Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, January 01, 2010

Rentetan Kehidupan 2009

Jan - Aku menempuh semester ke2 di UUM. Tak banyak insiden yang berlaku, tapi bila dah hujung2 bulan tu, aku rasakan seolah2 aku dan abg dah timbul retak yang boleh memecahkan kami.

Feb - Bulan cinta bagi mereka yang sedang bercinta. Tapi aku? Aku gaduh dengan abg lagi waktu nie. Memang tekanan yang amat berat sangat aku rasakan. Tapi aku masih cuba untuk menerima kenyataan yang aku dengan abg masih boleh bersama.

Mac - Ingatkan 2bulan awal je aku gaduh dengan abg. Tapi masuk bulan Mac lagi sekali aku gaduh. Dah la waktu ni aku memang tengah serabut dengan assignment yang makin bertambah2. Due date pulak macam nak bagi aku mati. Semuanya dekat2. Again migrain aku datang. Datang dalam keadaan aku tidak sedia untuk menerima kehadirannya. Aduh..... Sakit yang teramat sangat.

April - Bulan penentu untuk aku sebagai seorang pelajar di UUM. And of course, it's my birthday!!! Hehehe... Celebrate dengan member2. Abg bagi aku teddy bear yang agak besar. Tak banyak sangat kisah yang berlaku. Final yang agak berderet membuatkan aku rasa agak penat dan serabut.

Mei - Aku dah mula kerja dekat GSC Pavilion. Tak banyak sangat kisah bulan Mei. Post aku pun kalau korang baca memang tak banyak mana. But then, aku kenal dengan K. Life aku seronok, tapi aku gaduh dengan dia. Sedih balik. Huhu...

Jun - Takda apa yang menarik pun bulan nie. Result final aku dah keluar. Menangis aku dalam glass room kat GSC. Dapat tahu result masa tengah tunggu turn nak closing sales. Hahaha.... Lasty, takda siapa berani nak tegur. Aku rapat dengan adeq n my sayang. Tapi masa nie, my sayang cuma seorang abg n seorang kawan je. Not more than that. Sebab aku busy sangat dengan life aku, again aku gaduh dengan abg. Rasa2nya, tahun nie paling banyak aku gaduh dengan abg.

Julai - Masuk kembali mendaftar di UUM. Semester ke3 dengan harapan aku boleh berubah. Tapi aku silap, awal2 sem je aku dah dapat masalah. Pasal si K la. Pasal apa, aku malas nak cakap. Jadual pack gila. Life semakin sunyi sebab senior aku banyak yang dah sambung buat practical.

Ogos - Bulan yang agak mencabar. Aku demam paling lama dalam sejarah aku. Sejarah ke?? Sepanjang yang aku ingatlah. Kes aku masuk hospital tak dikira ye. Huhu... Aku demam untuk tempoh 2minggu. Itu pasal la aku cakap sejarah. Lama gila baru nak elok. Sebabkan demam, aku banyak kali ponteng kelas. Takut kena barred dari ambil final pun ada jugak rasa. Aku dah baik dengan adeq.

Sept - Nothing special dalam bulan ni. Life macam biasa. Aku rapat dengan adeq, K and abg lan *my sayang*. Tekanan mula aku rasai. Migrain seolah2 menunjukkan pentanda untuk menyerang. Aduh... Tak larat. Tiap kali exam je, mesti aku akan migrain. Bulan ni kita raya kan? Tak banyak beza pun. Aku raya kat kl je macam biasa.

Okt - Hurm.. Minggu final semakin menghampiri. Jangan lupa dengan tarikh akhir penyerahan project2 final yang kebanyakannya memegang percentage yang besar dalam final. Hurm.. Life aku macam biasa. Kelas pun banyak yang dah habis. Aku jumpa abg sekali je kot bulan ni. Huhu...

Nov - Final aku bermula. Tekanan masih lagi aku rasakan. Tak suka. Final aku makin serius. Bulan ni aku gaduh dengan abg lan. Sebab apa? Sebab aku rasa sangat2 terpinggir bila dia rapat dengan seseorang yang aku tak suka!!! Aku balik KL seminggu sebelum raya. Tahun ni raya haji jatuh waktu hari lahir abg aku. So, raya tahun ni kitorang balik untuk buat korban. Abg aku lah yang buat korban. Sekali seumur hidup. Apatah lagi sama date dengan birthday dia. Huhu... Bulan ni jugak aku dapat jumpa semula dengan abg lan, adeq n krol. Terlerai rindu pada mereka. Tapi, aku rindukan abg.

Dec - Aku dah mula kerja dekat GSC Pavilion semula. Kerja sekadar untuk mengisi masa lapang selain melepaskan rindu aku pada mereka2 yang berada di sana. Huhu... Aku dengan abg semakin renggang sehinggakan dia terasa aku meminggirkan dia. Result final sem3 dah keluar. Buat aku sedih lagi. Sangat sedih. Sebabnya result aku jatuh lagi seterusnya menyebabkan CGPA aku berada di bawah target. Menangis aku. Bulan ini jugak menyaksikan aku dan my sayang bersama. Dan hubungan aku dengan abg berakhir. Puas untuk aku memikirkannya. Kerana tidak sanggup rasanya menyakiti hati insan lain semata2 untuk kebahagiaan aku. Huhu... Dan sekarang, aku bahagia dengan my sayang. To him, tq sebab menyayangi diri ini.

2009 membawakan aku seribu erti. Erti persahabatan, erti kasih sayang, erti kecurangan. 2009 juga mengajarkan erti perit hidup sebagai seorang pelajar dan erti keperitan mencari duit untuk sesuap nasi supaya kehidupan boleh diteruskan. Yang pastinya, aku mengharapkan agar 2010 akan memberikan aku satu sinar baru dan kebahagiaan yang aku rasakan dengan my sayang boleh diteruskan.

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: