Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Tuesday, September 08, 2009

Sinopsis

Knpe Impian Dan Kenangan?

Impian Dan Kenangan mengupas isu menganai Eyqa, seorang akauntan bertauliah yang berjaya. Kerjaya yang meletakkan dia setaraf dengan akauntan bertauliah ternama di Malaysia. Siapa yang tidak kenal dengan Eryqa Elyana Muhammad. Satu nama yang tersohor dalam dunia profesion akauntan dan juruaudit di Malaysia.

Namun, tiada siapa yang menyangka, seorang wanita yang cekal dan tabah menghadapi dugaan dalam profession tersebut mempunyai sejarah silam yang pernah membuatkan dia jatuh dalam sekelip mata. Kerana kesilapan itulah, dia tekad membesarkan anaknya, Putri Cahaya Sofea keseorangan. Kesilapan yang membuatkan dia mempunyai seorang anak yang tidak berdosa.

Manakala Sofea, seorang anak yang tidak berdosa. Tidak mengenali siapa ayahnya sendiri. Sejak kecil, Eyqa adalah mama dan papa kepadanya. Membesar dalam kemewahan yang diberikan oleh Eyqa, tidak pernah membuatkan Sofea alpa dengan dunia. Didikan yang seeloknya diberikan oleh Eyqa dengan harapan Eyqa tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan olehnya.

Namun, impian untuk mendirikan mahligai indah bersama kekasihnya, Muhammad Afiq Haikal mendapat tentangan dari Eyqa tanpa dia mengetahui apakah sebabnya. Sering kali ingin mengetahui mengenai kisah silam mamanya, namun sering kali dikecewakan dengan jawapan oleh Eyqa.

Impian Dan Kenangan mengupas tentang konflik yang berlaku antara 2 insan yang menyayangi antara satu sama lain namun terpaksa berpisah. Mampukah impian dipertahankan dan terus dibina andai kenangan masa lalu yang cuba dilupakan datang secara tiba-tiba? Impian yang dibina atas kekecewaan lepas dan kenangan yang telah disimpan jauh di lubuk hati datang menghancurkan impian. Siapakah yang bersalah, dan siapakah yang bakal mengecap bahagia atas kesedihan insan lain?

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: