Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Tuesday, January 27, 2009

Pelamin Anganku Musnah

Pelamin indah yang diangankan musnah?? Pernah berlaku atau tidak dalam kehidupan korang? Mungkin ada, mungkin tiada. Bagi aku, kesudahan penceritaan boleh diketahui sekiranya kita melihat dengan mata hati dalam kesudian pasangan kita meneruskan perhubungan. Entahlah aku tiada jawapan untuk persoalan aku sendiri. Hurm... Aku pernah melalui segalanya apabila 'dia' meninggalkan aku. 'Dia' merupakan seorang insan yang dapat membuatkan aku jatuh cinta untuk sekian kalinya selepas bekas teman lelaki aku yang kedua. 'Dia' adalah segalanya buat aku, tapi akhirnya dia pergi meninggalkan aku tanpa khabar. Aku terkelu tanpa kata apabila dia berbuat demikian. Aku sayangkan dia lebih dari yang aku boleh impikan, tapi aku harus rela dengan takdir dan aku harus menerima segala yang telah berlaku.

Kini, aku punya seseorang yang benar-benar membuatkan aku bahagia. Abg, walaupun aku tahu kita tidak mungkin akan bersama, tapi aku akur dengan keputusanmu untuk melepaskan aku. Kau benar-benar membuatkan aku bahagia. Amat bahagia sehinggakan aku sanggup melepaskan mereka yang setia menunggu diriku untuk memberi jawapan. Kita datang dari dua dunia yang berbeza namun kita memahami perasaan yang hadir dalam diri ini. Abg, kau adalah segalanya, walaupun aku sedar kau sering membuatkan aku bersedih. Abg, kerap kali aku berfikir, mengapa harus aku yang jadi pilihanmu, sedangkan kau punya dia yang amat menyayangi dirimu? Dan mengapa harus aku menerima dirimu hinggakan aku sanggup melukakan hati kecil kakak aku sendiri? Biarlah hubungan kita kekal rahsia, biarlah kau bahagia dengan dia, biarlah aku tanggung derita ini bersendirian. Aku mendoakan kau bahagia menyulam kebahagiaan bersama dirinya. Dan biarlah aku pergi membawa diri, jauh dari kehidupan kau dan dia.


Pelamin Anganku Musnah by Azie

Masih lagi tidak terlewat
Untuk aku ucap tahniah
Di atas kehadirannya
Menggantikan aku

Pastinya oh hidupmu
Akan lebih bermakna
Dan aku usah kau kenang
Walau kita pernah berkasihan

Maafkan diriku ini
Kerna tidak hadirkan diri
Di sewaktu hari
Persandinganmu

Adakah kau ingin lihat
Air mata ini berguguran
Puaslah hatimu kini
Memainkan perasaanku selama ini

( korus )
Masihkah dengan janjimu
Apapun jadi akulah pilihanmu
Hingga sanggup aku singkir cinta yang lalu
Ku angankan pelamin indah untuk kita berdua singgah
Sayangnya... Semua musnah

Kau buat malamku jadi gerhana
Dan hidupku tiada maknanya
Hanya bernyawa namun tak bermaya

Terkadang aku merasa menyesal
Kerna telah sehabis daya
Aku cinta dirimu oh kasih
Akhirnya aku sendiri
Tersisih...

( ulang dari korus )
Bisa sungguh luka ini
Walau tak berdarah.

Notakaki: Lagu ni adalah lagu kegemaran aku sbbnya lagu ni ada kaitan dengan kisah percintaan aku. Tiap kali aku mendengar lagu ni, aku pasti akan teringatkan abg yang sering bermain tarik tali dengan aku.

No comments: