Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Monday, January 19, 2009

Air Mata Dalam Perhubungan

Aku sayangkan dia,
Aku rindukan dia,
Tapi betapa kuat aku menjerit,
Hanya hati aku yang mendengar.

Dia hadir waktu aku memerlukan,
Di waktu aku kesunyian,
Tapi sedihnya,
Hanya hati aku yang mengetahui.

Abang,
Mengapa antara kita punya penghalang,
Mengapa antara kita punya sekatan,
Apakah aku yang bersalah,
Menyayangi seseorang seperti kau,
Yang bukan milik aku,
Dan tidak mungkin menjadi milik aku.

Abang,
Kenapa mesti kita berjumpa,
Jika perpisahan menjadi jalan utama,
Jalan yang cuba aku elakkan,
Tetapi,
Jalan itulah yang harus aku tempuh.

Abang,
Betapa kuat aku cuba menghalang,
Perasaan makin kuat bersarang,
Aku tidak mahu ini berlaku,
Kerna aku akan jatuh,
Lebih dari apa yang kau bayangkan.

Abang,
Aku terlalu menyayangi dirimu,
Namun harus aku lepaskan dirimu,
Pada si dia yang lebih kau sayangi,
Dan aku hanya akan memerhati,
Tika kau anyamkan kebahagiaan bersama dirinya.

Abang,
Apakah aku hanya sandaran,
Atau apakah aku lambat hadir,
Dalam perjalanan hidup kau,
Sehinggakan aku terpaksa menahan derita,
Yang aku sendiri tidak tertanggung,
Beban di bahu ini.

Abang,
Maafkan aku kerana menyayangi kau sepenuh hati,
Walaupun aku tahu,
Kasih sayang yang pernah kau curahkan,
Tidak setulus kasih sayang dari diri aku.

Abang,
Mungkin ini adalah yang terakhir,
Warkah dari aku untuk dirimu
Inginkan aku luahkan segalanya,
Agar kau mengerti betapa aku mencintai dirimu,
Biarpun aku tahu,
Antara kita telah berakhir,
Segalanya yang telah bermula.

Abang,
Ketahuilah,
Biarpun masa berlalu dengan pantas,
Sayang aku masih kukuh buat dirimu,
Cinta aku masih bertapak buat engkau,
Seseorang yang pernah hadir,
Yang pernah aku sayangi,
Yang pernah aku cintai.

Notakaki : Abg, adalah seseorg yg pernah hadir suatu ketika dulu. Tetapi kehadiran dia masih dapat aku rasakan sehingga kini. Abg, adalah seseorg yg telah pergi dari hidup aku, tetapi pemergian dia adalah kerana kerelaan aku dan dia.

No comments: