Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Monday, February 02, 2009

Kawan, Kaulah Segalanya

Kawan,
Kadang-kadang mereka membuat kita ketawa,
Kadang-kadang mereka membuat kita menangis,
Tapi siapakah di antara mereka yang sebenar-benarnya kawan,
Apakah mereka yang bersama kita susah dan senang,
Atau apakah mereka yang memahami kita luaran dan dalaman?

Setiap tapak kaki kita melangkah,
Adalah satu kenangan yang kita tinggalkan,
Apakah kawan juga adalah satu kenangan,
Setiap kali pergaduhan berlaku di antara kawan?

Kawan adalah teman bergaduh,
Pergaduhan yang berlaku,
Kadang-kadang berlarutan tanpa kata-kata kemaafan,
Namun jauh di sudut hati kita,
Kita mengharapkan pergaduhan itu akan surut,
Supaya kita dapat kembali ketawa,
Bersama kawan yang kita sayangi.

Kawan adalah teman bercerita,
Rahsia yang dikongsi adalah rahsia berdua,
Namun bila rahsia terbongkar,
Kita rasa dikhianati,
Dendam kesumat terbit di hati,
Tanpa kita mengetahui,
Rahsia sentiasa tersimpan rapi,
Dalam simpanan seorang kawan sejati.

Jangan mudah mengatakan benci,
Jangan mudah menyimpan dendam,
Tanpa kita mengetahui perihal yang sebenar,
Berterus-teranglah dengan mereka,
Jika inginkan satu kepastian,
Agar pengkhianatan yang berlaku,
Dapat diselesaikan.

Kawan,
Kita adalah kawan,
Biarpun kita berselisih,
Biarpun kita bermusuhan,
Kita tetap berkawan,
Kerna kau adalah kawan aku,
Kawan yang pernah aku sayangi,
Kawan yang pernah aku sanjungi.

No comments: