Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sunday, October 05, 2008

Melepaskan atau Terus Menyayangi???

Dah lama perkara tu berlalu, namun aku merasakan seolah-olah baru semalam ia berlaku. Kesedihan yang aku rasakan seolah-olah membunuh perasaan aku untuk mencintai insan lain. Benar, mereka yang menyayangi kita adalah lebih bermakna dari mereka yang kita sayangi, Dulu aku membenarkan kata-kata pujangga tanpa aku merasai sendiri peristiwa tersebut. Kini, baru aku mengerti bagaimana rasa dihiris dikhianati.

Aku temui insan baru, hadir dalam hubungan aku dengan si dia. Namun, kehadiran dia mengundang rasa cemburu pada hati insan yang aku sayangi. Apa yang patut aku lakukan. Melepaskan salah satu dari mereka membuatkan aku rasa keseorangan.

Apa yang patut aku lakukan? Hubungan kami tidak akan ke mana. Tidak kira dengan siapa aku meneruskan hubungan. Mereka adalah insan yang aku sayangi, namun kebahagiaan hanya sementara.

No comments: