Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Wednesday, November 12, 2008

Kehidupan....

Kehidupan dipenuhi dengan kedukaan,
Sering kali kita menanti tibanya kegembiraan,
Namun bila datang kesedihan,
Kita lupa ianya satu cabaran.

Kehidupan bagaikan roda,
Kita terlalu taksub bila berada di atas,
Terlalu takut untuk jatuh semula,
Namun hakikatnya,
Apa yang di atas,
Pasti akan jatuh semula ke bawah.

Kehidupan seorang siswa,
Berbeza dengan kehidupan seorang suami,
Berbeza dengan kehidupan seorang kekasih,
Namun acap kali kesibukan yang melanda,
Disalah tafsir pihak tersayang.

Kehidupan dipenuhi ragam,
Ragam yang sentiasa berubah,
Hari ini kawan menjadi rapat,
Namun bila kita mula alpa dengannya,
Barulah kita sedari,
Tiada apa yang lebih bernilai,
Dari persahabatan yang berkekalan.

Kehidupan mematangkan fikiran,
Namun kita jatuh menempuhi dugaan,
Mengapa mesti takdir disalahkan,
Bila kita ditimpa masalah??
Sedangkan kita sendiri yang alpa,
Kita yang mencari kehidupan,
Walaupun kehidupan telah ditetapkan.

Kehidupan sepasang sahabat,
Dipenuh gelak dan tawa,
Tapi mengapa,
Pabila tangisan menjelma,
Kita rasa keseorangan,
Di manakah teman,
Di manakah sahabat,
Yang sering kita bangga-banggakan.

Kehidupan tanpa kesedihan,
Umpama kehidupan tanpa kegembiraan,
Pahit untuk kita tempuhi,
Namun bila kita renungkan semula,
Kehidupan itulah yang kita lalui.

No comments: