Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Thursday, October 01, 2009

Cinta Membutakan Mata

Bayangkan situasi di bawah.
1. Jejaka tampan yang punya segala2nya menyayangi seorang gadis biasa.
2. Seorang gadis jelita juga punya segala2nya, menyayangi seorang jejaka biasa setlus hatinya.
3. Seorang gadis yang baik menyayangi seorang pemuda nakal.
4. Seorang pemuda yang baik menyayangi seorang seorang gadis yang kasar tingkah lakunya.

Berbeza pula dengan situasi di bawah.
1. Pasangan yang sama cantik, sama tampan, punya segala2nya.
2. Pasangan yang sama2 nakal.
3. Pasangan yang sama kasar tingkah lakunya.

Berbezakah pandangan dengan keadaan di bawah?
1. Pasangan yang tidak tampan, tidak cantik, tidak punya harta, cuma sekadar kasih sayang yang tulus dari pasangan mereka.

Kenapa aku beza2kan situasi dan keadaan di atas? Tadi, waktu aku borak dengan mimi, mimi ada mengeluarkan satu statement; CINTA MEMBUTAKAN MATA, yang mana bagi aku, memang benar. Ada juga yang menyatakan pendapat, bahawa cinta hanya layak pada mereka yang setaraf. Jika tidak setaraf, maka itu bukan cinta.

Apa yang dipandang dalam diri seseorang?
1. Rupa paras
2. Kebijaksanaan
3. Kekayaan harta
4. Layanan mesra
atau
5. Kasih, sayang dan cinta yang tulus

Pandangan setiap insan memang berbeza. Ini pada pendapat aku, pemikiran aku. Islam tidak pernah meletakkan syarat bahawa cinta itu hanya milik mereka yang setaraf. Dalam al-Quran ada menyebut, 'Kahwinilah seorang gadis kerana agamanya, keturunannya, hartanya dan rupanya'.

Pada pendapat aku, rupa paras yang cantik, bukanlah pada pandangan mata insan lain, tetapi cantik dan manis pada pandangan mata seorang insan yang bergelar suami atau isteri. Bayangkan, kalau isteri atau suami punya rupa paras yang diimpikan oleh setiap insan, tidak terdetikkah rasa cemburu di hati mereka? Tipu jika tidak terdetik sedikit pun perasaan cemburu itu.

Berbalik pada situasi2 yang aku suruh korang bayangkan waktu di awal entry tadi. Untuk kategori yang pertama, tidak salah jika 2insan yang menyayangi berbeza taraf, perangai mahupun rupa. Ada 2kisah di sini.
1. Yang mempunyai kekurangan ingin mengambil kesempatan.
2. Ikhlas menyayangi kerana rasa disayangi.
Paham kan? Nak dikatakan, dua2 kisah wujud dalam duniawi. Sebab tu terlalu banyak kes putus kasih sebab teruna tidak mampu menanggung kehidupan dara yang terlalu tinggi citarasanya. Tapi, itulah yang dikatakan saling melengkapi antara satu sama lain. Mesti ada kelebihan dalam kekurangan dan akan wujud kekurangan dalam kelebihan yang dimiliki seseorang.

Untuk kategori kedua, aku amat yakin tanggapan orang. Padan dan sangat padan. Tapi, kalau betul mereka padan, kenapa akan ada yang putus cinta? Tiada sefahaman atau tidak memahami? Mempunyai segala2nya yang dimiliku oleh pasangan, tidak memberikan erti bahawa kita akan terus berkekalan bahagia. Kenapa? Tepuk dada, tanya selera.

Kenapa aku tertarik dengan topik ni? Sebab, aku selalu terkena dengan kawan2. Lelaki yang aku suka, bukanlah setampan pilihan hati, tidak sebaik jejaka idaman. Tapi, mereka hanyalah insan biasa yang memberikan aku erti kebahagiaan. Senyuman yang terukir dan tawa yang menyerikan hidup.

Kesimpulannya, sayangilah pasangan anda kerana dia adalah dia. Jika dia ingin berubah, berikan kekuatan untuk dia teruskan dengan perubahan dia. Jika korang tidak mampu menerima perubahan diri dia, bermakna korang masih lagi ditakuk lama. Tidak mahu berubah dan tidak mampu untuk menerima perubahan diri orang lain. Sebab tu aku sering mengingatkan diri aku, tidak kira siapa pun dia, selagi dia boleh membahagiakan aku, dia tetap akan aku sayangi.

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: