Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Thursday, August 20, 2009

Sayang, Maafkan Daku

Di kala bulan mengambang,
Terkenang aku pada kenangan,
Kenangan yang cuba untuk aku lupakan,
Namun,
Kau masih tetap di hati.

Berulang kali kau ucapkan sayang,
Berulang kali kau nyatakan keraguan,
Berulang kali juga aku nyatakan cinta,
Berulang kali juga aku nyatakan kebenaran.

Sayang,
Rindunya aku pada dikau,
Rasa bagai bertahun tidak berjumpa,
Masa yang kau pernah janjikan dulu,
Tidak dapat kau tepati,
Menyiksa aku zahir dan batin.

Sayang,
Maafkan aku jika kau terasa,
Betapa aku menyisihkan dikau di kala kesibukan aku,
Maafkan aku jika kau terasa,
Sayang untuk dikau tidak seperti dulu.

Sayang,
Tidak terlintas di hati ini,
Menyatakan kebencian yang hadir,
Ketidakpercayaan aku pada dikau,
Dibunuh rasa sayang yang semakin mendalam.

Sayang,
Maafkan aku jika kau meragui kesetiaan aku,
Maafkan aku jika kau meragui cinta yang aku berikan,
Tidak terlintas di hati kecil ini,
Membunuh rasa sayang yang wujud untuk dikau.

Sayang,
Berikan aku peluang untuk sekian kali,
Menyayangi dikau seperti dulu,
Berikan aku kenangan yang sukar dilupakan,
Untuk aku kenang selamanya.

Sayang,
Kau perkara terindah yang pernah aku alami,
Betapa aku rasa disayangi dan dicintai,
Namun aku sedar siapa diri ini,
Tidak mungkin kita akan bersatu,
Andai benar tiada jodoh antara kita,
Anggap ini satu persinggahan.

Abang,
Maafkan segala kesilapan lynn yantg pernah lynn lakukan. Halalkan makan dan minum lynn selama kita bersama. Ternyata lynn tak mampu untuk melupakan segalanya. Lynn pernah mengungkapkan, abg perkara terindah buat diri lynn. Satu kenangan yang sukar lynn lupakan. Tak sanggup lynn untuk kehilangan abg. Namun lynn sedar keadaan kita. Satu perkara yang mustahil untuk berlaku. Lynn tetap sayangkan abg, walaupun abg masih meragui sayang yang lynn berikan. Saat nukilan ini terhasil, lynn benar2 merindui abg. Tak terungkap dengan kata2 betapa lynn merindui abg. Lynn masih sayangkan abg, seperti mana lynn pernah sayangkan abg suatu ketika dulu. Sayang dan rindu lynn tak pernah berubah. Buat selamanya.

notatanganyangmengarang:secara spontan aku tlis nukilan nie.xde draft, xde plan.mcm biasa, ble ak teringatkan abg, msti akn ad nukilan bru.ak betul2 rndukan abg di saat ini.dr td ak menangis, mengenang semula kenangan yg prnh kitorg lalui.

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: