Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Wednesday, September 09, 2009

[3] Permulaan

Aku tidak menyangka sama sekali, selepas pertemuan itu, hubungan aku dengan Encik Hisyam semakin rapat. Apatah lagi dengan silibus subjek yang semakin menyukarkan hidup aku. Kekerapan aku berjumpa dengan Encik Hisyam memang berbaloi. Keputusan pada peperiksaan semester satu membuahkan hasil. A dalam subjek kegemaran aku. Seterusnya melonjakkan pointer untuk semester ini.

Keputusan yang keluar hujung bulan pertama semester kedua itu memberikan seribu erti kepada aku. Aku harap kecemerlangan ini dapat aku teruskan untuk semester kedua.

Di saat aku gembira melihat keputusan yang terpampang di papan kenyataan HEP, terlihat kelibat Encik Hisyam sedang menjalankan tugasnya sebagai seorang jurugambar bagi kolej aku. Sudah pasti gambar yang ditangkapnya akan dimuatkan dalam majalah kolej.

‘Berapa pointer awak?’ Tersentak aku dengan pertanyaan yang diberikan oleh Encik Hisyam. Bila dia datang belakang aku pun, aku sendiri tidak menyedarinya.

‘Alhamdulillah. 3.5. Bolehlah buat last semester. Hope this semester saya boleh buat yang terbaik. Lagi baik dari yang lepas.’ Dengan penuh tekad aku berkata pada dia.

‘Baguslah kalau macam tu. Okaylah, saya ada kerja yang perlu disiapkan. See you around.’

‘Ya lah encik. Saya pun nak ke library. Nak cari bahan.’

Dia melangkah terus ke unitnya, dan aku melangkah ke perpustakaan. Mencari bahan untuk presentation yang akan dilakukan minggu depan.

*** *** *** ***
Akhirnya, minggu yang aku tunggu-tunggu telah pun tiba. Minggu peperiksaan akhir untuk semester ini. Juga menandakan aku bakal meninggalkan bumi matrikulasi ini buat selamanya.

Hari terakhir aku menjalani peperiksaan merupakan satu hari yang aku tunggu. Nokhtah aku sebagai seorang pelajar matrikulasi. Pagi itu, sebelum aku melangkah masuk ke dewan peperiksaan untuk kertas terakhir aku, aku menerima satu mesej dari Encik Hisyam.

‘Salam n morning. Saya doakan yang terbaik untuk awak sepanjang minggu peperiksaan ni. Saya harap awak boleh buat yang terbaik. Saya berharap dapat berjumpa dengan awak sebelum awak pulang ke KL.'

‘Wasalam n morning. Thanks tuk kata2 semangat tu. Insya-Allah kalau ada peluang, kita akan jumpa lagi.’ Ringkas saja balasan aku. Bukan niat aku untuk memanjangkan apa yang pernah berlaku, cuma aku ingin melarikan diri ke dalam dewan, menenangkan perasaan aku sendiri untuk kertas terakhir ini.

*** *** ***
Malam itu, waktu aku sedang mengemas bilik yang akan aku tinggalkan buat selamanya, deringan handphone menandakan mesej masuk menganggu perbualan aku dengan teman sebilik.

‘Salam, awak tengah buat apa tu? Saya ganggu ke? Saya nak jumpa awak sebelum awak pulang besok boleh?’ Mesej dari Encik Hisyam sekali lagi menganggu aku.

‘Salam, saya tak janji apa2 dengan encik. Takut besok saya pulang awal.’ Aku cuba untuk menjarakkan hubungan aku dengan dia. Apatah lagi, kini aku bukan lagi bergelar pelajarnya. Hanya merangkap bekas pelajar. Sangkaku, dia dapat memahami. Namun hampa bila sekal lagi deringan handphone aku berbunyi. Kali ini bukan lagi mesej, namun panggilan dari dia.

‘Assalamualaikum.’

‘Waalaikumussalam. Saya nak jumpa awak sekarang di unit. Tiada alasan. Pastikan awak seorang, dan jangan bagi sesiapa nampak awak masuk blok pensyarah.’ Kedengaran tegas suara dari Encik Hisyam.

‘Ish, apa pula dia ni nak dari aku. Malam-malam pulak tu. Buat takut aku betullah.’ Walaupun aku cuba untuk membantah, namun aku sedar, aku tidak mampu. Dia pernah memberikan aku ilmu yang berguna, masakan aku mahu menghampakan dia.

‘Saya dah ada depan unit, encik ada di mana?’ Perlahan suara aku bercakap dalam telefon. Risau barangkali ada yang dapat mengesan aku berada di situ. Tiba-tiba pintu unit itu terbuka, dan dengan pantas tanpa aku sedari, tangan aku ditarik oleh seseorang dari bahagian dalam.

‘Encik, apa ni. Janganlah main pegang-pegang.’ Aku menarik tanganku dari cengkaman tangan Encik Hisyam.

‘Maaf, saya tak berniat. Maaf sangat-sangat.’ Encik Hisyam memohon kemaafan dari aku. Mungkin dia sedar yang dia bersikap kasar dengan aku tadi.

‘Takpalah. Ada hal apa encik nak jumpa saya?’ Aku bertanya dengan harapan aku dapat melarikan diri dari dia.

‘Pusing hadap cermin tu. Tutup mata awak. Pegang rambut awak ke atas.’ Begitu ringkas dan mudah arahan yang diberikan Encik Hisyam kepada aku.

‘Lah, kenapa pulak saya nk pusing? Cakap depan-depan tak boleh ke?’ Mungkin kedengaran kasar, namun kerana dia sendiri kenal perangai aku yang agak kasar, dia tidak pernah ambil hati pun dengan apa yang aku cakapkan.

‘Takda apa. Ada suprise untuk awak.’ Lembut suara Encik Hisyam berkata.

‘Ish dia ni, kalau ya pun nak bagi suprise, asal la malam-malam. Buat cuak aku je la.’ Aku hanya mampu merungut di dalam hati saja. Masakan aku mahu menyakiti hati dia. Sambil merungut-merungut, aku hanya mengikut kata-kata Encik Hisyam.

Entah kenapa, aku rasakan wujud getaran dalam diri. Perasaan yang telah lama aku tidak rasakan. Seolah-olah satu perasaan yang pernah hadir tapi hilang akibat kekecewaan lampau.

‘Lepaskan rambut awak dan buka mata awak Eyqa.’ Terasa hembusan nafas Encik Hisyam dekat dengan leher aku.

‘Can... Cantiknya. Mesti mahalkan. Untuk wife encik ke? Sesuai benarlah dengan dia.’ Walaupun keadaan bilik gelap, tapi kecantikan rantai leher yang baru disarungkan ke leher aku masih dapat dilihat.

‘Rantai tu saya belikan khas buat awak. Saya nak awak pakai. Jangan sesekali tanggalkan. Ikhlas dari saya.’ Kata-kata Encik Hisyam membuatkan aku terkejut. Kenapa mesti rantai semahal ini diberikan kepada aku ?

‘Kenapa bagi saya? Mesti mahal rantai ni. Tak nak lah saya ambil. Saya pulang balik pada encik.’ Aku menolak dan cuba untuk membuka kancing rantai tersebut. Gila ke apa nak ambil rantai mahal-mahal. Kalau dia suruh aku bayar balik, manalah aku ada duit nak bayar.

Tapi belum sempat tangan aku membuka kancing tersebut, Encik Hisyam terlebih dulu memegang tangan aku, membawa ke pinggang aku. Dan dengan tiba-tiba, pegangan tangannya melingkari pinggang aku besertakan tangan aku yang masih dalam pegangan dia.

‘Encik, apa ni? Kalau sekali pun encik tak bagi saya pulangkan semula rantai ni, tak payahlah peluk-peluk.’ Aku berkata sambil cuba untuk melepaskan diri. Namun, apakahn daya aku. Kekuatan aku masakan boleh dibandingkan dengan kekuatan yang dimiliki olehnya.

‘Shhh... Awak nak kena tangkap ke apa? Diam la sikit. Awak ni pun. Rantai ni, ikhlas dari saya untuk awak.’ Kata Encik Hisyam sambil memegang rantai di leher aku.

‘Boleh tak saya nak dengar awak panggil saya abang? Awak bukan lagi student saya. Bolehkan?’ Permintaan Encik Hisyam sudah mula merimaskan aku.

‘Kenapa pula?’ Tanya aku dalam keadaan yang agak marah. Marah sebab tubuh aku dipeluk tanpa rela. Marah sebab aku disuruh memanggilnya abang.

‘Saya suka awak.’ Begitu mudah jawapan yang diberikan oleh Encik Hisyam dan terus membuatkan aku terkedu.

Benar kata para ulama’. Bila lelaki dan perempuan berdua-duaan, syaitan akan hadir sebagai insan ketiga. Akhirnya, tanpa aku sendiri sedari, pertemuan aku dengan Encik Hisyam pada malam itu, merupakan permulaan kepada satu perhubungan yang terlarang.

p/s:idea dtg waktu ak dlm claz audit..huhu..jgn lpe komen tau..hope yg membce 2 njoy la ye..

lots of love,
[Miss Eriqa]

2 comments:

[z@ck] said...

ni kisah benar ke pe?
saspen btol..
=P

[Miss Eriqa] said...

ntah la zack..
xtau nk habaq lagu mana..
blh jd kisah benar..
blh jd rekaan..
yg pasti..
xde kaitan dgn sesiapa..
tgu je la next entry yea..