Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Saturday, September 19, 2009

[8] Kembali

Itu kenangan sepanjang aku mengenali Encik Hisyam selama 6 tahun. Kali terakhir aku berjumpa dengan Encik Hisyam adalah sewaktu aku memberitahu dia mengenai permohonan aku untuk menyambung pengajian di UK telah diterima. Permohonan yang aku hantar secara diam-diam sewaktu aku sedang menjalani praktikal membuahkan hasil. Impian aku akhirnya tercapai.

Aku tahu Encik Hisyam pasti tidak akan bersetuju dengan rancangan aku. Berat hati untuk melepaskan aku pergi. Pujukan demi pujukan aku berikan. Namun, sehingga hari keberangkatan aku ke UK, dia masih lagi mendiamkan diri. Biarpun begitu, tidak pernah terlintas di hatiku untuk melupakan seorang insan yang pernah bertakhta di hati aku. Akhirnya dia merestui pemergian aku ke UK dengan syarat, aku tidak boleh bercinta dengan mana-mana lelaki di sana. Kuat benar cemburunya.

Perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar peringkat Sarjana tidak banyak bezanya dengan perjalanan hidup aku sewaktu di universiti tempatan. Namun, bebanan kerja sedikit sebanyak bertambah. Penat sehinggakan kadang-kala aku tertidur di hadapan laptop untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Beberapa kali aku hampir-hampir dimarah oleh Encik Hisyam kerana terlalu kerap jatuh sakit.

Kesibukan dalam menyiapkan tugasan menyebabkan haid aku tidak datang untuk satu tempoh yang agak lama. Pada pendapat aku mungkin disebabkan tekanan yang aku tanggung menyebabkan kitaran hormon aku sedikit sebanyak terganggu. Namun, bila sudah masuk tiga bulan keadaan yang sama berlarutan, aku sudah mula merasai kelainannya.

Morning sickness yang aku alami mengundang seribu pertanyaan pada teman serumahku. Kerana tidak mahu lagi berteka-teki, aku ke klinik untuk mendapatkan pertanyaan. Benar seperti yang aku duga, aku mengandung 3 bulan. Terduduk aku dihadapan doktor bila perkhabaran itu sampai ke telingaku. Bagaimana harus aku tempuh perjalanan aku sebagai seorang pelajar dalam tempoh yang sama aku harus memikirkan mengenai anak dalam kandungan?

Teman serumahku tidak menggalakkan aku untuk menggugurkan kandungan itu. Kata mereka, jika aku tidak mampu menjaga bayi yang akan lahir itu, aku boleh mencari keluarga angkat untuk dia. Aku hanya meminta supaya mereka memberikan aku masa untuk memikirkan mengenai perkara ini. Sehingga ke hari ini, aku tidak pernah mendengar mengenai Encik Hisyam. Sudah 16 tahun aku menyepikan diri.

‘Mama, are you okay? Seems there’s something in your mind. Wanna share with me?’ Itulah Sofea, anak yang tidak berdosa hasil kesilapan hubungan aku dan Encik Hisyam. Teguran Sofea membuatkan aku tersedar dari mimpi.

‘Nothing much my dear. It’s has been 17 years I’m in London. Just wondering when I’ll going back to Malaysia.’ Aku cuba untuk menutup kekusutan hati agar tidak dapat dibaca oleh Sofea. Biarpun usianya baru menginjak usia 16 tahun, dia boleh membaca fikiran aku.

‘Ma, how long you wanna be in UK?’ Soalan Sofea membuatkan aku sedikit terkejut.

‘May I know dear, why are you asking that kind of question?’ Biarpun aku yang membesarkan Sofea, agak susah untuk aku mentafsir pemikiran dia. Sofea terlalu sensitif dan berahsia mengenai perasaannya. Tetapi bukan mengenai perkara lain.

‘Well, you always talk about Malaysia. Don’t you miss your family?’ Pertanyaa Sofea mengenai keluarga aku membuatkan aku sedikit terkejut. Semenjak keluarga aku tahu mengenai Sofea, aku telah dibuang oleh mereka. Malu kerana aku telah mencalitkan arang ke muka mereka hanya kerana aku melahirkan Sofea.

‘Fea, I think you know what’s going on between me and your grandparents, right? I was born in KL. No matter how much I loved London; I will miss KL a lot more than London.’

‘Ma, this might be ridiculous, but how about we migrate to Malaysia?’ Sofea memang gemar membuatkan aku terkejut dengan pertanyaan yang sedemikian.

‘Moving back to KL? How about you? Won’t you miss your friends here?’

‘I will ma. But your happiness is everything ma.’

Aku terkesima dengan kata-kata Sofea. Seorang anak yang tidak pernah jemu untuk menceriakan hidup aku.

‘Are you sure?’ Aku cuba untuk meminta kepastian dari Sofea.

‘Yes ma. I’m sure.’
*** *** *** ***
Pada awalnya, permohonan aku untuk bertukar ke Malaysia, mendapat tentangan dari rakan sekerja. Lebih-lebih lagi dari pihak atasan. Mereka sanggup untuk menaikkan gaji aku semata-mata untuk menahan aku dari bertukar. Namun, aku tekad untuk bertukar. Sudah terlalu lama rasanya aku berada di bumi London.

Hari ini, merupakan permulaan kepada aku dan Sofea memulakan kehidupan di Malaysia. Aku akan meneruskan kerjaya aku di bawah kumpulan syarikat yang sama namun berbeza cawangan. Kerjaya sebagai seorang juruaudit dan dalam masa yang sama juga merupakan seorang business consultant, telah aku daki setapak demi setapak sewaktu di London.

‘Fea, can you wait for a while. I need to complete your registration.’ Aku meminta Sofea untuk menunggu sebentar di kerusi yang telah disediakan. Pada awalnya aku bercadang untuk menghantar Sofea ke sekolah antarabangsa, namun cadangan aku ditolak mentah-mentah oleh Sofea dengan alas an mahu merasai suasana persekolahan di Malaysia.

‘Fea, behave yourself okay.’ Hanya satu pesanan aku pada Sofea.

‘I will ma.’

Dengan meninggalkan Sofea di sekolahnya, aku bergerak menuju destinasi seterusnya. Sudah pasti memulakan tugas aku di pejabat.
*** *** *** ***
‘Assalamualaikum.’ Salam aku hulurkan pada penyambut tetamu di yang sedang bertugas. Bertugas atau sedang mengumpat, itu aku tidak ambil peduli. Malas untuk berkira-kira. Pihak atasan sudah sedia maklum dengan kelewatan aku pada pagi itu kerana perlu mengendalikan hal Sofea.

‘Waalaikumussalam. Ya, ada apa yang saya boleh bantu.’ Biarpun tutur katanya Nampak sopan, namun tona suaranya seakan-akan tidak ikhlas melayani aku.

HR department di tingkap berapa ya?’

‘Tingkat 6. Awak ada appointment ke?’ Nampak sangat kebiadapannya terhadap aku.

‘Ya. Terima kasih ya.’ Biarpun agak sedikit meluat dengan perangainya, huluran terima kasih masih perlu dihulurkan kerana pertolongan yang diberikannya.

Melangkah aku ke tempat menunggu lif. Tiba-tiba sapaan salam dari belakang mengejutkan aku. Salam dijawab dengan senyuman dihulurkan.

‘Nak ke mana?’ Pertanyaannya menunjukkan yang dia mungkin seorang yang mesra.

‘HR department.’ Tidak mahu dikatakan sombong, aku menjawab pendek pertanyaan yang dihulurkan.

‘Pekerja baru ke?’

‘Ya.’

Tiba di tingkat 6, aku melangkah laju keluar dari lif.

‘Maaf, saya ada temujanji dengan Tuan Megat.’

‘Siapa nama? Dari mana?’ Begitukah layanan yang harus diberikan oleh seorang setiausaha?

‘Eryqa Elyana.’

‘Kejap, saya maklumkan pada bos.’

‘Okay.'

Aku hanya menunggu di sofa yang telah disediakan untuk tetamu yang datang.

‘Cik, Tuan jemput masuk.’

‘Okay.’Aku hanya mengikut langkah wanita tersebut.

‘Assalamualaikum Miss Eryqa.’ Suara itu benar-benar mengejutkan aku.

p/s:idea tenggelam timbul..sorry klu mcm xbest sgt entry kali nie..

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: