Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Thursday, August 20, 2009

Cinta Separuh Sedar

Aku,
Masih lagi di sini,
Mengharapkan segalanya berjalan lancar,
Mencintai mereka yang tulus mencintai,
Sedangkan aku tahu,
Itu mustahil untuk terjadi.

Aku sendirian,
Mencari ketulusan cinta itu,
Menanti tibanya kehadiran seorang putera,
Sedangkan aku tahu,
Itu cuma khayalan mimpi.

Cinta tidak hadir tanpa diundang,
Tidak mekar jika tidak dibaja,
Tidak segar jika tidak disirami,
Kerana itulah,
Sayang dan kasih penting untuk cinta bercambah.

Sayangnya diri ini tidak dihargai,
Kasih yang diberi tidak memberi erti,
Cinta yang tulus dinodai penipuan,
Namun sayang tidak mampu berhenti.

Persahabatan terjalin antara kita,
Membibitkan cinta yang tidak mampu aku ungkap,
Cemburu melihat kemesraan bersama mereka,
Membuatkan aku sedar di balik mimpi,
Aku menyayangi dalam keadaan separuh sedar.

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: