Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Tuesday, September 22, 2009

Bekas Kekasih Gelap Episod 2

Ingat x, b4 dis ak ad post 1entry ttg jep? Ala, klik sini lah klu korang xingat. Title die bekas kekasih gelap. Ni ak post kn 1lg entry, Bekas Kekasih Gelap Episod 2.

Aku mula renggang dengan jep sejak aku rapat dengan abg. Mungkin jep sedar perubahan aku. Masa ni lah, jep selalu tanya aku, aku ada boy baru ke. Aku ada couple dengan sesiapa ke. Masa ni jugaklah, jep hantar 1mesej yang aku takkan lupa sampai bila2. Waktu tu, dia bahasakan diri dia b, n bahasakan diri aku bby. Padahal, kitorang langsung takda hubungan couple.

'bby, b hrp sgt klu bby blh single smpi ble2 tuk b..b xblh tgk bby dgn laki lain.b jeles sgt..'

Masa dapat mesej jep, aku betul2 terkejut. Sampai macam tu sekali dia cemburu. Sebab tu lah kalau korang nak tahu, kenapa aku tak pernah mengaku yang aku ada boy *abg*. Sebab aku dah janji dengan jep.

'Bby syg b smpi ble2. Klu i2 yg b nk, bby akn single smpi ble2. Sbb bby nk tgu b.'

2jawapan yang aku berikan. Tapi, hajat tak kesampaian. 2bulan lepas tu, aku dengan jep gaduh. Hanya kerana sekeping gambar yang aku upload dalam myspace *skung dh buang* buat dia marah.

Dia cakap kerana gambar tu, partner yang nak pergi prom night dengan dia tarik diri. Aku terpaksa lah tebalkan muka merayu2 dekat that gurl supaya go with him. Sedangkan, waktu aku berbalas mesej dalam myspace, aku menangis seteruknya. Sebab aku terlalu sedih. Waktu ni jugak. asma aku menyerang seteruknya. Aku menangis gila2. Lama jugak.

Bayangkan, 2bulan sebelumnya dia asyik bertanya apakah aku mempunyai orang lain, mesej aku mintak aku single semata2 untuk dia, tapi 2bulan berikutnya, dia mengaku dia menyayangi insan lain. Dan aku disayangi tidak lebih dari seorang kawan. Memang aku betul2 terkejut. Sejak dari hari tu, boleh kata tiap2 hari aku menangis kerana rindukan dia.

Aku cuba untuk lupakan jep, tapi aku tak mampu. Aku mula terima yang aku sudah tidak diperlukan lagi dalam hidup dia. Dan, aku terima kenyataan tu dengan pertolongan abg. Abg bantu aku bangun balik. Dan waktu tu, aku mula sedar, abg terlalu baik untuk disakiti.

Habis matriks, aku menyepikan diri dari dia. Even masa aku masuk ke uum pun, dia tak pernah tahu tentang hal tu. Sampailah aku beranikan diri untuk tegur dia di ym. Dia tanya aku, kenapa aku tak nak bagitahu dia aku waktu tu ada kat mana. Takkan la sampai macam tu sekali aku tak nak jumpa dia. Aku cakap, aku tak boleh jumpa dia. Sebab aku rasa and aku tahu, tangisan pasti akan mengalir di wajah aku.

Dia tahu aku ada kat uum sebab kesilapan member aku. Saja buat2 sengal mintak nombor phone aku kat jep. Dia ingat ke tak, aku tak nak ambik tahu. Sebelum aku masuk uum, aku cakap dengan dia, aku nak pergi jauh. Aku nak tinggalkan segalanya di KL.

Ada 1hari, aku ym semula dengan dia. Sekali lagi kitorang bukak semula cerita lama. Aku menangis semahunya. 4jam tangisan aku mengalir tanpa henti. Sedu bersilih ganti. Aku nak hentikan segalanya. Aku stop ym, aku mandi *waktu dh menunjukkan pkul 1230mlm*. Bawah shower, aku menangis lagi semahunya. Aku tumbuk dinding shower sebab aku nak lepaskan geram.

Tanpa sedar, aku tertumbuk satu jubin yang telah sedia pecah. Menyebabkan tangan aku luka dan berdarah dengan teruknya. Tapi aku buat tak tahu. Aku menangis dalam shower hampir setengah jam. Bila aku keluar, aku dah berhenti menangis.

Tapi, apa yang berlaku antara aku dengan jep, walaupun ada yang tidak aku ceritakan di sini, tetap akan aku ingat sampai bila2. Susah untuk aku lupakan seseorang yang aku pernah sayang, yang aku pernah cinta.

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: