Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Monday, September 07, 2009

Mimpi Semalam

Awak,
Bertahun sudah berlalu,
Tidak saya sangka,
Kita akan bertemu,
Menyemai kasih yang terputus.

Awak,
Bertahun saya menunggu awak,
Mengharapkan awak kembali,
Mengukirkan senyuman letuskan tawa,
Bila saya dirundung sepi.

Awak,
Selepas awak pergi,
Tiada khabar yang saya dengari,
Hanya padaNya saya panjatkan doa,
Agar awak sihat selalu.

Awak,
Saya tersedar dari lamunan,
Rupanya awak sekadar mimipi,
Menganggu tidur menggugat malam,
Membuat tangisan kembali mengalir.

Awak,
Apakah khabar awak di sana,
Kiriman doa tidak pernah putus,
Mengharapkan awak bahagia selalu,
Cukup buat saya gembira,

Awak,
Saya sendirian selepas awak pergi,
Bukan mudah menggantikan awak,
Biarpun kita terpisah jauh,
Awak sentiasa saya sayangi.

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: