Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Monday, June 15, 2009

Pelangi Petang

Kita sayangkan awak,
Tapi kita takut berkata-kata,
Takut untuk kehilangan,
Takut dengan kekecewaan.

Awak,
Kita rindu senyuman awak,
Kita rindu tawa awak,
Tapi kita sedih bila awak marah,
Kerana senyuman dan tawa hilang di wajah.

Awak,
Tiap hari kita menunggu,
Bilakah boleh kita bersua,
Melihat senyuman dan tawa,
Tapi sayang,
Hanya tinggal igauan.

Awak,
Semalam kita mendapat berita,
Pemergian awak meninggalkan kami,
Tapi tiada khabar saya terima,
Hanya pesanan dari mereka.

Betapa luluh hati ini,
Menangisi pemergian awak tiap waktu,
Andai terleka di buai waktu,
Pasti air mata mengalir,
Membasahi pipi.

Bertahun awak pergi,
Meninggalkan bumi tercinta,
Kini awak kembali,
Memberi sinaran dalam kehidupan mereka,
Tapi sayang,
Bukan pelangi dalam kesamaran petang.

Dibuai angin malam,
Memberi kesejukan menggamit sepi,
Kehadiran awak tiada perubahan,
Kearana au dilanda sepi.

Awak,
Kini awak kembali,
Membawa pelangi mengindahkan petang,
Suram petang dalam diri,
Bersama suria senja,
Memberi harapan untuk bersama.

No comments: