Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Monday, April 13, 2009

Perca Kehidupan

Sendirian di kamar yang sepi,
Menanti tibanya seorang putera,
Bersama cinta yang ingin dirasai.
Membawa seribu erti dalam kehidupan.

Pengorbanan yang engkau lakukan,
Tidak mungkin dapat aku lakukan,
Aku tidak setabah dan sekuat engkau,
Insan kerdil yang punya segalanya.

Ya,
Aku tahu,
Dia milik engkau,
Tidak mungkin dapat aku milikinya,
Biarpun betapa kuat aku mencuba,
Dia masih lagi menyayangi diri engkau,
Seorang insan yang bertakhta di hati nuraninya.

Kita sama-sama wanita,
Mencintai lelaki yang membuatkan kita lemah,
Kerana sayang yang dia hulurkan,
Benar-benar membuatkan kita rasa disayangi.

Teman,
Betapa aku mencintai dirinya,
Sedangkan aku sedar,
Semakin dalam aku mencintainya,
Semakin aku hampir kepada perpisahan.

Namun teman,
Aku hanya meminta sedikit dari segalanya
Hanya sekelumit dari milikmu,
Untuk aku melayari kehidupan,
Keindahan biarpun seketika.

Buatmu kekasih hati,
Berikanlah aku sedikit masa,
Untuk aku layari bahtera ini,
Biarkan aku kemudi layarnya,
Untuk aku berhenti di perhentian seterusnya,
Dan mencari bahtera seterusnya.

Kasih,
Benarkan aku ingati pelayaran kita,
Agar aku dapat titipkan kenangan indah,
Atas perca kehidupan aku,
Meneruskan pelayaran kemudian,
Sebagai panduan laluan kehidupan.

No comments: