Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Thursday, October 09, 2008

Banyaknya yang perlu aku lakukan!!!

Hurm... Hari yang agak memenatkan. Pagi-pagi dah kena pergi serahkan borang perjanjian biasiswa. Dah la ramai, tapi tak teratur. Yang datang awal pun dapat serah borang lambat. Penat gila. Balik dari tu, dapat mesej kena pergi taklimat penyambut tetamu untuk majlis konvokesyen universiti. Pukul 2 baru dapat balik bilik dari pagi pukul 8 keluar bilik. Tanpa rehat dan makan serta kitaran tidur yang telah diganggu, akhirnya kesan dari kesibukan yang melampau, aku mendapat demam dan migrain yang tidak melampau. Padan dengan muka aku kan?? Hehehe...

18-20 Oktober 2008, UUM akan mengadakan konvekesyen untuk bakal-bakal graduan dan aku telah mendaftarkan diri untuk menjadi penyambut tetamu. Bagaimana agaknya majlis kovokesyen yang akan berlaku nanti? Ini kali pertama aku menghadiri majlis sebegini rupa. Huhu...

Uwa.... Asignment untuk carry marks tak siap lagi. Aduh.. Banyak gila kerja yang harus dilakukan. Hehe... Nampaknya, apabila segalanya selesai, aku akan dapat rehat dengan cukup untuk persediaan menghadapi final pada hujung bulan 10. (^_^)

No comments: