Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Tuesday, September 08, 2009

[2] Pertemuan

Hidup aku kat sini semakin hari semakin menyeronokkan. Well, aku dah dapat kawan baru. Sedangkan dulu memang susah untuk aku bertegur dengan mereka, tapi sekarang dengan mereka saja aku selalu bersama.

Perjalanan aku dalam pelajaran juga semakin bagus. Pujian demi pujian yang aku terima, tidak pernah sesekali mengalpakan aku dalam mengulangkaji pelajaran. Tapi benar kata pepatah, disangkakan panas hingga ke petang, tapi hujan di tengah hari.

Duduk mengulangkaji pelajaran tanpa memikirkan soal lain memang memenatkan. Tapi bagi aku, itu lebih bermakna. Tidak mahu mengingati peristiwa beberapa hari yang lalu. Peristiwa yang cuba aku lupakan.

Beberapa hari yang lalu, seakan-akan baru berlaku beberapa jam yang lepas. Bagaimana seorang pensyarah yang sudah berkahwin cuba untuk mengenali dirinya dengan lebih rapat. Perbuatan Encik Hisyam bagi aku betul-betul sudah di luar kawalan.

Mesej ringkas yang dihantarnya pada setiap malam betul-betul membuatkan aku rasa takut. Bukan takut apa, tapi takut mengundang cemburu di hati isterinya. Aku ingatkan segalanya akan berakhir apabila dia pulang menyambung tugasnya selepas menghadiri mesyuarat di KL, tapi sangkaan aku hampa.

‘Jumpa saya dekat unit lepas kelas terakhir.’

Mesej yang aku terima sewaktu kelas kedua pagi tadi memberikan aku seribu pertanyaan. Untuk tujuan apakah dia ingin berjumpa aku? Segalanya berlegar-legar dalam fikiran. Dan kesannya, aku tidak dapat menumpukan perhatian sepanjang kelas sehinggalah waktu pelajaran dan pengajaran berakhir pada pukul 4 petang.

Dengan langkah yang longlai akibat penat, aku melangkah ke Unit Perakaunan di bangunan pensyarah. Kalau ikutkan hati aku, memang aku tidak mahu berjumpa dengan dia. Menggerunkan.

‘Assalamualaikum encik. Ada apa cari saya?’ Dengan hormat aku menyapa Encik Hisyam yang sedang tekun membuat kerja.

‘Waalaikumussalam. Ha Eyqa, duduk dulu. Tunggu kejap boleh? Saya nak siapkan kerja ni. Sikit je lagi nak siap. Sekejap yea.’ Encik Hisyam menyambung semula kerjanya.

‘Nampak macam sibuk je. Saya jumpa encik besok je la kalau macam tu. Lagipun, besok kita ada kelas. Saya jumpa encik lepas kelas. Bolehkan?’ Aku cuba untuk melarikan diri dengan menjadikan kesibukan dia melakukan kerja sebagai alasan. Namun, aku tahu. Mana mungkin aku akan menang dengan dia.

‘Dah siap pun Eyqa. Tak payah susah-susah nak jumpa saya besok. Ni, saya ada hadiah buat awak dari KL. Saya harap awak suka.’ Encik Hisyam memberikan sebungkus hadiah yang dibalut cantik kepada aku.

Aku teragak-agak untuk menerima bungkusan itu. Menyesal datang menyerbu diri.

‘A... A... Apa ni encik? ‘Kan saya dah cakap, saya main-main je tentang hadiah tu. Saya tak boleh terima hadiah nie encik.’ Aku cuba menolak dengan berkata lembut.

‘Ambil je. Ikhals dari saya. Eyqa tak cakap pun, saya akan belikan sesuatu.’ Kedengaran ikhlas dari kata-kataya itu. Namun, apakah benar ikhlas kata-kata yang keluar dari mulutnya itu? Hanya itu yang mampu difikirkan.

‘Coklat kegemaran saya. Terima kasih banyak. Saya hargai pemberian encik.’ Hanya ucapan terima kasih yang mampu aku berikan.

‘Itu je yang bermain dalam otak saya ‘tuk awak. Saya rasa semua perempuan sukakan coklat. Betul ke tekaan saya?’

‘Betul la tu. Saya rasa.’ Kedengaran tawa kecil meniti di bibirnya.

‘Dah lewat ni, awak pun mesti penat. Besok saya ada mesyuarat. Saya batalkan kelas. Sampaikan pada kelas, saya akan adakan test next class. Merangkumi dari bab 1 hingga yang sub-topic yang terakhir awak belajar. Make sure awak sampaikan pada kawan-kawan awak. Saya tak nak ada pelajar yang dapat bawah 80%.’

‘Okay, beres. Encik, thanks again ‘tuk coklat ni.’ Ucapan terima kasih sekali lagi aku berikan dengan iringan tawa kecil mendengar pesanan yang disampaikan sebentar tadi.

Perbualan terhenti di situ. Dan aku menyusun langkah untuk kembali ke bilik. Namun, dalam hati aku benar-benar mengucapkan syukur kerana perkara yang aku fikirkan tidak sesekali diungkit oleh Encik Hisyam. Senyuman terukir di bibir aku sejak aku keluar dari Unit Perakaunan hinggalah aku sampai di bilik. Hanya kerana mendapat coklat kegemaran aku dari dia.

lots of love,
[Miss Eriqa]

4 comments:

[z@ck] said...

aiyoookk..
takut dowh klu ad lec sngkut kt kita...
x senang duduk..
huhuhu

[Miss Eriqa] said...

huhu..
btul 2 kan..
tkut sgt...
lect dh ar semua nya dh kawin..
tua lak 2..
tkut sgt2..

little ain said...

itu adelah sangat ta bole blah.

[Miss Eriqa] said...

hahaha...
ap yg xblh blah nye??
hahaha..