Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Tuesday, October 07, 2008

Persinggahan Suatu Kedukaan

Kenapa kita mesti ditemukan dengan mereka yang salah sebelum kita dipertemukan dengan mereka yang betul-betul pandai untuk menghargai kasih sayang kita?? Hurm...

Kadang-kala aku terfikir juga, mungkin segalanya yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Tapi sebagai insan biasa, kita tak punya harapan untuk menentukan kehidupan kita sendiri. Segalanya telah ditetapkan sejak azali, namun harus diingatkan, kita masih punya peluang untuk mencari kehidupan sendiri jika kita berkemampuan.

Kadang-kadang aku menyalahkan takdir, mengapa mesti aku berjumpa dengan dirinya? Seorang sahabat yang memahami, yang menyayangi tapi akhirnya dikhianati bila hati terlalu menyayangi.

Kenangan yang pernah datang, tidak mungkin akan dilupakan. Kita sendiri tahu hati sendiri, mana mungkin seseorang yang pernah singgah di perhentian ini akan hilang begitu sahaja.

Dalam kehidupan aku, ada 3insan yang yang pernah hadir dan susah untuk aku lupakan. Namun, yang paling aku terkilan, kehadiran 2insan antara mereka disudahi dengan penipuan. Kini aku bahagia dengan insan yang ketiga, namun aku harus sedar, kebahagian bukan milik kami. Dia hanyalah seorang kawan yang amat-amat memahami siapa dan karenah diri aku. Seorang insan yang amat aku sayangi dan seorang insan yang amat ak senangi. Hubungan baru menganjak ke angka setahun, tapi seolah-olah telah lama dia mengenali aku. Hurm.. Sampai ke mana hubungan persahabatan kami? Sudah pasti hanya tinggal persahabatan kerna aku tidak mahu perhubungan serapat ini renggang akibat cinta bertepuk sebelah tangan. Pengalaman melalui kehilangan insan tersayang kerana cinta pernah aku lalui sebelum ini. Dan sehingga kini aku masih tidak dapat melupakan kehadiran dia di persinggahan ini..

No comments: