Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Tuesday, August 11, 2009

Pergilah Wahai Kekasih

Kasih,
Berikan aku masa mencari sinaran,
Sinaran suria cerianya pelangi,
Yang pernah kau beri dulu,
Waktu aku dalam kesuraman,
Kesedihan.

Kasih,
Kau berlalu tanpa kata,
Meninggalkan aku terkapai-kapai,
Sedangkan dulu kau menjanjikan setia,
Tapi kini kau menghancurkan harapan.

Kasih,
Bertahun kau menghilang,
Kini kau kembali,
Menagih semula kasih yang telah hilang,
Meminta semula cinta yang telah mati.

Kasih,
Kau cuba menabur janji,
Tiada lagi kehilangan yang bakal aku rasakan,
Tapi mengapa kau mungkiri,
Janji-janji yang kau ungkapkan dulu.

Kasih,
Kini aku menanti,
Perginya kau bersama janji-janji itu,
Tidak mungkin pintu hati akan terbuka semula,
Kerana kau bukanlah kekasih hati,
Yang akan terus aku cintai,
Kerna sesungguhnya,
Kau telah mati,
Bersama janji-janji yang kau mungkiri dulu.

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: