Nuffnang Code

.:Nota Eriqa:.

Kadang2 kita tidak pernah bermaksud untuk menyakiti, namun kadang2 kita tidak pernah terfikir kita akan disakiti.

p/s: kalau rasa nak pinjam kata2 atau apa saja yang berkaitan dengan blog ni, sila link semula ke blog ini. TQ

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

Saturday, October 03, 2009

Integrasi Ko-k + Life Hari Sabtu

Semalam aku tido lambat sebab lepak dengan senior2 aku yang datang hantar report. Aku sampai je kat bilik lepas keluar dengan hyuuga, dia call. So, aku turun kejap sebab nak jumpa dia. Disebabkan berborak sakan, lajak sampai ke pukul 130pagi. Rasanya la tapi memang lewat sangat.

Pagi tadi aku ada ko-k. Sepatutnya ko-k aku pukul 2, tapi hari ni ada integrasi ko-k, so mula pukul 830pagi. Aku tak tau la pulak dia start pukul 830, so gerak awal ngan member aku. Lepak2 kejap, then ambik attendance. Tuk integrasi ko-k, attendance akan diambil sebanyak 2kali. Sebelum dan selepas integrasi.

Integrasi semester ni, ko-k aku kena kawad. Segan seyh sebab masa awal2 nak start kawad tu, budak2 kor suksis *sukarelawan polis siswa/i*. Dorang gelak2. Tapi aku macam, lantak korang la. Kitorang tak perfect pun. Huhu.. Lepas kawad, kena buat senamrobik. Last aku ikut aktiviti ni, masa orientasi zaman matrikulasi dulu. Memang seronok.

Senamrobil @ aerobik ni ada kelebihan dia. Yang pasti, boleh kurangkan berat badan kalau buat secara berterusan. N memberikan kesihatan tubuh badan kepada pelakunya. Memang best n enjoy sangat masa wat aktiviti tu.

Habis je integrasi, aku gerak balik ke bilik. Beli brunch tuk makan kat bilik. Tapi tak berat pun, Sekadar nasi goreng n keuy teow goreng je. Masing2 dalam kuantiti yang sedikit. Sampai bilik aku terlelap lepas makan. Penat sangat kot. Ditambah pulak dengan tak cukup tido sebab tido lewat malam tadi. Sedar2 dah pukul 1230. Takda la lama mana pun aku tido. Sekejap je.

Bangun tido, aku mula buat kerja harian aku. Hari ni, bakul baju kotor aku telah pun licin. Segala bagai aku basuh hari ni. Dari jeans 5helai, cadar, selimut, n baju yang aku bawak pergi kelas. Semuanya telah pun dibasuh. Seronok. Huhu..

K la, nak buat assignment. Yang pasti kena hantar besok. Hehe...

lots of love,
[Miss Eriqa]

No comments: