Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Tuesday, September 08, 2009

[1] Pengenalan

32 tahun yang lalu.

‘Assalamualaikum.’

‘Assalamualaikum encik. Maaf saya terlewat.’ Dengan serentak salam yang aku hulurkan juga dihulurkan oleh pensyarahnya kepada kelas.

‘Waalaikumussalam. Takpa. Saya pun baru masuk kelas. Pergi duduk.'

‘Maaf ye encik.’

‘Tak mengapa. Okay kelas. Selamat datang ke Kolej Matrikulasi Perlis. Macam mana suasana minggu pertama dekat sini? Masih ada yang teringat dekat kampung halaman ke? Saya gurau je ye.’ Hanya senyuman yang terukir di bibir setiap pelajar kelasnya.

‘Nama saya Hisyam Zulkarnain. Awak semua boleh panggil saya Encik Hisyam, atau cikgu. Ikut suka awak semualah. Boleh tak kita perkenalkan diri masing-masing? Kita mulakan dengan saudari yang datang lambat tadi. Saya nak tahu nama dan asal awak. Satu lagi, saya nak tahu sama ada awak ada asas akaun atau tidak masa di sekolah.’

‘Ooppss... Aku terkena. Saja nak kenakan aku la tu.’ Desis hati kecilku.

‘Nama saya Eryqa Elyani Muhammad. Berasal dari Kuala Lumpur. Saya ada asas akaun masa sekolah.’

‘Apa keputusan awak dalam SPM?’

‘A1.’

Berpuas hati dengan jawapan aku, Encik Hisyam meneruskan sesi suai kenal dengan pelajar lain dalam kelas tersebut. Usai sesi suai kenal, Encik Hisyam memulakan sesi kelasnya dengan meletakkan beberapa syarat.

‘Sebelum kita mulakan kelas, saya ada beberapa syarat untuk awak semua. Yang pertama, saya tak suka kalau ada pelajar masuk lepas saya.’ Kata Encik Hisyam sambil tepat memandang mata aku. Dan aku tertunduk menanggung malu.

‘Nak kenakan aku la pulak lecturer ni.’ Desis hati kecilku..

‘Yang kedua, saya takkan kutip langsung tutorial awak. Tapi saya akan bincang dalam kelas. So, saya harap awak semua siapkan. Biasanya saya akan bincang tutorial lepas habis bab. Paham semua? Yang ketiga, memandangkan saya jenis yang suka habiskan kelas awal, saya nak awak semua masuk tepat pada waktu. Tak nak ada lewat. Kelas saya takkan lama. Paling lama pun dalam 40 minit sahaja. Saya harap awak paham.’ Dengan tegas Encik Hisyam memberikan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh semua pelajarnya.

‘Paham encik.’ Macam budak-budak sekolah, satu kelas menjawab dengan serentak.

‘Bagus. Perkara seterusnya, saya nak ingatkan awak semua. Keputusan yang bagus sewaktu SPM awak tak akan menjamin keputusan awak di sini secantik di sekolah. Semuanya bergantung pada usaha awak untuk mendalami apa yang pensyarah awak ajar dalam kelas. Saya tak nak cakap panjang. Hari ni saya takkan mulakan kelas.
So, awak semua boleh dismiss. Kelas tamat.’ Dengan selambanya, Hisyam menamatkan sesi pengajaran beliau pada hari itu.

Dengan pelepasan yang diberikan oleh Hisyam, pelajar-pelajar kelas tersebut meninggalkan kelas. Ada yang ke
café berdekatan untuk menjamu selera. Mungkin tidak mahu beratur panjang untuk membeli makanan memandangkan kelas bakal berehat seketika sebelum disambung semula pada waktu petang.

‘Aik, masuk bukan main macam garang. Kelas dah habis? Memang sempoi la
lecturer ni.’ Kina berkata sambil duduk di depan aku yang sedia kosong.

‘Ha, dah tu yang kau baik dengan aku semacam ni kenapa?’ pertanyaan aku berikan pada Kina. Kina ni salah seorang dari rakan sekelas aku.

‘Hurm... Wei Eriqa, aku tengok kau ni selalu sorang-sorang. Asal? Kau tak suka berkawan ke? Aku nak ajak kau makan ni. Kelas pun dah habis. Kalau lambat, habis pulak lauk kat café. Malas la aku nak berebut dengan student lain. Jom la join.’ Kina cuba mengajak aku.

‘Hurm... Takpa la Kina. Aku ingat nak lepak dalam bilik je. Penat la hari ni. Lagipun, aku tak lapar lagi. Lain kali je la yea.’ Aku cuba menolak dengan lembut. Takut pula kalau nanti aku dikatakan sombong.

Dengan penolakan aku, Kina beransur keluar dari kelas bersama rakan-rakan yang lain. Meninggalkan aku keseorangan dalam kelas. Membuatkan aku terkenang kembali keadaan aku di sekolah menengah dulu. Keadaan yang serupa juga berlaku.

Kedinginan aku melayan orang membuatkan aku sukar didekati. Namun, aku masih mempunyai kawan-kawan. Hanya kerana mereka berani untuk menegur aku ketika aku keseorangan. Juga tidak lupa dengan seorang kawan baik aku yang telah aku kenali sejak kecil lagi. Namun, persahabatan kami tergugat hanya kerana salah faham yang aku sendiri tidak mengerti di mana puncanya.

‘Ah, betapa seronoknya kalau aku berada di KL sekarang. Pasti aku takkan keseorangan seperti mana yang dikatakan oleh Kina tadi.’ Hanya dalam hati saja mampu aku luahkan perasaan tersebut.

p/s:idea xnk dtg..2psl lmbt sket post entry bru tuk novel nie..hope njoy reading..menulis dlm keadaan mengantuk..

lots of love,
[Miss Eriqa]

2 comments:

misz nana said...

ahaa~
rasanya Hisyam tu ayah Afiq kot..
jugak lelaki yg bertanggungjawab atas 'kelahiran' Sofea..
dengan tenangnya daku main agak2.. ohoo~

[Miss Eriqa] said...

hehehe...
tgu je la yea..
hehehe...