Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Thursday, September 24, 2009

Biarlah Aku Terus Bahagia

Life aku lepas matriks sementara nak tunggu keputusan masuk u, takda banyak beza pun. Aku lepak2 dekat rumah. Aku sanggup bangun awal2 pagi semata2 nak ym abg. Waktu ni, baru aku terasa peritnya berjauhan dengan orang tersayang. Dengan abg baru aku tahu peritnya ada hubungan jarak jauh.

Sebulan aku bercuti dekat rumah, itu je life aku. Ym dengan abg sampai petang. Lepas tu, buat hal sendiri. Kalau abg rajin nak online ym malam, sambung la chat malam. Kalau tak, tunggu je la besok pagi.

Then, aku dapat kat uum. Actually, uum bukan lah 1st choice aku masa 1st time apply tuk upu. Aku tukar choice waktu 2nd time buat pilihan upu. Abg cakap dengan aku, dia berat hati nak berjauhan dengan aku. Tu yang dia suruh aku mintak uum. Aku tak sanggup nak berjauhan dengan dia. Sayang punya pasal, aku mintak uum waktu boleh buat pertukaran.

Aku masuk uum, hubungan aku dengan abg semakin rapat. November ni, masuk 2tahun hubungan kitorang. Aku sangat2 gembira walaupun kadang2 aku bersedih. Gembira kerana aku punya seseorang yang menyayangi aku. Bersedih kerana hubungan aku tidak seindah orang lain. Kenapa aku katakan hubungan aku tidak seindah orang lain? Sedangkan pada pandangan orang lain, hubungan aku amat dicemburui mereka.

Tak dinafikan, sepanjang 2tahun hubungan aku dengan abg, kitorang sangat jarang bergaduh. Bila sitanya, jawapan aku senang. Aku dan abg masing2 dah matang. Sebab tu aku dengan abg susah untuk bergaduh. Tapi, mana mungkin aku tak pernah bergaduh dengan abg.

Tahun ni aku rasakan paling teruk. Sebab 3bulan pertama, aku asyik bergaduh dengan abg. Kesilapan siapa, aku tak tau. Mungkin kesilapan aku yang kuat merajuk and tak percayakan dia. Tapi rasanya besar kemungkinan memang kesilapan aku. Abg tak reti untuk pujuk aku. Dia suka biarkan aku redakan kemarahan aku sendiri. Sebab dia tahu, aku marah takkan lama.

Abg memahami aku. Memang aku marah takkan lama. 2,3hari lepas tu, aku dah elok balik. Hanya sekali je abg pujuk aku. Waktu tu baru balik dari penang. Aku bagitahu abg, betapa aku kecewa dengan dia. Dia pujuk aku mula dari naik penang bridge sampai ke tanah besar. Then, aku dah ok dengan abg. Tiap kali aku betul2 merajuk dengan abg, hanya satu je yang abg akan ucap. 'Abg sayang lynn.'

Mungkin ada bahagianya bila aku dan abg jarang bergaduh, tapi sedihnya hubungan aku, hanya aku seorang saja yang tahu. Aku dengan abg tak pernah dating. Abg terlalu sibuk dengan kerja dia. Sealu penat bila dah balik rumah. Aku pernah kerja, so aku tahu penatnya bekerja. Sebab tu aku jarang sangat paksa abg datang jumpa aku. Kalau masing2 dah rindu, baru kitorang set tarikh and masa tuk jumpa.

Sem ni, baru 3kali aku jumpa abg. Paling sedikit sejak aku masuk uum. Sem 1 boleh kata selang 2minggu aku jumpa abg. Tapi, lebih pada aku yang cari dia. Sem lepas, tersangatlah banyak. Tapi sem ni paling sedikit. Sangat2 merindui masa2 yang lalu.

Sebab tu, balik cuti raya ni, aku nak curi masa tuk jumpa abg. Aku sangat2 rindukan masa2 yang lalu. Masa aku masih lagi di perlis, abg selalu datang jumpa aku. Dekat. Boleh kata tiap2 hari aku jumpa abg. Aku betul2 rindukan abg.

Abg,
Terima kasih untuk segalanya yang abg pernah berikan untuk lynn. Selalu lynn cakap, abg perkara terindah yang lynn pernah alami. Mungkin lynn pernah sakiti hati abg, tipu abg, tapi lynn nak abg tahu, lynn tak terniat langsung untuk lakukan semua tu. Lynn tulus menyayangi abg dan merindui abg setiap masa.

Abg,
Walaupun kita jarang bertemu, lynn nak abg tahu, lynn tak pernah lupakan abg. Jodoh mungkin bukan milik kita, tapi lynn takkan lupakan abg. Sayang dan rindu lynn milik abg, biarpun lynn dimiliki orang lain. Lynn selalu ungkapkan yang lynn sayangkan abg. Tapi saat ni, lynn tak nak ucapkan yang lynn sayang abg. Lynn cintakan abg. Tak pernah lagi terucap kata2 tu untuk abg. Sebab lynn tak pasti sama ada lynn mencintai abg atau tidak. Tapi malam ni, saat lynn menulis entry ni, lynn sedar, lynn mencintai abg. Jika malam tu menyaksikan yang lynn sedar lynn menyayangi abg, malam ni menyaksikan betapa lynn mencintai abg.

Abg,
Maafkan lynn untuk segalanya. Kesalahan lynn, kesilapan lynn, kegagalan lynn untuk memuaskan hati abg, segala2nya. Lynn tetap sayangkan abg, biarpun abg pernah kecewakan lynn sebelum ni. Sayang, rindu dan cinta lynn milik abg.

Yang tulus menyayangi,
Lynn

p/s:nie kan blog ak,so ak pnye ske nk tlis ap yea..huhu...satu lg entry jiwang ak utk abg..

lots of love,
[Miss Eriqa]

2 comments:

Emylia.bt.HujanRintik2 said...

nothing goes further than jiwang in real life lah kan honey.. ahha

[Miss Eriqa] said...

hehehe...
yupe2..