Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sunday, November 16, 2008

Percintaan dan Persahabatan

Hurm.. Agk lme gak ak xpost new things. Sorry ar, tp agk bz ngan xm final la. Sem1 nie kne la dpt pointer tgi, tp xpasti dpt atau x.. Hurm.. Xtau nk tls ap sbnrnye, so feel free to read wut i wrote down here..

Cabang dan rintangan,
Tidak pernah lari dari kehidupan,
Biarpun berkali kita mengelak,
Kita tetap berdepan realiti.

Cabang memaksa kita membuat pilihan,
Cabang memaksa kita menerima pembalasan,
Rintangan yang ditempuhi,
Kerna satu pilihan,
Adalah lumrah dalam kehidupan.

Tiap kali kita membuat pilihan,
Pasti akan ada yang terluka kerna satu keputusan,
Kerap kali kita cuba untuk menggembirakan mereka,
Biarpun kita terseksa,
Kita tempuh seolah ianya satu kegembiraan.

Kenapa mesti kita hipokrit,
Hanya untuk kegembiraan mereka,
Kita berkata ianya tiada kaitan,
Tapi dipendam lama,
Luka yang berdarah takkan sesekali sembuh.

Kita berjalan dalam kegelapan,
Mengharapkan sinar kembali bercahaya,
Kita berjalan dalam sinar,
Biarpun kita sedar,
Cahaya itu hanyalah ilusi.

Mereka hadir untuk satu kesenangan,
Hadir untuk mencuri kebahagiaan,
Kita jujur dalam bercinta,
Kita jujur dalam persahabatan,
Kenapa mesti kita alpa dengan sesuatu,
Yang Esa lebih jujur dalam menentukan kehidupan.

Seringkali perpisahan ditangisi,
Biarpun kita sedar akan ada pengganti dirinya,
Namun mengapa kita sayang mereka yang salah,
Hinggakan kita buta untuk mengetahui,
Bahawa Yang Esa lebih menyayangi kita.

Kita katakan mereka jahat,
Kita katakan yang buruk tentang mereka,
Hanya untuk menyenangkan hati,
Biarpun kita sedar,
Kita masih menyayangi mereka.

Kita mencari sebuah cinta,
Kita mencari sebuah kasih,
Kita biarkan sayang mekar,
Tanpa bunga yang indah di hati.

Kita gembira tiap kali bersua,
Kita sedih tiap kali berpisah,
Namun mengapa kita sendiri lupa,
Apa ertinya kegembiraan dan kesedihan itu.


p/s: Sentiasa ingat, biarpun cinta adalah satu kegembiraan, kita jangan lupa bahawa saat cinta itu pergi, kita merasakan seolah2 hidup kita telah malap. Cuba cari semula apa yang telah kita buang, saat kita mengenali kegembiraan cinta. Jangan sesekali dibuang sahabat handai, seolah2 mereka hanya penghalang, untuk kita bercinta dengan si dia.

No comments: