Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Thursday, October 15, 2009

Aku & Dia: Adakah Ianya Satu Permainan

Okay. Aku tahu yang benda ni mungkin tak masuk akal di fikiran. Tapi, aku masih lagi berfikir, apakah kata2nya pada malam itu memberikan aku harapan atau sekadar satu permainan??

Actually, benda ni dah berlaku lama. Rasanya, masa tu aku baru lepas habis matriks. Aku baik dengan dia sejak kenal dia di penang. Baik pun setakat gitu2 je. Baik pun sebab kawan aku. Aku selalu nasihatkan dia tentang hubungan dia dengan awek dia. Siapa yang rasa macam kenal, korang buat2 kenal je la yea.

Tak nafi, yang memang aku ada simpan perasaan pada dia. Tapi disebabkan perangai aku yang lebih pentingkan sahabat dari perasaan, aku biarkan je perasaan tu dalam hati. Aku tolong sebagai kawan. Sebab aku tahu yang lama2 perasaan tu sendiri akan hilang. Setakat feeling je kot. Entah2 perasaan tu setakat sayang seorang kawan je.

Nak kata aku selalu call and sms dia, memang jarang. Kadang2 boleh kata setiap satu sem, hanya 3 atau 4 kali je aku call. Kadang2 aku rasa 2kali 2kali je kot. Masa sem1, aku ada terasa hati dengan dia. Sebab kata2 dia masa dia reply mesej aku kat friendster dulu. Then, lama aku tak ambil peduli pasal dia. Aku bengang sebab dia selalu call member aku, tapi nak call aku punyalah susah. So, lama2 aku buat tak hairan and ambil tahu langsung pasal dia.

Tapi aku fikir, biarlah dia anggap aku apa, sekali dia pernah bergelar sahabat aku, sampai bila2 dia akan jadi kawan aku. So, aku still contact dia, walaupun tak selalu. Semalam aku call dia. Lagi sekali dia mengingatkan aku tentang perkara tu. Aku pulak rasa macam aku meletakkan harapan pada kata2 dia.

Aku sendiri kadang2 tak memahami apa yang ingin dia katakan. Apa yang ingin dia cuba sampaikan. Hurm.. Berikanlah aku petunjuk untuk aku mengetahui mengenai perkara ini. Huhu..

Semalam aku cakap sesuatu yang aku tak ingini. Aku cakap dengan dia, kalau aku tuntut tapi dia tak dapat tunaikan, aku nak putus kawan. Aku nak dia tahu, aku tak berniat cakap macam tu. Sebab bagi aku, dia seorang kawan yang sangat baik.

lots of love,
[Miss Eriqa]

2 comments:

Budak Malu818 said...

kata2,bleh jadi nista..kata2,bleh berubah..andai kata,perasaan kekal perasaan sbb,persahabatan adalah lebih sejati.. http://suara.via.my

hehe..
sorry,kalu tersampuk awk berckap...
visit my blog k?

[Miss Eriqa] said...

hurm..
macam tak mausk je ayat2 tu..
huhu..
neway..
tq sbb baca my blog..