Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Saturday, October 03, 2009

021009: Ronggeng Di Alor Star Dan Jitra

Semalam aku keluar ke alor setar dengan hyuuga n member2 dia. Mula2 cadangnya, nak ke jitra. Tapi last minute decide nak ke alor star. So kitorang gerak ke tesco mergong di alor star. Gerak dari uum pukul 3, tapi kenan ambik member2 hyuuga kat dpp sme bank. Isi minyak kat changlun, baru gerak ke alor star. Time tu pun dah pukul 4.

Sampai kat tesco, lepak2 kat sana sampai pukul 6lebih. Hyuuga jumpa member torrent dia. So, kitorang split. Aku jalan2 kat tesco. Sempat la beli kelengkapan sikit tuk life aku kat uum. Then, aku sempat jugak merembat sehelai selendang. Huhu.. Lama sangat dah aku cari selendang jenis yang aku beli semalam. Ingat nak beli warna putih, tapi takda. So aku beli warna krim. Okay la tu kan.

Dari tesco, gerak ke sentosa alor star. Hyuuga nak beli dvd tuk burn movie2 dia. Aku ambik kesempatan tengok2 hp. Hehe.. Biasalah kan, aku kan suka usha2 harga hp. Kot2 dah turun harga, boleh aku start kumpul duit nak beli. Hehehe.. Teringat pulak yang ink printer aku dah nak habis. Stok dalam bilik pulak takda. Sebabnya aku dah tertumpah hari tu. So kena beli yang baru.

Dari sentosa, kitorang gerak ke jitra. Singgah makan kat kfc yang dekat ngan yawata. Lepas makan, gerak ke jitra mall. Karaoke sepuluh lagu. Aku nyanyi 4lagu je. Okay la tu. Lepaskan gian lama tak karaoke. Huhu...

Then, terus balik ke uum. Sampai kat uum, hampir pukul 1030malam. Lama gak keluar. Penat memang penat. Tiba2 dapat call dari senior aku. Kenapa? Next entry. Kalau aku tulis semuanya dalam satu entry, korang jugak yang pening nak baca. Ye la, entry aku dah jarang ada gambar. Selagi aku tidak punya kamera sendiri atau hp aku masih belum dibaiki, susah la nak ada entry bergambar. Sorry.

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: