Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Saturday, August 08, 2009

Entry Khas Buat Pawana Hati

Wahai sahabat yang aku rindui,
Warkah ditulis tidak mempunyai apa2 makna. Sekadar memberitahu iai hati yang telah terbuku lama di dasar hati. Walaupun jarak tidak jauh memisahkan kita, biarpun masa sering mencemburui kita, ketahuilah sahabat, aku merindui waktu2 terluang yang pernah kita lalui bersama.

Perubahan yang telah kau lakukan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri aku. Tidak lagi aku temui seorang sahabat seceria dirimu. Setabah dirimu berusaha melunturkan keegoaan diriku. Entah mengapa, keceriaan tiada lagi dapat aku rasakan.

Sahabat,
Jika dulu kita berkongsi cerita. Masalah bukan lagi satu rahsia antara kita, tapi kini, aku lalui keceriaan itu berseorangan, masalah itu aku bebani berseorangan. Tiada lagi teman bercerita, tiada lagi teman berbual, tiada lagi teman bergosip.

Aku semakin dihimpit kecelaruan, dibebani masalah. Aku tanggung berseorangan, aku tanggung bersendirian. Aku lalui masa2 terluang, mengenang semula detik2 terindah yang pernah kita lalui bersama. Menangisi setiap kesalahan yang pernah aku lakukan terhadap dirimu. Penyesalan datang tanpa diundang. Keceriaan tiada lagi bermakna bagi diriku.

Sahabat,
Andai benar kau ingin berubah, aku anggap ini titik penamat. Tiada lagi kemesraan yang boleh aku cari, berseorangan menempuhi ranjau berduri. Keceriaan tiada lagi bermakna dalam diri ini, andai senyuman hilang di wajah, tawa bukan lagi milik aku.

Kini, hanya tangisan menjadi teman, merindui masa2 yang telah berlalu. Merenung jauh mengenang nasib, apakah ini penamat segala persoalan. Sayang, tiada lagi kemesraan yang dapat aku peroleh, keserasian tiada lagi menjadi pengikat.

Sahabat,
Mungkin segalanya menjadi lumrah kehidupan. Mungkin tiada lagi tawa yang mampu aku hulurkan bila bersama. Mungkin tiada lagi senyum yang terukir tika saat aku mula kehilangan seorang sahabat. Kenangan indah yang kau pernah berikan, tidak mungkin dapat aku lupakan.

Mimi, terima kasih buat segalanya. Biarpun apa yang berlaku, kau masih lagi seorang sahabat yang aku pernah sayangi, masih menyayangi, dan akan terus menyayangi. Sesungguhnya, kau satu dalam seribu sahabat yang pernah aku temui. Terima kasih kerana sudi menghulurkan kemesraan biarpun seketika. Hadiah terakhir yang mampu aku berikan, hanyalah sebuah persahabatan yang akan berkekalan. Aku masih sayangkan persahabatan antara kita.


No comments: