Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Tuesday, August 11, 2009

Kelukaan Yang Berdarah

Dulu kau pernah ungkapkan cinta,
Dulu kau pernah ungkapkan sayang,
Tapi bila kita terpisah jauh,
Kau mula membiarkan aku keseorangan.

Dulu kau menabur janji,
Akulah segalanya yang terpenting,
Tapi kini kau memungkiri janji,
Aku bukan lagi bertakhta di takhta itu.

Luka berdarah ditusuk sembilu,
Satu hadiah yang cukup bermakna,
Betapa kau menyayangi aku,
Memberikan hadiah di ulang tahun kelahiran.

Setahun berlalu,
Setahun juga kau menghilangkan diri,
Kini kau kembali,
Memberikan aku sebuah pemberian,
Menutup luka yang kau beri dulu.

Tidak mungkin kasih akan aku terima,
Kerana hati ini cukup menderita,
Kesedihan masih lagi menitiskan air mata,
Kelukaan masih lagi luka berdarah.

Nyah kau dari sisi,
Tidak ingin aku lihat kau di situ,
Membakar semua kenangan kita,
Kerana kita tidak lagi bersama.

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: