Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah

Hidup umpama sebutir pasir,
Kadang-kala bila kita alpa,
Kita akan dihanyutkan badai ombak,
Mauhpun kadang kala tiupan angin.

Kita ingin mengecapi kesenangan,
Namun tiap kali kesusahan datang menimpa,
Sering kali kita mengelak menempuh satu cabaran,
Tanpa kita sedari,
Cabaran itulah yang mematangkan kita.

Cabaran dan dugaan adalah rintangan,
Kita tempuhi untuk satu kebaikan,
Untuk satu kenangan.

Dunia sering kali melalaikan kita,
Pada satu permainan duniawi yang kita sendiri merekakanya,
Kita tidak sedar akan kewujudannya,
Sehinggalah kita telah jauh berjalan,
Dari landasan yang sebenarnya.

Hari bersilih ganti,
Bulan datang dan pergi sekelip mata,
Sehingga kan kita sendiri tidak menyedari,
Setahun telah berlalu,
Meninggalkan seribu kenangan,
Meninggalkan seribu luka,

Salam Maal Hijrah buat semua...

No comments: