Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Monday, June 15, 2009

Wanita

Wanita,
Begitu mudah engkau tewas,
Hanya dengan kemanisan kata-kata,
Kepetahan dia menyusun ayat,
Untuk memikat hati nurani kau,
Menjerat kau dalam permainan cintanya,

Wanita,
Kini kau sesali tindakan tersebut,
Menangisi setiap detik yang terbuang,
Tiada apa dapat kau lakukan,
Untuk memutarkan masa,
Sudah pasti mustahil,
Kini kau termenung,
Mengenang nasib yang ternoda.

Wanita,
Usah kau sesali apa yang berlaku,
Sudah pasti ada sebabnya,
Di setiap peristiwa,
sudah pasti,
Akan kau kecapi kebahagiaan,
Di kemudian hari.

Wanita,
Kesilapan yang kau lakukan,
Menjadi pengajaran terbaik buat dirimu,
Jangan sesekali kau ulangi,
Kesilapan yang pernah kau lakukan,
Supaya kelak,
Tidak lagi kau menyesal,
Dengan tindakan kedua,
Yang engkau lakukan.

No comments: