Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, November 07, 2008

Pro n Cons Dalam Kehidupan....

Kehidupan tatkala hujan menitik,
Sering kali kita menyalahkan takdir,
Mengapa harus hujan di tengah hari,
Sedangkan kita mengharapkan hari terus terik dibakar mentari.

Kehidupan ibarat roda,
Bila kita punya segalanya,
Kita mula bongkak,
Kita riak dengan kelebihan kita,
Namun harus diingat,
Tidak semestinya hari ini,
Kita punya segalanya,
Mana mungkin,
Esok kita kehilangan segalanya.

Kita tabah menghadapi dugaan,
Kerna kita tahu,
Ia mematangkan fikiran,
Tapi ada di antara kita,
Kerap kali jatuh hanya kerana cinta,
Sedangkan cinta itu juga,
Satu dugaan.

Kita mengejar cinta,
Tatkala kita melupai cita,
Kita bahagia dengan cinta,
Tatkala kita kecundang di tangan cita,
Tapi mengapa mesti kita gagal,
Mencari satu kehidupan,
Hanya kerana kita bahagia dalam satu percintaan.

Kita insan biasa,
Ada yang berjaya mencari erti sebuah kehidupan,
Ada yang gagal mencari erti percintaan,
Tapi andai kata kita pernah gagal,
Jadikan ia satu cabaran,
Untuk kita memangkin satu kejayaan.

p/s: Belajar dari kegagalan lebih bermakna dari belajar mencari kehidupan. Buat semua rakan, terima kasih kerana memberi satu pengalaman dan warna dalam kehidupan... Sayang semuanya..

No comments: