Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, January 30, 2009

Tekanan!!!!

Uwa!!!! Aku tension sangat2 sekarang nie. Boleh pulak ab msg aku sekali je!!! Dalam masa seminggu cuti, hanya 1call dna 3msg. Geram gila!!! Janji je nak rajin2 call aku time cuti. Tak suka betul kalau ada orang tipu2 macam nie tau!!! Hurm...

Post aku sebelum nie, Pelamin Anganku Musnah telah disalahertikan oleh member2 aku. Ceh!!! Ingat aku kemaruk sangat nak kahwin ke?? Hahaha.. Mungkin bagi mereka yang tidak mengerti post tersebut, aku boleh terangkan. Post tersebut bukanlah bermaksud bahawa aku dah kemaruk nak bernikah dan mendirikan pelamin. Maksud aku adalah perhubungan yang aku harapkan tidak nampak di mana penghujungnya. Seolah2 bagi pasangan yang sedang hangat bercinta dan telah mengatur langkah untuk membina mahligai tapi musnah hanya kerana tiada persefahaman antara mereka. So, jangan salah anggap tau semua.

Bagi mereka yang rapat dengan aku, mereka sudah sedia maklum bahawa aku tidak akan berkahwin sekiranya aku tidak mendirikan mahligai aku sendiri sebelum umur aku mencecah 30tahun. Bila kitorang borak2 pasal hal nie, kawan aku sempat buat lawak nak iklankan tentang niat aku bila umur aku mencecah 29tahun. Betul la kawan2 aku nie. Nak kata sengal dan biol diorang adalah kawan yang mengerti mengapa aku berniat sedemikian. Hehehe..

Aku amat2 tekanan sekarang nie. Dengan assignment yang semakin hari semakin bertambah. Aduh.. Dah la aku memang tengah takda mood langsung nak buat tugasan tue semua. Penat la!!! Cuti pertengahan semester telahpun berakhir dan aku telah pun kembali ke bilik aku di UUM. Menyiapkan segala tugasan yang perlu dihantar sebaik sahaja naik cuti nie. Bila siap semuanya, projek2 besar akan muncul dan aku perlu menyiapkan kertas kerja aku untuk projek semester hadapan di mana aku akan menjadi pengarah projek tersebut. Ahli jawatankuasa pun masih tidak cukup lagi. Huhu.. Pening kepala aku nak mencari. Ingat nak mintak tolong dengan senior. Tapi tengok keadaan la macam mana. Yang aku pasti, aku nak buat projek tue bukan di dalam universiti tapi kemungkinan besar di P.Pinang atau Perlis. Hehehe...

Dah lama aku tak post apa2 dalam blog nie mengenai aku. Aku sendiri perasan, sejak dua menjak nie penulisan aku lebih ke arah perasaan aku. Aku sendiri tidak mengerti mengapa ini berlaku. Mengikut kata kawan2, tekanan aku lebih ke arah percintaan dan perasaan, dan bukannya tentang tugasan2 aku. Hahaha... Takpalah, tujuan aku menulis blog pun memang sebab tue. Blog adalah tempat untuk aku meluahkan perasaan yang tidak dapat aku kongsikan bersama yang lain. Huahahaha...

No comments: