Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Sunday, February 22, 2009

Warkah Buat Yang Dirindui, Abang

Salam,
Ke hadapan abg yang sentiasa lynn rindui (alamak, jiwang la pulak!!). Abg, lynn mintak maaf sebab terlalu merindui abg. Lynn terlalu sayangkan abg. Terlalu sayang sehingga lynn terlalu mengharap untuk memiliki abg sepenuhnya. Tp lynn sedar, yang lynn takkan dapat memiliki abg. Kita datang dari dua dunia yang berbeza. Family abg takkan dapat menerima kehadiran lynn. Lynn sedar siapa diri lynn. Terlalu rendah dan terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan keluarga abg.  Lynn tak tau nak buat apa supaya lynn dapat lupakan abg. Bukan niat lynn untuk putuskan hubungan kita. Lynn takkan sesekali bercakap soal perpisahan kerana lynn sedar perpisahan itu akan buat dunia lynn menjadi terlalu gelap. Lynn cuba nak lupakan segala kenangan kita. Kalau boleh lynn tak nak ingat. Kerana semua kenangan yang kita lakarkan bersama akan buat lynn menangis. Tangisan yang sentiasa mengalir setiap kali lynn teringat dan merindui abg. Tiap masa lynn sayangkan abg, tiap detik lynn rindukan abg.

Abg,
Lynn buat hubungan kita jadi bahaya. Tapi, macam mana lynn nak halang perasaan lynn. Lynn tau dan lynn sedar, lynn tak mampu untuk memiliki seluruh hidup abg. Tapi benarkan lynn terus menyayangi abg, terus mencintai abg, terus merindui abg. Benarkan lynn singgah untuk merasai kegembiraan percintaan, untuk merasai keindahan dicintai. Biarpun lynn sedar, ini semua akan membuatkan lynn sedih bila tiba saat untuk melupakan abg buat selama-lamanya. Tiada lagi kata yang dapat lynn tuturkan bila tiba saat abg meminta perpisahan daripada lynn. Hanya ucapan terima kasih dan tahniah yang dapat lynn berikan.

Terima kasih kerana membahagiakan lynn,
Tahniah kerana mempunyai pasangan baru.
Terima kasih untuk seribu kenangan,
Tahniah untuk kenangan baru yang akan dicipta.
Terima kasih kerana menerima kekurangan dalam diri lynn,
Tahniah kerana abg akan berubah sikap.
Terima kasih kerana sudi mengingati lynn,
Tahniah bila abg dapat melupakan diri lynn.
Terima kasih kerana sudi menerima kehadiran lynn,
Tahniah kerana berjaya melukai hati dan perasaan lynn.

Abg,
Biarpun apa yang berlaku, benarkan lynn terus mengingati abg, terus menyayangi abg. Mungkin kenangan kita adalah kenangan terakhir yang ingin lynn simpan dan terus kenang, kerana kenangan inilah yang membantu lynn terus menghadapi dunia ini. Mungkin juga abg adalah yang terakhir dalam hidup lynn. Lynn tak ingin mencintai kalau disakiti, tak ingin dicintai kalau lynn akan dilukai seperti ini. Abg, terima kasih kerana membantu lynn mengenal dunia dan dalam perjalanan hidup lynn. Abg, sesungguhnya lynn amat menyayangi diri abg.

Abg, sampai sini warkah ini buat abg. Lynn sayang abg di saat warkah ini ditulis. Lynn rindu kan abg saat warkah ini dikarang. Lynn akan terus menyayangi dan mencintai abg. 

Yang tulus mencintai,
Lynne

No comments: