak siap lagi. Aduh.. Banyak gila kerja yang harus dilakukan. Hehe... Nampaknya, apabila segalanya selesai, aku akan dapat rehat dengan cukup untuk persediaan menghadapi final pada hujung bulan 10. (^_^)

Tuesday, October 07, 2008

Persinggahan Suatu Kedukaan

Kenapa kita mesti ditemukan dengan mereka yang salah sebelum kita dipertemukan dengan mereka yang betul-betul pandai untuk menghargai kasih sayang kita?? Hurm...

Kadang-kala aku terfikir juga, mungkin segalanya yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Tapi sebagai insan biasa, kita tak punya harapan untuk menentukan kehidupan kita sendiri. Segalanya telah ditetapkan sejak azali, namun harus diingatkan, kita masih punya peluang untuk mencari kehidupan sendiri jika kita berkemampuan.

Kadang-kadang aku menyalahkan takdir, mengapa mesti aku berjumpa dengan dirinya? Seorang sahabat yang memahami, yang menyayangi tapi akhirnya dikhianati bila hati terlalu menyayangi.

Kenangan yang pernah datang, tidak mungkin akan dilupakan. Kita sendiri tahu hati sendiri, mana mungkin seseorang yang pernah singgah di perhentian ini akan hilang begitu sahaja.

Dalam kehidupan aku, ada 3insan yang yang pernah hadir dan susah untuk aku lupakan. Namun, yang paling aku terkilan, kehadiran 2insan antara mereka disudahi dengan penipuan. Kini aku bahagia dengan insan yang ketiga, namun aku harus sedar, kebahagian bukan milik kami. Dia hanyalah seorang kawan yang amat-amat memahami siapa dan karenah diri aku. Seorang insan yang amat aku sayangi dan seorang insan yang amat ak senangi. Hubungan baru menganjak ke angka setahun, tapi seolah-olah telah lama dia mengenali aku. Hurm.. Sampai ke mana hubungan persahabatan kami? Sudah pasti hanya tinggal persahabatan kerna aku tidak mahu perhubungan serapat ini renggang akibat cinta bertepuk sebelah tangan. Pengalaman melalui kehilangan insan tersayang kerana cinta pernah aku lalui sebelum ini. Dan sehingga kini aku masih tidak dapat melupakan kehadiran dia di persinggahan ini..

Sunday, October 05, 2008

Review: Senario the Movie Ep 1

Hurm... Tadi kuar tgk wayang kat jitra (tue je la yg paling best selain kat sp), tgk Senario the Movie Ep 1. Lawak mmg lawak, not bad. Sebab lawak diorang bukan lawak basi. Jln cerita senang nak paham. Tak macam setgh cerita, jalan cerita 1 pun tak paham. Ingat minggu depan nak keluar lg sekali. Nak tgk Eagle Eye lak. Td pun sebab ikut kawan, tue pasal lar tgk Senario.

Melepaskan atau Terus Menyayangi???

Dah lama perkara tu berlalu, namun aku merasakan seolah-olah baru semalam ia berlaku. Kesedihan yang aku rasakan seolah-olah membunuh perasaan aku untuk mencintai insan lain. Benar, mereka yang menyayangi kita adalah lebih bermakna dari mereka yang kita sayangi, Dulu aku membenarkan kata-kata pujangga tanpa aku merasai sendiri peristiwa tersebut. Kini, baru aku mengerti bagaimana rasa dihiris dikhianati.

Aku temui insan baru, hadir dalam hubungan aku dengan si dia. Namun, kehadiran dia mengundang rasa cemburu pada hati insan yang aku sayangi. Apa yang patut aku lakukan. Melepaskan salah satu dari mereka membuatkan aku rasa keseorangan.

Apa yang patut aku lakukan? Hubungan kami tidak akan ke mana. Tidak kira dengan siapa aku meneruskan hubungan. Mereka adalah insan yang aku sayangi, namun kebahagiaan hanya sementara.

Saturday, October 04, 2008

Kerinduan Di Hati..

Masa berlalu,
Bersama rindu yang bertandang,
Kadang-kala aku tidak mengerti,
Mengapa engkau yang aku rindui.

Hari berganti hari,
Kenangan dulu datang bertandang,
Baru kini aku mengerti,
Rindu yang datang,
Menjadi bukti.

Sayang,
Jarak dan masa menjadi penghalang,
Namun,
Rindu dan sayang,
Tetap menjadi milikmu.

Sayang,
Sering engkau aku mimpikan,
Di malam sepi engkau di bayangan,
Entah mengapa aku rasakan,
Engkau seakan dekat,
Si sisiku membelai manja.

Sayang untukmu tiada gantinya,
Sedangkan aku tahu,
Kata-kataku engkau anggap dusta,
Hanya untuk mengambil hatimu,
Sedangkan hatiku,
Sentiasa merindui sayang,
Mahupun belaian manja dari dirimu.

Welcome to My New Blog..

hurm...
dlu penah wat 1 blog nie..
tp xlme pas tue p delete sbb xda mse nk update..
hehehe..
blog nie jz tuk luahkan ap yg ada dalam hati..
kdg2 bercerita dgn kawan boleh lapangkan dada yg penuh dgn masalah..
but dats doesnt mean dat smenye akan diceritakan..
hehehe..
(^_^)