Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, July 10, 2009

Merungkai Persoalan

Untuk post ke 100 aku untuk tahun nie, aku nak post satu entry yang boleh merungkai segala persoalan korang yang membaca post2 aku sebelum ini.. Aku nak wat pengakuan berani mati.

*********************************************************

Siapakah sebenarnya insan yang bernama abg?
Jwpn: Aku kenal abg sewaktu menuntut di matriks lagi. Bermakna perkenalan aku dengan dia dah mencecah usia 2tahun. Aku rapat dengan abg, sbb aku berada jauh dari family. Aku anggap dia sebagai seorang abg yang benar2 memahami siapa diri aku yg sebenarnya.

Dalam masa 2tahun aku kenal abg, aku tak nafikan abg menggembirakan aku. Perasaan sayang dah wujud. Tapi pintu hati aku masih lagi tidak terbukak. Sayang aku memamg dah tahap maksimum untuk abg, tapi aku masih tak boleh bukak pintu hati aku untuk abg.

Hubungan aku dengan abg hampir mencecah 2tahun. Aku sendiri tak sangka, hubungan aku dengan dia boleh bertahan lama. Macam2 kitorang dah lalui. Mesti korang pelik kan, kenapa post aku sebelum nie, aku tulis aku takda insan istimewa selama 2tahun kan? Sebabnya, aku dengan abg tak pernah sesekali declare hubungan kitorang.

Hubungan aku dengan abg hanyalah sekadar teman tapi mesra. Hubungan yang begitu mesra, begitu aku selesa. Memang aku susah untuk melepaskan abg dari hidup aku. Tapi cukup lah setakat ni. Aku terpaksa melepaskan abg pergi jauh dari hidup aku. Bermakna, aku akan kembali keseorangan, bertemankan air mata, bertemankan sahabat yang sanggup mendengar segala rintihan aku.

Siapakah yang berjaya membuka pintu hati aku?
Jwpn: Yupe, K lah insan yang membuka pintu hati aku. Sayang aku pada dia, takda la sekuat sayang aku pada abg. Mana mungkin aku boleh menyayangi K yang cuma aku kenali kurang dari sebulan seperti mana aku menyayangi abg.

Aku dengan K hanya rapat untuk 2minggu, tapi pelik sebab dia mampu membuatkan aku terbuka pintu hati untuk aku mencari teman semula. Tapi entahlah, sekarang aku kembali berbelah bagi. Sebab aku mula meragui keikhlasan hati lelaki yang melontarkan kata2 manis, janji2 untuk kekal bersama, setia hingga ke akhirnya.

Aku bengang dengan K, aku marah dengan sikap dia. Itulah yang sering aku katakan pada kawan2 serta abg angkat aku. Tapi hakikat sebenarnya, aku masih menyayangi K. Terlalu sayang. Kesibukan aku dengan kelas, mesej dengan mereka yang sudi mendengar celoteh aku, membuatkan aku dapat melupakan K buat seketika.

Tapi aku sedar, sampai bila aku harus begini. Sekembalinya aku ke KL, memulakan semula kerja aku di GSC, aku akan kembali bersua muka dengan K. Pasti aku akan kembali mengingati memori lama yang pernah menggamit jiwa.

*********************************************************

Aku hrp 2persoalan yg korang nk tau, especially ttg abg dh terjwb. Ya, ak syg kan 2-2, tp apkn daya, ak xmmpu utk memiliki ke2-2nya. M'cintai dlm diam je yg mampu ak lakukan skung.



4 comments:

[z@ck] said...

ssah kan bila kita menyayangi dua lelaki dlm satu masa..
huuu..
=(

[Miss Eriqa] said...

lagi susah ble kter perlu membuat keputusan untuk memilih salah seorg dr mereka..

princess hearty said...

caya lah!!!
pengakuan berani mati.. ngeh3....
dh book seat ak blom??
sambung majuk kang,...

[Miss Eriqa] said...

ye la ak book kn ye syg...
huhuhu....
xpernah2 ak wat pengakuan berani mati sebegini kan???