Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Tuesday, September 08, 2009

Impian Dan Kenangan [prolog]

‘Yang pasti, mama tak boleh terima dia. Bukan dia. Muktamad. Takda talian hayat yea sayang.’

‘Kenapa ma? Ma kata ma terima siapa pun pilihan Fea. Tapi kenapa bukan dia? Ma tau kan Afiq sayangkan Fea. Fea pun sayangkan Afiq.’

‘Maafkan ma. Tapi ma harap sangat, Fea pandai jaga diri. Dan kalau boleh, ma tak nak Fea ulang kesilapan lama mama.’

‘Ma, please. Tell me what’s going on.’

‘Fea, akan tahu jugak satu hari nanti. Tapi bukan sekarang. Maafkan ma. Tolong bagitahu keluarga Afiq, ma tak sihat. Ma tak dapat jumpa mereka kat bawah.’ Kata aku sambil melangkah ke bilik bacaan aku yang tidak aku benarkan sesiapa masuk.

‘MAMA!! Kenapa sampai macam tu sekali ma buat keluarga Afiq. Kalau sekali pun ma tak suka, please ma. Kita jumpa mereka.’ Sayup-sayup terdengar jeritan suara Sofea. Satu-satunya anak gadis aku. Yang paling aku sayang. Dan pastinya, lahir atas kesilapan aku sendiri.

‘Maaf uncle, auntie. Mama tak sihat. Tak dapat turun bawah. Hurm.. Afiq, saya minta maaf. Biarpun saya terlalu sayangkan awak, tapi saya kena jaga hati mama saya. Saya terpaksa tolak pinangan keluarga awak. Maafkan saya.’

‘Sofea, kenapa awak cakap macam tu. Apa silap atau salah saya yang mama awak tak suka? Kenapa awak mentah-mentah terima cadangan mama awak. Setahu saya, auntie selalu layan saya dengan baik. Kenapa bila saya datang dengan ibu bapa saya, auntie terus tak boleh terima saya? Fea, apa makna semua ni?’

‘Saya tak tahu Afiq. Mama adalah segalanya buat saya, Saya pernah bagitahu awak sebelum ni. Saya hanya ada mama. Family mama dah buang mama. Papa saya, saya tak tahu siapa. Saya tak layak untuk awak.’

‘Tapi Fea, saya tak pernah kisah dengan semua tu. Saya tetap sayangkan awak. Even mak and abah saya pun boleh terima awak. Awak...’

‘Prang... Prang...’ bunyi kaca percah kedengaran dari tingkat atas rumah banglo 3 tingkat itu. Dan yang pastinya, bunyi kaca itu kedengaran dari bilik bacaan aku.

‘Ya Allah, mama.’ Dengan pantas Sofea berlari ke tingkat atas yang menempatkan bilik bacaan aku.

‘Mama, please. Jangan buat lagi. Mama tak sayangkan Fea ke? Fea dah takda siapa-siapa lagi. Mama, please. Buka la pintu ni, mama. Mama... Mama...’ bukan lagi tangisan yang aku dengar dari luar pintu bilik. Sofea menangis semahunya bila tiada sebarang reaksi yang aku berikan.

‘Fea, please. Just leave me alone. I’m gonna be okay. Promise.’

‘No ma, no. I know u. I know my own mum. Ma, Fea dak tolak pinangan Afiq kalau itu yang mama mahukan. Tapi mama, please don’t do stupid things. I don’t have anyone else. Even papa.’ Semakin kuat teriakan Fea bila aku masih lagi membisu seribu bahasa.

Afiq berlari naik ke tingkat atas bila mendengar teriakan Sofea. Sudah pasti dia tidak mahu apa-apa berlaku pada Sofea.

‘Fea, kenapa ni?’

‘Afiq, saya dah takda sesiapa. Hanya mama je yang saya ada. Saya takut apa-apa jadi pada mama. Mama selalu macam ni bila teringatkan papa. Bilik ni, takda siapa yang pernah masuk. Hanya mama je yang ada kunci.’

‘Auntie, buka la pintu ni. Auntie okay ke kat dalam.’

‘Assalamualaikum. Sofea...’ Kedengaran suara orang memberi salam di pintu rumah.

‘Waalaikumussalam. Mummy, mama pecahkan frame gambar lagi dalam bilik bacaan. Auntie tolong pujuk mama.’ Rengek Sofea pada Syasya, sahabat baik aku yang telah aku kenali sejak kecil lagi.

Sudah pasti kedatangan Syasya berkenaan pinangan yang datang untuk Sofea pada hari ini.

‘Syam...’ Syasya berkata dengan tona yang perlahan bila melihat ayah Afiq.

‘Kenapa tak call awal-awal. Lama dah ke mama dekat dalam bilik tu?’

‘Prang... Prang...’ Kedengaran lagi sekali bunyi kaca terhempas dari tingkat atas.

‘Eyqa, yang kau pecahkan frame gambar tu buat apa. Dah dah la tu. Benda dah jadi. Betul ke apa yang aku fikirkan? Eyqa, sudahlah tu. Keluar la. Aku bagi kau seminit je. Kau bukak pintu ni atau aku yang bukak sendiri.’ Syasya cuba untuk memujuk aku biarpun dia tahu, aku takkan termakan pujukan dia.

Namun, tiada respons yang mampu aku berikan. Kedatangan keluarga Afiq, kekasih Sofea membuatkan aku teringat sejarah silam yang berlaku berpuluh tahun dahulu. Peristiwa yang membuatkan aku menangis setiap malam. Peristiwa yang tak mampu aku lupakan. Kerana peristiwa itu, kerana sayang aku pada 'dia' itulah yang membuatkan aku melahirkan Sofea tanpa ikatan perkahwinan. Kerana peristiwa itu juga aku melarikan diri dari ‘dia’, dan kerana peristiwa itulah aku dibuang keluarga. 'Dia' merupakan seorang lelaki yang cuba untuk aku lupakan, namun jauh sekali, aku tidak berdaya.

p/s:nie cubaan pertme ak utk menulis..xpasti la berjaya @ x..ilham dtg time ak ats bus nk blk blik dr claz..huhu..jgn lpe bg komen yea..klu ad yg menanti,ak smbung..klu x,biarlah jd rshia ak..

lots of love,
[Miss Eriqa]

6 comments:

Am said...

bagus :) teruskan berkarya.. manatau satu hari nanti ada karya Eriqa di rak2 kedai buku..syok tu

[Miss Eriqa] said...

huhu..
tq am..
insya-Allah kalau diizinkan..
dlu prnh gak terpk nk menulis..
n mgkn nk try anta tuk publishing..
hehehe..

Anarif_88 said...

salam.
hai eriqa.frankly, awak boleh menulis,tapi berhati-hati dgn sudut penceritaan.if awak nak guna sudut org pertama, teruskan dgn org pertama saja.sebab kalau tak awak mgkn memeningkan readers.
lg satu, if awak nak menulis, menulislah sebab awak nak, bukan sebab ada org baca.sebab happy tu awak yg punya, right? if u r happy by writing, so keep writing, regardless of whether people like it, or its the otherwise.
i'm sure u can make it.everything is perfect.cuma that sudut penceritaan 2 je yg awak kena hati-hati.
ops! teguran ikhlas dr sy ya.sama2 kita mencari kebahagiaan diri dgn menulis.insyaAllah.
salam dari saya.

[Miss Eriqa] said...

huhu..
bab sudut penceritaan tue..
mmg sengal sket la..
xtau nk wat as in org kebpe..
hehehe..
myb akn tkr kot..
hehehe..
ok2..
tq 4 da advice..

misz nana said...

nape mak Sofea x leh terima Afiq?
ke, ayah Afiq tu ayah Sofea gak?
persoalan2..

[Miss Eriqa] said...

hehe..
klu sye bgtau awl2..
xde la smbungan nye..
hehehe..
nnt sye upload bab pertme yea..
nie bru permulaan..
prolog novel nie..