Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, January 30, 2009

Tekanan!!!!

Uwa!!!! Aku tension sangat2 sekarang nie. Boleh pulak ab msg aku sekali je!!! Dalam masa seminggu cuti, hanya 1call dna 3msg. Geram gila!!! Janji je nak rajin2 call aku time cuti. Tak suka betul kalau ada orang tipu2 macam nie tau!!! Hurm...

Post aku sebelum nie, Pelamin Anganku Musnah telah disalahertikan oleh member2 aku. Ceh!!! Ingat aku kemaruk sangat nak kahwin ke?? Hahaha.. Mungkin bagi mereka yang tidak mengerti post tersebut, aku boleh terangkan. Post tersebut bukanlah bermaksud bahawa aku dah kemaruk nak bernikah dan mendirikan pelamin. Maksud aku adalah perhubungan yang aku harapkan tidak nampak di mana penghujungnya. Seolah2 bagi pasangan yang sedang hangat bercinta dan telah mengatur langkah untuk membina mahligai tapi musnah hanya kerana tiada persefahaman antara mereka. So, jangan salah anggap tau semua.

Bagi mereka yang rapat dengan aku, mereka sudah sedia maklum bahawa aku tidak akan berkahwin sekiranya aku tidak mendirikan mahligai aku sendiri sebelum umur aku mencecah 30tahun. Bila kitorang borak2 pasal hal nie, kawan aku sempat buat lawak nak iklankan tentang niat aku bila umur aku mencecah 29tahun. Betul la kawan2 aku nie. Nak kata sengal dan biol diorang adalah kawan yang mengerti mengapa aku berniat sedemikian. Hehehe..

Aku amat2 tekanan sekarang nie. Dengan assignment yang semakin hari semakin bertambah. Aduh.. Dah la aku memang tengah takda mood langsung nak buat tugasan tue semua. Penat la!!! Cuti pertengahan semester telahpun berakhir dan aku telah pun kembali ke bilik aku di UUM. Menyiapkan segala tugasan yang perlu dihantar sebaik sahaja naik cuti nie. Bila siap semuanya, projek2 besar akan muncul dan aku perlu menyiapkan kertas kerja aku untuk projek semester hadapan di mana aku akan menjadi pengarah projek tersebut. Ahli jawatankuasa pun masih tidak cukup lagi. Huhu.. Pening kepala aku nak mencari. Ingat nak mintak tolong dengan senior. Tapi tengok keadaan la macam mana. Yang aku pasti, aku nak buat projek tue bukan di dalam universiti tapi kemungkinan besar di P.Pinang atau Perlis. Hehehe...

Dah lama aku tak post apa2 dalam blog nie mengenai aku. Aku sendiri perasan, sejak dua menjak nie penulisan aku lebih ke arah perasaan aku. Aku sendiri tidak mengerti mengapa ini berlaku. Mengikut kata kawan2, tekanan aku lebih ke arah percintaan dan perasaan, dan bukannya tentang tugasan2 aku. Hahaha... Takpalah, tujuan aku menulis blog pun memang sebab tue. Blog adalah tempat untuk aku meluahkan perasaan yang tidak dapat aku kongsikan bersama yang lain. Huahahaha...

Tuesday, January 27, 2009

Pelamin Anganku Musnah

Pelamin indah yang diangankan musnah?? Pernah berlaku atau tidak dalam kehidupan korang? Mungkin ada, mungkin tiada. Bagi aku, kesudahan penceritaan boleh diketahui sekiranya kita melihat dengan mata hati dalam kesudian pasangan kita meneruskan perhubungan. Entahlah aku tiada jawapan untuk persoalan aku sendiri. Hurm... Aku pernah melalui segalanya apabila 'dia' meninggalkan aku. 'Dia' merupakan seorang insan yang dapat membuatkan aku jatuh cinta untuk sekian kalinya selepas bekas teman lelaki aku yang kedua. 'Dia' adalah segalanya buat aku, tapi akhirnya dia pergi meninggalkan aku tanpa khabar. Aku terkelu tanpa kata apabila dia berbuat demikian. Aku sayangkan dia lebih dari yang aku boleh impikan, tapi aku harus rela dengan takdir dan aku harus menerima segala yang telah berlaku.

Kini, aku punya seseorang yang benar-benar membuatkan aku bahagia. Abg, walaupun aku tahu kita tidak mungkin akan bersama, tapi aku akur dengan keputusanmu untuk melepaskan aku. Kau benar-benar membuatkan aku bahagia. Amat bahagia sehinggakan aku sanggup melepaskan mereka yang setia menunggu diriku untuk memberi jawapan. Kita datang dari dua dunia yang berbeza namun kita memahami perasaan yang hadir dalam diri ini. Abg, kau adalah segalanya, walaupun aku sedar kau sering membuatkan aku bersedih. Abg, kerap kali aku berfikir, mengapa harus aku yang jadi pilihanmu, sedangkan kau punya dia yang amat menyayangi dirimu? Dan mengapa harus aku menerima dirimu hinggakan aku sanggup melukakan hati kecil kakak aku sendiri? Biarlah hubungan kita kekal rahsia, biarlah kau bahagia dengan dia, biarlah aku tanggung derita ini bersendirian. Aku mendoakan kau bahagia menyulam kebahagiaan bersama dirinya. Dan biarlah aku pergi membawa diri, jauh dari kehidupan kau dan dia.


Pelamin Anganku Musnah by Azie

Masih lagi tidak terlewat
Untuk aku ucap tahniah
Di atas kehadirannya
Menggantikan aku

Pastinya oh hidupmu
Akan lebih bermakna
Dan aku usah kau kenang
Walau kita pernah berkasihan

Maafkan diriku ini
Kerna tidak hadirkan diri
Di sewaktu hari
Persandinganmu

Adakah kau ingin lihat
Air mata ini berguguran
Puaslah hatimu kini
Memainkan perasaanku selama ini

( korus )
Masihkah dengan janjimu
Apapun jadi akulah pilihanmu
Hingga sanggup aku singkir cinta yang lalu
Ku angankan pelamin indah untuk kita berdua singgah
Sayangnya... Semua musnah

Kau buat malamku jadi gerhana
Dan hidupku tiada maknanya
Hanya bernyawa namun tak bermaya

Terkadang aku merasa menyesal
Kerna telah sehabis daya
Aku cinta dirimu oh kasih
Akhirnya aku sendiri
Tersisih...

( ulang dari korus )
Bisa sungguh luka ini
Walau tak berdarah.

Notakaki: Lagu ni adalah lagu kegemaran aku sbbnya lagu ni ada kaitan dengan kisah percintaan aku. Tiap kali aku mendengar lagu ni, aku pasti akan teringatkan abg yang sering bermain tarik tali dengan aku.

Wednesday, January 21, 2009

Cinta Pertama

Malam,
Mengapa malam sering mengingatkan aku pada si dia,
Si dia yang sentiasa jauh di mata,
Namun dia tetap berada di hati,
Walaupun aku tau di bahagia di sisi insan tersayang.

Sayang,
Maafkan aku kerna membuatkan kau bersedih,
Tidak terniat untuk melukakan hatimu,
Ingin aku khabarkan pada dirimu,
Betapa aku sesali,
Segalanya yang telah terjadi.

Abang,
Panggilan yang sering sayang ungkapkan,
Biarpun kita berpisah beribu batu,
Namun setiap langkah yang sayang aturkan,
Namamu sentiasa tersemat di hati.

Papa,
Panggilan yang membuatkan kita mesra,
Seolah-olah kita milik kita,
Tiada apa yang dapat membuatkan kita berpisah,
Namun,
Mengapa perpisahan juga yang terjadi di antara kita.

Pelbagai panggilan kita pernah gunakan,
Sehinggakan aku sentiasa mengingatimu,
Walaupun panggilan itu aku gunakan,
Untuk insa selepas kau.

Pa,
Panggilan terakhir aku kepada dirimu,
Panggilan yang aku ungkapkan sewaktu perpisahan kita,
Bukan niat aku untuk memutuskan hubungan ini,
Tapi cukuplah derita yang pernah kau berikan dulu.

Pa,
Engkau insan pertama yang membuatkan aku mengenal cinta,
Engkau insan pertama yang membuatkan aku berduka keran cinta,
Namun tiada sedikit kemarahan yang dapat aku berikan,
Kerana kau mengajar aku tentang kehidupan.

Pa,
Aku doakan agar kau bahagia,
Di samping dia yang menjanjikan seribu kemanisan hidup,
Di samping dia insan yang membuatkan aku menderita,
Namun,
Kerna kau pernah aku cintai,
Tidak mungkin sekali aku mendoakan,
Perpisahan berlaku di antara kamu.

Pa,
Hargailah dia sepertimana kau menghargai aku dahulu,
Namun jangan kau perlakukan dia seperti aku,
Kerna kami dua insan yang berbeda,
Sesungguhnya aku lebih kental,
Lebih tabah dari dia,
Seorang insan yang mudah mengalirkan air mata.

Monday, January 19, 2009

Air Mata Dalam Perhubungan

Aku sayangkan dia,
Aku rindukan dia,
Tapi betapa kuat aku menjerit,
Hanya hati aku yang mendengar.

Dia hadir waktu aku memerlukan,
Di waktu aku kesunyian,
Tapi sedihnya,
Hanya hati aku yang mengetahui.

Abang,
Mengapa antara kita punya penghalang,
Mengapa antara kita punya sekatan,
Apakah aku yang bersalah,
Menyayangi seseorang seperti kau,
Yang bukan milik aku,
Dan tidak mungkin menjadi milik aku.

Abang,
Kenapa mesti kita berjumpa,
Jika perpisahan menjadi jalan utama,
Jalan yang cuba aku elakkan,
Tetapi,
Jalan itulah yang harus aku tempuh.

Abang,
Betapa kuat aku cuba menghalang,
Perasaan makin kuat bersarang,
Aku tidak mahu ini berlaku,
Kerna aku akan jatuh,
Lebih dari apa yang kau bayangkan.

Abang,
Aku terlalu menyayangi dirimu,
Namun harus aku lepaskan dirimu,
Pada si dia yang lebih kau sayangi,
Dan aku hanya akan memerhati,
Tika kau anyamkan kebahagiaan bersama dirinya.

Abang,
Apakah aku hanya sandaran,
Atau apakah aku lambat hadir,
Dalam perjalanan hidup kau,
Sehinggakan aku terpaksa menahan derita,
Yang aku sendiri tidak tertanggung,
Beban di bahu ini.

Abang,
Maafkan aku kerana menyayangi kau sepenuh hati,
Walaupun aku tahu,
Kasih sayang yang pernah kau curahkan,
Tidak setulus kasih sayang dari diri aku.

Abang,
Mungkin ini adalah yang terakhir,
Warkah dari aku untuk dirimu
Inginkan aku luahkan segalanya,
Agar kau mengerti betapa aku mencintai dirimu,
Biarpun aku tahu,
Antara kita telah berakhir,
Segalanya yang telah bermula.

Abang,
Ketahuilah,
Biarpun masa berlalu dengan pantas,
Sayang aku masih kukuh buat dirimu,
Cinta aku masih bertapak buat engkau,
Seseorang yang pernah hadir,
Yang pernah aku sayangi,
Yang pernah aku cintai.

Notakaki : Abg, adalah seseorg yg pernah hadir suatu ketika dulu. Tetapi kehadiran dia masih dapat aku rasakan sehingga kini. Abg, adalah seseorg yg telah pergi dari hidup aku, tetapi pemergian dia adalah kerana kerelaan aku dan dia.

2008 Cute's Blogger Award + Tagged Dari Abg Lanz

Huhu.. 1st time kot ak dpt tag mcm nie. Hehehe.. Well, ak dpt award merangkum tag nie dari abg lanz, seorang senior ak sewaktu di Kolej Matrikulasi Perlis [die bacth ke bpe ak xingat. Huawawawa...], n aku xpernah sekali pun jumpa dia sejak kenal dalam Portal Komuniti KMP. Die nie antara yang terawal aku link dlm blog aku.

10 perkara tentang aku...
  1. seorang yang terlalu sukakan coklat!!!
  2. seorang yang gemarkan warna biru!!
  3. senang menyakiti hati orang dengan kejujuran [teruk sgt ke?? honesty is the best policy]
  4. mudah terasa n merajuk dengan orang tersayang
  5. seorang yang kental dan berani menerima cabaran
  6. fokus dalam melakukan sesuatu yang diminati
  7. minat bersukan tapi kuat makan jugak
  8. ikut kata kawan, badan aku mantap [fact or not, im not sure. u judge by urself]
  9. manja sangat2 dengan mereka yang rapat
  10. mudah menerima dalam segala hal walaupun dikutuk dan hanya memendam segalanya

mereka yang bakal menerima award @ tag ini adalah...
abg hyuuga, mimie, roslinda, abg am, kak mar, n sesape je la..
sowie, xde link yg byk la.. hehe..

rules tok yg dpt award :

  1. copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
  2. link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
  3. setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
  4. anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
  5. jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag.

Sunday, January 18, 2009

Pecahan Sayang Dalam Kehidupan

Sayang adalah sesuatu yang sering disalah tafsir oleh insan bernama wanita dan lelaki. Jangan mudah menunding jari pada mereka yang membuatkan kamu menyalahtasirkan sayang yang diberikan. Sayang boleh dipecahkan kepada beberapa pecahan maksud.

1. Sayang terhadap kekasih
Sayang dalam pecahan ini adalah sayang yang kita berikan untuk mereka yang mempunyai hubungan istimewa dengan kita. Mereka yang bergelar kekasih adalah mereka yang kita sayangi lebih dari seorang kawan. Jangan mudah mengatakan sayang pada pasangan seandainya kita masih tidak mengerti sayang yang kita hulurkan pada mereka.

2. Sayang terhadap sahabat
Sahabat mempunyai banyak peranan dalam kehidupan. Jangan sesekali kita mengkhianati persahabatan yang dihulurkan kerana sekali terluka, amat susah untuk ia sembuh semula. Sayang terhadap sahabat kadang kala dianggap pelik kerana bagi mereka yang tersalah tafsir maksud sayang, mereka pasti mengatakan bahawa sayang tiada untuk mereka yang bergelar sahabat atau kawan. Jangan lupa, sesuatu persahabatan tidak akan bertahan bertahun-tahun sekiranya tiada kasih sayang dalam persahabatan. Bila kita sayang akan sahabat, kita akan risau, kita akan cuba untuk menggembirakan sahabat-sahabat kita walaupun dalam satu keadaan, kita sendiri akan terluka. Harus diingati, sayang terhadap sahabat lebih bererti daripada sayang terhadap kekasih. Mengapa?? Kerana sahabat sentiasa berada di sisi dan persahabatan akan kekal sehinggalah salah seorang dari kita pergi buat selamanya, tetapi kekasih adalah sesuatu yang tidak akan kekal. Kekasih tidak bermakna akan menjadi seorang suami, kecualilah mereka serius untuk memperisterikan kita.

3. Sayang terhadap keluarga
Satu sayang yang tidak perlu diterangkan terlalu banyak. Keluarga sentiasa berada di belakang kita dalam segala hal. Mereka adalah yang terbaik dalam segalanya. Jangan sesekali membelakangi keluarga kita. Sayang terhadap keluarga adalah sayang yang paling tulus pernah kita berikan. Percayalah, walaupun kita terlalu sayang akan kekasih, sayang itu tidak akan dapat menandingi sayang yang kita berikan untuk keluarga. Mungkin pada mereka yang tidak rapat dengan keluarga, itu bukan penghalang untuk kita menyayangi mereka. Sedarlah wahai semua, rapat atau tidak, itu bukan satu alasan untuk tidak menyayangi mereka. Tanpa keluarga yang sering menyokong kita, tidak mungkin kita akan mencapai kejayaan yang kita kecapi pada hari ini.

4. Sayang untuk suami/isteri
Sayang yang terakhir boleh kita berikan pada insan yang akan kita kongsi hidup buat selamanya. Pada si isteri, jangan sesekali kita cemburu sekiranya pasangan kita lebih menyayangi keluarga dia berbanding kita. Kerana mereka adalah tanggungjawab si dia sebagai anak lelaki. Sekiranya dia menyayangi anak-anak, jangan sesekali berasa kehilangan, kerana kasih sayang mereka terhadap anak-anak adalah lebih tulus dan suci berbanding sayang mereka terhadap kamu.

Saturday, January 17, 2009

Perasaan Dalam Kebisuan

Kita sering bersendirian,
Kerna menganggap kita adalah kita,
Sehinggakan kita sering terlupa,
Mereka yang sentiasa berada di sisi.

Keegoan kadang kala menyakitkan,
Kadang kala memilukan,
Keegoan dalam dirimu,
Adalah terego pernah aku temui,
Namun mengapa keegoan itu,
Telah memikat hati kecilku ini?

Perilaku dirimu pada diriku,
Kerap kali aku salah tafsir,
Apakah kebaikan dirimu itu,
Hanya kebaikan seorang sahabat,
Atau apakah ia kebaikan seorang abang yang memahami?

Aku malu pada diriku,
Kerna kebaikan dirimu aku sering salah tafsir,
Pelbagai cara aku lakukan,
Untuk aku tepis perasaan yang hadir,
Namun seperti diduga,
Perasaan makin kuat bersarang.

Kadang kala aku rasakan,
Aku bermain dengan perasaan,
Kerna segalanya hadir tanpa dirancang,
Dan ia membuatkan aku tidak keruan.

Aku sedar siapa diriku ini,
Seorang insan yang hina,
Seorang insan yang terluka,
Tidak akan layak untuk menyayangi,
Insan yang semulia hatimu.

Aku mendiamkan diri,
Agar tidak lagi aku rasakan kekecewaan,
Kekecewaan yang pernah aku rasakan,
Sebelum aku mengenali dirimu.

Persahabatan yang kita jalinkan,
Lebih banyak kedukaannya dari kegembiraan,
Lebih tangisan dari tawa riang,
Namun hanya dapat aku pendam,
Segala yang berlaku,
Tidak mahuky tempuh,
Apa yang pernah aku lalui sebelum ini.

Kesedihan,
Kekecewaan,
Kegembiraan,
Hanya aku dapat rasakan,
Tidakku mahu kau mengetahui,
Apa yang bersarang di hati kecilku.

Berkali-kali aku kuatkan semangatku,
Untuk aku khabarkan pada dirimu,
Tentang perasaanku terhadap dirimu,
Namun kerap kali juga aku buang keberanianku,
Kerna tidak mahu aku tempuh,
Penolakan dari dirimu,
Terhadap diriku yang amat menyayangi dirimu.

Khabarkan pada diriku,
Apa yang patut aku lakukan,
Apakah patut aku mengharap,
Pada yang kau yang tidak pernah mengerti,
Tentang perasaan diriku.

Kerap juga aku tertanya-tanya,
Apakah patut aku melupakan perasaanku ini,
Dan meneruskan persahabatan kita,
Tanpa ada rasa gusar,
Tanpa ada rasa kasih.

Atau apakah patut aku terus menunggu,
Sehingga kau mengerti tentang perasaanku,
Namun aku gusar,
Kerna aku tahu,
Pasti air mata akan mengalir,
Jika kau menjadi milik orang.

Tuesday, January 13, 2009

Kenali Lynne-chan Siri 2

Kenali Lynne-chan Siri 1 dh siap semalam. So ak ingat mlm nie ak nk siapkan siri 2 pulak. Huhu.. Ikuti sambungan nya.

_____Minat Yang Ingin Diminati_____

Setiap org punya minat yang tersendri. Begitu juga ak. Tp ak punya minat yg ak sndri xtau ble ak ad. Tbe2 je ak rse addict pd sesuatu dn ak pasti, sejak itu ak dh minat dgn bnde tue. Hahaha...

1. Matematik
Satu minat yg ak dh lme tau. Ak mmg minat sgt2 dgn sbjk nie. 1sbjk yg buat otak ak berpk dgn lju. Hehehe... Sejak ak kecil, ak selalu fokus pd sbjk nie berbanding sbjk2 lain. Hinggakan mama ak sndri risau. Mne xnye, sbjk lain susah pun ak malas nk stdy. Bg la ssh mne pun soalan, yg pasti ak akn amik mse utk selesaikan. Sehingga kini, tiada satu lg soklan matematik yg ak xleh nk jawab. Salah tu lain cerita la. Mksd ak, ak tau cre nk selesaikan masalah2 tue. Hehehe...

2. Warna
Ak nie kdg2 terlalu taksub pd warna. Hehe.. Ak pn xtau knpe. Warna yg ak minat adlh BIRU, Hitam, Putih n Merah. Hehehe.. Knpe biru yg pertme?? Sbb itulah warna yg ak minat dr dlu hg sekarang. Hehehe... Biru melambangkan satu ketenangan yg ad dlm dri ak. Hehehe... Main banti je letak mksd. Hahahaha...... Tp btul, biru dapat membuatkan ak tenang. Amat2 tenang ble berada di laut biru sewaktu langit tiada awan. Sungguh cantik dunia ciptaan Allah SWT ini. Hehehe... Hitam melambang kedegilan ak. Hahahaha... Jgn pelik tau, tp btul. Ak amat2 degil kerana itulah ak. Ak punya pendirian ak sdnri yg mne ak xharap org lain ikut tp ckuplah sekadar memahami pendrian ak. Hehehe... Hitam juga melambangkan ketegasan yg ad dlm dri ak. Huhu.. Tegas atau x?? Korang sndri yg tentukan. Tnyelah mereka yg telah lme mengenali ak. Pasti mereka ckp ak tegas. Hehe.. Putih bg ak adlh satu ketulusan yg ad pd ak. Pd sesetgh org, putih melambangkan kesucian, tp bukan sme yg ske warna putih itu masih suci. Mksd suci di sini adlh naif ttg segalanya. Yg pasti itu bkn ak, sbb ak ske xplore bnde bru. Huhu.. Tulus ak adlh pd kasih sayang yg ak berikan pd mereka yg ak syg. Kawan, kekasih, family amat bererti buat ak. Hehehe.. Merah adlh keberanian ak melakukan sesuatu. Hehehe.. Berani?? Ya, ak mmg brani. Brani mencabar, brani meneroka, dan brani terima cabaran. Hehehe.. Yg plg best, ak brani menegur. Huhu...

3. Coklat
Coklat adlh mknn kegemaran ak. Hehehe.. Ak amat menyukai coklat. Segalanya la ttg coklat. Hehehe... Coklat ais, aiskrim coklat, kek coklat, n sebagainya. Hehehehe.. Sdp tau mkn coklat. Favourite choc ak adlh Cadbury, Van Houltan, Vochelle, Daim. Blh kte sme jnis coklat ak mkn. Huhu.. Tp skung nie, ak kne kurangkan sbb bdn ak dh mula naik. Mcm dipam2 dibuatnya. Hehehe...

4. Hoki
Ak mle main hoki sejak form1, tp sbb xtahan dgn training oleh senior, ak stop. Hehehe... Then tgh form4 ak main semula. Sejak tu ak xnk stop. Bg ak yg mmg malas nk wat senaman, hoki adalah salah satu cara lain utk ak maintain bdn ak. Hehe.. Sbb nye, klu ak main hoki, latihan yg ak jalani memakan masa hampir 2jam. Huhu.. Dlm mse 2jam tu, ckup utk ak bakar lemak2 yg ad dlm bdn ak. Hahahaha....

5. Fotografi
Minat yg ak baru lg temui. Ak sndri xtau ble ak blh minat pd dunia fotografi nie. Hehehe.. Ak ske tgkp gmbr persekitaran. Ak bkn jenis yg camera addict, tp ak addict nk tgkp gmbr. Huhu.. Ak perasan yg ak minat bidang nie selepas ak kemaskini file2 ak dlm lappy kesygn ak. Ble ak tgk balik gmbr2 yg ak prnh tgkp, blh tahan juga la byk nya. Cmpur tolak sme, ad la lebey kurang 300 keping jugak. Hehehe... Tp ak byk simpan softcopy yg mne kesemuanya telah hlg apabila lappy ak diformat oleh my bro. Hehehe.. Xpe la, leh kumpul bru. Huhu..

6. Muzik
Ak ske mendgr lagu n karaoke. Well, karaoke utk ak lepaskan segala kepenatan yg ak alami sebelum nie. Hehehe.. Favourite place ak adlh d Red Box Low Yat n Karaoke Box kat Jitra Mall. Huhu.. Mmg seronok gle ar. Ak siap leh joget klu bawak lgu dangdut. Hahaha....

_____Cita2 dan Impian Ak_____

Setiap org punya impian dan cita2 sndri. Begitu juga ak. Ak juga punya cita2 n impian sndri.

1. Cita2 ak ingin menjadi seorg akauntan yg berjaya. Hehehe.. Ak minat akaun dr start ak blaja which is in form3. Mgkn sbb akaun lebey kpd kira2 n handle duit kot. Hahahaha...... Ak harap jugak yg ak dpt amik exam ACCA n mendaftar dgn MIA sebagai Charted Accountant. Hehehe..

2. Impian ak?? Terlalu banyak yg ak impikan. Hehehe.. Yg penting bg ak dan yg pasti akan ak kejar adlh punya kerjaya yg tetap dan hebat. Huhuhu.. Ak impikan juga utk mempunyai sebuah rumah dan kereta sndri sebelum umur ak memcecah 30thun n sebelum ak berkahwin. So ak masih ad 10thun utk jdkan impian ak kenyataan. Hehehe.. Keluarga?? Ya, setiap perempuan mengimpikan ak sebuah keluarga yg bahagia. Tp bg ak, keluarga menjadi impian terakhir. Bukan ak menolak perkahwinan, tp percintaan yg kecewa membuatkan ak jd benci dgn perkahwinan. Lelaki yg mengharapkan duit perempuan, lelaki yg tidak bertanggungjawab lebih senang dicari dr lelaki yg bertanggungjawab. Disbbkan itu juga, ak menetapkan syarat sebagai langkah berjg2. Hehehe... Ak iginkan sebuah rumah yg lengkap segala2nya, sebuah kereta dan satu set barang kemas sbg syarat perkahwinan. Ak xperlukan berdulang2 hantaran, cukuplah sekadar 3perkara tue. Yg pasti, rumah n kereta tue dh langsai dr byrn bulanan n ditukar milik kepada nme ak. Hehehe.. Sekiranya perceraian berlaku, kesemua itu akan jd milik ak Serta, bekas suami ak xleh nk tuntut semua tu. Hehehe.. Duit simpanan yg ak ad ak xkan bgtahu suami ak bpe byk sbb itu duit ak. Go to hell klu nk pnjm sekali pun. Pd family ak, dialu2kan. Hehehe... Ak xjahat, tp ak berjg2. Mne tahu, mahligai yg dibina tdk dpt bertahan. Huhu..

3. Ad 1lg impian yg ak inginkan. Melanjutkan pelajaran ak ke luar negara. Hehehe.. Ak ingin melanjutkan pelajaran ak ke peringkat Master dan PhD sekiranya ak masih mampu utk belajar. Huhu.. Dan ak ingin sambung sekiranya boleh ke US atauUK atau Aussie. Huhu.. Best gler klu dpt smbung kat sne. Hehehe...

Hurm.. Ini adlh penghabisan kpd post Kenali Lynne-chan. Huhuhu.. Itu je yg ak rasa org lain ptt tahu. Hehehe.. Sikap sebenar ak?? Itu biarlah ak buat post lain. Menceritakan sikap ak yg sbnrnye. Hehehe....

Sunday, January 11, 2009

Kenali Lynne-chan Siri 1

Hurm.. Ak terbce karangan darjah 3 yg dikarang oleh Mimie, lantas membuatkan ak terpk mengenai sesuatu. Huhu... Hurm... Rmi kenali ak sebagai LYNNE, tp kenalkah mereka siapa ak yg sbnrnye?? Huhu.. Rasanya hari nie ak nk menulis mengenai siapa ak.. Hehehe...

_____Kehidupan Peribadi Aku_____

Nama ak Fadzlin Nur'Ain binti Rozman. Ak byk nme panggilan, tp hnye 2 yg kekal hingga sekarang. Mereka yg bru kenali ak sng memanggil ak sbg Lynne, tp mereka yg telah lme mengenali ak, sng memanggil ak sbg Lin [berbeza k]. Huhu.. N 1lg panggilan ak adlh Eiqa, yg mne ak gne kan dlm dunia maya. Tp utk blog nie, ak prefer nme Lynne-chan sbb itulah ak. Hehehe... Well, ak lhir on April 10, 1989 kat Kuala Lumpur. Ak membesar n menghabiskan zaman persekolahan ak di sne. Kre ak nie mmg anak jati KL la. Hehehe.. Ak ad sorang abg n sorang adeq, yg mne ini membuatkan ak ank tgh dan perempuan tunggal. Hehehehe... Yes u r rite, i am MANJA. Hehe... Mama?? Mama ak kje sejak ak lahir, as a setiausaha kepada peguam berpejabat di KL. While my dad is a policeman. Abg?? Abg ak dh kje hmpir sethun lebey as Customer Service Executive kat Vads Bhd di TTDI. Adeq ak masih lg menuntut di SMK Yaacob Latif dlm tingkatan 3. Ak ngan adeq beradeq ak kerap gaduh, tp sejak ak berjauhan, kurang sket gaduh. Sbb balik pun 3kali setahun. Hehehe..

_____Latar Belakang Pendidikan_____

So, dats bout my life. My stdy??? Ak mendpt pendidikan awal di Tabika Kemas di kawasan Titiwangsa [kalau ak xsalah la. Hehehe...]. Sblm ak masuk sek ren, ak dh pindah ke kawasan Cheras sbb papa ak dh bertukar ke IPD Cheras. So mle2, ak skewl kat SRK Jalan Pasar 1. Sempat skewl kat situ for 2weeks je. Hehe.. Then masuk SK Yaacob Latif 2 di Jln Peel sehinggalah ak menamatkan zaman kanak2 ribena ak di sne. UPSR??? Alhmadulillah, ak dpt ap yg mama ak inginkan. Cadangnya ak nk smbung ke SMK Yaacob Latif sbb dat time abg ak still skewl kat sne. Malangnya, mama memaksa ak masuk ke SMK Seri Bintang (Utara) di Taman Shamelin belakang PGRM. Ak ingat lepas form3, ak nk smbung MRSM tp mama xkasi sbb mama xnk lepaskan ak. Hehe.. Ak hbskan zaman remaja ak sebagai pelajar sekolah di situ. PMR dan SPM??? Hurm.. PMR ak mmg cntk, lepas target ak n mama. Tp SPM ak, agak teruk. Kantoi pd sbjk sci, Physics n Chemistry. Huhu.. Waktu form4 n 5, ak amik sci-acc, tp utk SPM ak amik xtra sbjk tuk acc iaitu Ekonomi n Perdagangan. Ak amik sme sbjk tu sbb ak minat. Keputusan SPM yg cntik utk aliran akaun telah memberikan ak peluang utk memilih 1 antara 3 pilihan yg ak terima iaitu, foundation terus buat Bachelor of Accountancy (Honours) di UNITEN Muadzam Shah, buat Diploma in Accountacy di UITM atau pun meneruskan pengajian ak di Kolej Matrikulasi Perlis di Arau. Ak nk teruskan di UNITEN tp mama menghalang n memaksa ak terus ke mtrx [again, mama masuk cmpur dlm my stdy life!!!]. Mse mle2 masuk?? Ak mmg xske tmpt tue!!! No life for me to enjoy!! But ak tersedar sesuatu, tmpt tue mmg menarik n sesuai utk ak stdy. Hehehe... Pointer sem1 ak agak teruk walaupun lebey dr 3pointer. Hehe.. So ak pulun mse sem2, n ak hbs mtrx dgn pointer ats 3.5. Alhamdulillah, ak amat2 gembira. Utk teruskan pengajian ak dlm ijazah sarjana muda, sekali lg ak memilih utk meneruskan pengajian ak di Utara tanah air. Kali ini ak memilih Universiti Utara Malaysia sebagai tempat penghabisan dunia belajar ak. Skung nie dah masuk sem2 di tahun pengajian pertama. N ak amat2 seronok berada di sni. Hehehe.. Pointer sem1??? Well, ak sedar yg ak lebey byk main dr blaja so ak deserve dgn result ak. Hehe.. Tp alhamdulillah, lebey dr 3pointer. Lepas grad??? Masih belum terikir. Yg pasti hnye ad jln utk ak tempuh. Smbung ke peringkat Master atau bekerja.

_____Sahabat Yang Disayangi_____

Siapa ak dh, latar belakang pendidikan ak pun sdh. Hehehe.. Dunia persahabatan?? Well, ini tjuk wajib. Hidup akn jd bosan tanpa kawan bukan?? N itulah dunia ak. Ak lebih ske berseorangan utk segala2nya. Kerna itu lebey menjanjikan ak kepuasan. Tp itu xbermkne ak tiada kwn yg baik, yg rapat, n yg memahami ak.

Nie la bestie yg plg lme ak knl n yg plg memahami ak. Ak xleh smpn rhsia dr die, sbb dia akn tahu jugak akhirnya. Oshin, panggilan yg mmg dignekan oleh dia sejak ak kenali siapa dri die. Hehehe... Org nye telah berpunya dan dia amat2 gembira dgn kehdpan yg dimilikinya. Huhu... Masuk tahun 2009, kitorang dh kenal hmpir 13tahun. Hehehe.. Mmg seorang kwn yg xpernah berkira dgn ak. Baik bruk ak die leh trime, kerana die lebey kenal ak dr yg lain. Ak n die nie byk persamaan. Kitorg sme2 ske shopping n karaoke. Die juga tahu yg ak nie kuat mkn, so die tahu je tmpt yg best tuk mkn2. Hehehe.. Kitorg pernah gaduh. Itu normal dlm perahabtan tp kitorg gaduh, xyah ckp la. Byk kali, tp itu juga yg membuatkan kitorg makin rapat.

Yg kedua, Fird'z @ Daus. Seorg yg amat2 simple n comey. Hehe.. Ustaz rock adlh nme lain yg ak berikan utk die, sbb nye die nie baik tp layan lgu metal. Punya band sndri, Daarchlea yg memperjuangkan muzik genre metal.

Yg ketiga, Atee. Ak knl minah ni sjk form3. Seorg yg amat sempoi tp amat kaya. Hehehe.. Xkan de spe tahu yg die nie ank org kaya sbb die amat2 simple. Huhu.. Seorg yg amat memahami n mengenali siapa diri ak. Die nie jns yg kasar, xbyk sifat perempuan dlm diri die. Tp die mmg sesuai utk dijdkan seorg kakak sbb die mmg bertanggungjawab. Hehehe..

Yg keempat, Mimie. Ak knl minah sengal nie sewktu di mtrx. Die nie satu kuliah ngan ak tp tutor je lain. Huhu.. Seorg kwn yg sesuai dibawak shopping n karaoke. Ak akn cri die slps ak crik Oshin sbb die ske bg ak kata2 semangat utk teruskan hdup. Huhu.. Mmg seronok kwn dgn die. Sbb nye kami sekepala. Ak ske sakat die dlm kelas atau pun mse kitorg kuar. Nnt die report ngan ABG die. Hahaha... Btw, sowie Mimie, num abg ak dh ingat!! Hehehe...


Ak harap persahabatan yg terjalin antara ak dgn mereka semua akan kekal kerana ak amat menyayangi dri mereka semua. Mereka adlh shbt yg ak amat2 hargai. Terima kasih buat semua. *hugs* n *kissses* 4 all of u..

Well, itulah serba sedikit ttg dri ak. Akn ad bahagian kedua ttg minat n cita2 ak. Klu nk cerita semua sekali, nnt jd pjg sgt. Hehehe.. Tgu post lain kali la pulak ye kwn2. Ap yg ak blh katakan, hanya dgn membce ap yg ak tulis, itu tdk bermkne kamu mengenali ak. Ttp ckup sekadar tahu sejarah ak. Hehehe...

Thursday, January 08, 2009

Persahabatan Yang Penuh Dengan Hipokrasi

Hurm.. Lama la xpost pape kat blog nie.. Well, byk bnde yg kter blh cerita kan disini. Hari nie ak rse nk cerita sesuatu yang ak rsekan ak dh xdpt nk smpn lg.

Semuanya bermula ble perbalahan berlaku antara ak dgn *si dia*. Bkn boy k, tp one of my frenz. Ak n dia berbalah hanya disebabkan oleh sesuatu yang kecik. Tp ntah knpe bnde jd semakin rumit utk ak tempuh. Ak xtau knpe segalanya berlaku pada sem nie. Mgkn sem lepas mengajar ak ttg kehidupan di universiti bukan lah sesuatu yang mudah. Huhu.. Kehidupan yang dikelilingi oleh mereka yang HIPOKRIT amat2 menyakitkan. Bukan ak xleh trime hipokrasi dalam hidup, tp kter harus sedar, ble kter harus bersikap hipokrit. Tp mereka memandang ak seolah2 ak membuat sesuatu yang besar silapnya dalam pandangan mata diorg.

Sem nie juga ak inginkan kebebasan yang telah ak lepaskan hanya untuk menikmati satu kehidupan yang penuh dgn kwn yg blh gelak dan tangis bersama. Bg ak, ckup la pengorbanan yang ak lakukan pd sem lepas yg langsung tidak dihargai oleh mereka. Sem nie ak harus lebih bersikap matang dalam mencari erti sebuah persahabatan.

Mereka yang ak anggap sahabat, kwn, rakan yg paling rapat akan ak hargai sepjg masa. Ckup sudah ak dipermainkan dan ckup sudah ak mempermainkan persahabatan mereka yg setia dgn ak. Kwn sejati susah utk kita cari, susah utk kita temui. Ak hanya ingin kan seorang kwn yg boleh memahami ak. Bukan 100% harus mereka terima ak, ckup lah sekadar mereka menerima bahawa ak bukan jenis yg berpura2 dan bukan juga jenis yg boleh diperkotak-katikkan oleh mereka sesuka hati.

Ak akui, ak jenis yg terlalu terbuka dalam pergaulan dan terbuka dalam menerima pandangan org lain. Ak juga akui ak seorg yang terlalu LANCANG dan LANTANG bersuara. Kata2 ak adalah kejujuran yang ak telah simpan terlalu lama tanpa ak sedari. Kita harus akui bahawa kita kadang2 tidak sedar dgn apa yang telah kita lakukan, atau ap yg kita telah katakan. Bg ak, itu terjadi apabila kita ingin bersikap jujur, dan KEJUJURAN kita sering disalahertikan sebagai satu tembakan tanpa pelapik.

Haruskah ak terus bersikap mendiamkan diri dan menerima segala yg mereka lakukan pd ak?? Atau haruskah ak terus bersikap jujur?? Ak tidak pandai menipu walaupun sering kali ak menipu. Tahu kenapa?? Sebab sering kali juga [selalu la jugak] penipuan ak TERBONGKAR!!!! Itu sudah ckup utk membuktikan ak tidak pandai menipu. Hihihi.. [gelak nakal]

AZAM AK??? Ak ingin menjadi ak yg dahulu. Tiada lelaki yang ingin ak sayangi lebih dari seorang sahabat dan seorang abg [kecuali dia yg ak tidak sanggup lepaskan]. Tiada lagi kedukaan yang boleh membuatkan ak jatuh dalam pelajaran mahupun hidup ak. Huhuhuhu...

Life has to go on. N life has to move forward. Take whatever had happen before as a experience to make our life be better. This morning i received a poem, a frenship poem from Mimie. Its a poem she create for herself, but its sound like the poem is about me. N what can i say?? IT IS ME!!

Girls of Stone

Hard as a stone,
With hidden fears,
She love in silence,
No one hears.

Eyes of ice,
Never to melt,
Locked feelings,
Never felt.

Spirit of steel,
Never broken,
Frozen emotions,
Left unspoken.

Heart of gold,
Sweet as can be,
Beautiful soul,
She means so much to me.

To Mimie, tq 4 da poem. Yes, u r means so much to me. Having a frenz like u, really make my life become happy. Tq 4 being a nice frenz, a good listener n a lovely sister.. Luv yea so much.. Frenz 4eva..

'Sekali kita bersahabat, kita akan kekal bersahabat. Persahabatan terputus andai kata ada di antara kita bersikap khianat'.

Friday, January 02, 2009

Rentetan Hidup Sepanjang 2008

Life ak sepjg 2008 penuh dgn kegembiraan n kedukaan. Hurm.. Yang pasti tahun 2008 ak menempuh kesedihan di awal tahun dan di hujung tahun. Hehehe.. Nie lah rentetan hidup ak sepjg tahun 2008..

Januari - Persahabatan ak dengan seseorang telah berakhir. Ak anggap die seorg kwn yg amat baik, tp dlm diam die permainkan ak. Perkaran yg berlaku sepjg bulan nie buat ak sedar yg ssh kter nk percaya kan mereka yg mudah berpura2. Huhu.. Berakhirnya persahabatan yg tiada permulaan ini mmg amat2 meninggalkan seribu makna sbb ak terlalu menyayangi dirinya. Satu lg kejadian yg berlaku pd awal tahun nie, hbgn ak n scandal ak kantoi ngan awek die. Hahaha... Gelak sakan ak ble die cerita. So, ak amik keputusan melepaskan die. Al scandal hanya tuk suka2 je. Hehe.. Lgpun, dh prinsip ak yg ak xkan rampas hak org. Hehe..

Februari - Ak xingat sgt ap yg berlaku pd bulan nie. So, ak biar 0 ek. Hehe..

Mac - Hurm..... Xingat lah..

April - Bulan terakhir ak akan berada di KMP. Mmg terlalu berat tuk ak meninggalkan rumate2 ak. Huhu.. Bulan nie juga ak menjangkau umur 19. Ak amik keputusan tuk celebrate bday ak ngan mmbr2. Mmg seronok. Kitorg kuar mkn Pizza Hut kat Kangar, n mkn kek malam bday ak. Bln nie gak ak berada dlm ketensionan FINAL!!! Haha...

May - Ak njoy cti sblm msuk U.. Bln nie result final ak kuar. Alhamdulillah, ak dpt lepas target pointer yg ak tetap kan. Hehe..

Jun - Secara rasminya, ak mendaftar sebagai mahasiswi Universiti Utara Malaysia. Hehe.. Ak memulakan langkah utk menjd pelajar UUM. Di sini bru ak tahu, betapa ssh nya nk survive dgn life sbg pelajar U.

July - Ak xde idea ap yg berlaku pd bulan nie.

August - Frenship day. Ak wish sme kwn2 ak. N suddenly ak dpt call dr someone yg ak ingatkan dh mati. Hahaha.. Mmg xbaik, tp ak xnk ingat ttg die. Hehehe...

September - Huhuhuhuhuhuhuhuhu.. Ak xpasti ap yg berlaku. Hehehe...

October - Final exam pertama di UUM. Dan yg pertama sebagai mahasiswi. Dan pada bulan nie juga la iaitu pd 04/10/08 lahirnya blog 'My Life, My Feelings, My World' ak. Huhu.. Ak pernah bergiat dgn dunia blog sblm nie, tp ak buang blog tue sbb ak malas nk update. Hehe..

November - Paper terakhir ak sebelum ak cuti sem. Sblm ak cti, ak dpt berita gembira ble biasiswa JPA ak dh masuk. Hehe.. Bermkne, cti sem nnt ak nk shopping puas2. Huhu...

December - Ak ingat nak terima die n ak nk bg peluang kedua. Tp, sekali lg ak dipermainkan. Hahaha.. So g mampus sme die!!!! Ak akhiri tahun 2008 dgn tangisan penyesalan sbb menerima die kembali.

Tue la rentetan hdup ak sepjg 2008. Hehe..

Tagged For The Day

What is your boyfriend name?
> Ak ad bf ke?? Hurm...

What are you listening to right now?
> Sinar Fm

Whats your favorite number?
> 1004

What was the last thing you ate
> Snek

When was the last time you smiled?
> Dis morning [ak kcu kak wanie]

How is the weather right now?
> Hurm.. Suitable for me to stdy [nk ke??]

Who was the last person you talked to on the phone?
> Khairul Adzlan [miss him la]

Do you drink?
> Never

Do you smoke?
> Used to but quit already

Hair color?
> Dark brown

Eye Color?
> Dark brown kot..

Do you wear contacts?
> Never but think so 1 day

Favorite Holiday Month?
> December

Favorite Month?
> April

Have you ever cried for no reason?
> Let me think 1st.. Hurm.. Mayb yeah..

What was the last movie you watched?
> Los n Faun

Favorite Day of the Year?
> Friday cuz tomorrow is holiday

Are you too shy to ask someone out?
> Nope

What was the highlight of your weekend?
> Hangout 4 karaoke

Chocolate or Vanilla?
> Chocolate..

Who was the last person to call you?
> My beloved mom [ptg semlm]

What books are you reading?
> Enid Blyton - Famous Five [Five on Treasure Island]