Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, September 11, 2009

[5] Pertemuan Kali Kedua

Berjaya juga aku menjejakkan kaki untuk melangkah ke universiti dalam jurusan Perakaunan. Encik Hisyam? Entahlah, aku tidak tahu apa perkhabaran dia sekarang. Sejak peristiwa malam itu, panggilan mahupun mesej yang diberikan tidak pernah aku layan. Aku cuba melupakan segalanya. Dan aku amat berharap segalanya dapat aku lupakan di sini.

Rantai emas putih berloketkan rama-rama dan bentuk 'love' itu, masih lagi tergantung indah di leher aku. Rakan-rakanku yang lain amat mengagumi kecantikan rantai tersebut. Mereka berkata, aku amat bertuah mempunyai teman istimewa yang begitu romantik. Tapi, hanya aku saja yang tahu sejarah rantai ini.

Di sini, aku rapat dengan Zira, rakanku ketika di kolej dulu. Disebabkan aku selalu dengan Zira, aku juga rapat dengan teman sebiliknya, Ayumi. Dengan mereka berdualah, aku selalu enjoy. Merekalah teman yang rapat, yang boleh diajak berbual, berkongsi masalah. Mereka memang terlalu baik.

Persamaan antara kami, kami bertiga agak gila-gila. Selalu buat havoc kalau ada peluang berjumpa. Tiada hipokrasi antara kami. Dan cuti pertengahan semester kami buat keputusan tidak mahu pulang ke rumah. Mahu bercuti di Pulau Pinang.

*** *** *** ***
‘Wei Qa, jadi tak kita nak ke Penang Jumaat ni? Mama OK je bila aku tanya. Siap nak sponsor lagi. Save duit aku.’ Jeritan Zira dari tingkat atas paras aku sudah cukup membuatkan aku bingit telinga.

‘Woi sengal, kau tak reti-reti nak turun bawah ke bincang? Ajak Yumi sekali. Aku nak buat plan la ni.’ Jeritan begini sudah biasa buat kami berdua. Tinggal di satu blok yang sama namun berbeza paras, hanya jeritan yang akan kedengaran kalau masing-masing sudah malas untuk ke bilik. Nasib baik bilik kami bertentangan biarpun berlainan paras.

‘Sengal kau panggil aku. Kurang ajarnya kawan.’ Tanpa salam, Zira terus menerkam aku yang sedang landing di atas katil.

‘Rileks la. Yang kau menjerit dari tingkat atas kenapa?’ Penat aku nak layan perangai kawan aku yang satu ni.

‘So, macam mana? Apa plan kita Jumaat ni?’ Zira bertanya tidak sabar.

Plan mudah. Kelas korang habis pukul berapa hari Khamis?’ Soalan Zira aku jawab dengan pertanyaan. Dan aku tahu, ini akan mengundang sedikit kemarahan pada dia.

‘Ni yang aku tak suka. Soalan jawab dengan soalan pulak. Last class at 2 until 3.30 pm. Why? Eh, kejap. Kejap. Khamis ek? Kelas aku pukul 2 ‘tu lecturer dah batalkan. Rasanya yang pukul 12.30 ‘tu pun lecturer ada cakap nak batalkan. ‘Kan Yumi?’

‘Yalah. Rasanya kelas pukul 12.30 tu mungkin puan akan batalkan. Kalau kelas ‘tu batal, aku takda class langsung hari Khamis.’

Jawapan Ayumi membuatkan aku tersenyum lebar. Rancangan aku akan bertambah mudah.

‘Kalau macam ‘tu, petang Khamis jugak kita gerak ke Penang. Boleh tak?’ Aku cuba mendapatkan persetujuan dari mereka berdua.

‘Khamis petang? Kau ni, semangat betul aku tengok nak ke Penang. Lama-lama kat sana, kau tak takut bosan ke?’ Zira memuntahkan semula pertanyaan kepada aku. Dan perbincangan diteruskan.

Beginilah kami, setiap kali berbincang untuk membuat satu rancangan, sudah pasti akan mengambil masa. Bertikam lidah sudah menjadi kebiasaan buat aku dan Zira. Ayumi hanya akan melihat dan ketawa. Perangai aku dan Zira tidak ubah seperti kanak-kanak yang sedang berebutkan aiskrim. Itulah yang pernah dikatakan Ayumi. Namun, itulah yang membuatkan aku rapat dengan Zira dan Ayumi.

Akhirnya kata putus telah pun diambil. Kami akan bertolak dari kolej kediaman pada lewat pagi Khamis andai kata kelas mereka berdua pada pukul 12.30 dibatalkan.

*** *** *** ***
See, I told you already. Confirm puan akan cancel kelas.’ Aku menunjukkan muka yang gembira tidak terkata kepada Zira dan Ayumi. Kepuasan akibat aku menang dalam perbahasan yang berlaku beberapa hari yang lepas.

‘Yalah, kau menang. So, kau dah siap ke belum ni? Check, nanti ada pulak barang kau yang tertinggal.’ Zira mengingatkan aku kerana dia kenal dengan sikap aku. Pasti akan ada barang yang tertinggal.

‘Betul takda?’ Ayumi sekali lagi mengingatkan aku.

‘Takpa, kalau tertinggal, beli kat sana.’ Mudah jawapan yang aku berikan.

Dan kami pun menunggu bus untuk ke Alor Star dan mendapatkan bus ke Butterworth. Kami tiba di Pulau Mutiara tepat jam 2 petang. Kedengaran masing-masing sudah merungut kelaparan.

‘Jom singgah Mc’D dulu. Lapar la.’ Zira membuat muka comel kerana dia tahu aku akan mengalah.

‘Jom, lepas ‘tu kita check in. Aku dah tempah bilik dekat Sunway Hotel.’ Aku mengalah kerana aku sendiri kelaparan.

Malam itu, kami tidak ke mana-mana. Sekadar menghabiskan masa di bilik. Melepaskan lelah kepenatan akibat perjalanan yang agak lama.

‘Besok macam mana?’ Ayumi memecahkan kebisuan malam itu.

‘Besok kita round Penang. Yezza!! Aku nak shopping banyak-banyak.’ Aku menjerit kesukaan. Sambil membuat gaya ala-ala Jimmy Trek Selebriti.

‘Orang kaya, bolehlah shopping.’ Suara Zira kedengaran agak sedih.

‘Rilekslah korang ni. Aku tak cakap pun aku shopping sorang-sorang aku. Kita shopping sekali la. Besok kita keluar awal nak? Nak sewa kereta ke nak naik cab je?’ Aku cuba untuk memujuk Zira.

‘Hurm... Jom kita buat list tempat-tempat menarik kat Penang. Sepanjang kita kat sini, kita kena lawat semua tempat ‘tu. Macam mana? OK tak?’ Zira memberikan idea yang agak bernas.

Dan malam itu, bilik riuh dengan kebisingan kami. Gara-gara ingin menyusun jadual perjalanan, kami tidur agak lewat. Dan natijahnya, kami terlepas sarapan pagi yang disediakan oleh pihak hotel.

*** *** *** ***
Hari-hari aku, Zira dan Ayumi berada di Penang memang menyeronokkan. Pelbagai tempat menarik aku lawati bersama mereka. Berpuluh-puluh gambar telah diambil sepanjang kami bersiar-siar. Malah aku rasa sudah mencecah beratus-ratus.

Hari keempat berada di Pulau Pinang, kami ke Pusat Membeli-belah Bukit Jambul. Apa yang aku pernah dengar dari rakan-rakan, untuk shopping di sini memuaskan hati. Harga yang ditawarkan pun berpatutan.

Sedang aku sibuk membelek kasut untuk dicuba, mata aku tertatap sesuatu yang aku tidak ingin sekali lihat. Encik Hisyam sedang mencuba beberapa pasang kasut. Dan dengan tidak sedar, rantai pemberiannya aku kucup.

‘Hisyam. Berseorangan. Mana pulak Puan Suraya dengan anak-anak dia?’ Aku hanya mampu bermonolog sendirian sambil memandang sekeliling kedai.

‘Wei Qa. Kau termenung apa? Aku panggil dari tadi kau buat tak tahu je. Kenapa?’ Zira menjerit. Mungkin kerana aku tidak menjawab pertanyaan yang diberikan berulang kali.

‘Ha... Kau cakap apa tadi Zira? Aku tak dengarlah. Sorry ya. Mengelamun sikit.’ Aku cuba menutup kegugupan aku, kerana mata dia telah pun berjaya menangkap kehadiran aku di sini. Mungkin dia tersedar akibat jeritan Zira tadi.

‘Kasut ni, OK tak dengan aku? Tak tinggi sangat ‘kan?’ Zira berjalan persis seorang model yang sedang bertugas. Ketinggian dia, dan dengan bentuk tubuh yang menarik, boleh membuatkan sesiapa pun terpikat. Namun hatinya telah pun dimiliki seseorang.

‘Ha... OK lah tu. Kau nak tinggi mana lagi? Tinggi sangat pun tak cantik sangat, sebab kau ‘tu dah tinggi.’ Aku hanya mengangguk tanpa memandang.

‘Kalau macam ‘tu, aku nak belilah.’ Zira mencari jurujual yang sedang bertugas untuk mendapatkan kasut yang baru.

‘Qa, kenapa kau menangis?’ Pertanyaan Ayumi menyedarkan aku mengenai air mata aku yang telah pun bergenang.

‘Nangis? Eh, takdalah. Aku tak nangis. Jangan bagitahu Zira ya.’ Aku cuba untuk bertahan, tapi aku takut aku tidak mampu lagi untuk terus bertahan. Dan rantai pemberiannya, masih lagi dalam genggaman aku.

‘OK.’

Usai urusan pembayaran, kami keluar dari butik kasut tersebut. Dan aku terus dihimpit perasaan yang aku sedang cuba untuk lupakan.

p/s:sorry tau klu entry kli nie xbest sgt..xde idea sgt nk kembangkan pertemuan semula antara eyqa dengan hisyam..harap2 ad yg sudi memberikan komen..njoy reading..juga entry yg plg pjg tuk novel nie..setakat ni..

lots of love,
[Miss Eriqa]

2 comments:

princess hearty said...

wahh,,,
comel nya watak zira tu...
mst lawa kn dia..
ish3...

[Miss Eriqa] said...

hehehe...
aah..
die mmg lawa..
persis model g2..
hahahaha...
dak2 2 sme nye persis model..
klu x masakan hysm leh tersangkut kan??
hahahaha...