Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Tuesday, September 15, 2009

[7] Saat Cinta Bersemi

Kelekaan aku melihat keindahan malam di sini, membuatkan aku alpa dengan kehadiran dia.

‘Maaf, saya tak dapat jumpa awak dekat luar. Saya harap awak faham dengan situasi saya.’

‘Pensyarah keluar makan malam dengan bekas pelajar? Suami orang pulak ‘tu. Mesti timbul kata-kata yang kurang enak. Tak mustahil kalau Puan Suraya tahu mengenai hal ni kan? Itu yang awak takutkan. Betul?’

Jarang sekali tekaan aku tidak mengena. Aku sudah masak dengan permainan duniawi. Satu permainan yang aku cuba untuk lupakan. Tapi, hingga ke saat ini, aku masih lagi tidak mampu untuk pergi jauh dari permainan ini. Dia terduduk diam, membisu seribu bahasa bila aku berkata demikian. Pasti tidak tahu untuk berkata apa.

‘Cukuplah mukadimah. Saya rasa awak tahu kenapa saya nak berjumpa awak bukan? Saya harap sangat, awak mampu untuk lupakan saya. Puan Suraya terlalu baik untuk disakiti.’

‘Tapi Eyqa, saya mampu.’

‘Mampu untuk bahagiakan saya, mampu untuk sara hidup saya. Tapi mampukah awak untuk adil dalam sayang awak? Lelaki, hanya pandai berkata-kata. Belum tentu kata-katanya akan terlaksana. Permainan sandiwara ni bukan sandiwara lakonan semata-mata. Saya pernah alami, saya tahu kesakitannya.’

Sepanjang berada di bilik itu, tidak sekali pun aku melihat wajahnya. Aku takut aku tidak mampu untuk melepaskan dia pergi. Aku sedar, aku mengerti perasaan yang semakin hadir dalam hati ini.

‘Jujur saya katakan, sejak kejadian malam ‘tu, saya betul-betul rasa bersalah pada Eyqa.’

‘Bersalah pada siapa? Bersalah pada Puan Suraya atau saya?’ Tersentak aku bila tangannya sekali lagi melingkari pinggang aku.

‘Ah, sudah. Lagi sekali dia ni buat perangai. Time aku nak bawak bincang ni lah, dia nak lebih-lebih. Melampau betullah!’ Bentak hatiku.

‘Bersalah pada dua-dua. Bersalah pada isteri sebab menduakan dia. Bersalah pada Eyqa kerana keterlanjuran kita pada malam itu.’ Semakin kejap pelukan dia pada aku. Namun, dengan segera aku cuba merenggangkan jarak antara kami.

‘Kenapa Eyqa tak nak bagi peluang pada saya? Atau Eyqa nak saya teka sendiri jawapan Eyqa?’ Dia semakiin rapat menghampiri aku apabila dia melihat aku hanya mendiamkan diri.

‘Aduh, menyesal pulak jumpa dia dalam bilik. Jumpa kat coffee house lagi bagus.’ Penyesalan datang bagaikan mengetahui perasaan aku ketika itu.

‘Teka? Awak kenal saya sebagai seorang student awak. Masakan awak mampu membaca hati saya? Tak mungkin dan susah. Hati saya bukan senang untuk ditafsir.’ Biarpun aku cuba mengelak dari berdepan dengan dia, dia masih tidak mahu melepaskan pegangan tangannya dari tangan aku.

‘Cepat betullah tangan dia ni nak sambar-sambar tangan aku. Macam manalah aku nak larikan diri ni?’ Memang perangai akukah kuat merungut di dalam hati?

‘Rantai pemberian saya sudah cukup menggambarkan perasaan awak, Eyqa. Masih mahu berteka-teki lagi ke?’ Serentak dengan itu jugalah, dia menarik kuat tangan aku, membuatkan aku terduduk di pangkuannya.

‘Saya sayangkan rantai ni. Terlalu cantik untuk dibuang.’ Aku cuba memberikan alasan dan bangun dari pangkuannya, tapi makin kuat aku mencuba, makin kuat dia menarik tangan aku. Seolah-olah tidak mahu membiarkan aku lari.

‘Awak sayangkan rantai, atau awak sayangkan orang yang hadiahkan rantai tersebut?’ Encik Hisyam cuba untuk menduga perasaan aku. Tapi, mana mungkin aku akan berkata benar.

‘Sayang pada awak? Susah, sebab awak sudah beristeri. Saya tidak begitu kejam untuk merampas kasih sayang awak dari Puan Suraya.’ Aku berdalih dengan menggunakan nama isterinya. Kejamkah aku?

‘Eryqa.’ Panggilan yang begitu lembut pada pandangan aku. Jarang orang akan memanggil nama penuh aku.

Aku berpaling, tanpa sedar dia juga turut mengangkat mukanya untuk menghadap aku. Dan kini, wajah aku begitu dekat dengan wajahnya sehinggakan aku mampu merasakan hembusan nafasnya di muka aku.

Agak lama, kami begitu. Anak mata aku seakan-akan bercerita dengan anak matanya bahawa aku sudah mula menyayangi dirinya. Lembut tangannya membelai rambutku yang panjang. Dengan perlahan, tangannya membelai wajah aku.

‘Janganlah perkara yang sama berlaku lagi.’ Aku hanya mampu berkata di dalam hati.

Dengan perlahan, tangannya menyentuh dagu aku. Ciuman di dahi begitu mengejutkan aku. Mata aku tertutup rapat bila merasakan ciuman itu. Baru ingin aku celikkan mata yang terpejam, aku rasakan bibir aku basah. Aku cuba untuk menolak, namun tangannya terlebih dulu menangkap tangan aku.

Manakala sebelah lagi tangannya, sudah melingkar bagaikan ular sawa ke dalam baju aku. Sekali lagi, kami tewas dengan hasutan pihak ketiga. Dan ketika itu jugalah, cinta antara kami bersemi. Terdengar lembut kata-katanya dibisikkan ke telinga aku.

‘Terima kasih untuk satu peluang yang tak mungkin abang akan sia-siakan. Abang sayangkan Eyqa’

‘Eyqa pun sayangkan abang.’ Hanya dalam hati saja mampu aku luahkan kata sayang aku padanya. Malam itu jugalah menyaksikan dua cinta yang tidak mungkin akan bersatu bersemi untuk mekar berbunga.

*** *** *** ***
Itu merupakan cerita 3 tahun lepas. Sepanjang 3 tahun hubungan aku dengan Encik Hisyam, aku rasa sangat disayangi olehnya. Perhubungan kami masih lagi menjadi rahsia. Masih lagi tidak dapat dihidu oleh isterinya. Begitu bijak dia menyembunyikan jejaknya.

Aku? Hanya Syasya, Zira dan Ayumi saja yang tahu mengenai hubungan aku dengan Encik Hisyam. Begitu hebat tentangan yang aku dapat dari mereka bertiga memandangkan status Encik Hisyam yang sudah pun beristeri. Bukan setakat beristeri. Namun, anaknya sahaja sudah dua pasang.

Aku hanya memberikan mereka masa untuk menerima perhubungan ini. Akhirnya, setelah penat aku menunggu, akhirnya mereka memberikan restu untuk aku teruskan perhubungan dengan Encik Hisyam.

Sepanjang 3 tahun kami bersama, tidak pernah lagi kami bertengkar. Mungkin masing-masing sudah matang untuk berfikir mengenai sikap masing-masing. Namun, perselisih faham masih wujud. Terlalu banyak pengorbanan yang telah dia lakukan untuk aku dan sebaliknya.

Menginjak usia 4 tahun hubungan kami, tidak terkira betapa kali kami melakukan dosa itu. Mungkin itu juga menjadi pengikat yang kuat untuk hubungan ini terus bertahan. Biarpun aku tahu, itu adalah haram dan berdosa.

p/s:smbungan nie ad sdkt unsur 18sx..sorry ek..xtau npe leh tbe2 termsukkn unsur nie..huhu...

lots of love,
[Miss Eriqa]

2 comments:

Cutiesifa said...

tajuknya sama cam novel damya hanna, saat cinta bersemi jugak..
u write cter ni ke?

[Miss Eriqa] said...

actually tuk bab nie je tjuk die saat cinta bersemi..
xde kaitan dgn tjuk novel damya hanna..
novel nie tjuk die Impian Dan Kenangan..
harap xde yg tersilap yea..
Impian Dan Kenangan mmg sye yg tlis..
msh dlm peringkat modifikasi..