Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sunday, January 18, 2009

Pecahan Sayang Dalam Kehidupan

Sayang adalah sesuatu yang sering disalah tafsir oleh insan bernama wanita dan lelaki. Jangan mudah menunding jari pada mereka yang membuatkan kamu menyalahtasirkan sayang yang diberikan. Sayang boleh dipecahkan kepada beberapa pecahan maksud.

1. Sayang terhadap kekasih
Sayang dalam pecahan ini adalah sayang yang kita berikan untuk mereka yang mempunyai hubungan istimewa dengan kita. Mereka yang bergelar kekasih adalah mereka yang kita sayangi lebih dari seorang kawan. Jangan mudah mengatakan sayang pada pasangan seandainya kita masih tidak mengerti sayang yang kita hulurkan pada mereka.

2. Sayang terhadap sahabat
Sahabat mempunyai banyak peranan dalam kehidupan. Jangan sesekali kita mengkhianati persahabatan yang dihulurkan kerana sekali terluka, amat susah untuk ia sembuh semula. Sayang terhadap sahabat kadang kala dianggap pelik kerana bagi mereka yang tersalah tafsir maksud sayang, mereka pasti mengatakan bahawa sayang tiada untuk mereka yang bergelar sahabat atau kawan. Jangan lupa, sesuatu persahabatan tidak akan bertahan bertahun-tahun sekiranya tiada kasih sayang dalam persahabatan. Bila kita sayang akan sahabat, kita akan risau, kita akan cuba untuk menggembirakan sahabat-sahabat kita walaupun dalam satu keadaan, kita sendiri akan terluka. Harus diingati, sayang terhadap sahabat lebih bererti daripada sayang terhadap kekasih. Mengapa?? Kerana sahabat sentiasa berada di sisi dan persahabatan akan kekal sehinggalah salah seorang dari kita pergi buat selamanya, tetapi kekasih adalah sesuatu yang tidak akan kekal. Kekasih tidak bermakna akan menjadi seorang suami, kecualilah mereka serius untuk memperisterikan kita.

3. Sayang terhadap keluarga
Satu sayang yang tidak perlu diterangkan terlalu banyak. Keluarga sentiasa berada di belakang kita dalam segala hal. Mereka adalah yang terbaik dalam segalanya. Jangan sesekali membelakangi keluarga kita. Sayang terhadap keluarga adalah sayang yang paling tulus pernah kita berikan. Percayalah, walaupun kita terlalu sayang akan kekasih, sayang itu tidak akan dapat menandingi sayang yang kita berikan untuk keluarga. Mungkin pada mereka yang tidak rapat dengan keluarga, itu bukan penghalang untuk kita menyayangi mereka. Sedarlah wahai semua, rapat atau tidak, itu bukan satu alasan untuk tidak menyayangi mereka. Tanpa keluarga yang sering menyokong kita, tidak mungkin kita akan mencapai kejayaan yang kita kecapi pada hari ini.

4. Sayang untuk suami/isteri
Sayang yang terakhir boleh kita berikan pada insan yang akan kita kongsi hidup buat selamanya. Pada si isteri, jangan sesekali kita cemburu sekiranya pasangan kita lebih menyayangi keluarga dia berbanding kita. Kerana mereka adalah tanggungjawab si dia sebagai anak lelaki. Sekiranya dia menyayangi anak-anak, jangan sesekali berasa kehilangan, kerana kasih sayang mereka terhadap anak-anak adalah lebih tulus dan suci berbanding sayang mereka terhadap kamu.

No comments: