Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Thursday, December 31, 2009

Movie Review: Avatar

What can i said about Avatar?? Best movie of the year. Thumb's up for it. 9/10 and 5star for James Cameron *director Titanic* Imagination of the fantasy world is really nice. Yea, of course the CGI technique not to be forgotten, but the way he create the world of Pandora, the forest full of living creatures and plant, it's really NICE.

But in a point of Islamic, its totally out of karma. But, it's not what we judge it for, right? Overall for the movie, it's a nice story. Love exist between 2living creatures make it so sincere, as love does belong to everyone who have the feelings. For more info, click here.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Cerita 2 Hari Dalam 1 Entry

Selasa lepas aku keluar dengan kak izzah, salah seorang senior aku yang masih ada untuk sem ni. Cadangnya nak tengok Sherlock Holmes, tapi tayangan hanya ada pukul 1145 n 630 sahaja. Hahaha... So ambil keputusan tengok Avatar. Actually, aku boleh je tengok Avatar masa kerja, tapi aku takda masa langsung nak tengok. Hehehe...

Kitorang tunggu bus puku 1230, tapi dapatnya pukul 1petang. Lama gila kan? Sempat la berborak dengan kak izzah. Ni la insiden yang aku nak cerita dekat korang2 semua. Sebelum ni, walaupun aku naik bus, just take around 30minutes to reach Jitra, but guess what?? Aku sampai jitra pukul 215petang. 1 and 30minutes. Itu dah boleh lepas alor star tu. Atas lagi dari alor star pun boleh. Penat gila. Aku tertidur dalam bus kot sementara nak tunggu sampai kat Jitra. Huh, penat gila.

Itu cerita untuk hari selasa. Ini cerita untuk hari rabu pulak.

Semalam aku semangat nak ke kelas. Memandangkan aku tak dapat ke kelas hari isnin yang lepas. Aku demam sejak dari hari sabtu. Petang sabtu tu, aku sakit kepala. Then, telan ubat tak jalan. Aku dah agak, confirm aku kena migrain. Ahad, badan aku panas. Confirm2 aku demam. Huhu.. Melarat terus ke hari isnin. Aku tak boleh nak bangun hari isnin tu. So duduk dalam bilik, online. Hehehe....

Okay, get back to the story. Hehehe... Semangat je lebih pergi kelas. Rupa2nya satu kelas pun lecturer tak masuk. Hampeh tul. Better aku duduk dalam bilik je, online. Hehehe.. Then, aku keluar dengan mimie lepas kelas. Balik bilik around pukul 630. Penat gila. Huhu...

Itu la cerita untuk 2hari yang aku janjikan. Huhu.. Macam sengal. Hahahaha.....

lots of love,
[Miss Eriqa]

Online Sekejap

Online sebentar di lab fakulti. Huhu... Kebosanan yang amat sangat. Ada kes menari yang berlaku hari selasa dan semalam. Tapi aku ingat nanti malam la aku post. Online sekadar untuk menjeguk ke blog yang telah bersawang. Huhu... Lepas ni ada kelas lagi. Hurm... Cau...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Wednesday, December 30, 2009

Untukmu

Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu ku terkenangkanmu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya

Walaupun kau pergi jauh dari diri ini
Cintaku masih bersemadi di hati
Keyakinan kita kan kembali
Menghidupkan semula janji bara cinta

Kita bersama mengejar mimpi
Terpisah sementara kupasti
Suatu hari nanti
Cinta kita bersemi
Kembali menerangi
Mekar di taman hati

Walaupun jauh pandangan mata
Kuyakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua
Keikhlasan di jiwa
Dan cintaku hanyalah
Untukmu

Saban hari diriku menuggu
Khabar berita darimu di sana
Gerimis senja kembali reda
Kerinduan di jiwa
Kau jadi penawar

Rinduku padamu tak dapat ku terkata
Setiap saat waktu bagai terlalu lama
Bila kita kembali bersama
Hiduplah semula
Janji bara cinta

Aku dengar lagu ni dah selalu, tapi tadi aku pasang mp3 masa basuh baju. Lagu ni yang berkumandang. Serta merta aku teringatkan my sayang. Rindu sangat rasanya dengan si dia.

Tadi aku 3g dengan my sayang. Lama jugak dari yang biasa. Aku nyanyikan untuk dia 3lagu. Tapi tak dapat nak lancar. Aku sebak, aku nangis. Betapa aku benar2 merindui dia.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Monday, December 28, 2009

Nyanyian Rindu Buat Kekasih

Tiada yang lain yang ku cinta
Hanyalah padamu
Tiada yang lain yang ku rindu
Hanyalah dirimu
Dikaulah permata yang bersinar
Di kala ku kesepian

Tiada yang lain yang kumahu
Hanyalah kasihmu
Tiada yang lain yang kupuja
Hanyalah dirimu
Tak mungkin aku berpaling
Berpaling mencari yang lain
Tak mungkin aku biarkan kau merana

Aku cinta kepadamu sepenuh hati
Janganlah kau ragu kasih
Ragu padaku
Sejujur niatku niat bersama
Selama-lamanya
Janganlah kau pergi kasih
Pergi dariku

Kunyanyikan lagu rindu
Buatmu kekasih
Ku baca puisi syahdu
Puisi kita...
Ku ingin kau di sampingku
Untuk sama-sama
Melayarkan bahtera cinta yang terbina
Oh! Kekasih... dengarkanlah
Bila aku tersiksa kaulah penawarnya
Bila kau terluka akulah penyembuhnya
Kita sama-sama sudah jatuh hati jatuh cinta...

Tiada yang lain yang ku cinta
Hanyalah padamu
Tiada yang lain yang ku rindu
Hanyalah dirimu
Dikaulah permata yang bersinar
Dikala ku kesepian

Tiada yang lain yang kumahu
Hanyalah kasihmu
Tiada yang lain yang kupuja
Hanyalah dirimu
Tak mungkin aku berpaling
Berpaling mencari yang lain
Tak mungkin aku biarkan kau merana...

Lagu cinta kami berdua. Hahaha... Dah lama tak post entry baru. Dan dah lama tidak berjiwang dalam blog aku. Huhu.. Anyway, I'm back!! Active again in my world of blog. Huhu..

Lagu atas ni memang ramai dah tahu. Lagu ni famous tau. Aku dah biasa dengan lagu ni. Tapi ada satu malam tu, entah kenapa aku terlalu rindukan my sayang. Lagu ni pulak yang berkumandang dekat hp aku. Terus meleleh air mata aku. Again, aku semakin sensitif. Huhu... Lastly, aku suruh dia dengar lagu ni and dia pun suka. So kitorang agreed tuk jadikan lagu ni lagun cinta kitorang.

Bahagiakah aku dengan dia? Yupe totally bahagia. Tak pernah lagi aku rasa macam ni. Terima kasih sayang...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Kau Kesayanganku

Tika kita bersua hati mula tergoda
Payah nak dilupakan walau seketika
Tidak pernah terduga cinta mula berputik
Bagai kan tak percaya aku jatuh hati

Kaulah kekasih yang amat ku sayang
Andai tidak bersua pastinya ku merindu
Kerana hati dah tertawan
Kerana cinta dah terbina
Yang pasti kini
Hanya kau saja bertakhta di hati ini
Kan ku sunting diri mu sayang
Kan ku bina istana cinta
Kau kekasih ratu hatiku selama-lamanya

Kaulah kekasih
Yang amat ku sayang
Andai tidak bersua pastinya ku merindu
Kerana hati dah tertawan
Kerana cinta dah terbena
Yang pasti kini
Hanya kau saja bertakhta di hati ini
Kan ku sunting diri mu sayang
Kan ku bina istana cinta
Kau kekasih ratu hatiku selama-lamanya
Hati usah diduga hanya mengundah resah
Cinta di hati ini hanyalah untukmu
Kau kesayanganku penyeri hidup ini
Haruman kasihmu melekat di jiwa

Aku tak pernah dengar langsung lagu ni sebelum ni. Few days back, my sayang bagi aku lagu ni. Dia kata khas buat aku. Bila aku dengar balik, aku terharu. It's just a song Eriqa!! Yea, it is a song, but deeply inside me, it brings me a lot of meanings. Tq sayang. Aku suka fahami maksud lagu if they have meanings. Yet, this song totally can make tears coming from my eyes. I miss him so much....

lots of love,
[Miss Eriqa]

Doakan Kebahagiaan Kami

Kita adalah dua insan berbeza,
Perkenalan antara kita sebagai kawan,
Kau adalah abang,
Aku adalah adeq,
Tapi kini,
Kita adalah kekasih.

201209
Tarikh bersemi cinta dan sayang antara kita,
Biarkan masa terhenti buat kita,
Terima kasih ku ucapkan,
Memberikan aku kebahagian yang tidak terhingga.

Sayang tidak terungkap dengan kata-kata,
Tidak mampu juga kugambarkan perasaan ini,
Kegembiraan dan kebahagiaan yang kita rasa bersama,
Biarkan ianya tumbuh,
Mekar setiap waktu.

Sayang,
Terima kasih atas kesudian dirimu,
Menerima aku mawar yang layu,
Untuk kau bajai dengan kasih dan sayangmu,
Agar aku mekar berbunga,
Mencintai, menyayangi dirimu,
Setiap ketika...

Sayang,
Kenangan yang kita bina,
Biarpun seketika,
Tetap aku simpan rapi,
Dalam ingatan dalam memori,
Saat terakhir kita bersama,
Sebelum kita terpisah jauh,
Masih segar dalam ingatan.

Sayang, terima kasih kerana menerima diri ini yang penuh kekurangan. Kesudian engkau menerima aku dan kesudian engkau berubah untuk kebahagiaan kita tidak dapat aku ucapkan terima kasih. Apa yang berlaku, tidak terungkap dengan kata2. Tidak juga dapat aku gambarkan kegembiraan dan kasih sayang aku untuk dirimu.

Sayang, janji yang kita ungkapkan sebelum perpisahan terjadi, tidak akan sesekali aku lupakan. Nantikan kepulangan aku dengan satu perubahan yang aku pernah janjikan. Rindu, sayang, cinta aku pada engkau, tidak dapat aku ungkapkan dengan kata2.

lots of love,
[Miss Eriqa]

The Devils




the devils

the devils?
its a story about me and the girls..
me: devra de-vil
anis:king of the devil
eiza:innocent devil
fara:lady dare devil
lynn:slutty devil

what about us??
all the above are all our nicknames when we were young (form 2)
chatting~~~~ hahahaaahaa..

lynn just post something which i think all of us are feeling..
her entry was perubahan+persahabatan..
talking about changes example busyness..

haha yang paling kelakar lagu tu bermain di kepala (vitamin C- graduation day)
buat cerita sedih betul la lynn ni..

i know all of us are busy doing our thing..
but i also know if i need you, you will be there for me..
that is the kind of friendship that we have..
no matter how many people i met you guys are special..
gang ku waktu sekolah menengah :)

First of all, atee nak mintak maaf cuz aku curi post ko tentang us, The Devil from your blog. Why? Cuz i never ever know that u got your own blog. Hehehe...

Okay, back to the topic above. The Devils? Akan ada yang tertanya apa maksud The Devils. Kalau tanya aku, memang aku tak tahu. Sebab aku masuk group ni lambat. Aku rapat dengan mereka sewaktu form3. But yet, till now all of us still menjadi sahabat.

Rindukah pada mereka? Ye, memang aku rindukan mereka. Rindu teramat sangat. Last semester break, aku just dapat jumpa dengan anis. Itu pun sebab anis datang pavilion tengok wayang. Or else, memang aku takkan dapat jumpa mana2 Devils.

Jangan kata pasal Devils, actully aku tak sempat pun nak hangout dengan Oshin. Itu lagi buat aku sedih. Sebabnya dia adalah insan wajib yang aku harus jumpa, tapi dapat jumpa kejap. Borak pun tak lama. Jumpa masa dia nak bagi hadiah dari NZ, then dia masa dia beli tiket kat pavi. And that's all. Aku really rindukan dia.

Back to the topic of The Devils. Slutty Devils, nama tu anis yang bagi kat aku. Bila fikir balik, memang bawa maksud yang kurang elok, tapi sekadar nick name je kot. Huhuhu.. Whatever it is, they are my bestfriends during school time and even after school. Miss u guys.....

lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, December 26, 2009

Aku Sayang Mimi


Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to Mimi...
Happy birthday to you.....

Mimi, happy birthday to u. Aku doakan segalanya berjalan dengan lancar. Life ko kembali pulih seperti sediakala. Kebahagiaan yang dicari diperoleh bersama abg. Semogo ko panjang umur untuk mencari ilmu dunia dan ilmu akhirat. Didoakan juga ko dimurahkan rezeki. Sayang ko ketat2. Hehehe...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, December 25, 2009

Anugerah Terindah

Jika tahun2 lepas, suku tahun ke4 pasti memberi aku seribu kesedihan, tapi tahun ini aku merasakan sebaliknya. 201209 membawa aku seribu erti kegembiraan. Huhu....

Jika 6bulan lepas, 190609 aku menjadi seorang adeq kepada dia, tapi tanggal 201209 menjadikan aku seorang kekasih kepada dirinya. Mungkin akan ada yang bertanya, kenapa aku sanggup melepaskan abg, semata2 untuk abg angkat aku? Biarlah apa yang berlaku menjadi satu tanda tanya pada mereka di luar, tapi bukan pada mereka yang berada di sekeliling aku.

Genap 6bulan aku jadi adeq angkat dia, secara rasmi aku menjadi kekasih hatinya. Ceritanya biarlah aku dan dia saja yang tahu. Tapi sesungguhnya, sudah lama aku tidak dapat merasakan perasaan segembira ini. Perasaan disayangi tanpa kehadiran insan lain. Perasaan disayangi setulus hatinya. Abg tidak mungkin akan aku lupakan. Dia kenangan terindah bagi aku. Tapi, insan istimewa yang hadir sekarang, anugerah terindah buat aku. Satu anugerah untuk aku berubah.

Buat Mazlan Shah,
Terima kasih kerana sudi memberikan aku seribu pengertian tentang percintaan. Perasaan gembira yang aku rasakan kini, tidak pernah lagi aku alami sebelum ini. Biarpun sebelum ini aku pernah bercinta, tapi percintaan kali ini memberikan aku seribu kemanisan. Seribu pengertian. Akan aku doakan percintaan kita berkekalan. Kerna aku sudah terlalu penat memainkan perasaan lelaki yang tulus menyayangi aku. Dan aku sendiri sudah penat mencari lelaki yang tulus aku sayangi.

Buat abg,
Lynn mohon seribu kemaafan kerana melepaskan abg sebelum masanya. Lynn harus fikirkan segalanya. Setelah segalanya lynn fikirkan, lynn tahu lynn harus melepaskan abg. Bukan tidak menyayangi, tapi lebih kepada lynn harus fikirkan perasaan insan yang hadir antara kita. Abg perkara terindah yang lynn pernah hadir dalam hidup lynn. Lynn akan terus mengingati abg dalam hidup lynn.

Buat rakan2, aku cuma harap agar korang merestui perhubungan aku kali ini. Doakan lah hubungan ini akan berkekalan.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, December 13, 2009

Apa Erti Hubungan Itu

Kenapa bila kita ada seseorang yang memahami kita, tapi kita masih ingin mencari teman lain yang boleh menemankan kita bila kita kesunyian? Bukan nak membuka pekung sesiapa, tapi siapa yang terasa tu, aku mintak maaf.

Life aku terlalu banyak terjebak dengan perhubungan yang sebegini. Aku terlibat jugak, tapi nasib baik tak terlalu jauh hubungan tu. Kadang2 hubungan tu menyakitkan aku, tapi alhamdulillah aku punya seseorang untuk menggembirakan aku.

Dalam kehidupan kawan2 aku sendiri, ada yang sudah pun berpnuya. Tapi, bila hubungan percintaan tu menjadi hubungan jarak jauh, pasti akan ada pihak yang inginkan teman tapi mesra untuk dijadikan teman. Kenapa dan mengapa perkara ini berlaku?

Aku? Entahlah, aku tak pasti. Dulu masa 2bulan berjauhan dengan abg, aku pun ada hubungan lain. Hubungan sekadar untuk mengisi kekosongan di lubuk hati. Tapi bila aku kembali berdekatan dengan abg, aku rasakan semua kembali seperti asal. Tapi, berlainan dengan apa yang aku rasakan sekarang.

Aku rapat dengan seseorang sekarang. Jauh di sudut hati, aku inginkan kegembiraan yang aku rasakan sekarang berpanjangan. Biarpun antara kami punya bakal mempunyai insan lain yang lebih berhak untuk disayangi, tapi aku tak harapkan hubungan ini akan timbul retak2 yang boleh memecahkan kami.

Sayangkah aku pada dia? Ya aku sayangkan dia. Biarpun aku takut untuk mengakuinya, tapi aku tahu yang aku sayangkan dia. Biarlah apa yang bermain dalam gelodak hati aku, menjadi perbualan rahsia *rahsia ke?* antara aku dan mimi. Ya, aku tahu apa yang dia katakan tu betul, tapi aku tak sanggup untuk mengakuinya. Mengakui kebenaran kata2 mimi membuatkan aku terluka, membuatkan luka lama berdarah kembali.

Okay2, aku rasa aku dah melalut. Pasal hubungan teman tapi mesra yang wujud bila percintaan jarak jauh berlaku. Pada pendapat korang, perlu ke semua tu berlaku? Bagi aku itu bergantung pada sikap seseorang. Kadang2, aku rasakan semua tu tak perlu andai kata ada pihak yang akan terluka di masa akan datang.

So, pada mereka yang punya hubungan seperti ini, fikir2 kan lah apa yang perlu korang lakukan suapaya korang tidak melukan perasaan yang ikhlas menyayangi diri korang dan insan yang korang sayang.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sibuk

Dah lama rasanya aku tak update apa2 dalam blog aku kan. Hurm... Sedar tak sedar, Disember pun dah masuk ke tengah bulan, tapi satu post pun masih takda untuk bulan ni. Heheh... What to do. Aku bz sikit dengan kerja aku. Hurm.. Result final sem lepas dah pun keluar. Tak payah ditanya sebab memang result tu menyedihkan hati aku. Biarlah apa yang dah berlaku. Aku harapkan aku boleh lakukan yang terbaik selepas ni. Hehehe...

Hurm.. Dah lama aku tak jumpa abg kan? Rindu? Ya memang aku rindukan dia. Rindu yang teramat sangat. Tapi kesibukan aku dengan kerja aku sedikit sebanyak membuatkan aku lupa seketika tentang abg. Bagaimana perhubungan ni akan berterusan pun aku tak tahu. Bagi aku, biarlah masa yang menentukan segalanya.

Tak tahu nak merepek apa lagi la. Ngantuk pun ada. Hehehe... K lah, da~~~

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, November 29, 2009

Si Bulat

Ni siapa? Ni adeq sepupu aku. Nama dia sama dengan nama aku, Nur Ain. Hehehe... Pakcik aku cakap, nak ambik berkat kot. Hehehe... Entah kenapa, aku sangat sayang kan si bulat nie. Kenapa aku panggil bulat? Sebabnya masa kecik2 dia ni agak tembam. Dan memang perangai aku tak suka nak panggil nama sendiri. Hehehe.. So sampai bila2 aku tetap akan panggil dia bulat.

Dia ni manja tau. Sangat manja. Dan sangat disayangi mak aku. Hehehe.... Si bulat ni tak reti nak menangis atau buat perangai. Mungkin sebab tu mak aku suka kot. Huhu...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Pertama Kali Korban

Okay. Sebelum apa2, aku tahu aku dah lambat nak update semua gambar2 ni kan? Hehehe... Aku nak cerita pasal Hari Raya Aidiladha yang baru je lepas *baru ke??? >.<*. Jumaat lepas kita semua menyambut hari raya korban kan? Satu hari yang bermakna juga dalam keluarga aku di mana abg aku menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 24. Sebelum apa2, happy birthday my big bro *dia tak baca pun*.

Sempena birthday abg aku, dia buat hajat nak korban seekor kambing masa hari raya tu. Belum tentu akan jumpa tarikh yang sama selepas ini. Nak cerita, pagi raya aku bangun awal, tapi disebabkan hari panas nak gila, aku malas nak mandi. So, aku lepak dalam rumah, tengok tv. Hehehe..

Lepas je sembahyang raya, tuan punya kambing hantar kambing kat rumah pakcik aku. Yupe, korban dilakukan di hadapan rumah ye kawan2 semua. So, aku dapat lihat secara live. Heheh... Tapi, masya-Allah bau kambing tu punyalah busuk. Memang aku tak tahan langsung nak bau. Aku tak dapat nak snap gambar orang sembelih kambing tu, tapi gambar2 lain adalah jugak. Hehehe... Enjoy je la gambar2 kat bawah ni yea.

Ni turutan gambar semasa kambing ditambat sehinggalah disembelih.

Kambing digantung untuk memudahkan kerja2 melapah daging untuk diagihkan kepada orang2 kampung. Pakcik aku yang tolong agihkan. Kalau tak silap aku, ada dekat 23buah rumah yang berjaya diagihkan. Kambing yang abg aku buat korban tu agak besar dan berbaloi dengan harga yang abg aku bayar.

Ni pulak sesi membuang bulu2 kambing sebelum dagingnya dilapah.

Sesi melapah daging bermula. Jangan tanya macam mana, sebab aku langsung tak tengok. Tak tahan dengan bau dan tahap kegelian aku yang agak tinggi. Hehehe...

Seperti yang korang tahu, kitorang tak boleh nak makan daging yang dibuat korban kan? So tengah hari tu, kitorang 2family makan sambal tumis udang dan kari ikan bawal. Huhu.. Kalau korang nak tahu, tiap kali aku pergi rumah pakcik aku yang ni, mesti lauk adalah lauk seafood.

Malam tu before kitorang balik KL, kitorang makan ikan pari bakar. Pergh... Memang sedap. First time aku makan ikan pari. Terus tertarik dengan rasanya. Hehehe... Sedap2..

notatanganmengarang: aku edit gambar2 nie menggunakan photoshop dan photoscape..malas nak fikir nak susun macam mana..sorry kalau gambar tak berapa nak clear...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Tuesday, November 24, 2009

Movie Review: Astro Boy

Tadi lepak dengan abg lan, adeq n krol kat gsc pavilion. Macam dah takda tempat lain je nak lepak kan? Hehehe... Itu je tempat yang aku seronok nak lepak. Huhu...

Tadi ingat nak tengok 2012. Yalah, semalam kan aku dah lari plan. Tapi tadi pun sama gak. Hahaha... Mana tak lari, kalau waktu aku sampai tayangan dah mula. Nak tunggu abg lan settle kan pasal 3D nak masuk. Then kitorang pergi makan. So, tak sempat nak tengok 2012. Bila tengok balik tayangan yang ada, aku ambil keputusan nak tengok Astroboy.

Cerita dimulakan dengan kematian anak saintis yang juga merupakan ketua Kementerian Sains di Metro City, Toby yang tidak dapat diterima oleh ayahnya, Tenma. Malah Tenma telah mereka sebuah robot yang mempunyai kenangan dan memori Toby semasa hidupnya. Namun, akhirnya 'Toby' dibuang. Namun, kehidupan 'Toby' tidak aman kerana diganggu oleh anasir jahat kerana inginkan Blue Core yang menjadi nyawa kepada 'Toby'. Nak tahu details, click here.

Pada pandangan aku, Astro Boy akan lebih menarik kalau suara dia dalam bahasa Jepun. Akan lebih menarik. Yalah, Astro Boy sendiri asal dari Jepun. Kualiti gambar dan suara tidak dinafikan menarik. Plot untuk Astro Boy tidaklah begitu berat untuk difahami. Tapi antara semua, ada satu je yang aku tak faham. Dari mana dan siapa budak2 yang ada dekat Surface. Kalau tengok jarak antara Surface dengan Metro City, memang tidak logik budak2 tu semua boleh berada di situ, apatah lagi Surface merupakan tempat pembuangan robot2 lama yang tidak boleh digunakan lagi. Dari 5bintang, aku bagi 4bintang. Secara overall, Astro Boy sangat menarik untuk ditonton.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Monday, November 23, 2009

Movie Review

Okay. Ni aku nak cerita pasal aku keluar siang tadi. Sepatutnya aku tengok 2012. Adeq aku n sepupu aku tengok senario. Tapi, sepupu aku ni tak nak ikut adeq aku. So, aku kena join sekali la tengok senario.

Lawak diorang macam biasa lah. Boleh diterima pakai. Lawak memang lawak. Enjoy la tengok cerita ni. Sepatutnya aku jumpa dengan abg angkat aku n geng2 aku kat gsc. Tapi boleh pulak semuanya cuti. So, besok aku g jumpa diorang. And of course aku nak tengok wayang lagi. Huhu... 2012, wait for me.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, November 22, 2009

Makanan Adalah Segalanya

Aku nak cakap pasal makanan boleh? Hahaha...

Kelmarin, bertolak dari uum aku singgah tidur kat rumah makcik aku dekat kuala kurau, perak. Makcik aku ni memang pandai masak. Entah kenapa, aku cakap dengan mama, hari tu nak makan pisang goreng tak dapat sebab takda yang bergoreng lagi. So aku dah kempunan kat situ. Huhu... Cakap dengan mama, suddenly mama aku cakap suruh makcik aku masak. On the way ke rumah makcik aku, mama beli la pisang. Tapi tak dapat pisang nak goreng. Dapat pisang nak buat cokodok je. Tapi aku paksa gak mama cari pisang nak buat goreng. Huhu... At last, aku dapat gak pisang tu. Hehehe...

Sampai kat rumah makcik aku, aku suruh la makcik aku gorengkan pisang tu. Ye ye.. Dapat jugak aku pisang goreng yang sangat panas. Then aku cakap kat makcik aku, nanti balik raya ak nak makan laksa. Dia kata nanti dia masakkan. Yes!! Aku sangat seronok. Huhu...

Malam tu, makan pun sedap gak. Hehehe... Sambal tumis udang dan lemak ketam. Huhu... Sangat lah sedap. Udang pulak dapat udang harimau and udang lipan yang besar2. Sangatlah puas makan. Huhu...

Semalam makan tengahari kari ikan puyu. Tapi aku tak makan banyak. Sebabnya aku leka menyuapkan adik sepupu aku yang paling bongsu tu makan. Sangat seronok. Sampaikan aku pun boleh kenyang tau. Huhu... Masa makan malam semalam, mama masak sambal tumis udang lagi. Hehehe...

Pakcik aku kerja dengan tekong ke laut. So, kalau ada lebihan, dia akan bawak balik simpan kat rumah. Memang aku seronok sebab kalau pergi rumah dia, mesti dapat makan seafood free. Hehehe... Kalau kat luar nak beli punya lah mahal. Huhu...

Yang pastinya, 2,3hari ni, aku dapat makan yang sedap2 dan murah. Hehehe... Sangat memuaskan hati aku. Huhu... Raya haji nanti aku balik lagi kampung. Rumah makcik aku yang sama. Hehehe... Dia akan masakkan aku laksa. Then hari raya ada kuah kacang, nasi himpit. Aduh... Makin bertambah2 la badan aku naik. Hahaha...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Home Sweet Home

Okay. Aku selamat sampai di rumah jam 8 malam tadi. Bertolak dari perak pukul 2. Yang menyebabkan aku lambat sampai rumah adalah kerana kegagalan signal kereta berfungsi sewaktu ingin mengisi minyak di pekan rawang. Macam mana boleh jadi pun aku tak tahu. Huhu...

Ayah aku lupa nak isi minyak masa kat highway, sebabnya semalam dah isi masa pergi jumpa tok ngah aku. Then suddenly, sampai kat rawang, baru sedar. Masuk la pekan rawang, sebab kalau nak tunggu sampai tol duta, ayah aku kata tak sempat. Masa nak bagi signal nak masuk stesen minyak, bru sedar signal tak boleh pakai. Buang masa betul.

Pergi satu bengkel baiki kereta. Macam2 dia cakap. Bateri tak cas, wiring masalah kena bawak kedai aksesori la, minyak takda la. Aku dah rasa macam, *ko apahal? tak reti baiki kereta ke?*. Yalah, tak logik la sebab aku rasa tu semua takda kaitan. Hahaha...

Then, selang sebuah dari bengkel tu ada satu lagi bengkel baiki kereta. Aku tengok abg tu check kereta, dalam hati aku cakap *abg ni mesti ada sijil*. Kenapa? Sebab dia specialist untuk kereta Fiat. Not just that tau, aku tengok kat banner dia, most of the car yang dia specialist, semuanya brand kereta yang mahal2. Merc, BMW, Audi, macam2 la. So, okay la kan. Boleh la percaya.

Dia check memang teratur. Then, dia kata ada barang rosak. Some sort of relay signal kot. Entah la, aku tak berapa pasti pulak. Benda tu electronic device. So, nak tak nak kena tukar la. Huhu... Itu lah kisahnya hari ni. Disebabkan itu, aku sampai rumah lambat. Huhu...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, November 19, 2009

Hanya Dia

Kenapa dia terlalu baik untuk aku? Apakah aku tidak pernah rasa bersyukur adanya dia menceriakan hidup aku? Kenapa aku selalu buat dia marah? Sedangkan dia tidak pernah memarahi aku? Segalanya dia pendamkan. Seolah2 aku tidak pernah melakukan kesalahan.

Mampukah aku teruskan segalanya tanpa dia di sisi? Mampukah aku teruskan perjalanan ini tanpa sokongan dari dirinya? Kenapa kali ini aku benar2 tewas di tangan seorang lelaki? Kenapa kali ini aku benar2 tidak mampu menipu diri aku dengan mencari insan lain? Mengapa dia terlalu istimewa dalam hidup aku?

Aku masih punya kawan sebagai teman jika dia meninggalkan aku. Tapi mampukah aku berasa ceria seperti sekarang? Betapa dia membuatkan aku tersenyum dengan kata2 manjanya. Betapa dia membuatkan aku tertawa dengan sikapnya yang menarik perhatian aku. Betapa dia membuatkan aku berduka saat aku merindui dirinya.

Ya, aku pernah bercinta. Aku pernah rasa bahagia. Namun, kebahagiaan yang aku rasakan dengan dirinya, tidak dapat aku ungkapkan dengan kata2. Rindu aku, kasih aku, sayang aku, cinta aku, jiwa aku, hati aku, semua adalah miliknya. Biarpun aku terpisah jarak dan waktu, dia tetap dalam hati aku. Tetap menjadi yang teristimewa dalam diri aku.

Siapa dia? Insan yang bertakhta di hati aku, insan yang sering membuat aku menangis, tersenyum dan tertawa. Hanya dia, [Abg Syg].

lots of love,
[Miss Eriqa]

Wednesday, November 18, 2009

Hidup Kosong

Rasanya sangan lama aku tak post apa2 cerita baru kan? Maaflah, tapi aku baru sahaja menamatkan final exam aku untuk semester ini. Huhu... Sangat lah tak tahu nak cakap apa. Hehehe...

Life aku akan jadi macam biasa selepas ini. Jumaat ni aku balik KL. Bermakna aku akan kembali bekerja. Huhu.. Kadang2 kesian jugak. Ye lah, kalau aku kerja, siapa yang nak tolong mama kat rumah. Tapi, kalau aku tak kerja, mana aku nak cari duit. Huhu... Takpa2 nanti aku akan tolong mama sikit2. Hehehe...

Hurm... Aku mungkin tak jumpa abg sebelum balik bercuti. Yelah, aku bz kot. Barang tak packing apa pun. Hehehehe... Sangat tak boleh blah. Huhu...

KL sabar yea. Akan aku jejak kaki pada hari Jumaat atau Sabtu nanti.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, November 13, 2009

Selamat Ulang Tahun Buat Yang Teristimewa

Ini entry sticky mode. Entry terbaru ada di bawah. Itupun kalau ada. Huhu... Sebelum apa2, kalau korang rasa korang meluat nak baca entry aku yang jiwang, korang leh abaikan entry ni. Entry ni khas buat abg.

13 November 2009.
Tarikh hari ni. Tak sangka aku, hari ni genap 2tahun hubungan aku dengan abg. Aku sendiri tak sangka yang aku akan betahan lama macam ni dengan abg. Hubungan yang aku rasakan tidak mungkin dapat bertahan, bertahan jua sehingga 2tahun.

Buat insan yang teristimewa,
Terima kasih kerana sudi menyayangi lynn dan menerima lynn seadanya.
Terima kasih kerana sudi menghadiahkan lynn memori dan kenangan yang tidak akan lynn lupakan.
Terima kasih kerana sudi menjadi perkara terindah dalam hidup lynn.

Abg,
Lynn tak pernah menjangkakan hubungan kita akan bertahan selama ini. Biarpun terlalu banyak kesalahan yang lynn lakukan, tetapi abg masih sudi memaafkan dan menyayangi lynn. Maafkan lynn kerana selalu menyakiti hati abg. Sesungguhnya lynn tak pernah terniat untuk melakukan tiap kesalahan yang lynn lakukan pada abg. Penyesalan yang hadir selepas kesalahan itu sampai pada pendengaran abg dan kesudian abg memaafkan lynn, membuatkan lynn menangis kebodohan lynn sendiri. Betapa lynn mengabaikan kasih sayang yang abg berikan.

Abg,
Perhatian, layanan yang abg berikan pada lynn, biarpun tak dapat memuaskan hati lynn, mencabar kepercayaan lynn pada abg. Tetapi abg masih tetap di sisi lynn, mempercayai lynn, menyayangi lynn. Betapa lynn bodoh untuk menilai semua tu. Hanya keseronokan yang menjadi perhatian lynn. Sehinggakan abg bersedih dengan sikap lynn. Betapa lynn bodoh mempermainkan kasih sayang abg.

Abg,
Hubungan yang wujud antara kita, sering membuatkan lynn menangis. Tangisan yang sering kali hadir bila lynn merindui abg. Biarpun kita dekat, komitmen membuatkan kita terlalu jauh. Hinggakan wujud satu perasaan kecil di hati lynn apakah lynn tiada tempat di hati abg. Namun, abg masih setia menyayangi lynn. Masih setia merindui lynn. Betapa lynn buta untuk menilai segalanya.

Abg,
Biarpun kita berjauhan, tapi abg tetap di hati lynn. Abg adalah insan yang selalu membuatkan wajah suram ini tersenyum, tertawa riang. Tingkah laku abg, senyuman abg, membuatkan lynn rasa disayangi. Tidak pernah sekali lynn terfikir yang lynn boleh bahagia bersama abg. Lynn rasa bahagia, rasa disayangi bila di sisi abg.

Abg,
Benarkan lynn terus merindui abg.
Benarkan lynn terus menyayangi abg.
Benarkan lynn terus mencintai abg.
Benarkan lynn terus menanti abg.
Benarkan lynn terus berada di sisi abg bila abg memerlukan.
Andai satu hari nanti, lynn terluka dan lynn berduka, ubatilah kelukaan dan kedukaan lynn dengan senyuman dan rasa kasih sayang abg pada lynn. Tidak banyak lynn minta dari abg, sekadar secebis rasa kasih, rasa sayang, dan perhatian dari abg.

Abg,
Happy anniversary ke2. Biarpun pada abg, tarikh 13 November hanya satu tarikh yang tidak mempunyai makna, bagi lynn tarikh ini cukup membuatkan lynn tersenyum dan terus tersenyum tiap kali terkenangkan abg. Terima kasih kerana terus berada di sisi lynn. Lynn akan terus sayangkan abg. Lynn takkan lupakan kenangan kita. Abg perkara terindah yang pernah lynn alami.

Yang tulus menyayangi dan mencintai,
Lynn

Sunday, November 08, 2009

Selamat Ulang Tahun Buat 'Cahaya Mata'

20tahun yang lalu, dunia menerima seorang lagi khalifah di atasnya. Kelahiran seorang puteri dalam keluargnya, memberikan kegembiraan kepada mereka. Cahaya mata, itulah maksud nama yang dipilih, memberikan seribu pengertian kepada dirinya.

20tahun telah berlalu, dia masih seperti dulu. Keriangan yang ditunjukkan, tidak dibuat2. Senyuman yang terukir sentiasa di wajahnya, memberikan ketenangan di pihak yang lain.

Tanggal 8 November 2009, genaplah dia berumur 20tahun. Seorang gadis yang riang dengan tawa dan keletah manjanya, sering menjadi penawar kepada sahabatnya. Seorang gadis yang sentiasa menjadi dirinya, itulah dia Nur'Ain binti Zulkefli.

Dalam dunia maya, dia lebih dikenali sebagai Little Ain Zulkefli. Mungkin sudah ada yang mengenali dirinya, mungkin juga yang belum.

Ice mocholatte, merupakan tempat luahan perasaan jika dia tidak mampu bercerita. Di situ jugalah dia coretkan jiwanya yang bercelaru. Namun, ain tetap ain. Dia tidak mungkin akan menjadi orang lain. Kerana dia sentiasa menjadi dirinya.

Buat Nur'Ain Zulkefli, selamat ulang tahun kelahiran yang ke20. Semoga tahun ini memberikan seribu kenangan dan pengajaran buat dirimu. Di doakan semoga perjalanan hidupmu dipermudahkan, dipanjangkan umur untuk menuntut ilmu, dan dimurahkan rezekimu.

Tidak ada hadiah yang mahal mampu aku berikan sebagai tanda aku mengingati tarikh 8 November, namun cukup sekadar kasih dan sayang sebagai seorang kawan dan kakak *aku lahir bulan 4 okay* yang mampu aku berikan selain dari long lasting friendship.

Ingatlah pesan pujangga wahai adikku,

Sekali kita berkawan,
Selamanya kita akan menjadi sahabat,
Biarpun tidak terucap betapa aku menyayangimu sahabat,
Ingatlah bahawa dirimu sentiasa dalam ingatan.

Kasih dan sayang tidak perlu diungkapkan,
Cukup jika engkau mengetahui,
Betapa aku sayang akan dirimu,
Seorang adik,
Seorang sahabat,
Juga seorang teman.

Jika mereka meninggalkan dirimu,
Aku masih setia menemanimu meneruskan perjuangan,
Jika mereka membenci dirimu,
Aku masih setia menyayangimu sehingga akhirnya,
Namun aku bukanlah kesatria terhebat,
Hanya seorang teman,
Hanya seorang rakan,
Hanya insan yang bergelar sahabat.

notapengarang: ain, sorry..gambar semua rembat dari fb ko..hehehe...jangan marah..nanti dah tak comel..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Tuesday, November 03, 2009

Makan Dan Jejak Kasih

Baru balik dari Mak Pah Cafe @ lebih dikenali sebagai kedai bumbung biru. Di mana? Hehehe... Di Arau, berdepan dengan KMP. Yupe, aku dan rumate sekali lagi membuat satu kerja gila di mana kami keluar pada pukul 830 malam. Perjalan ke arau takda masalah pun. Alhamdulillah. Biarpun jalan ke sana tak banyak lampu jalan, cahaya bulan cukup terang menyinari. Hehehe...

Ajak khalilah jumpa sekali. Tak lama lepas tu, dia datang. Huhu.. Sangat seronok berjumpa dengan teman lama. Huhu.. Gambar ada, tapi kena edit dulu. Baru cantik. Nanti aku post ek.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Monday, November 02, 2009

Beban Berkurangan

Dah lepas satu beban. Beban ke? Lebih rasa macam bom kot. Huhu...

Tadi paper MA 2. Management accounting pada siapa2 yang tak tahu MA tu apa. Soalan susah tahap cipan. Macam jawab soalan paper professional je. Taku sangat. Next paper, FM 2. Financial management. Satu lagi paper yang boleh buat aku takut. Huhu...

Exam kali ni aku tk tahu la macam mana. Takut semestinya. Hope2 lepas ni, aku boleh buat lebih baik.

Wish me luck.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, November 01, 2009

Dah Setahun Lebih

Aku langsung tak menyedari, rupa2nya blog aku dah pun mencecah setahun. Huhu... Tak sangka jugak aku masih mampu untuk menulis biarpun setahun telah berlalu. Blog cecah setahun bulan lepas, tapi lupa nak post pape. Takpalah, nanti aku post khas buat blog aku. Hehehe...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, October 30, 2009

Update Terbaru Novel IDK

Aku ketandusan idea untuk teruskan IDK sebab aku rasa macam aku dah lari dari jalan cerita yang asal. So, aku akan berhentikan IDK dari terus dipostkan. Selepas habis final exam, aku akan rombak semua jalan cerita IDK supaya tidak lari dari jalan cerita yang sepatutnya.

Penceritaan dari pihak pertama membataskan penceritaan aku. Mungkin aku akan still teruskan dengan penceritaan dari pihak pertama, tapi melalui 2insan yang berbeza. Macam tak seronok la pulak kan kalau kita cuma tahu pasal kehidupan Eryqa yang terlalu cepat. Macam tak seronok je aku rasa.

Aku letakkan diri aku sebagai pembaca. Dan aku rasa macam ada part yang kurang je. Kalau pembaca tahu pasal kehidupan Hisyam selepas kehilangan Eryqa, pun macam best je bagi aku. Huhu...

Dan sebagai pembaca jugak aku selalu bertanya, apa sebenarnya Impian Eryqa? Kenangan yang Eryqa cuba untuk lupakan, mungkin aku dapat agak. Tapi aku still tertanya2 apa sebenarnya Impian Eryqa. Hurm...

Lepas tu, kalau fikir logik, 32tahun yang lepas dah ada ke sistem kolej? Eh2, macam tak logik je kan. Haha.. Sebagai pembaca, aku rasakan biarpun novel ni hanyalah rekaan, tapi kena masuk akal jugaklah jalan penceritaannya. Kalau cerita rekaan yang betul2 rekaan, mungkin kita dpat tipu sikit2 kan. Contoh macam, ada kereta terbang ke, mall yang tak wujud ke. Hehehe.. Tapi IDK bukanlah cerita rekaan yang macam tu. So, tak boleh la nak reka benda yang tak wujud kan. Hehehe...

Disebabkan aku letakkan diri aku sebagai pembaca dah rasa macam jalan cerita dah lari, so aku buat kesimpulan yang aku akan berhentikan buat sementara waktu novel ni. Maaf la pada sesiapa yang mengikuti novel ni. Tapi, ada ke yang nak baca? Huhu.. Kawan2 aku je la kot. Apa2 pun, aku mintak maaf okay.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Makan Lagi

Ni la nasi goreng ladna. Huhu.. Nampak sedap kan??

Cendul pulut versi Jo Cendul Pulut

Hari tu aku ada post pasal aku kepingin nak makan Mc'D kan? Huhu.. Tu cerita hari ahad. Tapi hari selasa yang lepas, ada satu lagi cerita baru. Hehehe... Aku kepingin nak makan cendul pulut. Tapi bukan sebarang cendul pulut. Sebab aku nak cendul pulut kat Jo Cendul PUlut.

Huhu... Kalau orang kat area jitra tau la Jo Cendul Pulut tu kat mana. Hehe.. Makanan kat sini, memang sedap. Nyam2. Hehehe.. Tapi satu je yang kurang. Service diorang, hampeh. Tak mesra langsung. Kalau aku tengah bad mood, memang aku takkan datang kedai ni. Buat aku sakit hati lagi adalah.

Aku keluar dengan yong, kak wanie, liza n ina. Huhu.. Yong drive kereta aizu. Pinjam sekejap. Huhu... Gerak hampir pukul 7, then balik sampai bilik pukul 830malam. Sekejap je pun. Keluar semata2 untuk makan cendul pulut. Hehehe...

Lapar punya pasal, aku order nasi goreng ladna. Sedap tau. Huhu.. Harga tu, tak pasti la standard atau mahal. Tapi, bagi aku standard la kot. Hehehe...

Aku pun tak tahu kenapa, tapi semenjak 2menjak ni, aku selalu sangat nak teringin makan macam2. Hari McD, lepas tu cendul pulut. Lepas ni tak tahu la apa lagi yang aku akan teringin nak makan. Hehehe...

Aku kuat makan ke?? Sangat kuat makan okay. Kalau dulu memang tak kisah sangat. Sebab aku main sports, so badan aku susah nak naik. Tapi sejak masuk matriks, aku dah jarang bersukan. So kalau makan macam2, memang cepat je badan aku naik. Takut!!!

Aku rasa badan aku dah makin naik, tapi bila jumpa member2 yang dah lama tak jumpa, boleh je dorang cakap badan aku dah susut. Dah kurus. Kurus ke? Tolong jawab sikit ya kawan2. Huhu..

Susut mungkin la kot. Sejak aku sakit hari tu, selera makan aku dah mati. Kadang2 aku rasa malas nak makan. Pasal apa pun aku tahu. Nak cari balik selera makan aku macam dulu2, memang payah sikit la. Huhu...

Kalau aku tengah lapar atau teringin nak makan apa2, mesti akan licin. Hehehehe..

5cendul pulut + cendul biasa + cucur udang..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Wednesday, October 28, 2009

Perubahan + Persahabatan

Miss Eriqa: miss the old time
Mimie: hehe
Mimie: suma org sedang mngalami zaman perubahan dia
Miss Eriqa: memang la
Miss Eriqa: rasa2
Miss Eriqa: kita still macam dulu ke
Miss Eriqa: even semua orang berubah?
Mimie: kta tak leh jd mcm dlu
Mimie: tp ikatan tu tak putus
Mimie: akan remain the same

Pernah terfikir tak kenapa kadang2 kita rasa yang kawan2 kita berubah? Adakah sebab kita tak boleh terima perubahan itu atau kita yang tidak mahu berubah?

Zaman perubahan bukanlah sesuatu yang kita suka. Sebab bagi aku, bila kita alami zaman perubahan ni, pasti akan ada yang terluka. Terluka dengan sikap dan kata2 kita. Bukan nak menyalahkan sesiapa, sebab aku bercakap berdasarkan pengalaman.

Perubahan kepada sesuatu yang baik tidak pernah dihalang sesiapa. Tapi kita kena beringat jugak, tidak semua yang akan suka dengan perubahan itu. Kadang2 perubahan yang berlaku boleh membuatkan kita renggang dengan kawan2. Tapi aku nasihatkan, janganlah sesekali bersikap macam tu. Sebab itu hanya akan menyebabkan kita berasa kesunyian.

Aku pernah alami saat begitu. Kawan yang dulu rapat, aku rasakan makin renggang. Bukan seorang dua, tapi ramai. Bila cakap pasal zaman2 yang kitorang pernah lalui, betapa aku rasakan terlalu cepat masa berlalu. Kadang2 aku rasakan baru semalam saat2 gembira itu semua berlaku. Sampaikan kadang2 aku rasakan, kenapa aku tak dapat lalui detik2 itu semula.

Ada orang pernah berkata pada aku, biarpun kita berubah, persahabatan itu tidak akan terputus. Betul ke? Sebab ada jugak yang aku tengok, persahabatan antara 2sahabat terputus sebab perubahan yang tidak boleh diterima oleh orang lain. Hurm... Dalam satu situasi yang susah.

Aku sudah berubah atau belum, sku sendiri tak tahu, Jangan tanya mengapa, sebab aku tak tahu nak jelaskan macam mana. Pada mereka yang dah lama kenal aku, mungkin diorang tahu aku berubah atau tidak. Kita tidak sedar kita berubah atau tidak, sebab kita rasakan kita masih seperti dahulu. Tapi orang lain akan sedar perubahan kita. Percayalah, sebab itu yang berlaku dalam kehidupan aku.

Aku punya kawan2 yang aku sangat sayang. Biarpun antara kami tidak lagi serapat dulu akibat dari kesibukan diri masing2, itu bukan penghalang untuk kitorang masih lagi menjadi kawan. Aku sayang semua kawan2 aku. Kadang2 aku tak mampu untuk ucapkan dengan kata2, tapi aku rindukan gelak tawa mereka.

Tapi petang ada satu peristiwa dekat bilik mimi. Aku lepak sana sebab nak siapkan assignment FM aku. Bila aku tengok rupa mimi baru bangun tidur, tawa yang dah lama aku tak dengar senyumam yang terukir di wajah dia, aku gembira. Sangat gembira, biarpun aku tahu dia ada kesusahan tersendiri.

Aku suka tengok kawan2 aku tersenyum gembira, tawa riang. Mungkin aku bukanlah penyebab keadaan itu berlaku, tapi itu dah cukup buat aku sendiri tersenyum. Sebab senyuman dan tawa meraka yang jadi penawar bagi mengubat rindu aku. Sungguh, aku rindukan saat2 yang telah berlalu. Andailah masa boleh aku putarkan kembali, akan aku putarkan kembali ke saat2 yang lama. Segalanya hanya kerana merindui mereka yang bergelar sabahat.

Vitamin C - Graduation (Friends Forever)

And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of that night in June
I didn't know much of love
But it came too soon
And there was me and you
And then we got real blue
Stay at home talking on the telephone
And we would get so excitedand we'd get so scared
Laughing at ourselves thinking life's not fair
And this is how it feels

[1]
As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
From whatever
We will still be
Friends Forever

So if we get the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man?
Can Heather find a job that won't interfere with her tan?
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels

[Repeat 1]

La, la, la, la:
Yeah, yeah, yeah
La, la, la, la:
We will still be friends forever

Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there?
Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly

[Repeat 1 (3x)]

notapengarang: aku menangis lagi..kenapa aku makin sensitif dengan perihal ini??

lots of love,
[Miss Eriqa]