Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Friday, October 30, 2009

Update Terbaru Novel IDK

Aku ketandusan idea untuk teruskan IDK sebab aku rasa macam aku dah lari dari jalan cerita yang asal. So, aku akan berhentikan IDK dari terus dipostkan. Selepas habis final exam, aku akan rombak semua jalan cerita IDK supaya tidak lari dari jalan cerita yang sepatutnya.

Penceritaan dari pihak pertama membataskan penceritaan aku. Mungkin aku akan still teruskan dengan penceritaan dari pihak pertama, tapi melalui 2insan yang berbeza. Macam tak seronok la pulak kan kalau kita cuma tahu pasal kehidupan Eryqa yang terlalu cepat. Macam tak seronok je aku rasa.

Aku letakkan diri aku sebagai pembaca. Dan aku rasa macam ada part yang kurang je. Kalau pembaca tahu pasal kehidupan Hisyam selepas kehilangan Eryqa, pun macam best je bagi aku. Huhu...

Dan sebagai pembaca jugak aku selalu bertanya, apa sebenarnya Impian Eryqa? Kenangan yang Eryqa cuba untuk lupakan, mungkin aku dapat agak. Tapi aku still tertanya2 apa sebenarnya Impian Eryqa. Hurm...

Lepas tu, kalau fikir logik, 32tahun yang lepas dah ada ke sistem kolej? Eh2, macam tak logik je kan. Haha.. Sebagai pembaca, aku rasakan biarpun novel ni hanyalah rekaan, tapi kena masuk akal jugaklah jalan penceritaannya. Kalau cerita rekaan yang betul2 rekaan, mungkin kita dpat tipu sikit2 kan. Contoh macam, ada kereta terbang ke, mall yang tak wujud ke. Hehehe.. Tapi IDK bukanlah cerita rekaan yang macam tu. So, tak boleh la nak reka benda yang tak wujud kan. Hehehe...

Disebabkan aku letakkan diri aku sebagai pembaca dah rasa macam jalan cerita dah lari, so aku buat kesimpulan yang aku akan berhentikan buat sementara waktu novel ni. Maaf la pada sesiapa yang mengikuti novel ni. Tapi, ada ke yang nak baca? Huhu.. Kawan2 aku je la kot. Apa2 pun, aku mintak maaf okay.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Makan Lagi

Ni la nasi goreng ladna. Huhu.. Nampak sedap kan??

Cendul pulut versi Jo Cendul Pulut

Hari tu aku ada post pasal aku kepingin nak makan Mc'D kan? Huhu.. Tu cerita hari ahad. Tapi hari selasa yang lepas, ada satu lagi cerita baru. Hehehe... Aku kepingin nak makan cendul pulut. Tapi bukan sebarang cendul pulut. Sebab aku nak cendul pulut kat Jo Cendul PUlut.

Huhu... Kalau orang kat area jitra tau la Jo Cendul Pulut tu kat mana. Hehe.. Makanan kat sini, memang sedap. Nyam2. Hehehe.. Tapi satu je yang kurang. Service diorang, hampeh. Tak mesra langsung. Kalau aku tengah bad mood, memang aku takkan datang kedai ni. Buat aku sakit hati lagi adalah.

Aku keluar dengan yong, kak wanie, liza n ina. Huhu.. Yong drive kereta aizu. Pinjam sekejap. Huhu... Gerak hampir pukul 7, then balik sampai bilik pukul 830malam. Sekejap je pun. Keluar semata2 untuk makan cendul pulut. Hehehe...

Lapar punya pasal, aku order nasi goreng ladna. Sedap tau. Huhu.. Harga tu, tak pasti la standard atau mahal. Tapi, bagi aku standard la kot. Hehehe...

Aku pun tak tahu kenapa, tapi semenjak 2menjak ni, aku selalu sangat nak teringin makan macam2. Hari McD, lepas tu cendul pulut. Lepas ni tak tahu la apa lagi yang aku akan teringin nak makan. Hehehe...

Aku kuat makan ke?? Sangat kuat makan okay. Kalau dulu memang tak kisah sangat. Sebab aku main sports, so badan aku susah nak naik. Tapi sejak masuk matriks, aku dah jarang bersukan. So kalau makan macam2, memang cepat je badan aku naik. Takut!!!

Aku rasa badan aku dah makin naik, tapi bila jumpa member2 yang dah lama tak jumpa, boleh je dorang cakap badan aku dah susut. Dah kurus. Kurus ke? Tolong jawab sikit ya kawan2. Huhu..

Susut mungkin la kot. Sejak aku sakit hari tu, selera makan aku dah mati. Kadang2 aku rasa malas nak makan. Pasal apa pun aku tahu. Nak cari balik selera makan aku macam dulu2, memang payah sikit la. Huhu...

Kalau aku tengah lapar atau teringin nak makan apa2, mesti akan licin. Hehehehe..

5cendul pulut + cendul biasa + cucur udang..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Wednesday, October 28, 2009

Perubahan + Persahabatan

Miss Eriqa: miss the old time
Mimie: hehe
Mimie: suma org sedang mngalami zaman perubahan dia
Miss Eriqa: memang la
Miss Eriqa: rasa2
Miss Eriqa: kita still macam dulu ke
Miss Eriqa: even semua orang berubah?
Mimie: kta tak leh jd mcm dlu
Mimie: tp ikatan tu tak putus
Mimie: akan remain the same

Pernah terfikir tak kenapa kadang2 kita rasa yang kawan2 kita berubah? Adakah sebab kita tak boleh terima perubahan itu atau kita yang tidak mahu berubah?

Zaman perubahan bukanlah sesuatu yang kita suka. Sebab bagi aku, bila kita alami zaman perubahan ni, pasti akan ada yang terluka. Terluka dengan sikap dan kata2 kita. Bukan nak menyalahkan sesiapa, sebab aku bercakap berdasarkan pengalaman.

Perubahan kepada sesuatu yang baik tidak pernah dihalang sesiapa. Tapi kita kena beringat jugak, tidak semua yang akan suka dengan perubahan itu. Kadang2 perubahan yang berlaku boleh membuatkan kita renggang dengan kawan2. Tapi aku nasihatkan, janganlah sesekali bersikap macam tu. Sebab itu hanya akan menyebabkan kita berasa kesunyian.

Aku pernah alami saat begitu. Kawan yang dulu rapat, aku rasakan makin renggang. Bukan seorang dua, tapi ramai. Bila cakap pasal zaman2 yang kitorang pernah lalui, betapa aku rasakan terlalu cepat masa berlalu. Kadang2 aku rasakan baru semalam saat2 gembira itu semua berlaku. Sampaikan kadang2 aku rasakan, kenapa aku tak dapat lalui detik2 itu semula.

Ada orang pernah berkata pada aku, biarpun kita berubah, persahabatan itu tidak akan terputus. Betul ke? Sebab ada jugak yang aku tengok, persahabatan antara 2sahabat terputus sebab perubahan yang tidak boleh diterima oleh orang lain. Hurm... Dalam satu situasi yang susah.

Aku sudah berubah atau belum, sku sendiri tak tahu, Jangan tanya mengapa, sebab aku tak tahu nak jelaskan macam mana. Pada mereka yang dah lama kenal aku, mungkin diorang tahu aku berubah atau tidak. Kita tidak sedar kita berubah atau tidak, sebab kita rasakan kita masih seperti dahulu. Tapi orang lain akan sedar perubahan kita. Percayalah, sebab itu yang berlaku dalam kehidupan aku.

Aku punya kawan2 yang aku sangat sayang. Biarpun antara kami tidak lagi serapat dulu akibat dari kesibukan diri masing2, itu bukan penghalang untuk kitorang masih lagi menjadi kawan. Aku sayang semua kawan2 aku. Kadang2 aku tak mampu untuk ucapkan dengan kata2, tapi aku rindukan gelak tawa mereka.

Tapi petang ada satu peristiwa dekat bilik mimi. Aku lepak sana sebab nak siapkan assignment FM aku. Bila aku tengok rupa mimi baru bangun tidur, tawa yang dah lama aku tak dengar senyumam yang terukir di wajah dia, aku gembira. Sangat gembira, biarpun aku tahu dia ada kesusahan tersendiri.

Aku suka tengok kawan2 aku tersenyum gembira, tawa riang. Mungkin aku bukanlah penyebab keadaan itu berlaku, tapi itu dah cukup buat aku sendiri tersenyum. Sebab senyuman dan tawa meraka yang jadi penawar bagi mengubat rindu aku. Sungguh, aku rindukan saat2 yang telah berlalu. Andailah masa boleh aku putarkan kembali, akan aku putarkan kembali ke saat2 yang lama. Segalanya hanya kerana merindui mereka yang bergelar sabahat.

Vitamin C - Graduation (Friends Forever)

And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of that night in June
I didn't know much of love
But it came too soon
And there was me and you
And then we got real blue
Stay at home talking on the telephone
And we would get so excitedand we'd get so scared
Laughing at ourselves thinking life's not fair
And this is how it feels

[1]
As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
From whatever
We will still be
Friends Forever

So if we get the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man?
Can Heather find a job that won't interfere with her tan?
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels

[Repeat 1]

La, la, la, la:
Yeah, yeah, yeah
La, la, la, la:
We will still be friends forever

Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there?
Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly

[Repeat 1 (3x)]

notapengarang: aku menangis lagi..kenapa aku makin sensitif dengan perihal ini??

lots of love,
[Miss Eriqa]

Monday, October 26, 2009

Rahsia Di Sebalik Cinta

Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci

Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan…

Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan

Tersesat kita dalam perjalanan

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

lots of love,
[Miss Eriqa]

Nota Terakhir Sebelum Bertempur

Aku akan away buat beberapa hari. Semuanya dilakukan untuk mencari semangat untuk menghadapi peperiksaan. Tapi jangan risau, aku tetap akan baca kalau ada tuan empunya blog yang update blog2 mereka. Aku away untuk menulis di blog aku sahaja.

Buat rakan2 seperjuangan, aku doakan kalian berjaya dalam menempuhi satu peperangan yang bernama 'peperiksaan akhir semester ini'. Aku ingin memohon maaf andai ada aku membuat kesalahan pada kalian. Halalkan mana yang terlebih, mana yang terkurang. Good luck buat semua.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, October 25, 2009

Aku Ada Satu

Malas nak update panjang2. Dipendekkan cerita, aku dapat jugakmakan Big Mac di Mc'D AS dengan roomate, aizu n fahmi. Aku amat2 gembira okay. Dan aku jugak dapat 1gelas coke tu. Huhu.. Warna purple.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Kepinginkan Mc'D

Aku dilanda kelaparan. Uwa.. Patutkah aku berasa lapar? Huhu.. Tapi aku nak Mc'D!! Uwa...... Nak makan Mc'D. Kecur air liur aku tengok gambar2 di bawah.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, October 24, 2009

Life Sabtu Yang Berubah

Kisah hidup aku hari sabtu sudah berubah. Kelas sains sukan dah habis. Tak tau nak buat apa. Bosan. Bangun pun lambat. Hurm..

Semalam aku dapat habiskan beberapa bab untuk subject MA. Hehe.. Suka2. Tapi ada 2bab lagi yang aku tak dapat nak habiskan. Nota takda dengan aku. Nak harap buku, tak dapat lah jawabnya. Terlalu ringkas sampaikan kadang2 aku tak berapa nak paham. Hope dapat la notes tu dari sesiapa. Huhu..

Now nak focus siapkan assignment FM. Lebih kurang macam aku study jugaklah. Huhu.. Final dah semakin dekat. Hope aku dapat habiskan study sebelum paper. Good luck buat semua student yang akan menghadapi final nanti.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, October 23, 2009

Kurang Dari 5

Kebuntuan.

Kelaparan.

Mc'Donald?

Teringin sangat.

Rindukan mereka.

Siapa mereka?

Abg.

Alan.

Oshin.

Mimie.

Abg Lan.

Azieqah.

Adeq.

Ramainya.

Nak balik KL.

Tapi final dah dekat.

Tekanan menghampiri.

Better get relief of it.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Final Hampir Tiba

Pagi yang indah.
*pagi ke? dah nak masuk tengah hari la eriqa. hehe...*

Aku online dalam bilik. Nak online kat mana lagi kan. Hehehe... Hari ni, aku nak habiskan study untuk paper yang pertama. Doakan aku yea. Harap2 aku dapat buat tanpa sebarang kemalasan yang datang. Huhu...

Roomate aku dah gerak ke melaka malam tadi. Mungkin besok baru balik. Keseorangan lagilah nampak gayanya. Tapi, aku tak kisah. Hehehe... Life need to be go on.

Ni jadual peperiksaan aku. Sangat menyedihkan. Sebab dah 2semester jadual exam aku jadi macam ni. Masa sem1, tak kisah la balik lambat, tapi paper ada jarak2. Tapi sem2 n sem3, paper aku straight macam ni. Kalau sem2, boleh balik awal, tapi sem ni, straight jugak namun hampa sebab di hujung tarikh peperiksaan. Balik lambat la. Doakan aku yea.


lots of love,
[Miss Eriqa]

Monday, October 19, 2009

Demam Kembali

Online sebentar di bilik yong. Huhu... Actually malam ni blok aku ada buat jamuan blok. Sekali dengan jamuan raya la kot. Aku demam, dan disebabkan aku ni baik, aku tak pergi sebab aku tak nak menyebarkan virus demam aku pada orang lain. Hehehe...

Tadi turun makan kat cafe makngah. Lepas tu terus lari p bilik yong and kak wanie sebab malas nak lepak kat bilik. Online guna krisnet. Huhu.. Dah lama jugak la aku tak online guna krisnet. Sebab aku kan selalu online guna broadband. Hehehe...

Semalam aku ke changlun. Ajak kina makan kat anjung. Aku teringin sangat nak makan kat situ dari hari tu. So, ajak kina and dia setuju nak hantar. Bayar la duit minyak sikit. Huhu... Lepas tu gerak ke cmart sebab aku nak beli barang sikit. Aku pusing2 dulu kat dalam cmart tu. Saja, bosan kalau balik awal sangat. Then, waktu nak balik, hujan la pulak. Tunggu hujan reda sikit then redah hujan nak balik uum.

Ingatkan dah reda, tapi on the way balik, tiba2 hujan lagi. Alamak, nak tak nak, redah jugak sampai uum. Balik bilik, aku tak mandi. Setakat keringkan badan je. Dah la masa aku jumpa kina, dah nampak tanda2 aku nak selesema. Balik redah hujan, lagilah bertambah2 teruknya. Semalam dah makan ubat. Ponstan dan ubat selesema. Tahu kat mama aku makan terlebih dos, mesti dia marah.

Bangun pagi tadi, kepala dah berat. Terpontenglah kelas FAR2. Tapikan, bila aku tanya member aku, dia kata kelas pagi tadi batal sampai isnin minggu depan. So, nasib aku kira baiklah. Huhu...

Then, petang tadi badan aku dah mula panas. Huhu... Kesimpulannya, aku demam balik. Aduh, dah la masa mula puasa demam, hujung raya pun nak demam jugak? Dugaan2. Hehehe...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Satu Kenangan Bersama A4T5


A4T5 merupakan kelas aku sewaktu di matrikulasi. Di sini, aku kenal ramai kawan. Ada yang berpura2 dengan aku, ada yang ikhlas. Tapi itu aku tolak ke tepi. Apa yang aku nak ceritakan dalam entry ni adalah mengenai kelas aku.

Dalam kuliah A4, ada 6tutoran. Masing2 T1, T2, sampailah ke T6. Dan kelas aku merupakan tutoran ke5, T5. Dalam kelas aku, ada 17students. Rasanya aku ada letak post kat sini pasal kelas aku before ni. Tapi just nak kenalkan budak2 dalam kelas aku.

Ketua tutoran aku, Mohd Faris @ Bro. Dia ni budak Sepang.
Then, Uzir Shah @ Ujay, dari Johor.
Next will be Mohamad Firdaus @ Showo. Dia ni dari Johor jugak macam Ujay.
Last guy will be Mohd Fadzley @ Jep. Jep dari N9 tapi kehadiran dia dalam kelas kitorang tak lama, hanya sebulan. Dia berhenti program metrikulasi sebab nak sambung foundation di UNITEN Bangi.

Yang lain semuanya perempuan.
Aku sendiri dari KL.
Sakinah Zahra' @ Kina sama macam aku, dari KL.
Roslin Rahim @ Lynn pun dari KL.
Nurul Aida @ Aida dari Sungai Petani, Kedah.
Farah Dina @ Dina dari Kuala Kangsar, Perak.
Wan Emi Marini @ Emy dari Terengganu.
Nor Ashikin @ Shikin dari Selangor.
Khalilah Khairi @ Ilah dari Mata Ayer, Perlis.
Goh Lay Khoon @ Amoi. Sorang je chinese dalam kelas aku, berasal dari Selangor.
Nor Ayu @ Ayu dari Terengganu.
Nor Hidayah @ Dayah dari KL.
Nabilah Hazwani @ Bilah dari Selangor.
Zatul Najihah @ Ji dari Terengganu.
Nor Zawiyah @ Awi dari Kedah.

Itu semua nama budak2 dari kelas aku. Kalau ada yang tersilap, sorry tau. Walaupun aku masih ingat semua yang satu kelas dengan aku, tapi susah aku nak ingat nama penuh korang semua. Sebenarnya, walaupun aku satu kelas dengan diorang semua, aku tak berapa rapat.

Kalau kena buat assignment dalam group, mesti aku rasa malas. Sebab aku tak tau nak group dengan siapa. Biasanya aku group dengan budak2 lelaki. Hehe.. Tapi sejak aku gaduh dengan Bro, aku selalu join Ayu dalam grouping. Huhu...

Masing2 ada karenah masing2. Ada yang kaki menyakat, manja, gedik. Macam2lah. Tapi itulah rempah kehidupan A4T5. Aku mula baik dengan budak2 sekelas masa pertengahan semester ke2. Huhu.. Masa tu, kalau takda kelas, confirm lepak kat Izhaton atau Hafa untuk brunch sekali.

Kalau ada kelas tutoran kat tutoran A, mesti kitorang akan singgah kat bakery untuk beli kudap2. Hehehe... Kadang2 tu, macam tahu2 je bila isteri En Mahyuddin datang nak hantar nugget and so on. Semua ni menjadi satu kenangan indah buat aku.

Biarpun ada antara kami yang lost contact, tapi aku still akan ingat korang semua sepanjang hayat. Satu kelas penuh dengan ragam, namun inilah kelas terbaik buat aku sepanjang di matrikulasi.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, October 17, 2009

Satu Kehidupan

Tadi pagi bila lepak sekejap di matriks arau, aku berasa sangat sedih. Sedih sebab terpaksa meninggalkan satu kehidupan yang amat menyeronokkan. Sedangkan masa mula masuk matrikulasi, aku merampus memang tak nak pergi. Sebab tempat tu sangat jauh dari bandar dan takda langsung entertainment. So, macam mana aku nak cari life aku?

Tapi, bila aku jejak kaki ke sana, bila dah lama2 lepak dengan kawan2, rapat dengan lecturers, aku rasakan walaupun terkongkong dalam satu kawasan pra-u yang jauh dari bandar, aku masih boleh mencari kehidupan yang aku inginkan. Dekat sini, mengajar aku erti persahabatan, ada yang kawan makan kawan, macam2lah lagi.

Betapa aku amat merindui life di sana. Alangkah bagusnya kalau aku dapat menikmati semula life yang pernah aku alami di sana.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sejenak DI RPA Arau Dan KMP Arau

Huhu.. Pagi ni aku ada cerita menarik nak story dengan korang semua. Malam tadi, tengah aku khusyuk buat assignment yang nak dihantar besok, room mate aku dengan secara tiba2 mengajak aku keluar untuk makan burger di changlung. Mula2 macam tak jadi sebab takda kereta, tapi tiba2 room mate aku dapat sewa kereta dengan member aku sendiri. Kitorang keluar dalam pukul 1. Sampai kat main gate, tiba2 UK *unit keselamatan* tahan. Rupa2nya kitorang tak boleh keluar. Padahal sebelum ni ok je kalau nak keluar. Nak masuk yang susah kalau dah lepas pukul 12. So, kesian la dekat room mate aku.

So, kitorang tukar rancangan. Pagi tadi lepas subuh, around pukul 7 kitorang keluar untuk breakfast di arau. Memang kerja gila. Sebab room mate aku sedih tak dapat keluar makan malam tadi. Sampai dekat arau, kitorang makan dekat dengan area kmp. Sangat2 seronok. Kalau budak2 kmp tau la kot. Dekat gerai rpa arau. Huhuhu...

Lepas makan, kitorang masuk kejap dalam matriks. Semata2 untuk kenang semula life zaman matriks. Huhu... Seronok sangat2. Rindu pulak zaman matriks dulu. Hehehe...

Bawah ni ada few gambar yang aku sempat snap masa kat kmp.

Aku kat Cafe Abg Din di KMP *dulu nama dia Kafe Jazila*

Aku ingin bebas berterbangan di udara *hampir dengan court bola tampat*

Aku sangat merindui zaman matrikulasi

lots of love,
[Miss Eriqa]

Friday, October 16, 2009

Pendeknya

Update saja2. Besok pagi aku update lain. Sebab sekarng ni mata aku dah mengantuk. Sambil2 tengah chat dengan my dear sister.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, October 15, 2009

Aku & Dia: Adakah Ianya Satu Permainan

Okay. Aku tahu yang benda ni mungkin tak masuk akal di fikiran. Tapi, aku masih lagi berfikir, apakah kata2nya pada malam itu memberikan aku harapan atau sekadar satu permainan??

Actually, benda ni dah berlaku lama. Rasanya, masa tu aku baru lepas habis matriks. Aku baik dengan dia sejak kenal dia di penang. Baik pun setakat gitu2 je. Baik pun sebab kawan aku. Aku selalu nasihatkan dia tentang hubungan dia dengan awek dia. Siapa yang rasa macam kenal, korang buat2 kenal je la yea.

Tak nafi, yang memang aku ada simpan perasaan pada dia. Tapi disebabkan perangai aku yang lebih pentingkan sahabat dari perasaan, aku biarkan je perasaan tu dalam hati. Aku tolong sebagai kawan. Sebab aku tahu yang lama2 perasaan tu sendiri akan hilang. Setakat feeling je kot. Entah2 perasaan tu setakat sayang seorang kawan je.

Nak kata aku selalu call and sms dia, memang jarang. Kadang2 boleh kata setiap satu sem, hanya 3 atau 4 kali je aku call. Kadang2 aku rasa 2kali 2kali je kot. Masa sem1, aku ada terasa hati dengan dia. Sebab kata2 dia masa dia reply mesej aku kat friendster dulu. Then, lama aku tak ambil peduli pasal dia. Aku bengang sebab dia selalu call member aku, tapi nak call aku punyalah susah. So, lama2 aku buat tak hairan and ambil tahu langsung pasal dia.

Tapi aku fikir, biarlah dia anggap aku apa, sekali dia pernah bergelar sahabat aku, sampai bila2 dia akan jadi kawan aku. So, aku still contact dia, walaupun tak selalu. Semalam aku call dia. Lagi sekali dia mengingatkan aku tentang perkara tu. Aku pulak rasa macam aku meletakkan harapan pada kata2 dia.

Aku sendiri kadang2 tak memahami apa yang ingin dia katakan. Apa yang ingin dia cuba sampaikan. Hurm.. Berikanlah aku petunjuk untuk aku mengetahui mengenai perkara ini. Huhu..

Semalam aku cakap sesuatu yang aku tak ingini. Aku cakap dengan dia, kalau aku tuntut tapi dia tak dapat tunaikan, aku nak putus kawan. Aku nak dia tahu, aku tak berniat cakap macam tu. Sebab bagi aku, dia seorang kawan yang sangat baik.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Masalah Hormon

Hari ni, pagi2 lagi ramai yang dah jadi mangsa aku. Mangsa apa? Hari ni first day bulan mengambang *ooppss.. entry tuk perempuan saja okay*. Lepas tu, pagi2 bangun macam biasa nak online ym, chat dengan abg. Tiba2 broadband aku tak boleh nak guna. Aku dah nak meletup. Apahal la pulak broadband aku tak boleh guna. Then, bila call celcom, dorang kata line aku kena bar sebab dah masuk 2bil tak bayar. Terus aku rasa nak maki2 orang tu. Tapi bila fikirkan balik, bukan salah dia pun. Tapi salah pihak billing department celcom la.

Agak2 ar, dah la bil aku bulan lepas tak sampai. Kalau aku bayar sendiri, aku tahu la nak bayar waktu bila. Sebab aku bayar tak guna bil. Bayar terus je kat bluecube jitra atau kat changlun. Tapi mak aku bayar guna bil. Sebab dia bayar kat pejabat pos. Kalau dah bil tak sampai, macam mana mak aku nak bayar. Lepas tu senang2 je nak barred line broadband aku. Memang ar buat aku geram.

Then, online dengan abg guna hp je. Abg pulak boleh cakap yang dia malas nak online dengan aku sebab lambat. Memang aku tak nafi, kalau aku online guna hp memang lambat. Aku ingat nak mandi2, siap cepat2 then turun online kat dewan. Boleh pulak abg cakap dia dah malas nak online. Cukup dah 2sebab kenapa aku rasa nak marah.

Time aku nak pergi mandi, roomate aku nak print assignment. Aku memang tak kisah pun. Tapi tiba2 printer aku buat masalah lagi sekali. Aduh..... Cukup2 la buat aku geram. Ni nak tambah lagi kedalaman marah aku. Aku tak lepas sebab aku tahu kenapa aku rasa marah. Biasalah perempuan, hormon yang tak stabil memang mudah buat aku marah.

So dah jadi 3sebab kan? Biasanya kalau aku tak dapat nak online dengan abg, aku mesti call dia. Nak lepas rindu. Kononnyalah kan. Hehehe... Then, call banyak kali pun, stil tak angkat. Aduh... Tambah lagi satu. Siap aku hantar mesej lagi.
'Kalau tak nak cakap, tak payah la angkat call. Dari pagi sakit hati, tak payah la menambahkan sakit hati lagi.'
Ooppss.. Macam kurang ajar je. Hehehe... Tak boleh nak buat apa. Sebabnya aku memang tengah bengang.

Then, lepas mandi aku mesej say aku mintak maaf. Emosi tak stabil la. Nasib baik la abg paham. Abg tanya kenapa dengan aku. Dari pagi dah buat hal. Hehehe... Nasib abg. Maaf yea. Hehehe..

lots of love,
[Miss Eriqa]

Wednesday, October 14, 2009

Bosan Atau Buntu

Huhu.. Aku tau la kenapa kan, tapi bulan ni aku rasa macam malas sikit nak update blog. Huhu... Even novel IDK aku pun tak berganjak2 lagi dari bab9. Hehehe.. Tapi, ada ke yang baca novel tu? Nasib la, sebab aku ni kan suka menulis. Huhu..

Actually, dah seminggu aku moody. Kesian kat kawan2 aku yang kena tempias. Kina ngan ain la yang teruk. Tapi takda la sampai aku buat dorang menangis. Hehehe.. Datang dengan niat yang baik, mintak aku ajarkan akaun, tapi sebab mood aku yang tak berapa okay, dua2 kena marah dengan aku. Aku tinggi suara dengan diorang. Hehehe...

Kenapa aku jadi moody, sebab aku gaduh dengan abg lagi. Huhu.. Tapi, rasanya dah okay kot. Hehehe...

Apa la yang aku nak merapu kali ni? Kenapa la bulan ni aku rasa macam aku takda benda nak coretkan di sini? Huhu.. Ciau dulu........

lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, October 10, 2009

Final Exam

Bulan 10 sudah hampir ke tengah bulan. Bermakna aku hanya tinggal tak sampai setengah bulan untuk bertungkus lumus memerah otak untuk menghadapi final yang bakal bermula pada awal bulan 11. Uwa!!! Aku tak start apa2 lagi.

Ish3x.. Teruk betul perangai aku kan? Hehehe.. Tapi bagi yang dah kenal aku lama, dorang cuma boleh cakap nanti dia study la tu kat sesiapa yang bertanya aku tak reti nak study ke, final dah dekat dah. Hehehe..

Aku ni jenis yang suka study last minute. Sangat last minute okay. Hahaha.. Lepas tu mula la kelibut nak ingat segala benda. Hahaha... Kalau tumpuan dalam kelas tak pernah melayang, takpa la jugak. Hehehe...

Takpa2. Aku perlu yakin dengan segalanya. Hahaha.. Jadual exam aku yang agak pack, memang memenatkan aku. Kalau deret tapi balik awal takpa. Ni deret tapi dah kat hujung. Baik tak payah. Lagi sekali, untuk semester ni aku mendapat jadual exam yang teruk.

Paper pertama akan berlangsung pada 2/11, then gap sampai lah 13/11. Gila lama. Lepas tu, dah takda gap. Mula dari 13/11, paper seterusnya pula pada 14/11, 15/11, 16.11 dan 18/11. Dah la paper demua killer paper untuk aku. Uwa!!! Harap2 takda apa2 yang akan berlaku pada aku sepanjang musim peperiksaan. Doakan aku yea.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Kecewakah Aku

Hari ni life aku macam biasa. Bangun pagi, pergi kelas ko k. Takda beza sangat pun dengan life aku hari sabtu yang lain.

Cuma petang tadi, dapat call dari abg. Abg sakit mata. Aduyai, kesian pulak aku dengar. Dah la baru2 ni aku panas hati dengan abg. Dengar abg sakit, alahai tak sampai hati pulak nak marah lama2. Tapi, lantaklah. Siapa suruh buat aku marah. Padan muka. Hehehe...

Kenapa abg buat aku panas hati? Entahlah, mungkin aku terlalu cemburu, atau aku cepat sangat nak cemburu. Eh, tak sama ke? Apa2lah. Huhu...

Waktu aku panas hati dengan abg, aku ada post kat wall di fb.

Tidak aku pinta dikau menyayangi aku sebagaimana aku menyayangi dikau,
Cukuplah sekadar dikau setia pada apa yang dikau miliki sekarang,
Andai kata aku tidak mampu untuk dikau sayangi,
Lepaskanlah aku untuk selamanya,
Namun aku harap dikau mengerti,
Kau akan tetap aku sayang sehingga nyawa berpisah jasad.

Mimi komen, 'gila dalam maksud. Hehehe.. Actually, hanya rakan2 yang dekat dengan aku saja yang mengerti maksud ayat tersebut. Nak kata aku putus cinta tak. Sebab aku masih lagi bersama dengan abg. Mungkin lebih kepada kecewa.

Mungkin jugak aku yang cepat sangat rasa cemburu kot. Aku dah cuba banyak kali supaya aku tak rasa cemburu bila abg kawan dengan perempuan lain. Sebab aku jenis yang tak kisah. Tapi, bila lama2, aku mula sedar sampai bila aku harus macam ni. Kemesraan yang senang wujud antara abg dengan orang lain, biarpun mereka baru berkenalan sering kali membuatkan aku cemburu.

Tapi, bila abg bagi penjelasan, aku tak tahu aku harus rasa apa. Lembut hati balik, atau terus keraskan hati. Hurm.. Mungkin bagi sesetengah orang, takpa la setakat kawan. Aku memang tak kisah. Tapi kalau dah terlebih mesra, patut ke kalau aku tak rasa apa2? Hehehe...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Wednesday, October 07, 2009

Update Secara Lepas Geram

Okay. Hari ni aku nak update few stories yang aku dah janji. Pada korang2 yang tengah tuggu entry IDK, aku terpaksa memberitahu yang aku tengah ketandusan idea. Maaf sebab menunggu yea.

Aku sedar, dah beberapa hari, entry aku tak berapa nak update. Kalau update pun, setakat yang ringkas2 je. Bz sket la lately nie. Huhu.. Hope2 aku tak lupa cerita2 yang aku nak update. Hehehe...

Enjoy reading entry aku kat bawah nie yea. Few stories which happen few days ago. Not so long to call it old stories.
1. 051009: Lepak Di Tapak Ekspo
2. 061009: Seminar 'Financial Education'
3. 061009: Add Drop Session At HEP
4. Happy Birthday To Sakinah Zahra' Norman

lots of love,
[Miss Eriqa]

Happy Birthday To Sakinah Zahra' Norman

Actually, semalam merupakan birthday si kina, salah seorang kawan rapat aku dari matriks sehinggalah sekarang.

Happy birthday to u..
Happy birthday to u..
Happy birthday to Kina..
Happy birthday to u.....

To Kina,
Happy 20th birthday. Aku doakan yang terbaik untuk ko. Jangan mudah berputus asa dalam mencapai erti kesenangan dan kebahagiaan. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Diharapakn persahabatan yang terjalin antara kita, berkekalan hendaknya. Tq 4 such a good friendship between us. Love you.

lots of love,
[Miss Eriqa]

061009: Add Drop Session At HEP

Semalam jugak merupakan hari daftar gugur subjek untuk budak2 sem3 dan sem4 uum. Aku merupakan salah seorangnya. Senang cakap la kan, aku penat gila semalam. Sebabnya, dari pagi aku ada seminar, lepas seminar aku ke library sebab ada discussion untuk assignment IT yang kena hantar besok. Dah la tak pernah guna software, buat pulak last minute, kelam kabut gila.

So, tentang add drop semalam, mula2 memang buat aku geram. Sangat2 geram okay. Sebabnya, kesukaran nak masuk portal uum. Bengang gila tahu tak. Aku dah susun jadual sikit punya cantik. Kalau tak dapat nak add, memang susahkan aku la.

Tengoklah keadaan di HEP UUM masa add drop session semalam

Tapi nasib baik dalam pukul 12tengah malam, portal dah boleh masuk. Huhu.. Lega, nasib aku agak baik sebab antara semua member2 aku, aku yang dapat add penuh. Aku lepak dekat hep dengan kina, lynn, rumate dia, dan farid. Buat add drop dekat hep memang laju. Kalau tidak aku ingat nak buat kat bilik je. Tapi bila masuk portal, tak boleh guna capaian server luar untuk buat add drop, aku join dorang kat hep. Kina amik aku kat dpp then gerak ke hep tuk jumpa lynn dan farid di sana.

Setel aku punya jadual, aku try tuk setelkan jadual kina. Lepas setel kina, aku buat tuk dya. Dya tak join sebab balik kl. Kecian kat kawan aku sorang tu. Huhu... Last sekali, aku gerak balik ke bilik hampir2 pukul 3. Memang ngantuk ya amat. Dan natijahnya, aku terlajak tidur. Hahaha.. Selalu sangat macam ni tau. Tak suka betul.

So inilah jadual aku untuk semester depan. Pack bukan?

lots of love,
[Miss Eriqa]

061009: Seminar 'Financial Education"

Semalam, 6/10 kat dkg 5/1 ada satu seminar tentang financial education. Mungkin pada sesetengah orang, seminar ini tidak berapa menarik untuk didengar. Tapi, pada aku yang jenis sukakan wang *tidak bermakna aku mata duitan*, seminar ni memberikan satu pengajaran yang amat menarik.

Actually seminar ni dianjurkan oleh salah satu kumpulan sdg *self development group* kat u aku. Anjuran bersama CeDI dan AKPK. Dorang jemput seorang yang berpengalaman luas dalam memberi nasihat dan bantuan untuk mereka yang memerlukan.

Miss Nur Haliza dari AKPK Alor Star sedang memberikan seminar
Miss Nur Haliza, dari AKPK alor star membuatkan 2jam berada dalam seminar itu sekejap. Bila seseorang yang berpengalaman luas memberikan talk, talk itu tidak akan membosankan. Cerita2 yang disampaikan memberikan satu pandangan berbeza mengenai dunia kewangan peribadi.

Tujuan utama seminar ni adalah untuk memberikan pendedahan baru kepada para siswa/i uum mengenai dunia luar apabila kita sudah menghadapu dunia pekerjaan. Isi2 seminar ini mengupas bagaimana seseorang itu boleh merancang untuk kewangan peribadi malah untuk mengelakkan kita dari kekurang wang.

Apa yang dibincangkan mimi dan wani, aku pun tak tahu. Bergosipkah mereka?

Khusyuknya aku dan mimi mendengar seminar

Aku memang tak berapa suka nak join seminar. Tapi, bila dengar tajuk seminar ni, membuatkan aku rasa tertarik untuk pergi. Yang pasti, aku tidak pergi berseorangan. Aku tarik mimi dengan wani sekali. Hehehe... Saja aku jahat. Tapi, aku tahu dorang mesti ikut. Sebab tajuk financial memang sinonim dengan mimi. Jangan marah ye yang. Hahaha...

lots of love,
[Miss Eriqa]

051009: Lepak Di Tapak Ekspo

Bermula dari 29/09-05/10, uum mengadakan ekspo sempena konvo sidang ke22. Alamak, apa ayat aku macam skema nak tulis jawapan esei bm spm pulak ni? Hehehe... Okay2, kita serius kay.

Aku dah pernah bagitahu kan, yang uum ada ekspo? Aku menjejakkan kaki hanya pada hari pertama dengan seseorang, dan hari terakhir dengan member2 aku. Kina, one of my close friend ajak aku lepak kat sana, tengok member kitorang buat performance. Buat pengetahuan korang, member kitorang si dya ngan lynn *not me kay* aktif dalam kela bidasari uum. Kalau ada ekspo ke konvo, apa2 lah, dorang mesti akan buat performance. So, dah jadi kebiasaan kitorang tengok.

Farid, aku, Kina
Tapi malangnya, kitorang tak sempat nak tengok. Terlewat sampai, menyebabkan kitorang terlepas persembahan dorang yang pertama. Yang terakhir pun terlepas, sebab dok ralit makan kat tapak ekspo. Hehehe...

Aku dengan kina jalan2 kat tapak ekspo. Saja pusing2 sebab kebosanan. Makan kat salah satu gerai tapak ekspo. Lepas makan kitorang gerak ke pentas utama untuk tengok persembahan. Sampai2, dorang dah kemas2. Nasib lah kali ni tak dapat nak tengok. Hehehe...

Kina, Mieylo, aku
Masa aku dengan kina jalan2 pusing tapak ekspo, kitorang tak beli apa sangat pun, Sekadar kina beli 2helai selendang. Pastu aku kongsi dengan kina beli pin tudung. Sangatlah murah okay. Yang kecik2 dia jual 18biji rm10 sahaja. Yang pasang, dia jual 10biji rm10. Sebab tu aku cakap sangat murah. Aku dah banyak sangat pin tudung, tapi minat nak kumpul kot. Hehehe...

Lepas dah habis pusing, kitorang pun gerak balik. Balik dalam pukul 12tengah malam. Lebih kurang la. Huhu..

Kami lagi
Actually, malam ni pun ada satu kisah lagi. Tapi, itu nantilah. Lain entry. Hehehe...

lots of love,
[Miss Eriqa]

Tuesday, October 06, 2009

Ringkas

Okay. Aku tahu aku tak dapat nak update macam dulu. Kalau dulu, hari2 ada je cerita baru. Bukan taknak. Sekarang ni bz sikit. Tengah kejar dateline untuk hantar project. Sorry sangat2. Bukan takda cerita, tapi lebih kepada takda masa. Semalam dan hari ni, memang ada cerita menari untuk aku kongsikan. Siap ada gambar lagi. Aku cuba untuk update cerita2 tu besok yea.

Malam ni aku ada add drop tuk subject2 minggu depan. Ha, ini lagi satu cerita. Tapi aku takkan update malam ni. Tunggu besok. Kalau malam nie lancar, besok akan ada kutukan dan keseronokan. Tapi kalau malam ni tak lancar, jawabnya hanya kutukan yang akan korang baca. Hehehe...

Aku tak tahu abg baca atau tak blog aku. Tapi aku rasa dia baca kot. Hehehe..

To abg,
Lynn mintak maaf kalau cemburu lynn semakin hari semakin teruk. Lynn betul2 mintak maaf. Lynn pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Lynn sayang abg. Sayang yang teramat sayang.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Sunday, October 04, 2009

Si Kecil Nur Aqilah

Hari ni berlaku lagi satu sejarah dalam hidup aku. Sejarah apa? Penting ke sampai nak kena cerita kat orang? Biarlah aku nak cerita ke tak. Nak cerita kat sini sebab aku takut nanti aku lupa. At least aku ada gak kenangan. Hehehe...

Tadi aku keluar. So? Apa sejarahnya? Sejarahnya adalah, inilah first time aku keluar naik motor sepanjang aku berada di uum. Takda la jauh mana pun. Setakat changlun je pun. Apa yang nak dihairankan aku naik motor? Ini jugak first time bagi aku naik moto dengan perempuan okay. Di ulang, dengan perempuan. Kenapa pulak nak hairan? Sebab selama ni aku naik motor dengan lelaki. Hehehe... Minah rempit ke? Ada la sikit. Huhu..

Actually tadi member aku ajak keluar. Teman dia pergi somewhere. Naik skuter dia. Ye, aku tahu. Aku tak reti nak bawak motor. Tapi, aku suka bonceng kat belakang okay. Hehehe.. Sangat seronok bila dapat layan corner and main cilok2. Lagi2 waktu tengah jammed. Hehehe.. Sangat dasyat okay aku. Huhu.. Tapi tu semua kenangan lama. Aku dalam uum, tak pernak lagi naik motor. Langsung. Kalau kat kl, selalu lah. Sebabnya kadang2 ayah aku hantar aku pergi kerja naik motor. Kalau balik lewat malam, abang angkat aku hantar balik naik nouvo dia. Dari kecik aku dah biasa naik motor. Kalau setakat layan corner kat bukit tunku, boleh je. Tapi jadi pembonceng ar. Tak reti lagi nak bawak sendiri.

Dah lama aku tak letak apa2 gambar kat entry aku kan. Dah geram sangat tengok si kecil ni, aku tangkap jugak gambar dia. Korang tengok gambar kat bawah ni. Comel tak baby yang baru sahaja lahir melihat dunia? Hehe.. Yupe2, baru je 20hari. Dia ni anak buah member aku. So tadi, pergi la teman dia kejap. Sangat2 la comel. Dan sangat2 lah buat aku rasa nak cubit2. Banyak jugak la gambar yang aku tangkap. Korang usha je lah ye.

Gambar tu semua adalah gambar si kecil, Nur Aqilah. Sangat comel kan??

lots of love,
[Miss Eriqa]

Saturday, October 03, 2009

Integrasi Ko-k + Life Hari Sabtu

Semalam aku tido lambat sebab lepak dengan senior2 aku yang datang hantar report. Aku sampai je kat bilik lepas keluar dengan hyuuga, dia call. So, aku turun kejap sebab nak jumpa dia. Disebabkan berborak sakan, lajak sampai ke pukul 130pagi. Rasanya la tapi memang lewat sangat.

Pagi tadi aku ada ko-k. Sepatutnya ko-k aku pukul 2, tapi hari ni ada integrasi ko-k, so mula pukul 830pagi. Aku tak tau la pulak dia start pukul 830, so gerak awal ngan member aku. Lepak2 kejap, then ambik attendance. Tuk integrasi ko-k, attendance akan diambil sebanyak 2kali. Sebelum dan selepas integrasi.

Integrasi semester ni, ko-k aku kena kawad. Segan seyh sebab masa awal2 nak start kawad tu, budak2 kor suksis *sukarelawan polis siswa/i*. Dorang gelak2. Tapi aku macam, lantak korang la. Kitorang tak perfect pun. Huhu.. Lepas kawad, kena buat senamrobik. Last aku ikut aktiviti ni, masa orientasi zaman matrikulasi dulu. Memang seronok.

Senamrobil @ aerobik ni ada kelebihan dia. Yang pasti, boleh kurangkan berat badan kalau buat secara berterusan. N memberikan kesihatan tubuh badan kepada pelakunya. Memang best n enjoy sangat masa wat aktiviti tu.

Habis je integrasi, aku gerak balik ke bilik. Beli brunch tuk makan kat bilik. Tapi tak berat pun, Sekadar nasi goreng n keuy teow goreng je. Masing2 dalam kuantiti yang sedikit. Sampai bilik aku terlelap lepas makan. Penat sangat kot. Ditambah pulak dengan tak cukup tido sebab tido lewat malam tadi. Sedar2 dah pukul 1230. Takda la lama mana pun aku tido. Sekejap je.

Bangun tido, aku mula buat kerja harian aku. Hari ni, bakul baju kotor aku telah pun licin. Segala bagai aku basuh hari ni. Dari jeans 5helai, cadar, selimut, n baju yang aku bawak pergi kelas. Semuanya telah pun dibasuh. Seronok. Huhu..

K la, nak buat assignment. Yang pasti kena hantar besok. Hehe...

lots of love,
[Miss Eriqa]

021009: Ronggeng Di Alor Star Dan Jitra

Semalam aku keluar ke alor setar dengan hyuuga n member2 dia. Mula2 cadangnya, nak ke jitra. Tapi last minute decide nak ke alor star. So kitorang gerak ke tesco mergong di alor star. Gerak dari uum pukul 3, tapi kenan ambik member2 hyuuga kat dpp sme bank. Isi minyak kat changlun, baru gerak ke alor star. Time tu pun dah pukul 4.

Sampai kat tesco, lepak2 kat sana sampai pukul 6lebih. Hyuuga jumpa member torrent dia. So, kitorang split. Aku jalan2 kat tesco. Sempat la beli kelengkapan sikit tuk life aku kat uum. Then, aku sempat jugak merembat sehelai selendang. Huhu.. Lama sangat dah aku cari selendang jenis yang aku beli semalam. Ingat nak beli warna putih, tapi takda. So aku beli warna krim. Okay la tu kan.

Dari tesco, gerak ke sentosa alor star. Hyuuga nak beli dvd tuk burn movie2 dia. Aku ambik kesempatan tengok2 hp. Hehe.. Biasalah kan, aku kan suka usha2 harga hp. Kot2 dah turun harga, boleh aku start kumpul duit nak beli. Hehehe.. Teringat pulak yang ink printer aku dah nak habis. Stok dalam bilik pulak takda. Sebabnya aku dah tertumpah hari tu. So kena beli yang baru.

Dari sentosa, kitorang gerak ke jitra. Singgah makan kat kfc yang dekat ngan yawata. Lepas makan, gerak ke jitra mall. Karaoke sepuluh lagu. Aku nyanyi 4lagu je. Okay la tu. Lepaskan gian lama tak karaoke. Huhu...

Then, terus balik ke uum. Sampai kat uum, hampir pukul 1030malam. Lama gak keluar. Penat memang penat. Tiba2 dapat call dari senior aku. Kenapa? Next entry. Kalau aku tulis semuanya dalam satu entry, korang jugak yang pening nak baca. Ye la, entry aku dah jarang ada gambar. Selagi aku tidak punya kamera sendiri atau hp aku masih belum dibaiki, susah la nak ada entry bergambar. Sorry.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Menjiwai Erti Keperempuanan

Ini entry sticky mode yea. Sila ke bawah untuk entry2 terbaru yea.

Siapa boleh tolong aku?? Sebab aku betul2 perlukan jawapan untuk persoalan ini.

Macam mana nak menjiwai erti keperempuanan???

lots of love,
[Miss Eriqa]

Thursday, October 01, 2009

Cinta Membutakan Mata

Bayangkan situasi di bawah.
1. Jejaka tampan yang punya segala2nya menyayangi seorang gadis biasa.
2. Seorang gadis jelita juga punya segala2nya, menyayangi seorang jejaka biasa setlus hatinya.
3. Seorang gadis yang baik menyayangi seorang pemuda nakal.
4. Seorang pemuda yang baik menyayangi seorang seorang gadis yang kasar tingkah lakunya.

Berbeza pula dengan situasi di bawah.
1. Pasangan yang sama cantik, sama tampan, punya segala2nya.
2. Pasangan yang sama2 nakal.
3. Pasangan yang sama kasar tingkah lakunya.

Berbezakah pandangan dengan keadaan di bawah?
1. Pasangan yang tidak tampan, tidak cantik, tidak punya harta, cuma sekadar kasih sayang yang tulus dari pasangan mereka.

Kenapa aku beza2kan situasi dan keadaan di atas? Tadi, waktu aku borak dengan mimi, mimi ada mengeluarkan satu statement; CINTA MEMBUTAKAN MATA, yang mana bagi aku, memang benar. Ada juga yang menyatakan pendapat, bahawa cinta hanya layak pada mereka yang setaraf. Jika tidak setaraf, maka itu bukan cinta.

Apa yang dipandang dalam diri seseorang?
1. Rupa paras
2. Kebijaksanaan
3. Kekayaan harta
4. Layanan mesra
atau
5. Kasih, sayang dan cinta yang tulus

Pandangan setiap insan memang berbeza. Ini pada pendapat aku, pemikiran aku. Islam tidak pernah meletakkan syarat bahawa cinta itu hanya milik mereka yang setaraf. Dalam al-Quran ada menyebut, 'Kahwinilah seorang gadis kerana agamanya, keturunannya, hartanya dan rupanya'.

Pada pendapat aku, rupa paras yang cantik, bukanlah pada pandangan mata insan lain, tetapi cantik dan manis pada pandangan mata seorang insan yang bergelar suami atau isteri. Bayangkan, kalau isteri atau suami punya rupa paras yang diimpikan oleh setiap insan, tidak terdetikkah rasa cemburu di hati mereka? Tipu jika tidak terdetik sedikit pun perasaan cemburu itu.

Berbalik pada situasi2 yang aku suruh korang bayangkan waktu di awal entry tadi. Untuk kategori yang pertama, tidak salah jika 2insan yang menyayangi berbeza taraf, perangai mahupun rupa. Ada 2kisah di sini.
1. Yang mempunyai kekurangan ingin mengambil kesempatan.
2. Ikhlas menyayangi kerana rasa disayangi.
Paham kan? Nak dikatakan, dua2 kisah wujud dalam duniawi. Sebab tu terlalu banyak kes putus kasih sebab teruna tidak mampu menanggung kehidupan dara yang terlalu tinggi citarasanya. Tapi, itulah yang dikatakan saling melengkapi antara satu sama lain. Mesti ada kelebihan dalam kekurangan dan akan wujud kekurangan dalam kelebihan yang dimiliki seseorang.

Untuk kategori kedua, aku amat yakin tanggapan orang. Padan dan sangat padan. Tapi, kalau betul mereka padan, kenapa akan ada yang putus cinta? Tiada sefahaman atau tidak memahami? Mempunyai segala2nya yang dimiliku oleh pasangan, tidak memberikan erti bahawa kita akan terus berkekalan bahagia. Kenapa? Tepuk dada, tanya selera.

Kenapa aku tertarik dengan topik ni? Sebab, aku selalu terkena dengan kawan2. Lelaki yang aku suka, bukanlah setampan pilihan hati, tidak sebaik jejaka idaman. Tapi, mereka hanyalah insan biasa yang memberikan aku erti kebahagiaan. Senyuman yang terukir dan tawa yang menyerikan hidup.

Kesimpulannya, sayangilah pasangan anda kerana dia adalah dia. Jika dia ingin berubah, berikan kekuatan untuk dia teruskan dengan perubahan dia. Jika korang tidak mampu menerima perubahan diri dia, bermakna korang masih lagi ditakuk lama. Tidak mahu berubah dan tidak mampu untuk menerima perubahan diri orang lain. Sebab tu aku sering mengingatkan diri aku, tidak kira siapa pun dia, selagi dia boleh membahagiakan aku, dia tetap akan aku sayangi.

lots of love,
[Miss Eriqa]

Tentang 'Dia'

Aku kenal dia sewaktu orientasi mula2 masuk uum. Dia merupakan senior pertama yang tegur aku waktu tu. Dia tegur n dia tanya nama aku. Suddenly, dia ingat nama aku. Dia jugak pernah denda aku masa minggu orientasi. Tak suka sangat. Tak suka ke?

Aku tertarik dengan dia sebab dia ada ciri2 tersendiri. Sesetengah orang kata, dia nie poyo sikit. Ada yang tak berapa berkenan dengan sikap dia. Tapi, dia tersangat okay bagi aku. Kenapa aku puji melambung? Suka untuk melihat wajah tenang dia. Dia sentiasa kelihatan tenang. Biarpun dia marah atau penat. Mana aku tahu? Biarlah rahsia.

Aku rapat dengan dia pun, takda lah rapat mana. Sekadar seorang junior dan senior. Untuk menjadi seorang abang dan adeq, masih lagi jauh. Dia mudah berbicara, mudah untuk memberikan pendapat. Sering kali aku tewas dalam perbalahan dengan dia. Sebab aku sering kali hilang kata2.

Banyak sebenarnya kalau aku nak tulis pasal dia. Tapi, biarlah jadi rahsia aku sendiri. Siapa dia? Kalau aku cakap nama dia, orang akan kenal. Especially mereka yang satu dpp dengan aku. Korang teramat kenal dengan dia. Jadi, biarlah dia jadi rahsia aku. Mungkin aku akan bongkarkan jugak siapa dia, tapi bukan untuk masa sekarang.

lots of love,
[Miss Eriqa]