Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, September 11, 2009

[4] Penyesalan

‘Awak sedar tak apa yang awak lakukan? Kenapa saya yang awak kejar? Ingat sikit awak, awak dah beristeri. Cinta dan sayang seorang isteri itulah yang paling suci antara semua cinta yang ada. Melainkan pada Yang Esa. Kenapa awak khianati kepercayaan dia? Kenapa awak kejar saya? Kenapa??!!’ Walaupun suara aku tidak begitu kuat, namun ketegasan masih wujud. Dan hilang sudah rasa hormat aku pada dia sehinggakan tiada lagi panggilan ‘encik’ yang aku gunakan.

Bukan aku mahu meletakkan semua kesalahan atas dirinya seorang, kerana aku tahu itu juga kesalahan aku. Betapa aku amat rasa bersalah pada isterinya. Bukan aku tidak pernah bersua muka dengan Puan Suraya, namun aku amat mengenali wanita itu. Seorang wanita yang lengkap ciri-ciri untuk dijadikan seorang isteri. Tapi kenapa harus aku juga yang dikejar oleh Encik Hisyam?

‘Yang, abang ikhlas. Apa yang berlaku tadi bukan kehendak abang. Abang sendiri tak tahu kenapa abang berani ‘tuk sentuh Eyqa. Percayalah, abang mampu untuk lindungi Eyqa. Abang akan bertanggungjawab kalau itu yang Eyqa mahukan.’ Terdengar penyesalan dalam tutur katanya, namun aku mengerti tidak ada apa yang mampu kami lakukan.

Kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa. Tapi dalam situasi aku, perahu yang terlajak tidak mampu lagi diundurkan, malah kata-kata yang dituturkan, tidak mampu aku dengari.

‘Abang? Bertanggungjawab? Senangnya cakap awak. Awak ingat saya ni apa? Bukan senang untuk seorang isteri menerima kehadiran wanita lain dalam hidup suaminya, apatah lagi wanita ‘tu merupakan pelajar dan orang yang dikenalinya. Awak, fikirlah masak-masak. Saya tak boleh salahkan awak atas apa yang berlaku, sebab saya tahu, saya juga bersalah dalam hal ni. Saya harap, ini kali terakhir saya berjumpa dengan awak. Dan saya harap, awak jangan ulangi kesilapan yang sama.’

Walaupun dalam esakan, namun aku masih mampu untuk berfikiran waras dan bercakap dengan jelas. Air mata penyesalan yang bergenang di kelopak mataku, tidak mampu lagi dihalang. Pipi aku kebasahan dek air mata yang aku tahan-tahan tadi. Aku melangkah meninggalkan tempat itu, namun sempat tangan aku ditarik oleh Encik Hisyam.

‘Eyqa, saya minta maaf. Saya harap awak boleh bagi saya peluang untuk betulkan kesilapan saya.’ Dia masih lagi cuba untuk memujuk aku. Tapi kenapa hati aku masih lagi sekeras berlian yang mampu mencalarkan kaca?

‘Bukan pada saya maaf yang patut awak pohon. Mintalah kemaafan itu dari isteri awak. Itu pun andai awak mampu berkata jujur dengan dia. Dan andai dia mampu untuk memaafkan awak. Saya minta diri dulu.’ Tanpa mendengar jawapan dari dia, aku menarik kembali tangan aku yang berada dalam genggaman dia dan melangkah keluar dari unit itu dengan seribu satu penyesalan.

Biarpun perkara terkutuk itu berlaku dalam tempoh yang sekejap, tapi aku masih dihimpit penyesalan yang tidak dapat aku ungkapkan dalam kata-kata. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana aku sanggup mengkhianati kepercayaan isterinya.

Dalam perjalanan aku balik ke bilik, aku melihat pelajar-pelajar lain sedang sibuk mengangkut beg-beg mereka masuk ke dalam kereta di luar blok-blok kediaman pelajar. Masing-masing tidak sabar untuk sampai ke rumah dan berehat panjang sebelum menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar universiti.

Dalam kegembiraan mereka, aku menangisi kejadian tadi. Entah kenapa, kaki aku seolah-olah tidak mahu membawa aku balik ke bilik tapi membawa aku ke tasik di hadapan Blok Pentadbiran. Tasik yang mana menjadi tempat aku dan rakan-rakan menabur cebisan roti untuk dijadikan santapan ikan-ikan yang menghuni tasik itu.

Kaki aku terus melangkah ke wakaf yang berada di situ. Dan aku, masih lagi terus menangis. Menangis dan terus menangis. Menangis sambil tangan aku memegang rantai pemberian Encik Hisyam tadi.

‘Kenapa aku tergamak melakukan perkara terkutuk ‘tu tadi? Kenapa dia sanggup langgar etika kerja dia sendiri? Kenapa aku yang menjadi pilihan? Kenapa aku?’ Aku hanya mampu menjerit dalam hati di sebalik kebisuan malam yang semakin gelap.

‘Kenapa aku menangis? Ini bukan pertama kali aku melakukan semua ini? Kenapa cerita yang sama berulang semula? Kenapa aku tidak mampu melawan nafsu sendiri? Dan kenapa harus aku tangisi perbuatan itu?’ Jeritan batinku yang tidak mampu aku ungkapkan.

‘Sayangkah aku pada dia? Rindukah aku pada dia? Arrgghh... Persetankan semua perasaan itu. Kerana perasaan itu jugaklah aku kecundang di tangan lelaki. Kerana perasaan yang aku pernah anggap suci itu jugaklah, aku jadi begini. Persetankan semuanya!!!’ Jeritan terakhir aku buat malam itu, hanya mampu bergema jauh di lubuk hatiku. Tidak mungkin akan aku luahkan.

*** *** *** ***
‘Eyqa, kenapa mata kau bengkak ni? Nangis pasal ‘pa ni?’ Wanie bertanya waktu aku melangkah masuk ke bilik.

‘Hurm...’ Itu saja yang mampu aku katakan sebelum kaki aku terus melangkah ke katil. Dan aku dibuai terus terlena tanpa menyedari, rakan sebilikku diburu kebingungan.

Paginya, agak awal aku terjaga. Rakan sebilikku sudah bersiap-siap untuk pulang. Mungkin sedang menunggu ketibaan ibu bapanya yang bertolak dari Sungai Petani.

‘Eyqa, kau OK ke ni? Malam tadi aku tanya, kau tak nak jawab apa-apa. ‘Pas ‘tu terus masuk tidur. Risau aku tau malam tadi. Kalau ada masalah, ceritalah. Kau jumpa dengan siapa malam tadi?’ Wanie masih lagi cuba mengorek rahsia dari aku.

‘Takda apalah. Aku OK je. Mak ayah kau sampai pukul berapa ni?’ Aku mengelak dengan cuba bertanya soalan pada dia semula.

‘Dah nak sampai pun. Tadi depa call. Katanya dah sampai di Pauh.’

‘Aku mandi dulu ye. Takut tak sempat pulak nak jumpa dengan family kau nanti.’

‘Okay.’

*** *** *** ***
Rakan sebilikku yang lain pun semua telah pulang. Tinggallah aku keseorangan. Tiba-tiba terdengar deringan telefon.

‘Ma dah sampai pintu depan. Bawak turun barang kat bawah. Senang nak angkat masuk kereta.’ Mama rupanya yang call. Bagitahu dah sampai. Akhirnya tiba juga masa aku untuk melangkah keluar dari sini.

‘Okay ma.’ Pendek saja jawapan aku. Malas mahu berborak panjang.

Dalam kesibukan aku mengangkut barang dari bilik ke bawah blok, aku terlihat kereta mama sampai.

Yes, sampai pun.’ Hati aku berkata gembira.

‘Banyaknya barang. Ada lagi ke?’ Mama bertanya sambil membuat muka. Agak terkejut melihat barang aku yang agak banyak.

‘Takda dah. Ni je.’

Usai meletakkan barang ke dalam kereta, aku bergerak pulang. Meninggalkan segalanya di sini. Walaupun aku tahu, aku mungkin akan kembali ke sini suatu hari nanti, aku amat berharap aku dapat melupakan peristiwa semalam. Tapi jauh di sudut hatiku berbisik, ‘Saya tak tahu sejak bila, tapi saya kejadian semalam membuatkan saya sedar yang saya sayangkan awak, Hisyam. Maaf kerana saya tak mampu untuk berterus-terang.’

Ya, kejadian semalam telah membuatkan aku sedar, aku mula menyayangi dia. Tapi aku tidak akan sesekali berterus-terang. Biarlah masa yang menentukan. Andai ditakdirkan kami bertemu semula, itu mungkin jodoh kami. Tapi andai kami berpisah setelah bertemu, itulah perpisahan terakhir kami.

p/s:idea yg dtg secara tbe2..tgh tgk boys over flower..huhu..sweet..hehehe..njoy reading..dun 4get 2 komen yea..

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: