Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, July 10, 2009

Sebab Untuk Menyayangi

Petang tadi aku terfikir balik, kenapa kita boleh sayangkan seseorang? Hurm.. Perlukah kita menerangkan sebab2 kenapa kita sayangkan seseorang? Aku tak rasa itu semua perlu. Yang paling penting, adalah bergantung pada hati kita. Tanya diri sendiri, apakah benar kita ikhlas menyayangi diri dia.

Seringkali juga aku ditujukan persoalan, kenapa aku menyayangi seseorang. Maaflah kerana aku tidak pernah punya jawapan untuk semua persoalan itu. Bila aku sayangkan seseorang, aku tak pernah mengetahui apakah sebab aku sayangkan dia. Yang pasti, aku ikhlas sayangkan seseorang.

Kenapa aku post pasal soal sayang? Sebab aku teringat pasal K. Aku betul2 terusik dengan kenangan yang ada. Aku terlalu rindukan dia, seolah2 aku memerlukan dia di sisi aku tika ini.

Kenapa aku sayangkan dia? Aku tak pernah punya jawapan. Kerana aku tak pernah punya jawapan untuk persoalan tu.

No comments: