Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, April 24, 2009

Entry Ke 100 : Puitis Kesyahduan

Masa berlalu,
Bersama rindu yang bertandang,
Kadang-kala aku tidak mengerti,
Mengapa engkau yang aku rindui.

Hari berganti hari,
Kenangan dulu datang bertandang,
Baru kini aku mengerti,
Rindu yang datang,
Menjadi bukti.

Sayang,
Jarak dan masa menjadi penghalang,
Namun,
Rindu dan sayang,
Tetap menjadi milikmu.

Sayang,
Sering engkau aku mimpikan,
Di malam sepi engkau di bayangan,
Entah mengapa aku rasakan,
Engkau seakan dekat,
Di sisiku membelai manja.

Sayang untukmu tiada gantinya,
Sedangkan aku tahu,
Kata-kataku engkau anggap dusta,
Hanya untuk mengambil hatimu,
Sedangkan hatiku,
Sentiasa merindui sayang,
Mahupun belaian manja dari dirimu.

Puisi nie ak tlis mse mle2 ak knl *dia*. Dia bg ak, hnye seorg insan biasa, xkan mmpu membuat kn ak mngsi kejauhan dri sisi ak. Tp ak silap dan ak terduduk mengenang semula kter2 ak. Ya, insan biasa itulah yg membuatkan ak mngs merindui ketiadaan dia di sisi.

Ad org tnye, knpe ak xnk mengaku yg ak ad *dia*. Nk tau? Kerana hubungan kitorg ditentang. Kitorg dh jnji, 1hri ble mse tbe, kitorg hrus melepaskan perhubungan nie jauh dr khdupn kitorg. Sbb tue, dlm diam ak mmg mencari insan bru. Tp ak xdpt. Sbb ak terlalu menyayangi diri *dia*.

Senior ak kter ak nie jiwang. Slh ke? Slh ke jd jiwang? Xslh. Ya, bg ak xsalah. Sbb itu adlh perasaan seseorg. Sbnrnya, semua org ad perasaan jiwang tue. Tp korang ego utk mengaku. Plz la, itu adlh kurnianNya, npe malu nk ngaku? Sbb tkut dicop xmacho?? Plz... U r really suck when u start talks about feelings if u nvr try to xpose it!!

Blog nie adlh hak ak. Ak bkn nak marahkan sespe. Tp, nie dunia ak. Tmpt ak meluahkn segalanya. Ak xtujukan pd sespe entry nie. Klu ad termkn garam lbh, die rse msin, sorie la ek. Ak mmg lantang bersuara, so maafkan ak jika ad yg terse dgn kte2 ak. 

Kalau puisi ats n bwh tue, ye la. Ak tjukan khas buat *dia* yg jauh di mte, tp dekat di hati.

Malam melabuhkan kegelapannya,
Berlalu sudah satu lagi sejarah,
Kenangan kehidupan,
Memori perjalanan,
Memberi seribu pengertian.

Malam mendekatkan dirinya,
Bulan bersinar tika rindu makin kuat bersarang,
Wajah yang bertandang tiap waktu,
Mengapa mesti berkaitan dengan dirimu,
Biarpun jauh di sudut hati,
Aku inginkan kau di sisi.

Kasih,
Tidak terucap dengan kata-kata,
Betapa aku terlalu menyayangi dirinya,
Halangan dan tentangan kita lalui bersama,
Biarpun kita sendiri mengetahui,
Apakah kesudahan percintaan ini.

Sayang,
Tidak mampu aku meneruskan perjalanan ini,
Berseorangan tanpa dikau di sisi,
Terlalu penat aku menangis,
Diri kau yang sukar digapai,
Membuatkan aku bersedih,
Sendirian di kamar sepi ini.

Abang,
Biarpun kau tidak mendengar,
Kata-kata rindu yang aku titipkan pada sang angin,
Biarpun kau tidak memahami,
Perasaan yang sering membuatkan aku gelisah,
Ingin jua aku titipkan,
Pada sang bayu,
Agar kau sampaikan pada dirinya,
Betapa aku mencintai dirinya,
Betapa aku menyayangi dirinya,
Betapa aku merindui dirinya di sisi aku.

p/s:nie entry ke 100 ak.khas buat abg tersyg.


No comments: