Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Saturday, September 26, 2009

[9] Kecurian

‘Awak yang saya jumpa depan pintu lif tadi ‘kan? Saya mintak maaf sebab endah tak endah dengan awak tadi.’

‘Tak mengapa. Saya tahu awak nak cepat. Anyway, saya Megat Iskandar. Awak boleh panggil saya Is. So, Miss Eryqa, can I see so certificate and your transfer’s letter from HQ?’

‘Just call me Eyqa. Everything is inside this file Tuan Megat.’

Aku menyerahkan fail yang mengandungi kesemua sijil-sijil aku serta surat pertukaran aku dari HQ ke cawangan di Malaysia.

‘Is. Not Tuan Megat. Wow, excellent student. Why do you choose to work in Malaysia instead of continuing your job and your life in UK?’ Iskandar memuji keputusan yang dilihatnya sambil bertanyakan soalan yang pada pandangan aku, bukanlah menjadi satu persoalan kepada dia.

‘Personal matters. I don’t share it with others. I’m sorry.’ Aku malas untuk menjawab pertanyaannya. Bukan mahu berlagak atau bersikap sombong, namun persoalan yang diutarakan itu tidak memberikan sebarang kaitan dengan pekerjaan aku.

‘Oh, okay. I’m sorry. Well, let me show you your office. Shall we?’ Sambil meminta maaf akibat kesibukannya mengambil tahu mengenai aku, dia bangun bergerak ke muka pintu.

Thanks Tuan Megat.’
*** *** *** ***
‘Assalamualaikum everyone.’ Iskandar memberikan salam kepada pekerja-pekerja yang berada di situ.

‘Waalaikumussalam. Eh, Tuan Megat, rajin benar nak turun ke tingkat ni? Ada apa hal ni?’ Salah seorang dari pekerja di situ menegur Iskandar.

Dari apa yang diperkatakan oleh pekerja tersebut, aku dapat rasakan yang Iskandar jarang datang ke tingkat di mana terletaknya pejabat aku.

‘Takda apa sangatlah. Baiklah semua, saya nak memperkenalkan pengurus baru kepada kamu semua. Kenalkan ini Cik Eryqa Elyana, pengurus baru di sini. Eyqa, silalah perkenalkan diri awak.’

‘Assalamualaikum pada semua. Nama saya Eryqa Elyana. Kamu semua boleh panggil saya Miss Eyqa. Saya masih baru di sini. Harap dapat berikan kerjasama buat semua.’

Usai perkenalan dari pihak aku, aku dibawa oleh setiausaha aku untuk berkenalan dengan pekerja-pekerja bawahan aku. Ramah-ramah semuanya. Namun, itu hanyalah pada peringkat awal. Tidak mungkin mereka aku berterusan ramah dengan aku. Malah, ada beberapa orang dari mereka yang memandang aku seolah-olah aku telah melakukan satu kesalahan besar dengan menyertai ‘keluarga’ tersebut. Apakah aku akan dilanda masalah?
*** *** *** ***
Penatnya, hanya Tuhan yang tahu. Biarpun hari ini merupakan hari pertama aku bekerja, namun melihatkan keadaan fail-fail yang bertaburan di pejabat aku tadi membuatkan aku pening kepala. Apakah tugas seorang pengurus dan setiausaha jika fail-fail klien diberikan bertaburan di rak. Seolah-olah rak yang disediakan tidak berguna.

Malas untuk menyuruh Liza, setiausaha aku mengemaskan fail-fail tersebut, aku terpaksa mengemaskan kesemua fail tersebut sendirian. Asyik mengemas pejabat aku, tidak sedar masa telah menunjukkan ke pukul 1 petang. Melihatkan keadaan pejabat yang agak bersepah, membuatkan aku tidak bersemangat untuk meneruskan kerja aku pada hari itu. Dari pejabat, aku melihat pekerja-pekerjaku sedang bersiap-siap untuk keluar makan tengah hari. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.

‘Mama! I already miss you.’ Suara ceria Sofea di hujung talian membuatkan aku ceria semula.

‘Hai my darling. How’s your school? Is everything fine?’ Aku tidak mahu menunjukkan aku sedang menghadapi masalah di sini.

‘Everything’s fine ma. It’s lunch time, right? Have you taken your lunch?’ Suara ceria Sofea benar-benar memberikan aku ketenangan. Itulah Sofea, dia betul-betul mengambil berat mengenai aku. Apatah lagi, setelah 2 kali aku dimasukkan ke hospital akibat gastrik yang teruk. Sejak dari itu, Sofea tidak pernah lupa untuk mengingatkan aku jadual pemakanan aku.

‘Yes darling. I’m still in office. I don’t feel like to eat. Let’s eat together when I’m at home. Okay?’ 2 bulan berehat dari bekerja membuatkan aku berasa cepat penat biarpun aku tidak melakukan kerja yang agak berat.

‘Eat something light okay. I miss you. See you at home. I got to go. Pak Mat is here. Love you so much ma.’ Itulah nasihat Sofea bila aku tidak mahu makan. Seboleh-boleh dia mahu memaksa aku untuk makan sesuatu supaya perut aku tidak kosong.

‘Love you too, darling.’

Aku cuba merehatkan mata selepas berborak dengan Sofea. Suara Sofea menceriakan kehidupan aku. Namun, ketenangan aku diganggu oleh ketukan perlahan di pintu pejabat.

‘Masuk.’ Perlahan sahaja aku berkata. Penat masih lagi bersarang.

‘Menggangu Eyqa berehat ke?’ Iskandar menegurku perlahan.

‘Is, saya ingatkan siapa tadi. Ada hal penting ke datang ke pejabat saya?’ Aku tidak begitu selesa dengan kehadiran Iskandar di pejabat aku, apatah lagi sekarang waktu rehat tengah hari.

‘Saya nak ajak awak lunch sekali. Awak pun masih baru lagi di sini ‘kan.’ Mesranya dia pada aku. Tapi, tidak sedikit pun hati aku senang dengan keadaan itu.

‘Tak mengapalah Is. Saya dah ambil heavy breakfast pagi tadi. Kenyang lagi rasa perut ni. Lain kali ya.’ Aku menolak dengan nada yang perlahan. Nasi lemak yang aku makan dengan Sofea pagi tadi membuatkan perut aku tidak lagi berasa lapar.

‘Kenyang pun, apa salahnya kalau awak makan sikit. Nanti masuk angin pula perut ‘tu. Tak perlulah segan dengan saya. Jomlah.’ Iskandar masih lagi tidak berputus asa untuk mengajak aku keluar makan bersama.

Belum sempat aku menjawab apa-apa, tiba-tiba dari jauh aku terdengar kecoh-kecoh di depan pejabat.

‘Eh, kecoh apa pulak tu?’ Aku merungut sambil keluar dari pejabat untuk melihat apakah kekecohan yang berlaku.

‘Ada apa terjenguk-jenguk macam pencuri ni? Ada hal apa?’ Suara penyambut tetamu itu jelas kedengaran di pendengaran aku.

‘I’m here to see my mom.’ Lantang suara itu menjawab.

‘Sudah, dia ni tak habis-habis nak mengenakan aku.’ Mendengarkan suara itu, aku sudah dapat mengagak siapakah gerangan tuan empunya suara.

‘How many time I need to tell you, let me know if you want to come seeing me in my office? I thought Pak Mat already take you home? What on earth are you doing here?’ Aku tidak mampu untuk meninggikan suara apabila melihat Sofea dalam keadaan marah.

‘Maaf Miss. Saya dah ajak Cik Sofea balik, tapi dia yang bertegas nak ke mari.’ Pak Mat bersuara bila melihat aku dalam keadaan marah.

‘Takpa Pak Mat. Sofea, since when my driver become your driver?’ Aku mengambil Pak Mat sebagai pemandu aku pun bersebab. Aku pasti kesibukan aku bekerja pasti akan membuatkan aku terkejar-kejar untuk mengambil Sofea pulang dari sekolah. Itulah sebabnya aku mengambil Pak Mat bekerja dengan aku. Memudahkan aku juga kalau-kalau rasa malas untuk memandu ke pejabat.

‘Siapa ni Eyqa?’ Iskandar bertanya mengenai kehadiran anak kecil itu di ruang pejabat.

‘Someone special. Why are you here, Sofea?’ Biarpun aku tidak mampu untuk meninggikan suara dengan Sofea, namun dengan riak muka, Sofea sudah tahu yang aku sedang memarahinya.

‘Well, I’m worried about you. See, I’d already bought your lunch. Secondly, I miss you. I’m sorry, ma. About Pak Mat, don’t get angry. I ask him to take me here.’ Fea menjawab dengan panjang lebar. Nak marah, apakan daya. Dialah racun yang selalu membuatkan aku bersedih dengan kenakalannya, dia jugalah penawar kedukaan aku selama ini.

‘I’m not satisfied with your answer. You, in my office now.’ Tegas kata-kata aku terhadap Sofea. Melihatkan Sofea yang sudah membuat muka merajuknya itu, sukar untuk aku memujuknya.

‘Yang lain, dah takda kerja ke? Pukul berapa dah ni. Petang ni, semua di bilik mesyuarat tepat jam 4.30 petang. Tolong informkan pada yang lain-lain. Semua.’ Melihatkan keadaan aku yang sedang marah, pekerja lain pantas bergerak menyambung kerja mereka.

Terlalu awalkah aku menjalankan tugas aku sebagai seorang pengurus? Macam-macam bermain di fikiran aku. Sofea saja sudah cukup membuatkan aku pening kepala. Sikap prihatin dia memang sedikit tidak ubah seperti Encik Hisyam.

Bukan aku tidak tahu mengapa Sofea datang ke pejabat aku. Sebab lainnya, dia tidak mahu ada lelaki lain yang cuba untuk menganggu aku. Biarpun dia tidak pernah mengenali apatah lagi mengetahu siapa ayah kandungnya, Sofea tidak pernah membenarkan mana-mana lelaki lain untuk mendekati aku. Teringat lagi jawapan yang diberikan Sofea bila aku bertanya apakah dia akan suka jika dia mempunyai seorang ayah.

‘Mama, kalau mama ingin mencari seorang ayah buat Sofea, biarlah dia benar-benar ayah Sofea. Sofea tidak pernah bertanyakan mengenai siapa papa Sofea, tapi Sofea tahu, mama masih sayangkan papa. Biarpun papa tinggalkan kita berdua, tanpa khabar, Sofea tak pernah marahkah papa. Mungkin papa ada sebab untuk berbuat macam tu. Maafkan Sofea, ma. Tapi Sofea takkan benarkan sesiapa mengambil alih tempat papa, menjadi ayah Sofea, menjadi suami mama. Hanya papa yang layak berada di situ. Hanya papa.’

Ketika itu, usianya baru menginjak angka 15. Begitu matangkah pemikiran Sofea berbanding umurnya? Mirip siapakah Sofea? Aku atau Encik Hisyam. Dan buat pertama kalinya Sofea menjawab dalam Bahasa Melayu. Yang pertama dan yang terakhir. Aku mendidik Sofea untuk mengenali bahasa ibundanya sendiri. Namun, Sofea lebih gemar untuk berbahasa Inggeris dengan aku.

‘Sofea, mana mungkin mama akan menerima orang lain, jika hati mama telah lama di‘curi’ papa. Hingga saat ini, jiwa dan hati mama tidak pernah dapat mama miliki. Semuanya telah di‘curi’ papa.’

Biarpun aku tidak dapat memberitahu Sofea tentang perasaan aku, aku tidak kisah. Kerana perasaan aku, sejak dulu sering menjadi rahsia aku seorang.

notatanganyangmengarang: maaf lmbt post entry bru tuk IDK. kebuntuan idea sket. bab8 ad sdkt rombakan. dilakukn tuk disesuaikan dgn bab9. maaf yea. enjoy reading..

lots of love,
[Miss Eriqa]

4 comments:

hananorisa said...

dasyat lah sofea tu...dtg ofis mcm tu jer...ish3....drastik sungguh dia...

[Miss Eriqa] said...

agak la..
actually..
dia risaukan eyqa..
ye la..
eyqa kan gastrik..
tp agak drastik la sofea buat macam tu..

Budak Malu818 said...

dasyat2..bleh geng ngn mak sdare sy ney..peminat novel..2,3 rak novel ader tersusun kt umah..

[Miss Eriqa] said...

huhu..
lebih kurang macam saya jugak kat rumah..