Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Wednesday, January 21, 2009

Cinta Pertama

Malam,
Mengapa malam sering mengingatkan aku pada si dia,
Si dia yang sentiasa jauh di mata,
Namun dia tetap berada di hati,
Walaupun aku tau di bahagia di sisi insan tersayang.

Sayang,
Maafkan aku kerna membuatkan kau bersedih,
Tidak terniat untuk melukakan hatimu,
Ingin aku khabarkan pada dirimu,
Betapa aku sesali,
Segalanya yang telah terjadi.

Abang,
Panggilan yang sering sayang ungkapkan,
Biarpun kita berpisah beribu batu,
Namun setiap langkah yang sayang aturkan,
Namamu sentiasa tersemat di hati.

Papa,
Panggilan yang membuatkan kita mesra,
Seolah-olah kita milik kita,
Tiada apa yang dapat membuatkan kita berpisah,
Namun,
Mengapa perpisahan juga yang terjadi di antara kita.

Pelbagai panggilan kita pernah gunakan,
Sehinggakan aku sentiasa mengingatimu,
Walaupun panggilan itu aku gunakan,
Untuk insa selepas kau.

Pa,
Panggilan terakhir aku kepada dirimu,
Panggilan yang aku ungkapkan sewaktu perpisahan kita,
Bukan niat aku untuk memutuskan hubungan ini,
Tapi cukuplah derita yang pernah kau berikan dulu.

Pa,
Engkau insan pertama yang membuatkan aku mengenal cinta,
Engkau insan pertama yang membuatkan aku berduka keran cinta,
Namun tiada sedikit kemarahan yang dapat aku berikan,
Kerana kau mengajar aku tentang kehidupan.

Pa,
Aku doakan agar kau bahagia,
Di samping dia yang menjanjikan seribu kemanisan hidup,
Di samping dia insan yang membuatkan aku menderita,
Namun,
Kerna kau pernah aku cintai,
Tidak mungkin sekali aku mendoakan,
Perpisahan berlaku di antara kamu.

Pa,
Hargailah dia sepertimana kau menghargai aku dahulu,
Namun jangan kau perlakukan dia seperti aku,
Kerna kami dua insan yang berbeda,
Sesungguhnya aku lebih kental,
Lebih tabah dari dia,
Seorang insan yang mudah mengalirkan air mata.

No comments: