Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Wednesday, September 30, 2009

Memori Indah Untuk Malam Ini

Hurm.. Aku memang tak sabar nak post tentang malam nie. Tapikan, entry2 kat blog aku nie, semuanya aku import masuk kat fb. Mesti 'dia' baca kan? Tapi, 'dia' baca ke? Ntah lah, aku pun tak tahu.

Siapa 'dia'? Hurm... Sebelum aku bercakap siapa dia, aku nak cerita pasal aku lepak dengan 'dia' n kawan dia 2orang kat ekspo konvo tadi. Aku keluar lepas maghrib, dalam pukul 830 n balik semula ke bilik pukul 1150. Boleh kata lama jugak la. Sebab aku kena patah balik ke bilik. Ingatkan purse aku tertinggal kat dataran, tapi rupa2nya aku tak bawak turun dari bilik pun. Hehehe...

So, sepatutnya aku gerak dgn 'dia', alep n sorang lagi mmbr dia, abg hadi *kot la, xngat la nme dia*, tapi sebab aku patah balik, so aku gerak ke tapak ekspo berseorangan. Huhu..

Sampai kat tapak ekspo, dorang dah lepak kat gerai makanan. Siap masing2 dah order pun. Tiba2 ada sorang lagi kawan 'dia' join kitorang, abg ajip. So, aku pun order la makanan. Sori la, gambar makanan takda. Sebab tak sempat nak snap gambar, aku dah ngap masuk mulut. Hehehe...

Lepas makan, alep kena balik dpp, sebab ada meeting kot. Ntah la, aku pun tak tau sangat. Pastu kitorang *aku, 'dia', abg hadi, n abg ajip* jalan2 kat tapat ekspo. Pusing tapak ekspo 2round. Tak tau nak tengok apa. Tapi aku suka, sebab aku dapat tengok wajah dia. Hehehe..

Pastu masing2 dah mengadu penat. So, lepak kat tugu dataran palapes. Dekat dengan pentas utama tuk ekspo kali ni. Tengah lepak2, tiba2 dengar bunyik *dam.. dum.. dam..*. Rupa2nya, bunga api. Aku malas nak rakam, so aku dapat la snap beberapa keping je gambar bunga api 2. Enjoy la korang tengok ek.
Lepas tu, patah balik ke tapak gerai makanan kat ekspo. Lepak2 sambil minum air. Then kitorang gerak balik. Masa on the way balik tu, 'dia' sibuk bercerita pasal blok yang aku duduk sekarang nie. Buat pengetahuan abg, lynn dah tahu la cerita tu. Hehehe...

Masa jalan tu, 'dia' tanya satu soklan yang sengal *bagi aku la*. Aku cubit dia kat lengan okay. Ooppss.. Tak pernah lagi kot aku buat macam tu kat 'dia' or anyone yang lebih older than me. Ada gak sebelum 2 aku nak pukul2 'dia', tapi aku pukul pakai purse je. Ye la, lembut la sikit kan. Takda la sakit sangat. Hehehe..

Even malam ni aku tak banyak borak dengan 'dia' *actually kitorang memang jarang borak*, sebenarnya aku happy sangat. Siapa 'dia'? N macam mana aku kenal 'dia'? Tu, next entry aku cerita yea.

Yang pasti, malam ini banyak mengukirkan senyuman di wajah aku. Biarpun aku ada ketika aku berkecil hati dengan kata2 'dia', aku masih lagi mampu tersenyum. Hadiah yang 'dia' offerkan pada aku tadi, membuatkan aku teramat segan. Hadiah apa, biarlah rahsia. Hehehe... Jangan marah yea.

notatanganyangmenulis:gmbr blur sbb pki hp biasa je tgkp gmbr..sony e ak kn xrepair lg..sedey2..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Gembira + Ekspo Konvo UUM

Boleh tak kalau aku nak buat korang tertanya2 siapakah yang membuatkan aku gembira hari ni???

Sebabnya, aku sangat gembira hari ini. Actually dari semalam dah aku happy.
Hehehe... Sebab apa, biarlah jadi rahsia dulu yea. Next entry aku bagitahu kenapa aku happy sangat2. Hehehe...

Hari nie ekspo konvo uum akan bermula. Actually besok, tapi malam nie dah ada orang jual2 makanan. Pe lagi, g sana melantak la. Hehehe...

Pergi dengan siapa?? Of cuz bukan dengan abg. Hehehe... Siapa yang bakal menemankan aku ke ekspo malam ini, itulah yang membuatkan aku gembira sangat2. Okay, terus terang aku katakan, aku rindu nak tengok wajah dia.

Kalau aku rindukan abg, dah lepas dah sebab semalam dah jumpa. Tapi, rindu pada dia, baru hari ni dapat jumpa. Itupun secara kebetulan. Huhu..

Nanti aku bagitahu korang yea aku rindukan siapa dan siapakah yang menemankan aku ke ekspo malam ini. Itu pun, kalau jadi.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Tuesday, September 29, 2009

Melepaskan Rindu Yang Bersarang

Teka2 aku baru balik dari mana? Hehehe... Aku baru balik dari jumpa abg. Seronok sangat okay!!!

Macam biasa, abg memang suka buli aku. Nak tak nak, aku kena turun kat changlun, baru la abg datang amik. Nasib baik aku tak payah nak tunggu lama2. Tak sampai 10minit tunggu, abg sampai kat tempat biasa dia amik aku. Huhu.. Of cuz la abg bawak kete baru dia. Baru apa sangat pun, setakat cat baru and tambah skirt je kat kete dia. Tapi, nampak sangat menarik okay. Sebab aku kan suka make up kete. Hehe..

Okay, port utama lepak pagi2 adalah kedai makan. Hehehe... Lapar seyh. Dari malam tadi perut aku menyanyi2 mintak disuapkan makanan tau *okay bab menyanyi tu tpu, tapi bab lapa tu betul ye*.

Then, lepak2 je dalam kereta. Hilangkan rasa rindu di hati, manja2 kejap. Huhuhu... Tapi tadi abg ada hal kejap. So, aku kesunyian sekejap. Takda la lama sangat pun nak rasa sunyi. 2jam kot. Hahaha...

Then, abg balik hantar aku. Sebab dia ada hal lagi petang ni. Hehehe... Kesimpulannya, aku berasa sangat puas dan rindu telah pun hilang sebab dapat berjumpa dengan abg.

Yang paling aku suka, abg bagu duit raya. Hehehe.. Suka2. Huhu... Lynn sayang abg sangat2.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Monday, September 28, 2009

Merindui Mereka

Sekarang baru ada masa nak jaja gambar gathering aku dengan kawan2 rapat aku masa di sekolah menengah. Gambar lambat jaja sebab lambat di upload oleh kawan aku di facebook. Hehehe...

Dari hujung depan: Engku fara, Syud, Me..
Dari hujung belakang: Farah Azwin, Lily *adeq Anis*, Anies, Eiza, Atee *tuan umah*

Huhu.. Last time kitorang kumpul macam nie, *except for syud n lily*, adalah masa form 3. Anies pindah sekolah masa form 4, masuk sbp kat terengganu. Lepas tu, tiap kali gather, mesti akan ada yang terkurang. Sangat gembira waktu ini. Terlalu merindui saat2 begini.

Harap persahabatan kita akan berkekalan selagi nyawa dikandung badan.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, September 27, 2009

Ku Harap Wajahnya Dalam Mimpiku

Ku menyaksikan dedaun kekeringan
Gugur ke bumi gersang tiada penghuni
Tiada mentari, awan kesuraman
Bagaikan waktu yang terhenti

Ku menyaksikan seraut wajah cinta
Yang kehampaan tiada lagi bermaya
Kini kehilangan sebuah harapan
Bagaikan cinta yang terkubur

Adakah mungkin untukku menghindari
Gurisan kasih luka di hati
Jiwaku resah apakah kesudahan
Kecewa ataupun bahagia ooo...

Ku yakinkan diri demi rinduku
Penawar hanya dari wajah kekasih
Walaupun rintangan datang menduga
Ku tempuhinya kerna cinta membara
Ooo... Mimpi yang indah
Jelmalah dalam nyata
Wajah-wajah kekasih

Ku mengharapkan ikatan kemesraan
Antara kita akan terlaksana jua
Walaupun impian dalam kekaburan
Ku yakin padamu oh Tuhan

Walaupun lagu ni dh lme, tp bg ak tiap lgu yg akn ak letak dlm blog nie, pasti punya mksd yg tersendiri. Tika saat ini, ak merindui segalanya mengenai abg. Segala2nya.

Ak menghrpkn besok akn memberikan sinar. Terlalu merindui abg. Ak xtau nk terangkan mcm mne. Merindui abg yg jauh. Penat bercinta mcm nie, sedey ble sering keseorangan.

Ak hrp hri akn berlalu dgn cpt. Supaya cpt ak bertemu drinya, melepaskan kerinduan yg bersarang di hti.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Rumah Baru Lagi

Yes. New home again. Hahaha.. Ak dh bosan ngan umah lme. Cm bosan je ak tgk. Hope umah kali nie xsemuram umah yg ak tkr b4 dis smpikn ak kne tkr ke umah lme. Hehehe...

Mcm mne ngan umah nie? Ok x?? Hehehe... Still emo colour. Huhu.. Cau nk g mkn dlu. Lapa la..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, September 26, 2009

[9] Kecurian

‘Awak yang saya jumpa depan pintu lif tadi ‘kan? Saya mintak maaf sebab endah tak endah dengan awak tadi.’

‘Tak mengapa. Saya tahu awak nak cepat. Anyway, saya Megat Iskandar. Awak boleh panggil saya Is. So, Miss Eryqa, can I see so certificate and your transfer’s letter from HQ?’

‘Just call me Eyqa. Everything is inside this file Tuan Megat.’

Aku menyerahkan fail yang mengandungi kesemua sijil-sijil aku serta surat pertukaran aku dari HQ ke cawangan di Malaysia.

‘Is. Not Tuan Megat. Wow, excellent student. Why do you choose to work in Malaysia instead of continuing your job and your life in UK?’ Iskandar memuji keputusan yang dilihatnya sambil bertanyakan soalan yang pada pandangan aku, bukanlah menjadi satu persoalan kepada dia.

‘Personal matters. I don’t share it with others. I’m sorry.’ Aku malas untuk menjawab pertanyaannya. Bukan mahu berlagak atau bersikap sombong, namun persoalan yang diutarakan itu tidak memberikan sebarang kaitan dengan pekerjaan aku.

‘Oh, okay. I’m sorry. Well, let me show you your office. Shall we?’ Sambil meminta maaf akibat kesibukannya mengambil tahu mengenai aku, dia bangun bergerak ke muka pintu.

Thanks Tuan Megat.’
*** *** *** ***
‘Assalamualaikum everyone.’ Iskandar memberikan salam kepada pekerja-pekerja yang berada di situ.

‘Waalaikumussalam. Eh, Tuan Megat, rajin benar nak turun ke tingkat ni? Ada apa hal ni?’ Salah seorang dari pekerja di situ menegur Iskandar.

Dari apa yang diperkatakan oleh pekerja tersebut, aku dapat rasakan yang Iskandar jarang datang ke tingkat di mana terletaknya pejabat aku.

‘Takda apa sangatlah. Baiklah semua, saya nak memperkenalkan pengurus baru kepada kamu semua. Kenalkan ini Cik Eryqa Elyana, pengurus baru di sini. Eyqa, silalah perkenalkan diri awak.’

‘Assalamualaikum pada semua. Nama saya Eryqa Elyana. Kamu semua boleh panggil saya Miss Eyqa. Saya masih baru di sini. Harap dapat berikan kerjasama buat semua.’

Usai perkenalan dari pihak aku, aku dibawa oleh setiausaha aku untuk berkenalan dengan pekerja-pekerja bawahan aku. Ramah-ramah semuanya. Namun, itu hanyalah pada peringkat awal. Tidak mungkin mereka aku berterusan ramah dengan aku. Malah, ada beberapa orang dari mereka yang memandang aku seolah-olah aku telah melakukan satu kesalahan besar dengan menyertai ‘keluarga’ tersebut. Apakah aku akan dilanda masalah?
*** *** *** ***
Penatnya, hanya Tuhan yang tahu. Biarpun hari ini merupakan hari pertama aku bekerja, namun melihatkan keadaan fail-fail yang bertaburan di pejabat aku tadi membuatkan aku pening kepala. Apakah tugas seorang pengurus dan setiausaha jika fail-fail klien diberikan bertaburan di rak. Seolah-olah rak yang disediakan tidak berguna.

Malas untuk menyuruh Liza, setiausaha aku mengemaskan fail-fail tersebut, aku terpaksa mengemaskan kesemua fail tersebut sendirian. Asyik mengemas pejabat aku, tidak sedar masa telah menunjukkan ke pukul 1 petang. Melihatkan keadaan pejabat yang agak bersepah, membuatkan aku tidak bersemangat untuk meneruskan kerja aku pada hari itu. Dari pejabat, aku melihat pekerja-pekerjaku sedang bersiap-siap untuk keluar makan tengah hari. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.

‘Mama! I already miss you.’ Suara ceria Sofea di hujung talian membuatkan aku ceria semula.

‘Hai my darling. How’s your school? Is everything fine?’ Aku tidak mahu menunjukkan aku sedang menghadapi masalah di sini.

‘Everything’s fine ma. It’s lunch time, right? Have you taken your lunch?’ Suara ceria Sofea benar-benar memberikan aku ketenangan. Itulah Sofea, dia betul-betul mengambil berat mengenai aku. Apatah lagi, setelah 2 kali aku dimasukkan ke hospital akibat gastrik yang teruk. Sejak dari itu, Sofea tidak pernah lupa untuk mengingatkan aku jadual pemakanan aku.

‘Yes darling. I’m still in office. I don’t feel like to eat. Let’s eat together when I’m at home. Okay?’ 2 bulan berehat dari bekerja membuatkan aku berasa cepat penat biarpun aku tidak melakukan kerja yang agak berat.

‘Eat something light okay. I miss you. See you at home. I got to go. Pak Mat is here. Love you so much ma.’ Itulah nasihat Sofea bila aku tidak mahu makan. Seboleh-boleh dia mahu memaksa aku untuk makan sesuatu supaya perut aku tidak kosong.

‘Love you too, darling.’

Aku cuba merehatkan mata selepas berborak dengan Sofea. Suara Sofea menceriakan kehidupan aku. Namun, ketenangan aku diganggu oleh ketukan perlahan di pintu pejabat.

‘Masuk.’ Perlahan sahaja aku berkata. Penat masih lagi bersarang.

‘Menggangu Eyqa berehat ke?’ Iskandar menegurku perlahan.

‘Is, saya ingatkan siapa tadi. Ada hal penting ke datang ke pejabat saya?’ Aku tidak begitu selesa dengan kehadiran Iskandar di pejabat aku, apatah lagi sekarang waktu rehat tengah hari.

‘Saya nak ajak awak lunch sekali. Awak pun masih baru lagi di sini ‘kan.’ Mesranya dia pada aku. Tapi, tidak sedikit pun hati aku senang dengan keadaan itu.

‘Tak mengapalah Is. Saya dah ambil heavy breakfast pagi tadi. Kenyang lagi rasa perut ni. Lain kali ya.’ Aku menolak dengan nada yang perlahan. Nasi lemak yang aku makan dengan Sofea pagi tadi membuatkan perut aku tidak lagi berasa lapar.

‘Kenyang pun, apa salahnya kalau awak makan sikit. Nanti masuk angin pula perut ‘tu. Tak perlulah segan dengan saya. Jomlah.’ Iskandar masih lagi tidak berputus asa untuk mengajak aku keluar makan bersama.

Belum sempat aku menjawab apa-apa, tiba-tiba dari jauh aku terdengar kecoh-kecoh di depan pejabat.

‘Eh, kecoh apa pulak tu?’ Aku merungut sambil keluar dari pejabat untuk melihat apakah kekecohan yang berlaku.

‘Ada apa terjenguk-jenguk macam pencuri ni? Ada hal apa?’ Suara penyambut tetamu itu jelas kedengaran di pendengaran aku.

‘I’m here to see my mom.’ Lantang suara itu menjawab.

‘Sudah, dia ni tak habis-habis nak mengenakan aku.’ Mendengarkan suara itu, aku sudah dapat mengagak siapakah gerangan tuan empunya suara.

‘How many time I need to tell you, let me know if you want to come seeing me in my office? I thought Pak Mat already take you home? What on earth are you doing here?’ Aku tidak mampu untuk meninggikan suara apabila melihat Sofea dalam keadaan marah.

‘Maaf Miss. Saya dah ajak Cik Sofea balik, tapi dia yang bertegas nak ke mari.’ Pak Mat bersuara bila melihat aku dalam keadaan marah.

‘Takpa Pak Mat. Sofea, since when my driver become your driver?’ Aku mengambil Pak Mat sebagai pemandu aku pun bersebab. Aku pasti kesibukan aku bekerja pasti akan membuatkan aku terkejar-kejar untuk mengambil Sofea pulang dari sekolah. Itulah sebabnya aku mengambil Pak Mat bekerja dengan aku. Memudahkan aku juga kalau-kalau rasa malas untuk memandu ke pejabat.

‘Siapa ni Eyqa?’ Iskandar bertanya mengenai kehadiran anak kecil itu di ruang pejabat.

‘Someone special. Why are you here, Sofea?’ Biarpun aku tidak mampu untuk meninggikan suara dengan Sofea, namun dengan riak muka, Sofea sudah tahu yang aku sedang memarahinya.

‘Well, I’m worried about you. See, I’d already bought your lunch. Secondly, I miss you. I’m sorry, ma. About Pak Mat, don’t get angry. I ask him to take me here.’ Fea menjawab dengan panjang lebar. Nak marah, apakan daya. Dialah racun yang selalu membuatkan aku bersedih dengan kenakalannya, dia jugalah penawar kedukaan aku selama ini.

‘I’m not satisfied with your answer. You, in my office now.’ Tegas kata-kata aku terhadap Sofea. Melihatkan Sofea yang sudah membuat muka merajuknya itu, sukar untuk aku memujuknya.

‘Yang lain, dah takda kerja ke? Pukul berapa dah ni. Petang ni, semua di bilik mesyuarat tepat jam 4.30 petang. Tolong informkan pada yang lain-lain. Semua.’ Melihatkan keadaan aku yang sedang marah, pekerja lain pantas bergerak menyambung kerja mereka.

Terlalu awalkah aku menjalankan tugas aku sebagai seorang pengurus? Macam-macam bermain di fikiran aku. Sofea saja sudah cukup membuatkan aku pening kepala. Sikap prihatin dia memang sedikit tidak ubah seperti Encik Hisyam.

Bukan aku tidak tahu mengapa Sofea datang ke pejabat aku. Sebab lainnya, dia tidak mahu ada lelaki lain yang cuba untuk menganggu aku. Biarpun dia tidak pernah mengenali apatah lagi mengetahu siapa ayah kandungnya, Sofea tidak pernah membenarkan mana-mana lelaki lain untuk mendekati aku. Teringat lagi jawapan yang diberikan Sofea bila aku bertanya apakah dia akan suka jika dia mempunyai seorang ayah.

‘Mama, kalau mama ingin mencari seorang ayah buat Sofea, biarlah dia benar-benar ayah Sofea. Sofea tidak pernah bertanyakan mengenai siapa papa Sofea, tapi Sofea tahu, mama masih sayangkan papa. Biarpun papa tinggalkan kita berdua, tanpa khabar, Sofea tak pernah marahkah papa. Mungkin papa ada sebab untuk berbuat macam tu. Maafkan Sofea, ma. Tapi Sofea takkan benarkan sesiapa mengambil alih tempat papa, menjadi ayah Sofea, menjadi suami mama. Hanya papa yang layak berada di situ. Hanya papa.’

Ketika itu, usianya baru menginjak angka 15. Begitu matangkah pemikiran Sofea berbanding umurnya? Mirip siapakah Sofea? Aku atau Encik Hisyam. Dan buat pertama kalinya Sofea menjawab dalam Bahasa Melayu. Yang pertama dan yang terakhir. Aku mendidik Sofea untuk mengenali bahasa ibundanya sendiri. Namun, Sofea lebih gemar untuk berbahasa Inggeris dengan aku.

‘Sofea, mana mungkin mama akan menerima orang lain, jika hati mama telah lama di‘curi’ papa. Hingga saat ini, jiwa dan hati mama tidak pernah dapat mama miliki. Semuanya telah di‘curi’ papa.’

Biarpun aku tidak dapat memberitahu Sofea tentang perasaan aku, aku tidak kisah. Kerana perasaan aku, sejak dulu sering menjadi rahsia aku seorang.

notatanganyangmengarang: maaf lmbt post entry bru tuk IDK. kebuntuan idea sket. bab8 ad sdkt rombakan. dilakukn tuk disesuaikan dgn bab9. maaf yea. enjoy reading..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Selamat Sampai

Ad yg dah tau, actually ak smpi kat uum semlm tgh hri. Jejak kat blik around 130pm. Awal kn? mcm org bodo je kat dlm blik nie. Dh la sorang2, bosan plak 2. Blk awal pn bersebab. Xleh wat pe la. Hehehe...

Now, ak kne crik blk mood study ak. Y? Sbb final dh dkt. So, ak kne la stdy. Chaiyok2!! Huhu..

Tgl beberapa hri je lg ak nk jmpe abg. Xsbr sgt nk tgu. Rndu ak dh thp memuncak nie. Hehehe...

Nk siap2, nk kms beg, n mlekn operasi bkk bku. Byknye kje.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, September 24, 2009

Biarlah Aku Terus Bahagia

Life aku lepas matriks sementara nak tunggu keputusan masuk u, takda banyak beza pun. Aku lepak2 dekat rumah. Aku sanggup bangun awal2 pagi semata2 nak ym abg. Waktu ni, baru aku terasa peritnya berjauhan dengan orang tersayang. Dengan abg baru aku tahu peritnya ada hubungan jarak jauh.

Sebulan aku bercuti dekat rumah, itu je life aku. Ym dengan abg sampai petang. Lepas tu, buat hal sendiri. Kalau abg rajin nak online ym malam, sambung la chat malam. Kalau tak, tunggu je la besok pagi.

Then, aku dapat kat uum. Actually, uum bukan lah 1st choice aku masa 1st time apply tuk upu. Aku tukar choice waktu 2nd time buat pilihan upu. Abg cakap dengan aku, dia berat hati nak berjauhan dengan aku. Tu yang dia suruh aku mintak uum. Aku tak sanggup nak berjauhan dengan dia. Sayang punya pasal, aku mintak uum waktu boleh buat pertukaran.

Aku masuk uum, hubungan aku dengan abg semakin rapat. November ni, masuk 2tahun hubungan kitorang. Aku sangat2 gembira walaupun kadang2 aku bersedih. Gembira kerana aku punya seseorang yang menyayangi aku. Bersedih kerana hubungan aku tidak seindah orang lain. Kenapa aku katakan hubungan aku tidak seindah orang lain? Sedangkan pada pandangan orang lain, hubungan aku amat dicemburui mereka.

Tak dinafikan, sepanjang 2tahun hubungan aku dengan abg, kitorang sangat jarang bergaduh. Bila sitanya, jawapan aku senang. Aku dan abg masing2 dah matang. Sebab tu aku dengan abg susah untuk bergaduh. Tapi, mana mungkin aku tak pernah bergaduh dengan abg.

Tahun ni aku rasakan paling teruk. Sebab 3bulan pertama, aku asyik bergaduh dengan abg. Kesilapan siapa, aku tak tau. Mungkin kesilapan aku yang kuat merajuk and tak percayakan dia. Tapi rasanya besar kemungkinan memang kesilapan aku. Abg tak reti untuk pujuk aku. Dia suka biarkan aku redakan kemarahan aku sendiri. Sebab dia tahu, aku marah takkan lama.

Abg memahami aku. Memang aku marah takkan lama. 2,3hari lepas tu, aku dah elok balik. Hanya sekali je abg pujuk aku. Waktu tu baru balik dari penang. Aku bagitahu abg, betapa aku kecewa dengan dia. Dia pujuk aku mula dari naik penang bridge sampai ke tanah besar. Then, aku dah ok dengan abg. Tiap kali aku betul2 merajuk dengan abg, hanya satu je yang abg akan ucap. 'Abg sayang lynn.'

Mungkin ada bahagianya bila aku dan abg jarang bergaduh, tapi sedihnya hubungan aku, hanya aku seorang saja yang tahu. Aku dengan abg tak pernah dating. Abg terlalu sibuk dengan kerja dia. Sealu penat bila dah balik rumah. Aku pernah kerja, so aku tahu penatnya bekerja. Sebab tu aku jarang sangat paksa abg datang jumpa aku. Kalau masing2 dah rindu, baru kitorang set tarikh and masa tuk jumpa.

Sem ni, baru 3kali aku jumpa abg. Paling sedikit sejak aku masuk uum. Sem 1 boleh kata selang 2minggu aku jumpa abg. Tapi, lebih pada aku yang cari dia. Sem lepas, tersangatlah banyak. Tapi sem ni paling sedikit. Sangat2 merindui masa2 yang lalu.

Sebab tu, balik cuti raya ni, aku nak curi masa tuk jumpa abg. Aku sangat2 rindukan masa2 yang lalu. Masa aku masih lagi di perlis, abg selalu datang jumpa aku. Dekat. Boleh kata tiap2 hari aku jumpa abg. Aku betul2 rindukan abg.

Abg,
Terima kasih untuk segalanya yang abg pernah berikan untuk lynn. Selalu lynn cakap, abg perkara terindah yang lynn pernah alami. Mungkin lynn pernah sakiti hati abg, tipu abg, tapi lynn nak abg tahu, lynn tak terniat langsung untuk lakukan semua tu. Lynn tulus menyayangi abg dan merindui abg setiap masa.

Abg,
Walaupun kita jarang bertemu, lynn nak abg tahu, lynn tak pernah lupakan abg. Jodoh mungkin bukan milik kita, tapi lynn takkan lupakan abg. Sayang dan rindu lynn milik abg, biarpun lynn dimiliki orang lain. Lynn selalu ungkapkan yang lynn sayangkan abg. Tapi saat ni, lynn tak nak ucapkan yang lynn sayang abg. Lynn cintakan abg. Tak pernah lagi terucap kata2 tu untuk abg. Sebab lynn tak pasti sama ada lynn mencintai abg atau tidak. Tapi malam ni, saat lynn menulis entry ni, lynn sedar, lynn mencintai abg. Jika malam tu menyaksikan yang lynn sedar lynn menyayangi abg, malam ni menyaksikan betapa lynn mencintai abg.

Abg,
Maafkan lynn untuk segalanya. Kesalahan lynn, kesilapan lynn, kegagalan lynn untuk memuaskan hati abg, segala2nya. Lynn tetap sayangkan abg, biarpun abg pernah kecewakan lynn sebelum ni. Sayang, rindu dan cinta lynn milik abg.

Yang tulus menyayangi,
Lynn

p/s:nie kan blog ak,so ak pnye ske nk tlis ap yea..huhu...satu lg entry jiwang ak utk abg..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Wednesday, September 23, 2009

Gathering + Open House

Ak bru blk dr open house mmbr ak kat ampang. Seronok? Mmg menyeronokkan. Sbb after such a long tyme, dis is da 1tyme kitorg dpt gather 2gether. Biasanya msti kurang sorang. Mcm hri 2, dorang buka puasa kat umah eiza, ak xde. Mse kitorg lepak2 tyme cuti sem yg lps, atee xde. Rse cm kurang korum je klu sorang xde.

Eiza rapat ngan fara, ak rapat ngan atee n anies. Even though cm2, kitorg still rapat as 5 of us. Dlu, sme gne nme devil kat blkg. Sbb ap? Sbb msg2 gle2. Huhu.. td mse kitorg lepak 2gether, mmg riuh. Actually, dlu ad konflik. But now, i hope sme has been 4gotten. Huhu... I really miss da old tyme lepaking wif them.

Anis pick me up kat lrt maluri. Actually, ak rse cm malas nk pegi sbb cam dh lewat sgt. Lg2 ak naik lrt. Suddenly, eiza call. kte otw nk amik lily *adeq anies* kat umah mmbr die kat area shamelin. So, klu nk leh pick up ak kat maluri. Then, tnye mama, so ak siap2 secara kelibut. Nsb baik tyme 2 dh mndi. Hehehe... 1rhsia yg dorang xtau, ak xgosok bju. Hahaha...

Then, kitorg 6org naik kete anies, grak g umah atee. Anies bring along one of her fren, izat. Smpi kat umah atee, farahazwin is still there. So hepy cuz it has been ages since i saw her 4 da last tyme. Huhu...

Borak2 smbil mkn2, gelak2. Until xsedar dh nk maghrib. So, anies drop ak kat lrt ampang. 2je la cerita ak hri nie. Hehehe... Really miss da moment.

Special dedication to Anies, tq cuz pick me up at lrt maluri. Really appreciate it. Or else, i wont be coming to atee's house this evening. To Farahazwin tq cuz stay until we going back home *klu ayt berterabur, jgn marah ek*. To, Engku Farah, tq cuz came joining us at atee's house even i know u r tired. Same goes to Eiza n Anies *msg2 bru smpi dr kg except 4 me*. To Ateeqah, tq cuz inviting us to ur house. I really hope, we can gather again next tyme. Love all of u.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Bebelan Kosong

Ak rse korang sem msh dlm mood rye lg kan? But not 4 me anymore. Huhu...

Bsk ak akn blk perak. Transit sblm terus ke uum. Hurm.. Dh nk blk u rpenye ek. Bermle semula khdupan ak sbg seorg student. Hehehe...

Hri ni, abg xde msg atau call ak. Bz berye la kot. Hurm... Ak sedey, ak rndukn abg. Sgt2. Hope dpt jmpe die lps rye nie.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Tuesday, September 22, 2009

Kenangan Silam Mengusik Jiwa

Xtau dn xnk tau pn knpe.

Ap da pnye entry. Tampar sket mke.. *pang pung pang*

Hurm.. Mlm nie bosan sgt la. Motif entry kali nie, xde pa pn. Bosan, 2psl ingat nak menulis kt sini. Huhu...

Nk wat post ttg abg lg blh x? Hurm.. Nie kan blog ak, so ak pnye ske la kan?

Sejak 2tahun lepas, raya memang membawa seribu erti kepada hidup aku. Bukan sebab aku berjaya puasa penuh atau aku dapat duit raya banyak, tapi kerana raya lah, aku mula rapat dengan abg. Masuk tahun ni, dah 2tahun aku raya dengan abg.

Abg mula tegur aku waktu raya tahun 2007. Waktu tu, raya bulan 11. Aku ingat, sebab aku ada jamuan hari raya waktu abg mula mula mesej aku. Malam hari jamuan, abg mesej kata nak kenal. Aku agak terkejut la, sebab aku tak tau mana abg dapat nombor telefon aku. Sedar2 aku dapat mesej. Kacau betul timing aku nak tido.

Masa kat matriks, aku suka tido lepas maghrib. Bangun pukul 12, study sampai ke pagi. Actually, dari time spm lagi aku macam nie. Kalau boleh tido balik sebelum pukul 4, aku tido. Kalau tak boleh, aku kena berjaga sampai timing nak ke kelas. Kalau aku tido dekat dgn pukul 5 atau lepas subuh, jawabnya aku suruh orang sign kan je la kedatangan aku pagi tu. Huhu... Jahatkan??

Ok2. Back to cerita abg dgn aku. Aku ingat lagi, memang waktu dia mesej aku, aku tengah tido. Aku tengah mengantuk, ingatkan malas nak layan. Tapi, kesian pulak aku rasa. *eleh, alasan je tu cik eriqa oi..sdr la sket, awk mmg ske nk mlyn.. dush3x* Antara yang aku ingat kandungan mesej malam tu,

Abg:hi lynn. saya ganggu ke? tengah buat apa?
Aku:hi. xde watpa. spe nie? mne dpt num?
Abg:tengah tunggu msg dari saya ke? saya nak kenal dgn lynn blh?
Aku:nk kenal pn, xkn la xleh bgtau nme. xknl awk, knpe msti sye tgu msg awk?
Abg:saya dah lama perhatikan awak. saya budak kmp. awak tak kenal saya.
Aku:awk ad nme kn? xleh bgtau ke? klu btul awk dak kmp, awk kuliah mne?
Abg:nama saya zam. kuliah a1.

Aku agak terkejut. Sebab abg tahu pulak pasal kuliah dalam matriks. Huhu... Terus aku tanya rumate aku. Rumate aku si c-da tu, dak kuliah a1 gak. Manalah tahu kot2 dia kenal ke budak nama zam tu kan. Tapi, rumate aku cakap, takda budak dalam kuliah dia nama zam. So, of course la aku rasa pelik.

Aku:tutor bpe? rumte sye kte, xde spe nme zam dlm kuliah die. xyh ar main2. awk tau x, awk dh kcu sye tdo. so, klu awk rse nk main2, bsk2 je la yea. salam.

Lepas tu, abg langsung tak reply mesej aku. Aku kalau tido kena kacau, baik bangun terus. Sebabnya aku takkan boleh nak tido balik. Huhu...

Tak lama lepas tu, aku ingatkan takda gangguan. Sebab tengah study, malas kalau ada gangguan. Then, ada call. Dari abg. Dalam hati aku cakap, 'hai, mamat ni tak paham bahasa ke? mengacau betullah.'.

Borak2 dalam phone kejap, then baru dia nak bagitahu yang dia tu siapa. 1minggu, kitorang just mesej. Dia tak pernah call. Mesej pun waktu malam je, sebab pagi dia busy sangat. Meeting je memanjang. Huhu...

Lepas minggu tu, barulah kitorg jumpa. 1st time jumpa abg, abg propose aku jadi awek dia. Time tu nak kata aku tengah frust, takda lah jugak. Sebab aku dgn faris dah takda apa2. Dalam masa yang sama, aku tengah rapat dengan jep. Siapa jep? Kan aku ada buat 1entry title bekas kekasih gelap? Tekan sini kalau nak tahu siapa jep.

Tentang hubungan aku dengan jep, nanti aku ceritakan. Dalam entry lain. Ni kan entry khas tuk abg syg aku. Hehehe...

Aku tak tahu nak cakap apa. Sebabkan aku pernah berjanji dengan jep, aku cakap dengan abg, kita kawan dulu. 2bulan lepas tu, aku gado dengan jep. Time tu, aku tak pikir apa. Memang aku sedih sangat dengan jep. Aku jumpa abg, aku cerita dengan abg. Abg cakap, orang dah tak nak, jangan mengharap lagi. Abg cakap, abg ada di sisi aku setiap waktu.

Berakhir hubungan persahabatan *2je yg lyk ak gelarkan* aku dengan jep, aku tak terikat dengan mana2 lelaki lain. Sebab aku terikat dengan abg. Nak kata waktu tu aku dah mula sayangkan abg, tak lagi. Mungkin sisa sayang aku pada jep, masih lagi ada.

Hari terakhir aku jumpa abg, adalah hari terakhir aku di kmp. Lepas habis aku jawab paper pagi, abg mesej, nak jumpa aku. Aku cakap aku banyak benda nak kena setelkan. So, aku takda masa sangat. Takut tak sempat. Dia kata okay.

Tengok2 malam tu dia buat suprise kat aku. Dia datang jumpa aku kat kmp. Kitorang borak2, gelak2. Sampai waktu dia nak balik, aku rasa sedih sangat. Aku peluk dia dari belakang. Aku nak rasa kehangatan badan dia. Aku nak ingat sampai bila2.

Yang tulus menyayangi,
Lynn

So, smpi takat 2je cter ak dgn abg. Hehehe... Of cuz la smpi takat aku kat mtrx je. Hehehe... Cter lps hbs mtrx, lain kali la k. Hehe...

Ak rndu kan abg, lebey dr segalanya. Dlu mgkn ak xreti nk hargai pengorbanan yg abg dh lakukan utk ak. Tp skung, ak bhgia sgt dgn abg. Sgt2 bhgia. Ak prnh cbe utk lpekan abg, tp ak sdr ak xmmpu. Huhu... Mkin kuat ak cbe lpekan abg, mkin kuat ak syg kan die.

2tahun ak semai benih, biarpun xkembang mekar, benih yg ak tnam, berbunga cntik. Ak hrp, hbgn nie kekal.

p/s:ad yg bertnye, siapa abg sbrnya..tp ak mmg xdpt share dgn korang sme siapa abg yg sbrnye..nmun, hti ak ttp milik die selmenya..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Bekas Kekasih Gelap Episod 2

Ingat x, b4 dis ak ad post 1entry ttg jep? Ala, klik sini lah klu korang xingat. Title die bekas kekasih gelap. Ni ak post kn 1lg entry, Bekas Kekasih Gelap Episod 2.

Aku mula renggang dengan jep sejak aku rapat dengan abg. Mungkin jep sedar perubahan aku. Masa ni lah, jep selalu tanya aku, aku ada boy baru ke. Aku ada couple dengan sesiapa ke. Masa ni jugaklah, jep hantar 1mesej yang aku takkan lupa sampai bila2. Waktu tu, dia bahasakan diri dia b, n bahasakan diri aku bby. Padahal, kitorang langsung takda hubungan couple.

'bby, b hrp sgt klu bby blh single smpi ble2 tuk b..b xblh tgk bby dgn laki lain.b jeles sgt..'

Masa dapat mesej jep, aku betul2 terkejut. Sampai macam tu sekali dia cemburu. Sebab tu lah kalau korang nak tahu, kenapa aku tak pernah mengaku yang aku ada boy *abg*. Sebab aku dah janji dengan jep.

'Bby syg b smpi ble2. Klu i2 yg b nk, bby akn single smpi ble2. Sbb bby nk tgu b.'

2jawapan yang aku berikan. Tapi, hajat tak kesampaian. 2bulan lepas tu, aku dengan jep gaduh. Hanya kerana sekeping gambar yang aku upload dalam myspace *skung dh buang* buat dia marah.

Dia cakap kerana gambar tu, partner yang nak pergi prom night dengan dia tarik diri. Aku terpaksa lah tebalkan muka merayu2 dekat that gurl supaya go with him. Sedangkan, waktu aku berbalas mesej dalam myspace, aku menangis seteruknya. Sebab aku terlalu sedih. Waktu ni jugak. asma aku menyerang seteruknya. Aku menangis gila2. Lama jugak.

Bayangkan, 2bulan sebelumnya dia asyik bertanya apakah aku mempunyai orang lain, mesej aku mintak aku single semata2 untuk dia, tapi 2bulan berikutnya, dia mengaku dia menyayangi insan lain. Dan aku disayangi tidak lebih dari seorang kawan. Memang aku betul2 terkejut. Sejak dari hari tu, boleh kata tiap2 hari aku menangis kerana rindukan dia.

Aku cuba untuk lupakan jep, tapi aku tak mampu. Aku mula terima yang aku sudah tidak diperlukan lagi dalam hidup dia. Dan, aku terima kenyataan tu dengan pertolongan abg. Abg bantu aku bangun balik. Dan waktu tu, aku mula sedar, abg terlalu baik untuk disakiti.

Habis matriks, aku menyepikan diri dari dia. Even masa aku masuk ke uum pun, dia tak pernah tahu tentang hal tu. Sampailah aku beranikan diri untuk tegur dia di ym. Dia tanya aku, kenapa aku tak nak bagitahu dia aku waktu tu ada kat mana. Takkan la sampai macam tu sekali aku tak nak jumpa dia. Aku cakap, aku tak boleh jumpa dia. Sebab aku rasa and aku tahu, tangisan pasti akan mengalir di wajah aku.

Dia tahu aku ada kat uum sebab kesilapan member aku. Saja buat2 sengal mintak nombor phone aku kat jep. Dia ingat ke tak, aku tak nak ambik tahu. Sebelum aku masuk uum, aku cakap dengan dia, aku nak pergi jauh. Aku nak tinggalkan segalanya di KL.

Ada 1hari, aku ym semula dengan dia. Sekali lagi kitorang bukak semula cerita lama. Aku menangis semahunya. 4jam tangisan aku mengalir tanpa henti. Sedu bersilih ganti. Aku nak hentikan segalanya. Aku stop ym, aku mandi *waktu dh menunjukkan pkul 1230mlm*. Bawah shower, aku menangis lagi semahunya. Aku tumbuk dinding shower sebab aku nak lepaskan geram.

Tanpa sedar, aku tertumbuk satu jubin yang telah sedia pecah. Menyebabkan tangan aku luka dan berdarah dengan teruknya. Tapi aku buat tak tahu. Aku menangis dalam shower hampir setengah jam. Bila aku keluar, aku dah berhenti menangis.

Tapi, apa yang berlaku antara aku dengan jep, walaupun ada yang tidak aku ceritakan di sini, tetap akan aku ingat sampai bila2. Susah untuk aku lupakan seseorang yang aku pernah sayang, yang aku pernah cinta.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Monday, September 21, 2009

Raya Kedua

Rye ke2, xbyk beza. Bgun lmbt, again?? Hahahaha... Dats me when im in home. Huhu...

Then, my mum ajak ke semenyih, ajk tgk rumah bru. Dis tyme we went as a whole family. Cuz my dad cuti, n my big bro pn cuti gak. Huhu...

Singgah bli kfc dpn kwsn perumahan kitorg. Mkn kat umah. Then, lepak2, borak2, n balik. 2je la xtvt ak tuk rye ke2. Sungguh membosankan. Sbb? Ak dh mle rse fed up kat sini. Rse nk blk uum, siapkan asgmnt cpt2, lepak2, n jmpe abg. Hahaha...

Motif utama nk blk awal? Sbb nak jmpe abg. Hehehe... Myb ari isnin kot jmpe kejap, lunch 2gether. 2pn klu jd la. Hahaha...

Td pg2 mcm biasa abg call ak. Lari kejap, jln2 kat kebun die. teringat kat ak, so call la kjp. Ak lpe jadual die hri isnin, so tnye la trus. Nk adjust dgn jadual ak. Sbb dh xtahan sgt rndu kat abg. Rse nk lari je g klntn jmpe abg kejap. Sedey tau!!

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, September 20, 2009

Raya Pertama II

Dh ptg rpenye ek. Hehe...

Td dpt msg dr abg. Huhu... Dr pg ak tunggu, ble abg nk call ak. Xdpt call pn, msg jd la. Tbe2 mse ak tgh duk layan Kasih Siti ak dpt msg dr abg. Ske sgt2.

Ala, dh kte hri rye kan, so msg mesti la msg rye. Hehe.. Hjung msg 2, abg tlis 'abg sayang lynn'. Evrytyme ak dpt msg mcm 2 dr abg, ak msti rse sebak. Xpasti la knpe. Mgkn rndu, mgkn sedey. Xtau. Tp as long abg xlpekan ak, ak dh rse ckup bertuah.

Dr pg td, lepas bgun tdo ak trus layan tv. Hehehe... Smpi la ke ptg td. Xde nk buat ap. Smbil ak melantak kuih sepit smpi tgl separuh balang. Hehehe..

Besok xtau la mcm mne. Xtvt yg sme jugak kot. Hehehe... Ingat nk ajk papa g umah mkcik ak kat perak, tp papa ak kje la plak. Hehehe... Mgkn rye ke3 kot. Huhu... Then rye ke4, blk umah pkcik ak, still kat perak. Transit tuk blk semula ke uum. Huhuhu.. Mksdnya?? By jumaat ak dh ad kat uum.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Raya Pertama

Raya thun nie xbyk berubh mcm thun2 lepas. Dh ar tdo lmbt, so bgun pn lmbt ar gak. Hehehe...

Dlm kul 1230 bru bgun. Gle kan? Pg rye bgun lmbt. Hehehe... Papa ak kje pg nie. So xckup korum sket la. Abg ak? Tyme ak post entry nie, die tgh siap2 nk g kje. Abg ak pn kje gak. Bsk pn xpasti lg die kje ke x. Rse nye die cuti kot. Tp ntah la, xtau pn. Huhuhu...

Pg nie buat ap? Hurm... Ak lepak2 je kat umah. Mkn nsi himpit ngan rendang. Mkn kat dpn tv. Hahaha... Layan kan je la. Hehehe...

Memandangkan kat umah ak tgl ak, adeq ak, n my mama je, so kitorg xkuar memane pn. Ye la, rye kat kl kan, nk rye pe nye. Hehehe..

Mcm nie je la tiap2 thun. Huhu... Xde byk beza pn. Huhuhu...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, September 19, 2009

[8] Kembali

Itu kenangan sepanjang aku mengenali Encik Hisyam selama 6 tahun. Kali terakhir aku berjumpa dengan Encik Hisyam adalah sewaktu aku memberitahu dia mengenai permohonan aku untuk menyambung pengajian di UK telah diterima. Permohonan yang aku hantar secara diam-diam sewaktu aku sedang menjalani praktikal membuahkan hasil. Impian aku akhirnya tercapai.

Aku tahu Encik Hisyam pasti tidak akan bersetuju dengan rancangan aku. Berat hati untuk melepaskan aku pergi. Pujukan demi pujukan aku berikan. Namun, sehingga hari keberangkatan aku ke UK, dia masih lagi mendiamkan diri. Biarpun begitu, tidak pernah terlintas di hatiku untuk melupakan seorang insan yang pernah bertakhta di hati aku. Akhirnya dia merestui pemergian aku ke UK dengan syarat, aku tidak boleh bercinta dengan mana-mana lelaki di sana. Kuat benar cemburunya.

Perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar peringkat Sarjana tidak banyak bezanya dengan perjalanan hidup aku sewaktu di universiti tempatan. Namun, bebanan kerja sedikit sebanyak bertambah. Penat sehinggakan kadang-kala aku tertidur di hadapan laptop untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Beberapa kali aku hampir-hampir dimarah oleh Encik Hisyam kerana terlalu kerap jatuh sakit.

Kesibukan dalam menyiapkan tugasan menyebabkan haid aku tidak datang untuk satu tempoh yang agak lama. Pada pendapat aku mungkin disebabkan tekanan yang aku tanggung menyebabkan kitaran hormon aku sedikit sebanyak terganggu. Namun, bila sudah masuk tiga bulan keadaan yang sama berlarutan, aku sudah mula merasai kelainannya.

Morning sickness yang aku alami mengundang seribu pertanyaan pada teman serumahku. Kerana tidak mahu lagi berteka-teki, aku ke klinik untuk mendapatkan pertanyaan. Benar seperti yang aku duga, aku mengandung 3 bulan. Terduduk aku dihadapan doktor bila perkhabaran itu sampai ke telingaku. Bagaimana harus aku tempuh perjalanan aku sebagai seorang pelajar dalam tempoh yang sama aku harus memikirkan mengenai anak dalam kandungan?

Teman serumahku tidak menggalakkan aku untuk menggugurkan kandungan itu. Kata mereka, jika aku tidak mampu menjaga bayi yang akan lahir itu, aku boleh mencari keluarga angkat untuk dia. Aku hanya meminta supaya mereka memberikan aku masa untuk memikirkan mengenai perkara ini. Sehingga ke hari ini, aku tidak pernah mendengar mengenai Encik Hisyam. Sudah 16 tahun aku menyepikan diri.

‘Mama, are you okay? Seems there’s something in your mind. Wanna share with me?’ Itulah Sofea, anak yang tidak berdosa hasil kesilapan hubungan aku dan Encik Hisyam. Teguran Sofea membuatkan aku tersedar dari mimpi.

‘Nothing much my dear. It’s has been 17 years I’m in London. Just wondering when I’ll going back to Malaysia.’ Aku cuba untuk menutup kekusutan hati agar tidak dapat dibaca oleh Sofea. Biarpun usianya baru menginjak usia 16 tahun, dia boleh membaca fikiran aku.

‘Ma, how long you wanna be in UK?’ Soalan Sofea membuatkan aku sedikit terkejut.

‘May I know dear, why are you asking that kind of question?’ Biarpun aku yang membesarkan Sofea, agak susah untuk aku mentafsir pemikiran dia. Sofea terlalu sensitif dan berahsia mengenai perasaannya. Tetapi bukan mengenai perkara lain.

‘Well, you always talk about Malaysia. Don’t you miss your family?’ Pertanyaa Sofea mengenai keluarga aku membuatkan aku sedikit terkejut. Semenjak keluarga aku tahu mengenai Sofea, aku telah dibuang oleh mereka. Malu kerana aku telah mencalitkan arang ke muka mereka hanya kerana aku melahirkan Sofea.

‘Fea, I think you know what’s going on between me and your grandparents, right? I was born in KL. No matter how much I loved London; I will miss KL a lot more than London.’

‘Ma, this might be ridiculous, but how about we migrate to Malaysia?’ Sofea memang gemar membuatkan aku terkejut dengan pertanyaan yang sedemikian.

‘Moving back to KL? How about you? Won’t you miss your friends here?’

‘I will ma. But your happiness is everything ma.’

Aku terkesima dengan kata-kata Sofea. Seorang anak yang tidak pernah jemu untuk menceriakan hidup aku.

‘Are you sure?’ Aku cuba untuk meminta kepastian dari Sofea.

‘Yes ma. I’m sure.’
*** *** *** ***
Pada awalnya, permohonan aku untuk bertukar ke Malaysia, mendapat tentangan dari rakan sekerja. Lebih-lebih lagi dari pihak atasan. Mereka sanggup untuk menaikkan gaji aku semata-mata untuk menahan aku dari bertukar. Namun, aku tekad untuk bertukar. Sudah terlalu lama rasanya aku berada di bumi London.

Hari ini, merupakan permulaan kepada aku dan Sofea memulakan kehidupan di Malaysia. Aku akan meneruskan kerjaya aku di bawah kumpulan syarikat yang sama namun berbeza cawangan. Kerjaya sebagai seorang juruaudit dan dalam masa yang sama juga merupakan seorang business consultant, telah aku daki setapak demi setapak sewaktu di London.

‘Fea, can you wait for a while. I need to complete your registration.’ Aku meminta Sofea untuk menunggu sebentar di kerusi yang telah disediakan. Pada awalnya aku bercadang untuk menghantar Sofea ke sekolah antarabangsa, namun cadangan aku ditolak mentah-mentah oleh Sofea dengan alas an mahu merasai suasana persekolahan di Malaysia.

‘Fea, behave yourself okay.’ Hanya satu pesanan aku pada Sofea.

‘I will ma.’

Dengan meninggalkan Sofea di sekolahnya, aku bergerak menuju destinasi seterusnya. Sudah pasti memulakan tugas aku di pejabat.
*** *** *** ***
‘Assalamualaikum.’ Salam aku hulurkan pada penyambut tetamu di yang sedang bertugas. Bertugas atau sedang mengumpat, itu aku tidak ambil peduli. Malas untuk berkira-kira. Pihak atasan sudah sedia maklum dengan kelewatan aku pada pagi itu kerana perlu mengendalikan hal Sofea.

‘Waalaikumussalam. Ya, ada apa yang saya boleh bantu.’ Biarpun tutur katanya Nampak sopan, namun tona suaranya seakan-akan tidak ikhlas melayani aku.

HR department di tingkap berapa ya?’

‘Tingkat 6. Awak ada appointment ke?’ Nampak sangat kebiadapannya terhadap aku.

‘Ya. Terima kasih ya.’ Biarpun agak sedikit meluat dengan perangainya, huluran terima kasih masih perlu dihulurkan kerana pertolongan yang diberikannya.

Melangkah aku ke tempat menunggu lif. Tiba-tiba sapaan salam dari belakang mengejutkan aku. Salam dijawab dengan senyuman dihulurkan.

‘Nak ke mana?’ Pertanyaannya menunjukkan yang dia mungkin seorang yang mesra.

‘HR department.’ Tidak mahu dikatakan sombong, aku menjawab pendek pertanyaan yang dihulurkan.

‘Pekerja baru ke?’

‘Ya.’

Tiba di tingkat 6, aku melangkah laju keluar dari lif.

‘Maaf, saya ada temujanji dengan Tuan Megat.’

‘Siapa nama? Dari mana?’ Begitukah layanan yang harus diberikan oleh seorang setiausaha?

‘Eryqa Elyana.’

‘Kejap, saya maklumkan pada bos.’

‘Okay.'

Aku hanya menunggu di sofa yang telah disediakan untuk tetamu yang datang.

‘Cik, Tuan jemput masuk.’

‘Okay.’Aku hanya mengikut langkah wanita tersebut.

‘Assalamualaikum Miss Eryqa.’ Suara itu benar-benar mengejutkan aku.

p/s:idea tenggelam timbul..sorry klu mcm xbest sgt entry kali nie..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Selamat Hari Raya buat semua pembaca blog Be Urself Cuz Its All About U. Andai ada terkasar bahasa, tersalah laku, harap dimaafkan.

Pada kawan2 yang mengenali diri ini, halalkan makan dan minum. Mana yang terlebih atau terkurang harap dihalalkan.

Pasa semua rakan2 blogger, jika ada yang terasa hati dengan entry2 aku sebelum ni, aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. Kebebasan dalam hak bersuara membuatkan kita kadang2 alpa dan khilaf dalam membuat perbandingan.

Sebulan kita berpuasa,
Menahan lapar dan dahaga,
Kini tiba Syawal dinanti,
Kemenangan dirai,
Kemaafan dipohon.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Kegilaan Bermula

Semlm ak tdo lepas subuh. 2pn sbb ak pkse mata ak tdo. Ngantuk wei.

Kul 930 abg call. Huhu.. Ske2. Sbb rndu nk dgr suara abg. Siyes wei. Ak rndu gle tahap gaban kat abg. Huhu..

Then ak smbung tdo blk. 230 bru bgun. Nmenye? Gle!!! Hahaha.. Kt umah ak mmg mcm nie. JD kelawar. Hahaha.. Nie jakg nk start kemas umah. Or else, jwbnya umah bersepah la. Dh la nk rye besok.

Besok dh rye?? Hurm... Ap nk buat? Duk umah je la. Xde wat ap sgt pn. Rye ak adlh utk cuti. Sjk dr dlu, ak mmg mcm nie. Pntg dpt cuti, mmg ak cuti puas2. Sgt2. Huhu..

Nk cau dlu. Mlm kang ak nk smbung edit layout blog. Nk tkr laytout. Myb buang sdkt widgte atau tmbh kot. Tgk dlu keadaan. Hehehe...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, September 18, 2009

Pemberitahuan Mengenai Kekeliruan

Cutiesifa said...
tajuknya sama cam novel damya hanna, saat cinta bersemi jugak.. u write cter ni ke?

Ok.. Ak nk menjwb ttg pertanyaan Cutiesifa. Actually ak xtau lgsg pasal tjuk bab ke7 Impian Dan Kenangan akan sme dgn tju novel damya hanna, Saat Cinta Bersemi. Xterlintas lgsg ok!!

Ak thu pn lps cutiesifa yg bgtau. Ble tgk kat blog die, yeah right. Tjuk yg sme. Tp bza nya, damya hanna:tjuk novel, ak:tjuk bab ke7.

Novel nie tjuk die Impian Dan Kenangan. So, hrp semua paham yea. Mnelah tau kot2 ad yg lain tahu psl nie. Kte ak nk copycat cter kak damya. Actually no ok.

Impian Dan Kenangan adalah karya ak. Saat Cinta Bersemi adlh karya kak damya hanna. So hope semua paham.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Akhirnya

Ak smpi kat kl dr uum td pkul 7ptg. Grak dr uni inn pkul 1015. Knpe lme sgt?? Jln yg licin akibat keadaan hujan yg trun sjk ptg. Then kat sp td ad accident. Ak xtau details, tp ap yg ak dgr, treler hempap kereta n terbakar. Pkul bpe ak xtau. Tp waktu ak smpi kat grun around 12something, still sesak. Huhu...

Smpi kl dgn keadaan yg gelap. Sgt ok sbb hjn lebat gle. Mama amik ak kat dpn pdurya. Then, buka dlm kete je sbb otw nk blk umah. Tp masing2 melencong ke Jusco Maluri. Buat ap? Hehehe.. Shopping.

Ak bli inner n jeans 2helai. Both goggles?? Sbb ak menyukai brand nie. Skung ak ad 3jeans goggles n 1bju. Huhu... Bakal mengumpul lg brgan dr brand ini.

Tuk rye thun nie, ak xtau nk wat pe. Rye pertme papa kje. Huhu... Td dlm kete, mama bgtau bsk die bakal sebok sbb nk masak tuk open house yg akan diadakan di balai tmpt papa ak kje. Nk buat mcm mne, mcm nie la keadaan family polis bekje. Huhu...

So, bsk ak bakal sebok dgn aktiviti mengemas umah. Myb ak akn online mlm. Huhu...

Bsk ak update lain yea..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, September 17, 2009

Apa Yang Kurang

Hari ni hri terakhir berad d uum. Bsk pg bus ak dr inn pkul 1015. Xsbr nak blk dh nie. Rse sgt2 bosan berada di sini. Ak sorang2. Apkn daya, sme nye dh blk. Sedey2.

Abg? Mlm nie akn pulang ke klntn. Berhri rye dgn family. Sedey wey. Xdpt jmpe abg b4 blk rye thun nie. Pdhal, ak bru je jmpe abg hjung bulan lps. Rndu? Mmg rndu sgt2. Teramat rndukan dia. 2,3 hri nie, asyik teribngat perbualan kitorg hri tue.

Kdg2 ak rse melampau sgt perkara yg ak tnye 2. Tp, slh ak gak. Yg ak pegi tnye soklan 2, spe suh kan? Ak rse mcm ak xckup baik utk abg. Lynan ak pd die, mcm ad je kurangnye. Die xpernah luahkan. Pd die, ak lyn die dgn ckup baik. Bg die baik, tp bg ak? Ak btul2 rse cm kurang.

Knpe hti ak selalu xtenang ble lepak ngan die. Rse cm he deserve some1 better than i am.

Arghhh.. Serabut otak ak. Malas ak nk pk. Bsk nk blk rye, so blk je la. Lps rye bru dpt jmpe die. Hope die happy rye kt klntn.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Wednesday, September 16, 2009

Bosan

Sdr xsdr, dh nk smpi hjung ramadhan kali ni. Korang sme puasa pnuh x? Soalan straight pd lelaki. Hehehe.. Pmpn, biasa la ble smpi bulan mengambang, msti xpuasa kan? Huhu...

Nie entry ak yg ke200 tuk thun nie. Xsngka lak, byk gak ak dah menulis. Story life ak, luahan perasaan ak, semua nya kat sini. Bln dpn genap la sethun ak dh berblogging.

Hri ni pergi clas mcm biasa. Claz audit td ad open book kuiz. Mcm biasa, 10short essay in 1hour. Mmg kelibut la nk cri topik dia. Hahaha.. Tp sempat gak anta. Claz it batal. Hurm.. Claz bsk xde yg cancel. So, mcm biasa la.

Klu ikut plan, ptg nie mgkn nk kuar ngan kina. Tp xpasti lg. Sbb skuter die rosak. Hurm.. Ilex dlm blik je la klu xde pape2. Bosan2.

Knpe la bosan sgt? Pdhal asgmnt ad lg yg kn kne siapkan. Hehhee.. Xske2..

*kebosanan sedang di tahap yang maximum*

lots of love,
[Miss Eriqa]

Tuesday, September 15, 2009

[7] Saat Cinta Bersemi

Kelekaan aku melihat keindahan malam di sini, membuatkan aku alpa dengan kehadiran dia.

‘Maaf, saya tak dapat jumpa awak dekat luar. Saya harap awak faham dengan situasi saya.’

‘Pensyarah keluar makan malam dengan bekas pelajar? Suami orang pulak ‘tu. Mesti timbul kata-kata yang kurang enak. Tak mustahil kalau Puan Suraya tahu mengenai hal ni kan? Itu yang awak takutkan. Betul?’

Jarang sekali tekaan aku tidak mengena. Aku sudah masak dengan permainan duniawi. Satu permainan yang aku cuba untuk lupakan. Tapi, hingga ke saat ini, aku masih lagi tidak mampu untuk pergi jauh dari permainan ini. Dia terduduk diam, membisu seribu bahasa bila aku berkata demikian. Pasti tidak tahu untuk berkata apa.

‘Cukuplah mukadimah. Saya rasa awak tahu kenapa saya nak berjumpa awak bukan? Saya harap sangat, awak mampu untuk lupakan saya. Puan Suraya terlalu baik untuk disakiti.’

‘Tapi Eyqa, saya mampu.’

‘Mampu untuk bahagiakan saya, mampu untuk sara hidup saya. Tapi mampukah awak untuk adil dalam sayang awak? Lelaki, hanya pandai berkata-kata. Belum tentu kata-katanya akan terlaksana. Permainan sandiwara ni bukan sandiwara lakonan semata-mata. Saya pernah alami, saya tahu kesakitannya.’

Sepanjang berada di bilik itu, tidak sekali pun aku melihat wajahnya. Aku takut aku tidak mampu untuk melepaskan dia pergi. Aku sedar, aku mengerti perasaan yang semakin hadir dalam hati ini.

‘Jujur saya katakan, sejak kejadian malam ‘tu, saya betul-betul rasa bersalah pada Eyqa.’

‘Bersalah pada siapa? Bersalah pada Puan Suraya atau saya?’ Tersentak aku bila tangannya sekali lagi melingkari pinggang aku.

‘Ah, sudah. Lagi sekali dia ni buat perangai. Time aku nak bawak bincang ni lah, dia nak lebih-lebih. Melampau betullah!’ Bentak hatiku.

‘Bersalah pada dua-dua. Bersalah pada isteri sebab menduakan dia. Bersalah pada Eyqa kerana keterlanjuran kita pada malam itu.’ Semakin kejap pelukan dia pada aku. Namun, dengan segera aku cuba merenggangkan jarak antara kami.

‘Kenapa Eyqa tak nak bagi peluang pada saya? Atau Eyqa nak saya teka sendiri jawapan Eyqa?’ Dia semakiin rapat menghampiri aku apabila dia melihat aku hanya mendiamkan diri.

‘Aduh, menyesal pulak jumpa dia dalam bilik. Jumpa kat coffee house lagi bagus.’ Penyesalan datang bagaikan mengetahui perasaan aku ketika itu.

‘Teka? Awak kenal saya sebagai seorang student awak. Masakan awak mampu membaca hati saya? Tak mungkin dan susah. Hati saya bukan senang untuk ditafsir.’ Biarpun aku cuba mengelak dari berdepan dengan dia, dia masih tidak mahu melepaskan pegangan tangannya dari tangan aku.

‘Cepat betullah tangan dia ni nak sambar-sambar tangan aku. Macam manalah aku nak larikan diri ni?’ Memang perangai akukah kuat merungut di dalam hati?

‘Rantai pemberian saya sudah cukup menggambarkan perasaan awak, Eyqa. Masih mahu berteka-teki lagi ke?’ Serentak dengan itu jugalah, dia menarik kuat tangan aku, membuatkan aku terduduk di pangkuannya.

‘Saya sayangkan rantai ni. Terlalu cantik untuk dibuang.’ Aku cuba memberikan alasan dan bangun dari pangkuannya, tapi makin kuat aku mencuba, makin kuat dia menarik tangan aku. Seolah-olah tidak mahu membiarkan aku lari.

‘Awak sayangkan rantai, atau awak sayangkan orang yang hadiahkan rantai tersebut?’ Encik Hisyam cuba untuk menduga perasaan aku. Tapi, mana mungkin aku akan berkata benar.

‘Sayang pada awak? Susah, sebab awak sudah beristeri. Saya tidak begitu kejam untuk merampas kasih sayang awak dari Puan Suraya.’ Aku berdalih dengan menggunakan nama isterinya. Kejamkah aku?

‘Eryqa.’ Panggilan yang begitu lembut pada pandangan aku. Jarang orang akan memanggil nama penuh aku.

Aku berpaling, tanpa sedar dia juga turut mengangkat mukanya untuk menghadap aku. Dan kini, wajah aku begitu dekat dengan wajahnya sehinggakan aku mampu merasakan hembusan nafasnya di muka aku.

Agak lama, kami begitu. Anak mata aku seakan-akan bercerita dengan anak matanya bahawa aku sudah mula menyayangi dirinya. Lembut tangannya membelai rambutku yang panjang. Dengan perlahan, tangannya membelai wajah aku.

‘Janganlah perkara yang sama berlaku lagi.’ Aku hanya mampu berkata di dalam hati.

Dengan perlahan, tangannya menyentuh dagu aku. Ciuman di dahi begitu mengejutkan aku. Mata aku tertutup rapat bila merasakan ciuman itu. Baru ingin aku celikkan mata yang terpejam, aku rasakan bibir aku basah. Aku cuba untuk menolak, namun tangannya terlebih dulu menangkap tangan aku.

Manakala sebelah lagi tangannya, sudah melingkar bagaikan ular sawa ke dalam baju aku. Sekali lagi, kami tewas dengan hasutan pihak ketiga. Dan ketika itu jugalah, cinta antara kami bersemi. Terdengar lembut kata-katanya dibisikkan ke telinga aku.

‘Terima kasih untuk satu peluang yang tak mungkin abang akan sia-siakan. Abang sayangkan Eyqa’

‘Eyqa pun sayangkan abang.’ Hanya dalam hati saja mampu aku luahkan kata sayang aku padanya. Malam itu jugalah menyaksikan dua cinta yang tidak mungkin akan bersatu bersemi untuk mekar berbunga.

*** *** *** ***
Itu merupakan cerita 3 tahun lepas. Sepanjang 3 tahun hubungan aku dengan Encik Hisyam, aku rasa sangat disayangi olehnya. Perhubungan kami masih lagi menjadi rahsia. Masih lagi tidak dapat dihidu oleh isterinya. Begitu bijak dia menyembunyikan jejaknya.

Aku? Hanya Syasya, Zira dan Ayumi saja yang tahu mengenai hubungan aku dengan Encik Hisyam. Begitu hebat tentangan yang aku dapat dari mereka bertiga memandangkan status Encik Hisyam yang sudah pun beristeri. Bukan setakat beristeri. Namun, anaknya sahaja sudah dua pasang.

Aku hanya memberikan mereka masa untuk menerima perhubungan ini. Akhirnya, setelah penat aku menunggu, akhirnya mereka memberikan restu untuk aku teruskan perhubungan dengan Encik Hisyam.

Sepanjang 3 tahun kami bersama, tidak pernah lagi kami bertengkar. Mungkin masing-masing sudah matang untuk berfikir mengenai sikap masing-masing. Namun, perselisih faham masih wujud. Terlalu banyak pengorbanan yang telah dia lakukan untuk aku dan sebaliknya.

Menginjak usia 4 tahun hubungan kami, tidak terkira betapa kali kami melakukan dosa itu. Mungkin itu juga menjadi pengikat yang kuat untuk hubungan ini terus bertahan. Biarpun aku tahu, itu adalah haram dan berdosa.

p/s:smbungan nie ad sdkt unsur 18sx..sorry ek..xtau npe leh tbe2 termsukkn unsur nie..huhu...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Happy Birthday Mieylo

Seorg lg kwn ak dh msuk 20. Pd blogger kmp n dak2 kmp, korang msti knl mieylo kan? Hri nie, mieylo nye bday. As usual, dis 4 u babe.

Happy birthday to U..
Happy birthday to U..
Happy birthday to Mieylo..
Happy birhtday to U..

To Farah @ Mieylo,
Happy 20th bday. Dh tua rpenya kwn ak nie. Hahahaha.. Chill la k. Ak doakan yg terbaik buat ko. Xmo naughty2 tau. May Allah bless u always. Hope u find ur road to success within urself. Tq sbb sudi b my frenz.

Sdkt info ttg mieylo.
Ak knl die since mtrx. Tp knl nme je la. Then, 1st tyme ak tgk mke die mse camping kat sedim mse sem2 kat mtrx. Tp xrapat pn. Klu jmpe pn jz snyum2. Xnk la nnt org kte ak sombong.

Kitorg jd rapat sket mse kina kidnapped ak g alorstar. Mle2 nye, xde spe yg tau rancangan si kina nie. Ak nk tumpang die smpi jtra je pn. Suddenly, die angkut mieylo, dya n lynn (not me ok) g alorstar. Huhu.. Mmg njoy gle tyme lepak dgn dorang. Ad 1incident lucu yg berlaku. Lebey kpd memalukan kot. Hahaha.. Biarlah kami je yg tahu.

Start dr situ jd rapat. Then, si mieylo mle buat blog. Then, selalu lepak sme2 lps claz eko gun sem lps. So, kesimpulannya, bru 2sem kot ak agak rapat ngan mieylo. Rapat sbb berkongsi kwn yg sme, berkongsi minat yg sme, n sbb kmi dr mtrx yg sme. Huhu...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Aku Masih Punya Sahabat

Jam menunjukkan 220am. Huhu.. Tido lambat lagi la ak mlm nie. Sedangkan mlm semlm pn ak dh tido lmbt. Y? Siapkan take home quiz yg diberikan oleh lecturer tax ak. Hurm.. Ak rse slh kot take home quiz 2. Hahaha.. Nsb la, asal kan ak hntr. Hehhee...

Td, around pkul 945pm ak trun cafe. Dinner sorang2. AK xkesah pn actually. Sbb ak mmg jns yg ske sorang2. Tgu die siapkan order ak, mak ai lmbt sgt. Hbs je mkn, ak ingat nk cau naik blik. Leh rehat2, online kejap. Pas 2 ak ternmpk ain n aizu. OMG!!! Lme gler xnmpk aizu @ nme panggilannya YB. Knpe pgl YB? Ad la kisah di sebalik story. Huhuhu..

So, memandangkan dorang ad kat cafe, ak batalkan niat nk naik atas. Yelah, nk jmpe ain mmg blh. Sbb die selalu dtg print notes kat blik ak. Tp nk jmpe aizu, mmg ssh. Rasanya, bru bpe kali je ak jmpe die sem nie. Alah, jgn kte nk jmpe die, nk trun cafe mak ngah mkn mlm2 pn rse nye bru kali ke3 mlm nie. Mmg tahap malas gle nk trun.

So, kitorg tmnkan ain mkn, sbb die xmkn lg. Lapa sgt katanya. Huhu.. Borak2, gelak2. Then alep dtg join kitorg. Kjp je pun sbb die jz nk jmpe ain b4 meeting. Lps alep blah, tbe2 muncul lak si k-rol. Huhu.. Mkin rancak berborak, ak xsdr pn dh dkt pkul 1130pm. So, msing2 pn nk grak blk. B4 blk 2, ak g jmpe wani, lia ngan ida kjp. Xsmpi 5mnt pn ngan dorang ak trus naik blik.

Motif entry kali nie? Ak dh lme xrse seronok mcm ni. Lepak lme2, borak2 smpi bosan. Bkn ap, ak nie ske lepak dlm blik. Mls nk trun. Join aktiviti apatah lg. Mne yg ak rse berkenan, ak join. Dis sem, bru 1projek ak terlibat. Haha.. Sengalkan? Hehehe...

Dlm diam xsdr, ak punya kawan. Ak pnya sahabat. Tp disbbkan aku jnis yg xske tuk berjmpe, trun cafe, lepak2, ak rse mcm ak xde kwn. Rpe2nye mereka wjud, cuma ak je yg xsdr. Btul lah kata sorang kawan nie, ak ad kwn rmi, tp ak je yg xnk merapatkan jurang yg ad. Hehehe.. Nsb bdn la klu dpt kwn mcm ak kn?

Kwn, ak rndu kamoo semua. Sangat rindu2..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Monday, September 14, 2009

[6] Persetujuan

Biarpun pertemuan tadi tidak membibitkan perbualan, tapi hati aku seakan-akan terganggu dengan renungan anak mata Encik Hisyam sewaktu aku melangkah keluar dari butik itu.

‘Wei Qa. Aku tengok kau ni, dari petang tadi asyik termenung je. Kenapa? Ada masalah ke? Ceritalah.’ Zira menegur aku ketika kami bertiga sedang berehat di bilik.

‘Yalah, aku pun perasan. Ingatkan aku je yang perasan macam ‘tu, tp Zira pun sama jugak.’ Ayumi menyokong pendapat Zira.

‘Hurm... Takda apa-apalah. Aku OK je. Takdalah...’ Belum sempat aku menghabiskan ayat, deringan telefon bimbit aku menyelamatkan aku dari pertanyaan mereka.

Tapi, nama yang tertera membuatkan aku gerun untuk menjawabnya. Aku hanya mampu memandang screen telefon tersebut tanpa berbuat apa-apa. Dan tidak disangka, aku menjadi sebak.

‘Qa, takkan kau nak biar je telefon ‘tu berbunyi. Angkatlah. Tak ‘nak angkat, aku boleh tolong jawabkan.’ Zira bangun untuk mengambil telefon, tapi sempat disambar semula oleh aku.

‘Takpa, aku boleh jawab.’ Belum sempat aku menjawab, deringan telefon telah pun berakhir. Tapi tidak sampai seminit kemudian, deringan itu berbunyi semula. Panggilan dari insan yang sama, Encik Hisyam.

‘Aku jawab dekat luar.’ Aku berkata pada mereka dan melangkah keluar. Terlihat riak wajah yang penuh dengan persoalan terpancar pada wajah mereka berdua.

‘Assalamulaikum.’ Salam aku hulurkan, biarpun rasa hormat telah hilang pada malam persitiwa itu.

‘Waalaikumussalam. Eyqa, sihat?’

‘Alhamdulillah, macam biasa. Encik?’

‘Saya sihat. Erm... Terima kasih sebab sudi jawab call saya.’

‘Takda apa sangat pun.’

‘Mata saya takkan silap waktu saya nampak awak di BJ tadi?’ Sudahku agak, pasti dia ingin memastikan kehadiran aku di butik tersebut.

‘BJ? Masakan saya boleh berada di BJ kalau saya sekarang di Langkawi.’

‘Saya tak ‘kan silap melihat orang yang saya sayang. Kenapa semua panggilan saya sebelum ni, awak tak nak angkat? Awak masih marahkan saya?’

‘Takda apalah sangat. Silap saya jugak. Maaf, saya ada hal. Saya minta diri dulu.’

‘Eyqa, abang betul-betul sayangkan Eyqa. Sejak Eyqa takda, abang selalu teringatkan Eyqa. Bagi abang peluang untuk terus sayangkan Eyqa, boleh?’

‘Bagi saya masa. Tak mampu untuk akal saya berfikir buat masa sekarang. Assalamualaikum. Kita bincang lain kali.’

‘Tapi Eyqa...’ Aku tidak sempat mendengar ayat yang ingin disampaikan kerana aku terlebih dulu pantas mematikan perbualan kami. Air mata aku merembes keluar. Tidak mampu lagi aku tahan.

Aku tidak masuk semula ke bilik kerana aku pasti mereka pasti bertanya. Aku ingin lari dari segalanya. Aku hanya mengikut kaki yang melangkah. Ke mana kaki melangkah, di situlah aku akan berada.

*** *** *** ***
‘Kau ke mana semalam? Semalaman tak balik bilik. Handphone kau tutup. Tahu tak macam mana Zira risau semalam?’ Belum sempat aku menjawab soalan Ayumi, tembakan soalan dari Zira pula kedengaran.

‘Qa, aku tahu kau ada masalah. Tapi kau tak nak cerita. Kenapa? Lepas ‘tu kau menghilang semalaman. Risau tau. Kalau kau kena kidnapped ke, siapa nak bertanggungjawab? Kalau dulu kau nak buat hal bolehlah Qa. Sekarang ni, semua orang kenal kau. Siapa tak kenal dengan anak Datuk Muhammad? Tokoh perniagaan yang terkenal dan meningkat naik?’ 2 das tembakan tepat mengenai aku kerana aku tidak pulang ke bilik pada malam sebelumnya.

‘Dah la pakaian kau ‘tu seksi. Kena rogol nanti, tak pasal-pasal nak menjawab.’ Kenyataan pedih dari Zira itu membuatkan aku kembali menangis.

‘Eh, eh. Aku main-main je cakap pasal rogol ‘tu. Kenapa kau menangis?’ Suara Zira kembali perlahan bila melihat esakan aku semakin kuat.

Kesakitan itu, tidak mampu lagi aku tanggung berseorangan. Akhirnya, pada mereka aku luahkan segalanya.

*** *** *** ***
Program di Penang berterusan seperti biasa. Biarpun emosi aku sedikit terganggu. Hari ini merupakan hari terakhir aku di Penang. Bus untuk balik ke kampus telah pun sampai. Dan kini, aku dalam perjalanan pulang ke kampus. Terdengar deringan telefon memecahkan kesunyian aku. ‘Dia lagi. Takda orang lain ke yang nak call?’ Aku berkata perlahan. Tidak mahu menganggu orang di sebelah.

‘Hello yang.’

‘Hello. Awak, boleh tak kalau awak stop ganggu saya?’

‘Yang, abang betul-betul minta maaf. Bagi abang peluang bahagiakan ‘yang.’

‘Berikan saya masa.’

‘Kalau itu yang awak nak, saya bagi awak masa. Maaf ganggu awak.’ Dan sengan segera, telefon aku matikan. Tidak mahu sebarang gangguan.

*** *** *** ***
‘Salam. Terlalu banyak masa saya dah berikan pada awak. Masih ada lagikah sisa kemarahan pada saya lagi?’

Mesej yang tidak aku sangka, menganggu hidup aku semula. Tidak kenal erti jemu dan penatkah insan ini dalam mengejar aku? Apakah itu menunjukkan keikhlasan atau sekadar satu lakonan?

‘Wasalam. Saya rasa kita perlu berbincang. Bila awak ada masa free?’ Aku tidak boleh melarikan diri lagi. Lagi jauh aku ingin melarikan diri, perkara ini pasti tidak akan dapat diselesaikan.

‘Awak pilihlah tempat dan masa. Saya hanya mengikut kehendak awak.’

‘Khamis minggu depan. Tempat dan masa saya biarkan awak pilih.’

‘Baiklah. Nanti saya inform. Terima kasih sebab sudi berbincang.’

‘Sama-sama.’

p/s:sorry klu entry kali nie agk bosan..otak tengah serabut sket..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, September 13, 2009

Update Kejap

Online sebentar di bilik mimi. Msing2 tgh serabut kepala otak. Ak? Agak lme xberjmpe dgn mimi. Kali terakhir melluangkan masa bersme? Sudah pasti sewaktu menonton HP d Jitra beberapa bulan yang lepas. Lme kan?

Hehehe.. Ak rndukan suasana itu. Nk get ready berbuka. Selamat berbuka puasa buat semua.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Bekas Kekasih Gelap

Spe jejaka macho nie? Adkh die abg syg ak? Totally nope. Nie lah jep, 2nd guy yg buat ak fall in love.

Mohd Fadzly Mohd Yadzir, 20thun, asal dr seremban, n9. Ak knl die sbb kitorg 1clas tutor mse kat mtrx. Tp xsmpi sebln, die keluar n smbung foundation kat uniten bangi. Die amik kos ap, ak xingat. Smthng mecha kot. Klu xslh. Lve story ak dgn dia?

Ntah la. actually kitorg xde luv story pn. Tp hbgn kitorg yg rapat membuatkan ak btul2 terse dgn kehilangan die. Sbb ap pn ak xtau. Huhu...

Owh yea, die nie skung kapel ngan dak kuliah die sndri. Ein nme pndk, azreen kot nme pjg die. Pjg lg ak xtau. Hehehe...

Terlalu byk memori yg ak pernah lalui dgn die nie. Tp die lah 1st guy yg bwk ak keluar smpi tgh mlm. Huhu.. Bsing mak angkat ak tyme 2. Sbb papa xkasik sgt ank2 angkat die yg pompuan balik lewat mlm.

Mse ak smpi kat kl, jep amik ak. Anta p selayang, umah mama, mak angkat ak. Mse smpi 2, ex-boy ak yg pertme ad kat umah. Tgk dpn umah die, bkn main rmi lg org. Ak dh agak, msti ad kes. Cuak kot. Kebetulan papa ada umah. Aduyai, lg segan la ak. Hehehe.. Ak suh jep salam mama. Then die blah. Blk umah die.

Besoknya, 3hri straight ak kuar mlm dgn die. Kuar around pkul 2, smpi pkul 11, bwk ke 12. Lepak kdi mkn, tgk wyg, psing2 naik moto. Mmg best sgt. DIe bwk lc. Hjau hitam kot. Hehehe...

Mmg byk sgt kenangan ak dgn die. Terlalu byk hinggakan mse die bgtau die minat ein, ak ngs. Semahu2nya ak ngs tyme 2. Die mmg istimewa buat ak.

2cter 2thun lepas. Now, ak happy dgn abg. Cter cinta ak mmg complicated. Lg2 tyme ak dgn abg. Hahahaha... Bpe kali kot ak try nk cheat abg. Tp sentiasa xlepas. Even mse skung nie pn, ak ad gak rse2 nk cheat on him. Nk psg lain, tp ntah la. Xmampu plak ak nk cheat on him again n again. Ye la, byk kali kot ak buat perangai. Tp abg still sabar je n still syg kan ak.

Buat Jep,
Lynne mintak maaf andai ada kata-kata lynne menyakiti hati Jep, membuatkan Jep bersedih. Andai ada juga tingkah laku Lynne yang membuatkan Jep meluat, Lynne mintak maaf sgt2. Halalkan makan dan minum Lynne sepanjang kita berkawan. Sejujur2nya, perasaan Lynne pada Jep memang susah untuk dilupakan. Tapi, kini Lynne sedar, tak mungkin Lynne akan dapat memiliki Jep. Sekarang, Lynne bahagia dengan dia, insan yang mampu menyayangi Lynne dan membuatkan Lynne bahagia. Lynne juga dah mampu melupakan perasaan Lynne pada Jep. Time does heal the pain that you left for me. I really do appreciate what have do done for me. Thanks for everything.

Buat abg,
Terima kasih sebab sudi menerima lynn selepas apa yang lynn pernah lakukan dulu. Maafkan lynn untuk segala kesilapan lynn. Halalkan makan dan minum lynn sepanjang kita bersama. Abg, lynn hargai segala apa yang abg pernah lakukan pada lynn. Terima kasih untuk segalanya. Sayang abg selalu.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, September 12, 2009

Kad Raya Untuk Semua

Tinggal seminggu je lagi kan kter nk puasa? Sedar xsedar, rye pn dh dkt. Huhu.. Ok2. Kad raya nie, utk semua follower n pembce ak. Amik tau, jgn xamik. Sedey ak klu korang xamik. Huhu..

OK, back 2 entry motif. Actually, motif entry kali nie is......

Buat semua, sepuluh jari aku susun memohon seribu kemaafan dan keampunan andai ada entry2 aku atau kata2 aku menyakiti hati sesiapa. Insan lemah seperti aku tidak mampu lari dari membuat kesilapan. Buat teman2 rapat, andai ada kesilapan yang aku lakukan dalam persahabatan kita, maafkan diri ini. Buat semua pembaca blog aku, Be Urself Cuz Its All About U, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari aku, [Miss Eriqa].

Ok, 2lah motif entry aku semua. Nk smpikan kad raya tuk korang n buat sedikit ucapan. Hehehe... Nnt pg rye, aku post ucapan lain pulak yea.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Yezza!! Discussion Batal

Pg2 dh kne kcu dgn bnyi mesej. Tnye pasal num sewa kete. Huhu... Ak bkn jnis yg smpn num kete sewa yea kwn2. Sbb? Xde lesen nk bwk kete. So, malas la nk mencri kete sewa. Klu kuar ngan mmbr2 pn, naik bus je. Smpi ak leh cam pkcik2 yg bwk bus. So, tau la die bawak bus mcm mne. Huhu..

Then, dpt call. Malas gler mau angkt sbb mata masih lg ngntuk. Kali ke3 bru la angkat. OMG!!! Ak lpe pg nie ad discussion tuk audit. Huhu.. Bgun2 ready nk g mndi. Hbs mndi, ad msg. Discussion 2 batal. Aduyai... Xpe la. Ptg nie pn ad ko k. So, let it b je la. Hehehe...

Motif entry? Bosan. N lapa. Hahaha... Off puasa di minggu terakhir. Dorang ckp, mlm lailaturqadar ad dlm 10mlm terakhir kan? So ap leh wat. Ak off berpuasa. Tp best gak. Sbb dpt rye awal. Hehehe...

Hri nie cadang nk bke dgn mimie. Jd atau x, tgu je la nnt. Huhu.. Calo..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, September 11, 2009

[5] Pertemuan Kali Kedua

Berjaya juga aku menjejakkan kaki untuk melangkah ke universiti dalam jurusan Perakaunan. Encik Hisyam? Entahlah, aku tidak tahu apa perkhabaran dia sekarang. Sejak peristiwa malam itu, panggilan mahupun mesej yang diberikan tidak pernah aku layan. Aku cuba melupakan segalanya. Dan aku amat berharap segalanya dapat aku lupakan di sini.

Rantai emas putih berloketkan rama-rama dan bentuk 'love' itu, masih lagi tergantung indah di leher aku. Rakan-rakanku yang lain amat mengagumi kecantikan rantai tersebut. Mereka berkata, aku amat bertuah mempunyai teman istimewa yang begitu romantik. Tapi, hanya aku saja yang tahu sejarah rantai ini.

Di sini, aku rapat dengan Zira, rakanku ketika di kolej dulu. Disebabkan aku selalu dengan Zira, aku juga rapat dengan teman sebiliknya, Ayumi. Dengan mereka berdualah, aku selalu enjoy. Merekalah teman yang rapat, yang boleh diajak berbual, berkongsi masalah. Mereka memang terlalu baik.

Persamaan antara kami, kami bertiga agak gila-gila. Selalu buat havoc kalau ada peluang berjumpa. Tiada hipokrasi antara kami. Dan cuti pertengahan semester kami buat keputusan tidak mahu pulang ke rumah. Mahu bercuti di Pulau Pinang.

*** *** *** ***
‘Wei Qa, jadi tak kita nak ke Penang Jumaat ni? Mama OK je bila aku tanya. Siap nak sponsor lagi. Save duit aku.’ Jeritan Zira dari tingkat atas paras aku sudah cukup membuatkan aku bingit telinga.

‘Woi sengal, kau tak reti-reti nak turun bawah ke bincang? Ajak Yumi sekali. Aku nak buat plan la ni.’ Jeritan begini sudah biasa buat kami berdua. Tinggal di satu blok yang sama namun berbeza paras, hanya jeritan yang akan kedengaran kalau masing-masing sudah malas untuk ke bilik. Nasib baik bilik kami bertentangan biarpun berlainan paras.

‘Sengal kau panggil aku. Kurang ajarnya kawan.’ Tanpa salam, Zira terus menerkam aku yang sedang landing di atas katil.

‘Rileks la. Yang kau menjerit dari tingkat atas kenapa?’ Penat aku nak layan perangai kawan aku yang satu ni.

‘So, macam mana? Apa plan kita Jumaat ni?’ Zira bertanya tidak sabar.

Plan mudah. Kelas korang habis pukul berapa hari Khamis?’ Soalan Zira aku jawab dengan pertanyaan. Dan aku tahu, ini akan mengundang sedikit kemarahan pada dia.

‘Ni yang aku tak suka. Soalan jawab dengan soalan pulak. Last class at 2 until 3.30 pm. Why? Eh, kejap. Kejap. Khamis ek? Kelas aku pukul 2 ‘tu lecturer dah batalkan. Rasanya yang pukul 12.30 ‘tu pun lecturer ada cakap nak batalkan. ‘Kan Yumi?’

‘Yalah. Rasanya kelas pukul 12.30 tu mungkin puan akan batalkan. Kalau kelas ‘tu batal, aku takda class langsung hari Khamis.’

Jawapan Ayumi membuatkan aku tersenyum lebar. Rancangan aku akan bertambah mudah.

‘Kalau macam ‘tu, petang Khamis jugak kita gerak ke Penang. Boleh tak?’ Aku cuba mendapatkan persetujuan dari mereka berdua.

‘Khamis petang? Kau ni, semangat betul aku tengok nak ke Penang. Lama-lama kat sana, kau tak takut bosan ke?’ Zira memuntahkan semula pertanyaan kepada aku. Dan perbincangan diteruskan.

Beginilah kami, setiap kali berbincang untuk membuat satu rancangan, sudah pasti akan mengambil masa. Bertikam lidah sudah menjadi kebiasaan buat aku dan Zira. Ayumi hanya akan melihat dan ketawa. Perangai aku dan Zira tidak ubah seperti kanak-kanak yang sedang berebutkan aiskrim. Itulah yang pernah dikatakan Ayumi. Namun, itulah yang membuatkan aku rapat dengan Zira dan Ayumi.

Akhirnya kata putus telah pun diambil. Kami akan bertolak dari kolej kediaman pada lewat pagi Khamis andai kata kelas mereka berdua pada pukul 12.30 dibatalkan.

*** *** *** ***
See, I told you already. Confirm puan akan cancel kelas.’ Aku menunjukkan muka yang gembira tidak terkata kepada Zira dan Ayumi. Kepuasan akibat aku menang dalam perbahasan yang berlaku beberapa hari yang lepas.

‘Yalah, kau menang. So, kau dah siap ke belum ni? Check, nanti ada pulak barang kau yang tertinggal.’ Zira mengingatkan aku kerana dia kenal dengan sikap aku. Pasti akan ada barang yang tertinggal.

‘Betul takda?’ Ayumi sekali lagi mengingatkan aku.

‘Takpa, kalau tertinggal, beli kat sana.’ Mudah jawapan yang aku berikan.

Dan kami pun menunggu bus untuk ke Alor Star dan mendapatkan bus ke Butterworth. Kami tiba di Pulau Mutiara tepat jam 2 petang. Kedengaran masing-masing sudah merungut kelaparan.

‘Jom singgah Mc’D dulu. Lapar la.’ Zira membuat muka comel kerana dia tahu aku akan mengalah.

‘Jom, lepas ‘tu kita check in. Aku dah tempah bilik dekat Sunway Hotel.’ Aku mengalah kerana aku sendiri kelaparan.

Malam itu, kami tidak ke mana-mana. Sekadar menghabiskan masa di bilik. Melepaskan lelah kepenatan akibat perjalanan yang agak lama.

‘Besok macam mana?’ Ayumi memecahkan kebisuan malam itu.

‘Besok kita round Penang. Yezza!! Aku nak shopping banyak-banyak.’ Aku menjerit kesukaan. Sambil membuat gaya ala-ala Jimmy Trek Selebriti.

‘Orang kaya, bolehlah shopping.’ Suara Zira kedengaran agak sedih.

‘Rilekslah korang ni. Aku tak cakap pun aku shopping sorang-sorang aku. Kita shopping sekali la. Besok kita keluar awal nak? Nak sewa kereta ke nak naik cab je?’ Aku cuba untuk memujuk Zira.

‘Hurm... Jom kita buat list tempat-tempat menarik kat Penang. Sepanjang kita kat sini, kita kena lawat semua tempat ‘tu. Macam mana? OK tak?’ Zira memberikan idea yang agak bernas.

Dan malam itu, bilik riuh dengan kebisingan kami. Gara-gara ingin menyusun jadual perjalanan, kami tidur agak lewat. Dan natijahnya, kami terlepas sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel.

*** *** *** ***
Hari-hari aku, Zira dan Ayumi berada di Penang memang menyeronokkan. Pelbagai tempat menarik aku lawati bersama mereka. Berpuluh-puluh gambar telah diambil sepanjang kami bersiar-siar. Malah aku rasa sudah mencecah beratus-ratus.

Hari keempat berada di Pulau Pinang, kami ke Pusat Membeli-belah Bukit Jambul. Apa yang aku pernah dengar dari rakan-rakan, untuk shopping di sini memuaskan hati. Harga yang ditawarkan pun berpatutan.

Sedang aku sibuk membelek kasut untuk dicuba, mata aku tertatap sesuatu yang aku tidak ingin sekali lihat. Encik Hisyam sedang mencuba beberapa pasang kasut. Dan dengan tidak sedar, rantai pemberiannya aku kucup.

‘Hisyam. Berseorangan. Mana pulak Puan Suraya dengan anak-anak dia?’ Aku hanya mampu bermonolog sendirian sambil memandang sekeliling kedai.

‘Wei Qa. Kau termenung apa? Aku panggil dari tadi kau buat tak tahu je. Kenapa?’ Zira menjerit. Mungkin kerana aku tidak menjawab pertanyaan yang diberikan berulang kali.

‘Ha... Kau cakap apa tadi Zira? Aku tak dengarlah. Sorry ya. Mengelamun sikit.’ Aku cuba menutup kegugupan aku, kerana mata dia telah pun berjaya menangkap kehadiran aku di sini. Mungkin dia tersedar akibat jeritan Zira tadi.

‘Kasut ni, OK tak dengan aku? Tak tinggi sangat ‘kan?’ Zira berjalan persis seorang model yang sedang bertugas. Ketinggian dia, dan dengan bentuk tubuh yang menarik, boleh membuatkan sesiapa pun terpikat. Namun hatinya telah pun dimiliki seseorang.

‘Ha... OK lah tu. Kau nak tinggi mana lagi? Tinggi sangat pun tak cantik sangat, sebab kau ‘tu dah tinggi.’ Aku hanya mengangguk tanpa memandang.

‘Kalau macam ‘tu, aku nak belilah.’ Zira mencari jurujual yang sedang bertugas untuk mendapatkan kasut yang baru.

‘Qa, kenapa kau menangis?’ Pertanyaan Ayumi menyedarkan aku mengenai air mata aku yang telah pun bergenang.

‘Nangis? Eh, takdalah. Aku tak nangis. Jangan bagitahu Zira ya.’ Aku cuba untuk bertahan, tapi aku takut aku tidak mampu lagi untuk terus bertahan. Dan rantai pemberiannya, masih lagi dalam genggaman aku.

‘OK.’

Usai urusan pembayaran, kami keluar dari butik kasut tersebut. Dan aku terus dihimpit perasaan yang aku sedang cuba untuk lupakan.

p/s:sorry tau klu entry kli nie xbest sgt..xde idea sgt nk kembangkan pertemuan semula antara eyqa dengan hisyam..harap2 ad yg sudi memberikan komen..njoy reading..juga entry yg plg pjg tuk novel nie..setakat ni..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Baju Tempahan

Ad ap dgn gmbr nie? Hehehe.. Lawa x? Dkt u ak nie, ad dak2 ejen jual bju. Ad yg jual ikut course, bebas, ikut kolej. Mcm2 la. Ad yg muslimah n ad yg biasa je. Sleeve as usual, blh plih. Long sleeve kne extra xaj rm2. Tp ak xpnh amik l/s ok. Hahaha.. Sbb? Ak lebey ske pki s/s. Huhu..

Td tgh duk lepak2 pk idea bru, kakak senior dtg hntr bju yg ak tempah mse awl sem hri 2. Dorang mmg ske psing awal sem. Duit ptptn bru kuat, jpa pn bru msuk. So, mmg sng nk cri mgsa. Dgn kakak senior yg dtg blik ak td, ak rembat bju dgn design yg di atas. Warna putih. Xpnh lg ak amik bju tempah wrna ptih tau. Bese mmg amik itam. Tp, mmg smart ar tgk bju 2 kali nie.

Rumate ak pn ad gak jual bjue. Kre ak support ar. Ak amik design yg ats nie. Yupe, bju itam design pink. Design die sgt cntk ok. Huhu...

Yg rumate ak jual nie, ad skali bju muslimah. Ak ske design die, tp ble pk blk bju muslimah, terus cancel. Sbb? Bju muslimah ni labuh sket. Then xde s/s, yg cme de l/s. So, mmg lri dr taste ak. Klu tshirt bese, mmg ak akn amik s/s. Ble cri tuk bwk jln2, then ak crik yg l/s. Tp 2pn kdg2.

Tgh tgu lg 1bju dr sorang kakak senior. Design mse tempah hri 2, menarik jugak. Tgu real design yg dh print ats bju. Ok ke x.

p/s:gmbr 2 dh diedit dgn adobe photoshop cs2.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Kepenatan Dengan Final Projek

Hri 2 zack dh kne. Kali nie turn ak plak. Aduyai.. Knpe la leh jd mcm nie kn? Ssh kn btul la. Huhu.. Ngantuknya. SKung dh kul 319 pg. Hurm.. Mata xleh tdo. Sbb bru je lps siapkan asgmnt. Tp ad lg asgmnt lain yg xsiap lg. Huhu... Penat, penat.

BKAF 2053 Financial Accounting and Reporting 2 - Financial Statement comparison
BKAA 2013 Audit and Assurance 1 - Case Study about Enron
BKAS 2013 Accounting Information System 2 - UBS Accounting Project
BWFF 2023 Financial Management 2 - Assignment group

Due date?
BKAF 2053 Financial Accounting and Reporting 2 - Last week of class
BKAA 2013 Audit and Assurance 1 - After raya
BKAS 2013 Accounting Information System 2 - 8 October 2009
BWFF 2023 Financial Management 2 - 8 October 2009

Semua dkt2 kan? Project 1hal, tutorial 1hal lg. Pening pala seyh. Uwa... Klu korang nk tau la, dak2 account mmg slalu je dpt tutorial. Kdg2 2 leh kte tiap2 mgu dpt. Due date die semgu je. Huhu.. Penat tau..

Tp, 2lah life as a student. Hehehe... K2, ckup ak merapu. Tgh penat nie. Nk smbung buat research tuk asgmnt lak.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Entry Terbaru

Ok. Ak ckp entry terbru lmbt kan? Hehehe.. Tbe2 idea dtg. Xnk hlg, so ak taip la terus. So, Bab 4 Impian Dan Kenangan telah pun dipostkan. Njoy reading yea kwn2. Huhu.. Jgn lpe komen.

Ak seronok ble ad yg membce. Teringat komen anarif_88, menulis dan mengarang sbb minat, bkn sbb nak org bce hsil tulisan kte. Yupe, ad atau x yg bce, ak xkesah. Hope percubaan kali ni blh tlg ak buat lg better tuk next tyme.

lots of love,
[Miss Eriqa]

[4] Penyesalan

‘Awak sedar tak apa yang awak lakukan? Kenapa saya yang awak kejar? Ingat sikit awak, awak dah beristeri. Cinta dan sayang seorang isteri itulah yang paling suci antara semua cinta yang ada. Melainkan pada Yang Esa. Kenapa awak khianati kepercayaan dia? Kenapa awak kejar saya? Kenapa??!!’ Walaupun suara aku tidak begitu kuat, namun ketegasan masih wujud. Dan hilang sudah rasa hormat aku pada dia sehinggakan tiada lagi panggilan ‘encik’ yang aku gunakan.

Bukan aku mahu meletakkan semua kesalahan atas dirinya seorang, kerana aku tahu itu juga kesalahan aku. Betapa aku amat rasa bersalah pada isterinya. Bukan aku tidak pernah bersua muka dengan Puan Suraya, namun aku amat mengenali wanita itu. Seorang wanita yang lengkap ciri-ciri untuk dijadikan seorang isteri. Tapi kenapa harus aku juga yang dikejar oleh Encik Hisyam?

‘Yang, abang ikhlas. Apa yang berlaku tadi bukan kehendak abang. Abang sendiri tak tahu kenapa abang berani ‘tuk sentuh Eyqa. Percayalah, abang mampu untuk lindungi Eyqa. Abang akan bertanggungjawab kalau itu yang Eyqa mahukan.’ Terdengar penyesalan dalam tutur katanya, namun aku mengerti tidak ada apa yang mampu kami lakukan.

Kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa. Tapi dalam situasi aku, perahu yang terlajak tidak mampu lagi diundurkan, malah kata-kata yang dituturkan, tidak mampu aku dengari.

‘Abang? Bertanggungjawab? Senangnya cakap awak. Awak ingat saya ni apa? Bukan senang untuk seorang isteri menerima kehadiran wanita lain dalam hidup suaminya, apatah lagi wanita ‘tu merupakan pelajar dan orang yang dikenalinya. Awak, fikirlah masak-masak. Saya tak boleh salahkan awak atas apa yang berlaku, sebab saya tahu, saya juga bersalah dalam hal ni. Saya harap, ini kali terakhir saya berjumpa dengan awak. Dan saya harap, awak jangan ulangi kesilapan yang sama.’

Walaupun dalam esakan, namun aku masih mampu untuk berfikiran waras dan bercakap dengan jelas. Air mata penyesalan yang bergenang di kelopak mataku, tidak mampu lagi dihalang. Pipi aku kebasahan dek air mata yang aku tahan-tahan tadi. Aku melangkah meninggalkan tempat itu, namun sempat tangan aku ditarik oleh Encik Hisyam.

‘Eyqa, saya minta maaf. Saya harap awak boleh bagi saya peluang untuk betulkan kesilapan saya.’ Dia masih lagi cuba untuk memujuk aku. Tapi kenapa hati aku masih lagi sekeras berlian yang mampu mencalarkan kaca?

‘Bukan pada saya maaf yang patut awak pohon. Mintalah kemaafan itu dari isteri awak. Itu pun andai awak mampu berkata jujur dengan dia. Dan andai dia mampu untuk memaafkan awak. Saya minta diri dulu.’ Tanpa mendengar jawapan dari dia, aku menarik kembali tangan aku yang berada dalam genggaman dia dan melangkah keluar dari unit itu dengan seribu satu penyesalan.

Biarpun perkara terkutuk itu berlaku dalam tempoh yang sekejap, tapi aku masih dihimpit penyesalan yang tidak dapat aku ungkapkan dalam kata-kata. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana aku sanggup mengkhianati kepercayaan isterinya.

Dalam perjalanan aku balik ke bilik, aku melihat pelajar-pelajar lain sedang sibuk mengangkut beg-beg mereka masuk ke dalam kereta di luar blok-blok kediaman pelajar. Masing-masing tidak sabar untuk sampai ke rumah dan berehat panjang sebelum menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar universiti.

Dalam kegembiraan mereka, aku menangisi kejadian tadi. Entah kenapa, kaki aku seolah-olah tidak mahu membawa aku balik ke bilik tapi membawa aku ke tasik di hadapan Blok Pentadbiran. Tasik yang mana menjadi tempat aku dan rakan-rakan menabur cebisan roti untuk dijadikan santapan ikan-ikan yang menghuni tasik itu.

Kaki aku terus melangkah ke wakaf yang berada di situ. Dan aku, masih lagi terus menangis. Menangis dan terus menangis. Menangis sambil tangan aku memegang rantai pemberian Encik Hisyam tadi.

‘Kenapa aku tergamak melakukan perkara terkutuk ‘tu tadi? Kenapa dia sanggup langgar etika kerja dia sendiri? Kenapa aku yang menjadi pilihan? Kenapa aku?’ Aku hanya mampu menjerit dalam hati di sebalik kebisuan malam yang semakin gelap.

‘Kenapa aku menangis? Ini bukan pertama kali aku melakukan semua ini? Kenapa cerita yang sama berulang semula? Kenapa aku tidak mampu melawan nafsu sendiri? Dan kenapa harus aku tangisi perbuatan itu?’ Jeritan batinku yang tidak mampu aku ungkapkan.

‘Sayangkah aku pada dia? Rindukah aku pada dia? Arrgghh... Persetankan semua perasaan itu. Kerana perasaan itu jugaklah aku kecundang di tangan lelaki. Kerana perasaan yang aku pernah anggap suci itu jugaklah, aku jadi begini. Persetankan semuanya!!!’ Jeritan terakhir aku buat malam itu, hanya mampu bergema jauh di lubuk hatiku. Tidak mungkin akan aku luahkan.

*** *** *** ***
‘Eyqa, kenapa mata kau bengkak ni? Nangis pasal ‘pa ni?’ Wanie bertanya waktu aku melangkah masuk ke bilik.

‘Hurm...’ Itu saja yang mampu aku katakan sebelum kaki aku terus melangkah ke katil. Dan aku dibuai terus terlena tanpa menyedari, rakan sebilikku diburu kebingungan.

Paginya, agak awal aku terjaga. Rakan sebilikku sudah bersiap-siap untuk pulang. Mungkin sedang menunggu ketibaan ibu bapanya yang bertolak dari Sungai Petani.

‘Eyqa, kau OK ke ni? Malam tadi aku tanya, kau tak nak jawab apa-apa. ‘Pas ‘tu terus masuk tidur. Risau aku tau malam tadi. Kalau ada masalah, ceritalah. Kau jumpa dengan siapa malam tadi?’ Wanie masih lagi cuba mengorek rahsia dari aku.

‘Takda apalah. Aku OK je. Mak ayah kau sampai pukul berapa ni?’ Aku mengelak dengan cuba bertanya soalan pada dia semula.

‘Dah nak sampai pun. Tadi depa call. Katanya dah sampai di Pauh.’

‘Aku mandi dulu ye. Takut tak sempat pulak nak jumpa dengan family kau nanti.’

‘Okay.’

*** *** *** ***
Rakan sebilikku yang lain pun semua telah pulang. Tinggallah aku keseorangan. Tiba-tiba terdengar deringan telefon.

‘Ma dah sampai pintu depan. Bawak turun barang kat bawah. Senang nak angkat masuk kereta.’ Mama rupanya yang call. Bagitahu dah sampai. Akhirnya tiba juga masa aku untuk melangkah keluar dari sini.

‘Okay ma.’ Pendek saja jawapan aku. Malas mahu berborak panjang.

Dalam kesibukan aku mengangkut barang dari bilik ke bawah blok, aku terlihat kereta mama sampai.

Yes, sampai pun.’ Hati aku berkata gembira.

‘Banyaknya barang. Ada lagi ke?’ Mama bertanya sambil membuat muka. Agak terkejut melihat barang aku yang agak banyak.

‘Takda dah. Ni je.’

Usai meletakkan barang ke dalam kereta, aku bergerak pulang. Meninggalkan segalanya di sini. Walaupun aku tahu, aku mungkin akan kembali ke sini suatu hari nanti, aku amat berharap aku dapat melupakan peristiwa semalam. Tapi jauh di sudut hatiku berbisik, ‘Saya tak tahu sejak bila, tapi saya kejadian semalam membuatkan saya sedar yang saya sayangkan awak, Hisyam. Maaf kerana saya tak mampu untuk berterus-terang.’

Ya, kejadian semalam telah membuatkan aku sedar, aku mula menyayangi dia. Tapi aku tidak akan sesekali berterus-terang. Biarlah masa yang menentukan. Andai ditakdirkan kami bertemu semula, itu mungkin jodoh kami. Tapi andai kami berpisah setelah bertemu, itulah perpisahan terakhir kami.

p/s:idea yg dtg secara tbe2..tgh tgk boys over flower..huhu..sweet..hehehe..njoy reading..dun 4get 2 komen yea..

lots of love,
[Miss Eriqa]