Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Monday, June 15, 2009

Kekasih Gelap

Sayangkah aku pada dirinya,
Sedangkan aku tahu dia sudah berpunya,
Mungkinkah dapat aku lupakan,
Sedangkan jiwa memberontak ingin bertemu.

Kasihkah aku pada dia,
Walaupun aku tahu siapa dirinya,
Ingin mencintai dan dicintai,
Namun kenapa,
Aku bertemu insan yang salah.

Wahai Tuhan Yang Maha Kuasa,
Ketabahan dan kekuatan aku pinta,
Untuk aku teruskan kehidupan aku,
Berdepan percintaan yang sentiasa kecundang.

Wahai sahabat yang aku sayangi,
Ingin aku khabarkan pada dirimu,
Biarpun masa bakal meninggalkan kita,
Kasih dan sayang aku tidak akan pernah pudar,
Biarpun sesaat,
Hanya untuk dirimu,
Yang aku sayangi.

Cinta datang dan cinta pergi,
Seolah-olah ombak yang menghempas pantai,
Tinggalnya ia kesan hakisan,
Seperti mana kenangan menghakis jiwa.

Kenangan kita kenangan indah,
Yang tidak mungkin dapat aku lupakan,
Kekasih gelap gelaran dirimu,
Kerana tiada sinaran yang dapat aku rasakan.

Insan ketiga itulah aku,
Menjadi penghalang percintaan kau,
Hanya doa dapat aku titipkan,
Kerananh aku tahu dan aku sedar,
Hanya dalam diam,
Aku dapat dan aku akan terus,
Menyayangi dirimu,
Setulus hatiku.

No comments: