Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Monday, September 14, 2009

[6] Persetujuan

Biarpun pertemuan tadi tidak membibitkan perbualan, tapi hati aku seakan-akan terganggu dengan renungan anak mata Encik Hisyam sewaktu aku melangkah keluar dari butik itu.

‘Wei Qa. Aku tengok kau ni, dari petang tadi asyik termenung je. Kenapa? Ada masalah ke? Ceritalah.’ Zira menegur aku ketika kami bertiga sedang berehat di bilik.

‘Yalah, aku pun perasan. Ingatkan aku je yang perasan macam ‘tu, tp Zira pun sama jugak.’ Ayumi menyokong pendapat Zira.

‘Hurm... Takda apa-apalah. Aku OK je. Takdalah...’ Belum sempat aku menghabiskan ayat, deringan telefon bimbit aku menyelamatkan aku dari pertanyaan mereka.

Tapi, nama yang tertera membuatkan aku gerun untuk menjawabnya. Aku hanya mampu memandang screen telefon tersebut tanpa berbuat apa-apa. Dan tidak disangka, aku menjadi sebak.

‘Qa, takkan kau nak biar je telefon ‘tu berbunyi. Angkatlah. Tak ‘nak angkat, aku boleh tolong jawabkan.’ Zira bangun untuk mengambil telefon, tapi sempat disambar semula oleh aku.

‘Takpa, aku boleh jawab.’ Belum sempat aku menjawab, deringan telefon telah pun berakhir. Tapi tidak sampai seminit kemudian, deringan itu berbunyi semula. Panggilan dari insan yang sama, Encik Hisyam.

‘Aku jawab dekat luar.’ Aku berkata pada mereka dan melangkah keluar. Terlihat riak wajah yang penuh dengan persoalan terpancar pada wajah mereka berdua.

‘Assalamulaikum.’ Salam aku hulurkan, biarpun rasa hormat telah hilang pada malam persitiwa itu.

‘Waalaikumussalam. Eyqa, sihat?’

‘Alhamdulillah, macam biasa. Encik?’

‘Saya sihat. Erm... Terima kasih sebab sudi jawab call saya.’

‘Takda apa sangat pun.’

‘Mata saya takkan silap waktu saya nampak awak di BJ tadi?’ Sudahku agak, pasti dia ingin memastikan kehadiran aku di butik tersebut.

‘BJ? Masakan saya boleh berada di BJ kalau saya sekarang di Langkawi.’

‘Saya tak ‘kan silap melihat orang yang saya sayang. Kenapa semua panggilan saya sebelum ni, awak tak nak angkat? Awak masih marahkan saya?’

‘Takda apalah sangat. Silap saya jugak. Maaf, saya ada hal. Saya minta diri dulu.’

‘Eyqa, abang betul-betul sayangkan Eyqa. Sejak Eyqa takda, abang selalu teringatkan Eyqa. Bagi abang peluang untuk terus sayangkan Eyqa, boleh?’

‘Bagi saya masa. Tak mampu untuk akal saya berfikir buat masa sekarang. Assalamualaikum. Kita bincang lain kali.’

‘Tapi Eyqa...’ Aku tidak sempat mendengar ayat yang ingin disampaikan kerana aku terlebih dulu pantas mematikan perbualan kami. Air mata aku merembes keluar. Tidak mampu lagi aku tahan.

Aku tidak masuk semula ke bilik kerana aku pasti mereka pasti bertanya. Aku ingin lari dari segalanya. Aku hanya mengikut kaki yang melangkah. Ke mana kaki melangkah, di situlah aku akan berada.

*** *** *** ***
‘Kau ke mana semalam? Semalaman tak balik bilik. Handphone kau tutup. Tahu tak macam mana Zira risau semalam?’ Belum sempat aku menjawab soalan Ayumi, tembakan soalan dari Zira pula kedengaran.

‘Qa, aku tahu kau ada masalah. Tapi kau tak nak cerita. Kenapa? Lepas ‘tu kau menghilang semalaman. Risau tau. Kalau kau kena kidnapped ke, siapa nak bertanggungjawab? Kalau dulu kau nak buat hal bolehlah Qa. Sekarang ni, semua orang kenal kau. Siapa tak kenal dengan anak Datuk Muhammad? Tokoh perniagaan yang terkenal dan meningkat naik?’ 2 das tembakan tepat mengenai aku kerana aku tidak pulang ke bilik pada malam sebelumnya.

‘Dah la pakaian kau ‘tu seksi. Kena rogol nanti, tak pasal-pasal nak menjawab.’ Kenyataan pedih dari Zira itu membuatkan aku kembali menangis.

‘Eh, eh. Aku main-main je cakap pasal rogol ‘tu. Kenapa kau menangis?’ Suara Zira kembali perlahan bila melihat esakan aku semakin kuat.

Kesakitan itu, tidak mampu lagi aku tanggung berseorangan. Akhirnya, pada mereka aku luahkan segalanya.

*** *** *** ***
Program di Penang berterusan seperti biasa. Biarpun emosi aku sedikit terganggu. Hari ini merupakan hari terakhir aku di Penang. Bus untuk balik ke kampus telah pun sampai. Dan kini, aku dalam perjalanan pulang ke kampus. Terdengar deringan telefon memecahkan kesunyian aku. ‘Dia lagi. Takda orang lain ke yang nak call?’ Aku berkata perlahan. Tidak mahu menganggu orang di sebelah.

‘Hello yang.’

‘Hello. Awak, boleh tak kalau awak stop ganggu saya?’

‘Yang, abang betul-betul minta maaf. Bagi abang peluang bahagiakan ‘yang.’

‘Berikan saya masa.’

‘Kalau itu yang awak nak, saya bagi awak masa. Maaf ganggu awak.’ Dan sengan segera, telefon aku matikan. Tidak mahu sebarang gangguan.

*** *** *** ***
‘Salam. Terlalu banyak masa saya dah berikan pada awak. Masih ada lagikah sisa kemarahan pada saya lagi?’

Mesej yang tidak aku sangka, menganggu hidup aku semula. Tidak kenal erti jemu dan penatkah insan ini dalam mengejar aku? Apakah itu menunjukkan keikhlasan atau sekadar satu lakonan?

‘Wasalam. Saya rasa kita perlu berbincang. Bila awak ada masa free?’ Aku tidak boleh melarikan diri lagi. Lagi jauh aku ingin melarikan diri, perkara ini pasti tidak akan dapat diselesaikan.

‘Awak pilihlah tempat dan masa. Saya hanya mengikut kehendak awak.’

‘Khamis minggu depan. Tempat dan masa saya biarkan awak pilih.’

‘Baiklah. Nanti saya inform. Terima kasih sebab sudi berbincang.’

‘Sama-sama.’

p/s:sorry klu entry kali nie agk bosan..otak tengah serabut sket..

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: